Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sebagai seorang pelajar yang tidak bekerja, jadinya persiapan raya aku tahun ini hanyalah biasa-biasa saja. Tidaklah semeriah macam sebelum-sebelum nie. Walaupun baju hari raya pertama aku sudah siap tersedia, jauh dari sudut hati aku, aku nak ada baju hari raya kedua walaupun bajet ciput. Hahaha. Jadi, semalam kebetulan berjalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur dan sajalah singgah ke JAKEL MALL Kuala Lumpur. Asalnya cuma nak "tengok-tengok" je. Tak dapat beli pon tak apa, tengok orang membeli-belah pon dah seronok. Tapi tapi tapi . . . . . . . . . . .
AKU TERBELI SATU SET PERSALINAN BAJU MELAYU !!! 😄
Haihhhh, tak bolehlah aku nie. Pantang ada promosi dan jualan murah. Mudah betul terpedaya. Tapi aku tak menyesal pon beli, sebabnya sangat berbaloi. Siap dapat FREE sampin dan juga butang baju melayu lagi. Lagipun, aku memang dah lama berkenan dengan koleksi baju raya Awal Ashaari. dari hari tu lagi dok usha-usha setiap kali datang Jakel.
Mulanya tengok harga, agak mahal lah. Sebagai seorang student yang tidak bekerja, secara jujurnya aku berasakan harga baju melayu di Jakel nie agak sedikit mahal. Tapi masa aku datang tu tengah ada "Happy Hour". Jadinya harga menjunam-junam seperti tiada kesudahan. Aku pon apa lagi, naik syeikh lah dibuatnya bila harga tu menjunam.
Sesi lelongan Happy Hour oleh duta Jakel, Hairul Azreen |
Kebetulan masa tu, Hairul Azreen, iaitu duta Jakel sendiri yang buat lelongan HAPPY HOUR. Harga junam lebih dahsyat daripada biasa. Baju Melayu yang berharga RM299 asalnya, menjunam sehingga RM150 - RM180. Ikut nasiblah, range harga berubah-ubah dan tak tetap. Terus cepat-cepat aku pergi ke kaunter. Tempoh masa lelongan hanyalah 5-10 minit macam tu. Jadinya kena sambar cepat-cepat baju tu dan terus pergi ke kaunter pembayaran.
Bagi aku, range harga RM150 - RM180 tu sudah kira berbaloi memandangkan pembeli siap dapat sampin dan butang baju percuma. Lagipula, material kain koleksi baju raya Jakel memang tip top dan isnyaAllah dengan penjagaan yang rapi dan baik, baju melayu tu boleh tahan lama dan boleh dipakai berulang-ulang kali.
Dato' Faroz juga turun padang ketika sesi lelongan Happy Hour |
Mujurlah sebelum sesi lelongan bermula, aku dah memang tengah dok belek-belek dan cuba-cuba baju melayu kat situ. Dua tiga pasang jugaklah aku cuba. Mulanya cuma nak ambik feel je, tak dapat beli pon tak apa, asalkan dapat pakai. Hahahaha. Sekali, ambik kau. Terbeli satu set. Happy hour punya pasal.
Koleksi baju raya slim-fit Awal Ashaari. Material best, warna cantik-cantik, siap ada zip di bahagian pesak dan tangan. |
Suka betul aku beli dekat Jakel nie sebab ada staff yang membantu aku dari mula sehingga ke akhir. Dari mula nak cari saiz, cari material, cari warna baju, sampailah semasa pemilihan sampin, staff Jakel akan membantu. Konsep kat Jakel nie ialah satu pelanggan satu staff Jakel. Sebab tu kalau korang perhatikan, ramai sangat staf-staf Jakel nie. Konsep nie sebab ia memudahkan pengunjung untuk membeli-belah. Yelah, kadang kita nie pasal material tak tahu, warna baju pon tak tahu, nak cari dekat mana pon tak reti. Bila adanya staf yang membantu, masa membeli pon dapat disingkatkan.
Antara staff-staff Jakel yang banyak membantu para pelanggan memilih baju raya |
Staf-staff nie lebih arif untuk semua benda. Dorang siap bagi tips cara nak basuh dan jaga baju tu lagi tau. Yelah, setiap material kain berbeza, jadinya penjagaan juga berbeza. Terutama sekali baju-baju wanita. Banyak sangat material untuk baju wanita dan tak semua sama cara penjagaannya. Jadinya, staf-staf Jakel nie akan educate pembeli benda-benda tu semua. Bagus kan ?
Terima kasih buat mereka yang mengundi di poll yang aku buat di Instagram semalam Serious keliru sangat nak pilih warna baju dekat Jakel nie. Semua cantik-cantik ! |
Dengan bantuan akak Jakel yang manis lagi ayu, maka dapatlah aku sambar satu set baju Melayu koleksi Awal Ashaari pada harga junam ketika sesi Happy Hour dijalankan. Alhamdulillah. Lepas dah dapat resit pembayaran semua, akak tu terus bawa aku ke kaunter sampin untuk claim sampin percuma. Abang tu tengok warna baju melayu yang aku pilih, dia terus pilihkan beberapa sampin yang kena dengan warna baju aku dari rak untuk aku pilih. Dia bagi banyak pilihan sampin. Pilih punya pilih, akhirnya aku jumpa satu warna dan corak sampin yang kena dengan warna baju yang aku pilih tu.
