Tuesday, June 25, 2019

MAGICA Events & Function Halls Menawarkan Lokasi Majlis Perkahwinan Yang Cantik & Eksklusif

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Walaupun tengah musim perayaan, aku pasti sudah ramai mencari-cari lokasi untuk event-event untuk rumah terbuka, majlis hari jadi dan semestinya lokasi untuk majlis perkahwinan. Baru-baru nie, dalam sibuk memenuhi jemputan rumah terbuka tu, sempat jugak berlari ke Star Avenue Lifestyle Mall untuk riki-riki lokasi majlis perkahwinan. Ikuti butirannya !


Al-maklumlah majlis tak lama je lagi. Jadi kenalah bermula dari sekarang. Kalau lambat-lambat kang, melepas pulak. Lokasi majlis perkahwinan nie benda pertama kena confirm-kan terlebih dahulu. Yelahh, nak hantar kad jemputan semua, mesti kena tahu lokasinya di mana.


Sebenarnya, aku pon baru tahu terdapat dewan-dewan yang super cantik di dalam Star Avenue Lifestyle Mall nie. Kalau korang tercari-cari dewan untuk sebarang majlis, boleh tempah dengan MAGICA Events & Functions Hall. Ada 3 buah dewan kesemuanya dan setiap dewan mempunyai ciri-ciri uniknya yang tersendiri. Ketiga-tiga dewan ini sekiranya digabungkan boleh memuatkan seramai 7000 orang dalam satu masa.

Jom kita tengok satu persatu dewan yang terdapat di sini.

1. Magical Hall


Magica Hall merupakan sebuah dewan yang sangat magica persis namanya. Dekorasi dalamannya yang ekstravaganza pasti menambat hati setiap pengunjung yang memasuki pintu dewan ini. Dewan ini dihiasi dengan bunga-bungaan danlampu candelier yang pasti memukau semua pengunjung. Ia juga dilengkapi dengan pentas peragaan sepanjang 22 meter. Bolehlah feeling ala-ala Mariacarla Boscono berjalan untuk Versace nanti 😄


Magical Hall juga dilengkapi penataan cahaya canggih. Ia menukar warna dan bergerak mengikut alunan muzik yang dimainkan. Seperti berada di sebuah konsert atau majlis anugerah yang berprestij dengan penataan cahaya sebegitu. Dewan ini mampu memuatkan seramai 3000 orang tetamu dalam satu masa secara buffet dan 700 tetamu secara susunan meja. Sangat luas dewan Magical Hall ini dan cantik sekali !


2. Classic Hall

Pasangan mempelai yang berminat menjadikan Classic Hall ini sebagai lokasi majlis perkahwinan, boleh menambahkan sentuhan peribadi dalam bab dekorasi. Dekorasi tertakluk kepada individu. Tiada batasan dalam mendekorasi dewan tersebut mengikut citarasa masing-masing. Dewan ini juga dilengkapi penataan cahaya dan hamparan karpet merah.



3. Garden Hall

Untuk mereka yang menginginkan suasana romantis yang berkonsepkan perkahwinan dalam taman, boleh memilih Garden Hall. Dewan ini kapasitinya sedikit, hanya boleh memuatkan seramai 700 tetamu secara buffet dan 250 tetamu secara susunan meja. Dewan ini ibarat berada di dalam sebuah taman kerana ia berlatarbelakangkan irama semulajadi kicauan burung dan deruan air terjun. Sangat mendamaikan !


4. VIP Suite Rooms

Bilik yang lebih kecil juga ada ditawarkan untuk mereka yang memerlukan lokasi majlis yang lebih kecil iaitu bilik suite yang dapat menampung 40 hingga 80 tetamu. Terdapat 2 buah bilik suite VIP yang dilengkapi ruang legar yang luas.

------------------------------------------------------------

MAGICA Events & Functions Hall menawarkan pakej-pakej perkahwinan menarik yang boleh dipilih mengikut kesesuaian bajet anda. Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah senarai menu oleh katerer, pakar perunding perkahwinan dan pengurusan acara dan macam-macam lagi. Ketika di majlis tersebut, terdapat pertunjukkan fesyen baju-baju pengantin dari Putree Bridal and KYBC.


Jadi, kalau korang juga sedang mencari pakej perkahwinan, terutama sekali lokasi untuk majlis, boleh hubungi MAGICA Events & Functions Hall untuk quotation harga dan pakej.

MAGICA Events Sdn Bhd 

Level 4 Star Avenue Lifestyle Mall
No 3 Jalan Zuhal US/179, Pusat Komersial Arena Bintang Seksyen U5
40150 Shah Alam Selangor

Tel : 012-6787795


13 comments:

  1. Omg cantiknyaa!!! dulu x de plak mcm nikan.. nak kahwin lagi skali la mcm ni.. haha

    ReplyDelete
  2. Bestkan klu dapat buat wedding kat sini..nampak grand sangat. dengan dekorasi yang menarik dan boleh memilih konsep yang di inginkan.

    ReplyDelete
  3. Memang cantek giler dewan ni. Paling win lightings dia. And pelamin dan dekorasi. Suka dengan konsep yang diperkenalkan mmg lain daripada lain. Plg best ada fasiliti tanda dab. Dan parking pun banyajk. Hehe

    ReplyDelete
  4. nampak besar dan selesa untuk kapasiti tetamu yang ramai. yang seronoknya ada pakej dari A to Z. so pengantin dan keluarga dah tak payah nak fikir, serahkan pada yang pakar. janji ada duit je kan

    ReplyDelete
  5. cantiknya! tapi dah kawen lah kita. hihi. sangat cantik susunan, hiasan. dewan yang besar dan megah. ada duit insha Allah semuanya boleh diimpikan. :)

    ReplyDelete
  6. Nampak besar dan selesa dewan ni. Sesuai nakntampung kapasiti tetamu yang ramai kan. Dekorasi dewan pun cantik dan nampak mewah. Berbaloilah dengan bayaran dengan khidmat yang diberi.

    ReplyDelete
  7. Sape khawin kat sini beruntung sangat ni..kenangan terindah sekali seumur idup. Cantik sangat, dah nampak cam kat garden dengan bunga2 sana sini. Eshhh rasa nak khawin lagi dibuatnya...hahaha

    ReplyDelete
  8. This event space is beautiful, I really like the Magical Hall it's indeed magical especially for brides!

    ReplyDelete
  9. wah... kalau dengan dean yang sebesar ni dan dilengkapi dengan hiasan dan dekorasi pelamin mahupun meja makan yang tersusun.. tentu pasti majlis pun lebih meriah kan.. siap ada lampu2 yang betukar warna.. nak pulak boleh pilih tema tu.. best sangatt..

    ReplyDelete
  10. sekarang ni semua nak majlis 'dlm taman' nampaknya dekorasi magica ni betul2 magik. bakal penganting pasti akan teruja kalau tengok event diorang

    ReplyDelete
  11. Wow, nampak ekslusif dan mewah ! so bagi mereka yang berhasrat nak kawin ala-ala dalam taman tu this is for you !

    ReplyDelete
  12. Wow sangat ni. Kalau la buat majlis kat sini, 3hari 3malam rasanya tak puas.
    Haha..
    Sebab tempat dia wow sangat..
    Dah macam dikayangan ni je rasanya..
    Memang best.
    Tetamu pun seronok datang.

    ReplyDelete
  13. Wow this place is like its name, so magica. I really love their ceiling decors it's perfect for wedding and launch event.

    ReplyDelete