Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hari Isnin yang lalu, kawan aku dari Kelantan dan Johor datang ke Kuala Lumpur. Mereka telah menginap di Philea Mines Beach Resort, Seri Kembangan. Seronok sangat dapat berjumpa semula dengan mereka setelah sekian lama tidak bersua muka. Kami ambil keputusan untuk makan-makan di resort tersebut. Kami ambil set hidangan kari kepala ikan yang ditawarkan di sini. Ikuti butirannya !
Secara jujurnya, aku tidak tahu akan kewujudan tempat ini dan ini merupakan kali pertama aku datang ke Philea Mines Beach Resort walaupun aku tinggal tidak berapa jauh dari situ. Baru aku tahu, ada pantai buatan yang tersergam indah di tengah-tengah bandar Seri Kembangan nie. Gituh !
Tak hairanlah kenapa kawan-kawan aku ambil keputusan untuk menginap di sini untuk beristirehat sepanjang kunjungan mereka di bumi Kuala Lumpur. Philea Mines Beach Resort berada betul-betul belakang pusat beli-belah The Mines yang terletak di Seri Kembangan. Yang lebih menarik lagi, kalau pengunjung bercadang untuk menginap di sini, mereka dapat complimentary set hidangan makan tengahari untuk 6 orang. Menarik bukan ?
Set hidangan tersebut ialah Set Kari Kepala Ikan yang dimasak istimewa oleh Chef Roslan.
Aku percaya, rata-rata rakyat Malaysia sangat menggemari Kari Kepala Ikan. Nak-nak pulak kalau ikan tu ikan merah, memang bertambah nasi dibuatnya. Tidak dapat dinafikan hidangan Kari Kepala Ikan di sini cukup sedap. Kuahnya pekat dan penuh dengan rasa, ditambah pula dengan kulit ikan yang digoreng dimasukkan bersama. Memang umphhh !
Set hidangan Kari Kepala Ikan di sini terbahagi kepada dua jenis, Kombo A dan Kombo B. Set hidangan yang kami nikmati ialah set Kari Kepala Ikan Kombo B. Set hidangan ini didatangkan bersama beberapa lauk-pauk yang lain. Antaranya :
SET KOMBO B
- Nasi putih kukus untuk 6 orang
- Kari Kepala Ikan Merah
- Sayur Kubis Tumis
- Kacang Bendi Goreng
- Sayur Kacang Panjang Tumis
- Ayam Tempayan
- Papadom
- Air Sirap Selasih
Air Sirap Selasih tersebut boleh refill sebanyak mana yang anda suka. Dan sekiranya pengunjung ingin minum teh tarik, hanya perlu tambah RM1 untuk secawan.
Kedua-dua set ini sama sahaja cuma untuk Set Kombo A, yang membezakan kombo ini ialah tiadanya hidangan Ayam Tempayan dalam set tersebut dan tidak termasuk bilik. Berikut merupakan butiran harga untuk set hidangan Kari Kepala Ikan di Philea Mines Beach Resort ini :
SET KARI KEPALA IKAN KOMBO A : RM 79.90 (2-3 pax)
SET KARI KEPALA IKAN KOMBO B : RM 248 (6 pax) + 1 Bilik Deluxe untuk 2 orang
Set Kari Kepala Ikan Kombo B didatangkan bersama bilik Deluxe (2pax) untuk satu malam. Jadi kepada mereka yang bercadang nak menginap di sini, boleh ambil set KOMBO B.
Ouh ya, kalau korang hanya nak makan tengahari dan teringin rasa Ayam Tempayan di sini, pon boleh ambil set hidangan makan tengahari mereka iaitu Set Ayam Tempayan. Butiran set tersebut boleh tengok di bawah nie.
SET AYAM TEMPAYAN (RM 20)
- Nasi Kukus
- Ayam Tempayan
- Keropok dan Ulam-ulaman
- Air Sirap Selasih
So macam mana guys, menarik bukan tawaran yang ditawarkan di Philea Minea Beach Resort ini ? Kalau korang teringin cuba Set Kari Kepala Ikan Merah dan juga Set Ayam Tempayan, bolehlah datang dan berkunjung ke Philea Mines Beach Resort. Butirannya ada di bawah :
PHILEA MINES BEACH RESORT, SERI KEMBANGAN
Jalan Dulang, Mines Resort City
43300 Seri Kembangan
Selangor
(Belakang The Mines Shopping Mall)
Website : https://www.phileahotel.com.my/selangor/
Till next time guys, see you when i see you, bye ! |
Mata tak fokus makanan dah. Terus nampak pantai buatan tu. Tak sangka ada jugak ya. Percutian di sini nampak mewah. Makanan yang disediakan pun boleh tahan. Not bad harga dengan tempat macam tu. Bertuah la kawan ada orang suggest tempat macam ni. Kalau pakej keluarga berapa pulak ya?
ReplyDeletePhilea Mines Beach Resort ni rasanya dulu akak pernah pergi. Boleh naik bot dari Mines Shopping Mall tu. Cantik dah nampaknya sekarang ni. Agak2 nak rehat tak jauh dari rumah akak boleh datang sini. Cantik pun cantik juga. Tq Zharif perkenalkan tempat ni.
ReplyDeletesedapnya...sedapnyaaa peminat kari di sini...dapat kari tu cicah cakoi pulak. ampunnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn....makan tak berenti la jawapnya
ReplyDeleteOh so sedappppp. Tadi nak kira2 kombo A lepas tu tgok kombo B sekali dengan bilik. Like so cheapppp! Makan semua sedap hotel pny taraf then harga tak sampai poket kering pun.
ReplyDeleteDah lama teringin nak makan Kari kepala ikan. Boleh la visit try Yang kat sini. Sambil Tu boleh ambik mood jalan jalan enjoy facilities kat sini. Murah pulak Tu.
ReplyDeleteJari kepala ikan tu memang kesukaan akak, mengoda sungguh tau.. minggu depan kursus dekat situ harapan akak dapat terjah dan mencuba kari kepala ikan tu yummy
ReplyDeleteWah pemandangan cantik lepastu makanan nampak menyelerakan bestnya kalau dapat makan sini. Memang tengah cari tempat best nak bercuti ni sambil bercuti boleh la makan sedap-sedap
ReplyDeleteSedapnya kari kepala ikan tu Zharif. Harga pun okaylah berbaloi. 79.90 u tik 2-3 pax. Makan dwngan nasi panas panas memang sedap. Nak nak kuahnya nampak pekat. Akak tak pernah lagi tau makan kari kepala ikan. Kena try makan nmapam gayanya
ReplyDeletepergh meriah youa lls..maknana dia semua nampak sedap..kari kepala ikan tu..besar bak hang ...ni kalau makan memenag tak pandang kiri kanan ni
ReplyDeleteDah lama tak makan Kari Kepala Ikan.. TB tak reti makan tapi bila tengok yang pandai makan kari kepala ikan ni.. rasa macam lapar dan berselera jadinya kita tau.. hehehe
ReplyDeleteapooo makanan semuanya sedap2 kat sini. merencis air liuq akk tengok. paling suka kari kepala ikan..perghh memang mengancam betul..pekat dan padu tengok rupanya ni belum tang rasa...so bila nak bawa akk makan kat sini? next week please heheh
ReplyDeleteWow jauhnya dia pergi sampai sana hehehe tengok kari kepala ikan tu menyelerakan dan membuka nafsu nak mencuba ok lah nanti kita pergi sana kalau ada jemputan lagi lah hehehehe...
ReplyDelete