Kaunter pemilihan sampin |
Selesai, dapatlah satu pasang baju melayu beserta sampin dan butang baju dekat Jakel nie. Alhamdulillah, seronok sangat. Meriahlah raya aku tahun nie melaram baju raya koleksi Awal Ashaari nanti. Nanti aku spam gambar dekat IG banyak-banyak tau.
Tunggu aku pakai di hari raya nanti okay 😉 |
Okay, itu jelah. Kalau korang nak cari baju melayu atau baju kurung moden dan sebagainya, masih sempat lagi nak cari dekat Jakel Mall Kuala Lumpur. InsyaAllah semua warna tema korang tahun nie,ada dekat Jakel. Saiz pon pelbagai dari saiz 2XS sehinggalah ke 7XL. Harga tak payah cakap, memang murah. Tambah-tambah bila time Happy Hour. Memang tak masuk akal murahnya. Dorang nak habiskan semua stok tu. Jangan lepaskan peluang ini tau !
Lautan manusia di Jakel Mall Kuala Lumpur |
Itu jelah nak cerita pasal semalam shopping raya dekat Kuala Lumpur. Alang-alang pergi Jakel Mall semalam, aku pon ambil kesempatan nie pergi ke Sogo sekali. Katanya kasut dengan handbags tengah ada sales sekarang nie. Maka berjalan kaki lah aku ke Sogo. Tak adalah jauh sangat Sogo nie dari Jakel Mall, tapi tak adalah dekat jugak. Oleh kerana waktu sekarang nie bandaraya Kuala Lumpur agak sedikit pack dengan manusia, jadinya, gigihlah aku berjalan kaki ke sana. Malas nak hadap jammed. Padahal dekat je. Senang dan jimat. Tak perlu fikir soal rate parking kereta. Parking je dekat Jakel Mall, RM4 je untuk hari minggu.
Akak kalau bulan Ramadan ni memang suka pi Jakel. Happy Hour dia cepat je mereka buat. Hehehe. Ready nak berlari aje. Hahahhaa
ReplyDeleteTerbeli eh Zharif eh? Terrrr beli ke? Hahah. So far tak pernah lagi beli kain or baju dekat Jakel sebab memang tak boleh tahan sesak dia tu hahah. Nad kena membeli secara tenang. Tapi tiap tahun tengok memang meriah sambutan dekat Jakel ni..
ReplyDeleteJakel ni memang banyak pilihan. Setiap raya, Jakel dgn Sogo tu mesti kena turun. Hehe
ReplyDeleteLelong taim raya memang berbaloi jgk. Terbaek!!
Jakel ni memang bnyk pilihan. Setiap Raya, Jakel ngan Sogo tu mesti kena turun. Hehe
ReplyDeleteLelong taim Raya pun mmg berbaloi jgk. Terbaek!!
Ramai cakap baju jakel sales kaw kaw. Nyesal lak tak beli ngan husband ritu. Tapi tak apa la. Next raya pulak. Hopefully ada la lagi buat sales macam ni. Tengok kain dia semua berkualiti. Abang Iza sempat beli time dorang buat sales ritu.
ReplyDeletegood to know this, shall let friends to know, most of them do last minute shopping. Good sales, also can shopping and keep it for next year too.
ReplyDeleteAkak pun suka cari pakaian kat Jakel, tapi kan paling akak suka.. cari kain langsir kat situ, murah dan cantik2 sangat
ReplyDeleteCara nak hubungkan nama domain ke webhosting
tu dia meriah!!
ReplyDeletebanyak nya choices untuk baju raya.. boleh lah shop till u drop for baju raya.. selamat hari raya ya..
ReplyDeleteSaya tak pernah shopping kat jakel before this. The collection here looks good. Shall go shopping here soon.
ReplyDeleteAkak yang bekerja ni pun kalau nak beli sesuatu baju tu dengan harga range rm200 ke atas fikir 4,5 juta kali tau. Bila dapat sambar harga baju raya time happy hour memang berbaloi baloi sangatlah. Tapi time happy hour memang kena cepat cepatkan Zharif kalau tak melepaslah
ReplyDeleteSuka kaler baju zharief ni. Warna naturel mmg sentiasa in dengan zaman. Jakel antara feveret place org cari baju raya sbb banyak giler pilihan. Dan plg best blh cari sedondon dgn keluarga
ReplyDeleteAda tak jual baju raya murah lepas raya ni hehehe kita nak serbu Jakel nak buat open house baju tak ada wakakakaka tak pun kita beli untuk Raya Haji lah boleh best sini banyak design dan saiz untuk kita hehehehe
ReplyDeleteJakel mmg selalu buat sales and time lelong mmg nurah2 baju dia
ReplyDeletepernah beli baju jakel waktu lelong..murah gila..hehehe..banyak pilihan warna dan design dekat jakel ye..senang satu keluarga pilih dekat sini..
ReplyDeleteciktom xjoin poll..tp ciktom pun vote grey tu..kolor memng sesuai sangat dengan zharief..ciktom suka shppg jakel..kain akad nikah dgn langsir mmg beli jakel..bj raya je xsmpt nak pi beli..sales kaw2 rugu xgrab..
ReplyDeleteMemang meriah lah kalau shopping kat Jakel time macam ni, nak cari baju raya for the whole family pun senang.
ReplyDeleteWih murah banget iya bagus2 jga banyak pilihan nya lagi
ReplyDelete