Monday, June 24, 2019

5 Keluarga Bertuah Menang Busana Rekaan Jovian Mandagie Dalam Kempen Gaya Raya Bersama TOP

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Baru-baru ini aku sempat menghadiri ke rumah terbuka "Gaya Raya Bersama TOP" di Bora Ombak Putrajaya. Majlis rumah terbuka ini turut dimeriahkan dengan kehadiran artis-artis popular serta kanak-kanak dari Rumah Bakti Nur Syaheera. Ikuti butirannya !



Kempen Gaya Raya Bersama TOP telah diadakan sejak bulan puasa lagi. Dan pihak pengurusan TOP dan Majalah NONA mengambil kesempatan ini untuk meraikan pemenang-pemenang bertuah dan juga kanak-kanak dari Rumah Bakti Nur Syaheera ini dalam acara rumah terbukan anjuran mereka.


Seramai 31 kanak-kanak dari Rumah Bakti Nur Syaheera telah hadir ke acara rumah terbuka ini. Mereka telah dihadiahkan koleksi set baju kurung dan set baju melayu hasil rekaan Jovian Mandagie yang bernilai RM10,000. Tanggungjawab Sosial Korporat ini merupakan kerjasama TOP bersama majalah NONA. Teruja adik-adik tu dapat baju raya eksklusif koleksi Jovian Mandagie tau. Seronok tengok !



Majlis ini juga turut diperlihatkan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang kempen "Gaya Raya Bersama TOP". Sebanyak 5 buah keluarga telah memenangi kempen tersebut dan mereka telah mengenakan koleksi pakaian baju raya eksklusif daripada Jovian Mandagie serta rangkaian produk TOP yang berjumlah RM30,000. Bertuah sungguh mereka semua. Tahniah !


Majlis turut diserikan dengan persembahan daripada dua artis yang tidak asing lagi namanya dalam industri muzik tanah air kita, Erni Zakri dan Ismail Izzani. Sedap suara mereka menyanyikan lagu secara langsung.


18 comments:

  1. Wow the 5 families are really lucky to win this contest right as it's designed by renowned designer. Congratulations to all the winners. 😁👍

    ReplyDelete
  2. wah rezekinya buat pemenang tu kan.. akak tak sempat nak sertai aritu.. busy sangat bulan puasa sampai tak sempat nak shopping sangat..

    ReplyDelete
  3. Bertuah kanak-kanak tu semua dapat beraya dengan baju hasil Jovian dan dapat berjumpa dengan designer top negara depan-depan. Saya pulak jelous. hehe.. Ruginya tak join contest dari TOP ni dulu, kalau tak boleh jugak merasa satu keluarga pakai baju Jovian.

    ReplyDelete
  4. seronoknya dapat baju raya dari ikon fashion jovian. tu la best join contest macam ni, siapa tahu rezeki nak menang hadiah special kan. mesti sakan OOTD time raya hari ni. tahun depan kalu TOP buat lagi, nak join jugak la

    ReplyDelete
  5. seronoknya bila menang hadiah yg begitu lumayan!RM30 000! Tahniah kepada mereka! btw, bestnya dapat bergambar dgn erni. haha jelesla pulak :P

    ReplyDelete
  6. Haritu ada jugak macam fikir nak join contest diaorang sebab macam best je tapi busy sangat tak sempat join. Tahniah semua pemenang.

    ReplyDelete
  7. Itu namanya rezeki tak pernah salah alamat kan. Bertuah sungguh pemenang, tahniah buat mereka sekeluarga

    4 Tip Untuk Berjaya Dalam Affiliate Marketing

    ReplyDelete
  8. tahniah dan bestnya dapat ke sana tu zharif. seronok sakan beraya :)

    ReplyDelete
  9. rezeki betul pemenang tu kan..untung lah hihi..by the way akk suka semua design baju jm ni..cantik2 dan delesa pakai..tapi selalu beli time offer je la hihi

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah rezeki 5 keluarga tersebut memang busana jovian mandagie. Bukan sennagkan dapat peluang palai busana dari pereka fesyen tang terkenal macam jovian mandagie. Kalau daoat pakai rekaan beliau rasa bertuah sangat dah

    ReplyDelete
  11. Tahniah pada semua keluarga yang menggayakan rekaan eksklusif Jovian tu. Mesti mewah terasa kan.
    Bestnya dapat jumpa Ernie. I am her biggest fan!

    ReplyDelete
  12. Wahh.. Bestnya.. Tahniah buat semua pemenang yang bertuah .
    Seronoknya kalau dapat join sama ni kan. Memeriahkan contest..

    ReplyDelete
  13. wah.. syoknya pemenang yang dapat hadiah koleksi Jovian Mandagie ni.. bukan calang2 orang boleh menang hadiah b est ni.. hari raya lebih ceria dengan busana cantik dari Jovian Mandagie kan

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah tahniah buat 5keluarga. Rezeki hari raya. Eksklusif sangat rekaan dari designer terkenal. Sungguh bertuah. Kanak2 rumah Bakti pon nampak seronok dengan hadiah yg diberi.

    ReplyDelete
  15. Tahniah kepada semua pemenang..busana rekaan Jovian Mandagie memang cantik dan exclusive. Kanak2 rumah bakti pon nampak seronok dapat hadiah..alhamdulillah

    ReplyDelete
  16. Wahhh. Untungnya... I think this year I'm already seeing a trend of families wearing Jovian baju raya... Even my family pun got a few.. Padahal before this I am not familiar pun with Jovian... Sorry katak bawah tempurung... Hahahah

    ReplyDelete
  17. Selamat Hari Raya Aidilfitri! Gembira TOP selalu buat CSR untuk komuniti. Terima kasih banyak-banyak!

    ReplyDelete
  18. Wah.. Bertuahnya mng pakej umrah.. Rezeki org sapa tau..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...