Assalamualaikum dan salam sejahtera
Minggu lepas semasa aku berada di kawasan Kota Damansara, aku tercari-cari restoran Melayu yang menyajikan hidangan-hidangan tradisional Melayu yang dimasak panas-panas. Asyik makan dekat fast food restaurant je, Bosan. Jadinya kali nie kita cari kedai makan biasa pulak. Maka terjumpalah aku dengan Restoran Dapur Terbakar nie. Ikuti butirannya !
Tengok namanya sahaja sudah buat aku penasaran untuk mencuba menu-menu di sini. Bahkan terdetik dalam benak hati aku, apa pasal nama dia Dapor Terbakar ? Banyak sangat order ke sampai dapur dorang terbakar. Hahahaha
Dahtu, kalau dah terbakar, acano pulak nak masak ? 😂😂
.
Nama dia sangat menarik perhatian ya. Bijak ! Okay jom aku tunjuk menu-menu yang telah menjadi pilihan aku untuk dicuba. Portion dia agak meriah. Boleh dimakan sehingga 3-4 orang. Bergantung pada perut-perut yang datang.
Harga : RM 9 - 20 bergantung pada pilihan daging |
Katanya, kalau datang ke Dapor Terbakar nie, kena cuba Set Bakor Utara dorang. Barangkali sedap agaknya, jadi kami pon order set bakor-bakor nie. Set Bakor Utara nie boleh pilih sama ada nak ayam, daging atau kambing. Dagingnya tak liat, dimasak dengan sempurna. Lebih enak dicicah dengan sos yang didatangkan bersama. Ramai kata sos dia sedap dan harmoni bila dicicah bersama set-set bakar nie. Rasa sos dia agak sedikit manis, yang mana aku lebih suka kalau sos itu pedas dan menyengat.
Set Udang Buttermilk : RM 11 Set Ayam Buttermilk : RM 9 |
Seterusnya ialah Set Buttermilk atau Salted Egg. Untuk kunjungan kali ini, aku telah memilih set Buttermilk. Apa yang aku boleh katakan, aku sangat menyukai menu ini. Rasa dia sedap ya dan tidak memuakkan. Biasanya buttermilk nie kalau makan banyak-banyak dia rasa muak, tapi yang nie, sampai licin pinggan dibuatnya.
Ikan Siakap 3 Rasa - RM 25 |
Makan-makan tanpa ikan siakap masak 3 rasa sangatlah tidak lengkap. Oleh itu, aku order Ikan Siakap 3 Rasa ini. Harganya bergantung pada nilai pasaran tapi yang aku order nie harga dia RM 25. Sos 3 rasa tu sangat sedap ya dan ikan yang dimasak sangat sempurna. Juga licin sampai tinggal tulang-temulang je.
Manakala untuk hidangan sampingan, aku memilih Sayur Pak Choy Sos Tiram dan juga Tom Yam Campur. Tak lengkap rasanya makan-makan tanpa hidangan dua ini. Jadinya wajib order. Ouh ya Sayur pak choy tu sedap betul !! Tom Yam dia bagi aku biasa-biasa je. Tak berapa kena dengan tekak aku kerana aku lebih suka tom yam yang pedas dan menyengat.
Kebanyakkan hidangan di sini dalam bentuk set. Jadinya senang untuk korang order dan lebih jimat berbanding order secara ala carte. Jadinya harga berbeza bergantung pada set yang diambil.
Mee Kuah Udang : RM 20 |
Dah kenyang makan nasi, kami order pula menu-menu berkuah iaitu Mee Kuah Udang dan juga Mee Kuah Gearbox. Bagi mereka yang meminati hidangan mee udang, boleh dapatkan dekat sini pada harga yang sangat berpatutan. Mee Kuah di sini didatangkan dalam pelbagai pilihan, pilih mengikut citarasa.
Mee Kuah Gearbox : RM 20 |
Secara keseluruhan, aku berpuas hati dengan hidangan yang disajikan. Portion dia agak meriah walaupun kami memilih set 3-4 orang makan. Dari segi harga pula, berpatutan. Harga masih dalam kategori mampu dilahap walaupun restoran ini terletak di kawasan Kota Damansara.
Restoran Dapor Terbakor
The Strand, 16G, Jalan PJU 5/20D,
Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
Instagram : https://www.instagram.com/dapor_terbakor/
Facebook : https://www.facebook.com/daporterbakorkd/
Whatsapp : http://www.wasap.my/+60182723001
sedapnya ikan siakap tiga rasa..kena try niee..
ReplyDeleteSemuanya nampak sedap. Huhu. Geram plak tengok gear box tu.
ReplyDeleteBased on the picture boleh nampak kuah dia masak pekat. And harga dia mmg standard damansara lah jugak~ can consider this next time utk I try since selalu pegi area tu jugak.
ReplyDeleteomg! kenapa set buttermilk tu nmpk sedap giler! nak carila!!
ReplyDeleteSedap sedap menu dia...nama kedai pun rare. Nanti kalau ke KL boleh cuba ni
ReplyDeletealahai.. terus berkeroncong tengok mee kuah dia tu. Sedap nampaknya kuah macam ni. Nama restoran pon menarik minat untuk bakal pengunjung singgah..
ReplyDeletesedapnya tengok semua menu, menyelerakan, terus lapar jadinya. Bolehla singgah sebab dekat dah dengan rumah, harga makanan pun not bad. Nak cuba chicken butter, nyummy
ReplyDeleteeeee lapar, nak mee kuah udang, sedapnya rupa. tempat ni kat Kota Damansara, I sering ke situ. Nanti boleh cuba
ReplyDeleteTak percaya kita kalau Zarif kata semua makanan tu dia makan seorang hehehe sebab tengok badan macam kurus kering jer jelous kita nak juga macam tu wakakakka.. Tapi makanan kat sini memang boleh buat kita giler bukan sahaja rasa tapi juga saiz makana yang besar tidak kedekut...
ReplyDeleteWahh lazatnya semua masakan kat sini. Buttermilk tu memang sedap betul terliur terus dibuatnya. Mostly semua hidangan sis suka. Pak choy tu pun memang faveret i.
ReplyDeleteassalamualaikum...sis datang sini singgah ziarah... ternampak plak post menu sedap! aduhai.. gugat iman dh ni.. lagi2 mee udang tu... rm20 pun tapi penuh udang mcm gitu mmg berbaloi sgt!!
ReplyDeleteNama pun dah catchy Dapor Terbakar. sukanya tengok menu daging n seafood bakar tu. nampak menyelerakan lah. kalau pergi damansara nak singgah kedai ni cuba sendiri.
ReplyDeleteKalau kat gemas dulu ada Dapur Berasap.
ReplyDeleteDalam 6bulan je kot berasapnya. Haha
Tengok menu tu alahai!
Sedap ni kalau dapat..
Dekat Damansara ye,, boleh cuba ni..Ya ampun semua makanan dia nampak sedap..Udang buttermilk..yummy..mee gearbox tu..mak aih gearbox dia besar..makan macam ni memang best ni..
ReplyDeleteTengahari ni nak ajak suami datang makan sinilah, terliur pulak tengok. Makanan nampak semua sedap-sedap. Lagi-lagi udang buttermilk tu. Pehhh... tempting gila.
ReplyDeleteLooks really yummy and appetizing!! The food portion is so huge, suitable for my husband too. Now I know where to look for yummy Malay food.
ReplyDeleteWow best nyer semua sadiang kat sana, harga pun ok juga. Nanti kelly minta boss buat makan kat sana.
ReplyDelete