Assalamualaikum dan salam sejahtera
Alhamdulillah, baru-baru ini aku berkesempatan makan tengahari sekali lagi di BBQ Lamb Kemensah yang terletak di belakang Zoo Negara. Tapi kali nie, ada tetamu jemputan istimewa tau, iaitu Aiman Tino dan keluarganya.
Aiman Tino didampingi jejaka-jejaka kacak. Tepukk ! |
BBQ Lamb Kemensah KL tidak perlu diperkenalkan lagi. Aku pasti ia sudah cukup dikenali oleh semua lapisan masyarakat di Malaysia ini. Ye, BBQ Lamb Kemensah nie lah tempat makan yang dalam air sungai mengalir tu. Ye, inilah tempat yang pernah viral suatu ketika dahulu tu. Tempat nie lah.
Kalau sebelum nie, aku datang untuk mencuba menu BBQ sempena promosi bulan Ramadhan, kali nie, aku datang sekali lagi untuk makan BBQ di dalam air sungai pulak. On x on ?
Set Daging BBQ |
Aku memang cukup menggemari menu BBQ yang dihidangkan di sini. Tambah-tambah daging salai itiknya. Ya Allah !!! Sedap sangat. Memang daging itik je aku habiskan dahulu. Dicicipi pula dengan sambal blackpepper istimewa, memang membuat jiwa meronta-ronta inginkan suapan lagi. Gituee.
Bersama blogger hebat, Seri Wangi |
Makan di dalam air, hanya untuk hari Sabtu dan Ahad sahaja tau. Dan pengunjung hendaklah membuat tempahan lebih awal kerana tempat nie sangat laku keras dan tempat duduk adalah terhad, jadinya lebih baik tempah dahulu sebelum datang. Kalau tak nanti, menggigit jari.
Photo credit : Otomen |
Whatsapp : 60122114100
Alamat :
Jalan Taman Zooview, Kampung Kemensah, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan
(Jalan Belakang Zoo Negara)
Waze : BBQ Kemensah
Waktu operasi :
Isnin tutup
Isnin tutup
Selasa hingga Jumaat : 6.00 PM - 11.00 PM
Sabtu dan Ahad : 12.00 PM - 4.00 PM , 7.00 PM - 11.00 PM
Makan di dalam air hanya pada hari Sabtu dan Ahad sahaja
Facebook : https://www.facebook.com/Bbqlambklkemensah/
Boleh baca review aku ketika pertama kali berkunjung di BBQ Lamb Kemensah KL di sini : KLIK
Memang menarik dan tertarik serta tidak jemu untuk menjamu selera di sini... ekekeke
ReplyDeleteTak tiba lagi sini. Next time nak kena gi jugak tapi nak yg boleh main air. Hehe. Eh eh memilih pulak ye. Unik la sebab makan sambil main air tu. Kambing tu pon nampak sedapnya....
ReplyDeleteBestnya dapat makan dengan retis. Makan sedap pulak tu. Tak pernah makan dekat sini lagi. Ramai yang review kata best.
ReplyDeleteTeringin nak try sebab memang peminat lamb. Tapi kan takut pulak nanti kaki kecut dok rendam lama lama dalam air. kekekek
ReplyDeleteOh baru tau yang makan dalam air tu weekend je. Ingatkan everyday ada dieorang buat. Nasib baik baca dulu entry ni. Kalau tak, datang weekdays, sedih je tak dapat merasa makan dalam air
ReplyDeletewah..untunglah dapat jumpa aiman tino..dekat je kemensah ni dgn rumah..boleh la pegi weekend nnt
ReplyDeleteDah pernah makan sini..memang best..makana bbq dia semua sedap dan lembut..nanti nak datang lagi, nak cuba makan dalam sungai ni..best..best tengok nya..anak-ank boleh mandi
ReplyDeletesyok nya makan dalam suasana begini.. lebih lebih lagi dengan aiman tino... enjoy lah..
ReplyDeleteBest la Zharif dan kawan- kawan lain dapat luangkan masa makan kat sini..nak- nak si Aiman Tino pun ada sekali kan..memang makan kat sini sedap giler especially itik panggang dia tu..juicy..ah..tak nak la citer..terus rasa nak makan kat sana gak la...
ReplyDeleteKeciknya aiman tino ni ye. Btw set daging bbq tu tempting sangat. Terliur tengok.
ReplyDeleteSaw many good review about this place. Gonna try soon. added to my must try food bucket list hehe
ReplyDeleteSalam petang dari Mama Hakim. Singgah bertamu blog tuan. Makan sedap
ReplyDeleteMakan makan dengan kawan kawan memang sedap. Kalau Ibu makan nak tempat yang privasi sebab tak nak di ganggu
ReplyDeleteMemang dah plan nak bawa family makan dekat sini nanti. Teringin nak makan sambil rendam kaki dalam sungai tuh. Mesti rasa best. Tengok makanan pun semua nampak sedap belaka.
ReplyDeleteUntunglah dahlah macam artis lepas tu dapat makan dengan artis memang artis sangat cikgu ni hehehehe. Tapi tempat ni memang best dan terbaik kita suka cuma panas jer masa makan hari tu salah pilih lokasi hehehehe...
ReplyDeletemenarik betol konsep restoran dia. tapi kalau hujan mesti dia x beroperasikan. Dah lama nak p sini. tapi x sampai rezeki lagi
ReplyDeletemakan kambing dalam air? Menarik! Perasan gak tentang tempat ni. Ramai kawan FB dah ke sana..nak kena try gak skali ni
ReplyDeleteWah bet yer Zharif 2 kali dah makan kat sini. Huda tak pernah try lagi. Nampak daging BBQ tu sedap sangat. Kne tunggu weekend la baru dapat merasa makan dalam air tu
ReplyDeleteUntung la dapat jumpa aiman tino. Ditambah pulak makan sodap2
ReplyDeleteBanyak kali tengok bbq Lamb kemensah ni terua terliur sebab daging dia menggoda sangat . Kalau turun kl mmg nak singgah makan kat sini
ReplyDelete