Assalamualaikum dan salam sejahtera
Baru-baru ini aku berkesempatan menghadiri acara yang cukup gemilang iaitu Program Merakyatkan Seni Budaya yang telah berlangsung pada 10 November lalu di Summit Mall, USJ. Program ini merupakan program anjuran Pertubuhan Ikatan Muafakat Serumpun. Ikuti butirannya !
Program ini telah diserikan lagi dengan kehadiran Yang Berhormat Datuk Abdul Rashid Bin Asari, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan (EXCO) serta merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan.
Bukan itu sahaja, turut hadir ketika program tersebut ialah Datuk Rashidi Bin Hasbullah, Pengerusi Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Prof Madya Sahar Sa'adi Bin Hashim, Rektor Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Encik Ahmad Firdaus Bin Dato' Ahmad Hamizan, Timbalan Pengerusi Pertubuhan Ikatan Muafakat Serumpun, Encik Ahmad Nazmi Bin Razali, Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor, dan Encik Kamarulzaman Adnan, Setiausaha Bahagian Kapar.
Program itu turut menyaksikan pelbagai permainan tradisional yang disediakan buat para pengunjung untuk bermain. Sangat-sangat mengimbau masa silam ketika kecik-kecik main permainan-permaianan tradisional nie. Jarang nampak budak-budak sekarang main permianan nie. Antara permaianan tradisional yang disediakan termasuklah congkak, tingting, lompat getah dan macam-macam lagi.
Bukan itu sahaja, pertunjukkan tarian tradisional dari 3 kaum majoriti di Malaysia juga turut dipersembahkan oleh penari-penari dari ASWARA yang cukup berbakat. Bob AF2 juga turut menyumbangkan beberapa buah lagu ketika di program tersebut. Sangat lunak suara Bob.
Sangat meriah dan seronok Program Merakyatkan Seni Budaya 2019 ini. Semoga program-program sebegini yang mengangkat seni tradisional dan budaya diperbanyakkan lagi di masa hadapan. Kita semakin kurang mengangkat program-program sebegini. Saya mendukung sepenuhnya program-program sebegini diadakan dan diperbanyakkan lagi.
Awak haritu main tak Zero Point? Menang tak?
ReplyDeletePastu awak main batu seremban tak?
Kenapa tak menari hari tu?
Eh... banyak pula soalan kan.
Orang melayu kaya dengan budaya-budaya dan jati diri. Sayanglah jika tidak warisi kepada generasi masa akan datang.
ReplyDeleteRakyat Malaysia ramai dah melupakan seni warisan mereka so program macam ni memang bagus bagi memartabatkan seni warisan kita. Pusaka kita darah kita. Gitew!
ReplyDeleteBestnya, zaman moden sekarang ni bagus selalu ada event mcm ni so budaya tu tak ketinggalan dan derkubur begitu shj
ReplyDeleteSatu program yg bagus bg mengekalkan dan memelihara seni budaya tradisi permainan asli.. Harap semua pihak tampil memberi kerjasama terhadap program seperti ini..
ReplyDeleteBagusla permainan tradisional dimartabatkan. Takdela hilang macam tu je..ni pun nad tengah ajar anak main ni semua..supaya diaorang tau permainan tradisional ni
ReplyDeletesuka program camni. rupanya seronok tengok teater ni
ReplyDeleteBagusnya ada program mcm ni. Memperkenalkan budaya kita pada orang luar dan memberi kesedaran pada org malaysia sensiri tentang budaya kita. Seronok pulak tgk budak2 happy main congkak tu
ReplyDeletePerghh. Lama betul tk main congkak ni. Rindu pula jaman2 tradisi dulu2. Haha. Sekarang mana nk jump da, semu sibok main games je dekat hp masing2
ReplyDeleteBagusnya program sebegini. Teringat masa kecik dok main mainan tanpa gajet. Seronok lebih meriah!
ReplyDeleteAnak-anak sekarang ni memang kurang pendedahan dengan program budaya kerakyatan sebegini. Patut dipergiatkan lagi program sebegini oleh banyak pihak.
bestnya progam ni. untung zharif dapat pergi sama program macam ni. kalau lah ada siapa yang boleh buat program ni pada setiap negeri memang patut diperkasakan.
ReplyDeleteBagus diadakan program macm ni untuk terapkan kesenian pada jiwa rakyat...semoga sentiasa ada acara-acara begini
ReplyDeleteSeronok ada program macam ni. Luaskan kebudayaan dan kesenian sebab selalu kurang sambutan kan
ReplyDelete