Assalamualaikum dan salam sejahtera
Okay, selama hari nie aku hanya melihat orang-orang memuat naik gambar-gambar makan di BBQ LAMB KL di Kemensah yang terletak di belakang Zoo Negara nie. Kali nie, aku sendiri berpeluang untuk ke sana dan mencuba set menu berbuka puasa dia. Jom ikut aku untuk tengok apa yang menarik set berbuka di sini.
BBG Lamb KL yang terletak di Kemensah nie pernah viral suatu ketika dahulu. Mulanya sukar untuk percaya tempat sebegini cantik dan indah terdapat di negara kita. Tapi bila berpeluang sendiri untuk lihat dengan mata sendiri, barulah aku percaya tempat sebegini memang betul-betul wujud.
Sangat unik environment makan di sini. Menikmati hidangan sambil bertemankan kehijauan hutan dan air sungai yang mengalir. Mana nak dapatkan pengalaman macam nie di tempat lain. Hanya di BBQ Lamb KL Kg Kemensah sahaja.
Untuk menikmati makan-makan di dalam air tu, hanya untuk waktu hujung minggu sahaja, Sabtu dan Ahad. Hari lain tidak dibuka untuk menikmati hidangan di dalam air. Tapi, pengunjung masih berpeluang untuk mandi di kolam yang disediakan. Boleh rujuk gambar di bawah nie.
Agak terkejut, kolam nie bukanlah kolam yang cetek sebab masa aku datang tu pada belah malam, memang tak nampak sangat kedalaman kolam ini. Bila datang belah siang, baru nampak. Jadi, kena sentiasa awasi anak-anak anda sekiranya berniat nak bermandi-manda di dalam kolam yang disediakan nie.
Okay sekarang aku nak gembar-gemburkan set hidangan bersempena bulan Ramadhan. Terdapat 3 jenis set ditawarkan. Untuk pengetahuan korang semua, kesemua menu ini disalai terlebih dahulu untuk beberapa jam di tempat khas yang disediakan. Grill tu hanya untuk panaskan semula sahaja. Barulah anda dapat menikmati hidangan tersebut panas-panas.
Set Daging (RM 188)
Terdiri daripada daging kambing yang dipotong, tulang rusuk kambing, short ribs dan juga daging tenderloin. Ya Allah sedap sungguh daging-daging yang disalai ini. Sangat lembut dan juicy. Cicah pulak dengan sos yang disediakan, memang best rasa dia. Paling best, dapat makan tulak rusuk tu.
Set Burung (RM 168)
Terdiri daripada kepak ayam goreng, burung puyuh goreng, daging itik yang disalai dan juga ayam organic goreng. Kalau korang peminat burung puyuh, inilah masanya untuk mencuba set hidangan burung nie. Dagingnya yang dimasak sempurna, lembut dan rapuh di mulut pasti memikat semua yang merasa.
Set Seafood (RM 188)
Memang meriah sangat set seafood nie. Terdapatnya beberapa keping ikan salmon, dua ekor lobster cheese, sotong bakar dan juga beberapa ekor soft shell baby crab. Dihidangkan bersama sos istimewa pasti menjadi kegemaran buat pengunjung yang menikmati set makanan laut ini.
Set ini didatangkan bersama
4 pinggan nasi herba istimewa (Boleh refill)
2 jenis pencuci mulut (4x)
Coleslaw
Coleslaw
Kurma
Sup
2 jug air (Pilihan pada menu)
1 jug air kosong.
Pilihan air jug tu bukanlah jenis air kordial tau. Choii sangat guna air kordial. No no no. Air di sini, tak pakai kordial. Dikisar fresh daripada buah-buahan sebenar (kalau order air buah). Air yang aku nak sarankan korang pilih ialah air dragon fruit dan juga jus epal asam boi. Sedap !!
The best way to eat ribs
Hidangan set tersebut adalah untuk 4 orang makan. Sekiranya pengunjung datang untuk dua orang, pon ada set hidangan untuk 2 orang. Jadi, bolehlah berkunjung ke BBQ Lamb KL Kemensah nie untuk maklumat lanjut. Segala tempahan boleh dibuat dengan menghubungi/whatsapp nombor berikut :
Whatsapp : 60122114100
Alamat :
Jalan Taman Zooview, Kampung Kemensah, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan
(Jalan Belakang Zoo Negara)
Waze : BBQ Kemensah
Waktu operasi :
Isnin tutup
Isnin tutup
Selasa hingga Jumaat : 6.00 PM - 11.00 PM
Sabtu dan Ahad : 12.00 PM - 4.00 PM , 7.00 PM - 11.00 PM
Makan di dalam air hanya pada hari Sabtu dan Ahad sahaja
Facebook : https://www.facebook.com/Bbqlambklkemensah/
Korang WAJIB booking tempat duduk terlebih dahulu sebelum datang. Kalau walk-in, risau pulak tak ada kosong dan terpaksa menunggu lama. Percayalah, memang laku keras sangat tempat nie. Ramai yang datang berkunjung ke sini untuk mencuba hidangan istimewa mereka. Jadinya please please please buat tempahan terlebih dahulu. WAJIB !!
Siang
Malam
Kemudahan seperti surau juga turut disediakan. Jadi mudahlah untuk para Muslim menunaikan solat Maghrib di sini. Terima kasih buat pasangan suami isteri yang mengusahakan tempat makan yang istimewa ini, En. Zainudin Yatim dan Pn. Mi Mie Iberahim. Semoga perniagaan terus maju dan sukses. Saya sangat berpuas hati dengan hidangan yang ditawarkan dan semuanya sedap-sedap belaka.
Sekiranya anda mencari tempat makan berbuka yang berbeza, BBQ Lamb KL ialah jawapannya !
Tempat ni dekat ke dengan tempat rombongan 5 KAA dulu?
ReplyDeleteAah. Dekat sangat. Yg kita pergi tu belakang lagi kalau x silap. Aku pon teringat rombongan kelas kita masa datang sini
DeleteI see. Kena menggigihkan diri (dan orang lain) pula kalau nak ke sini sebab rasa macam jauh sangat dari rumah.
Deletesuch a wonderful experience to dine at the river. NO try before been wanting to go since last year, just time don't permit me. Shall let my dear know of this place soon, so everyone go wearing own slippers to dine in river?
ReplyDeleteoh my oh my... craving for this so much now..
ReplyDeletei had once there and i truly love it and the way they smoked it.. oh my.. drooling to the max...
Wahh... Ada juga perasan lokasi ni waktu viral dulu tapi belum berkesempatan lagi nak pergi. Memang nampak menarik konsepnya terutama makan dalam kawasan air tu. Unik! Kalau ada peluang ni bolehlah ajak kawan-kawan berbukan kat sini. Lain daripada lain betul!
ReplyDeleteNampak tenang je makan kat situ. Nak nak uniknya sebab kaki berendam dalam air. Amboi sedap ye makan kambing dengan Marou?. Peminat kambing memang boleh terjah la ke sini.
ReplyDeleteEh silap Marou pulak....Dboy....hehe sorry silap...
ReplyDeletebest betul kalau makan. dekat sini. kalau sedap fuhh lagilah tenang je dengar deruan air sungai. rasanya ni yang kedua kan yang buat konsep macam ni
ReplyDeleteBestnyaaa tengok memang ramai datang makan dekat sini nampak sedap je.menu pun banyak pilihan dah la memang suka makan kambing kena datang sini nantiiii
ReplyDeleteSubhanallah .... cantiknya! Syiokkkk ni makan-makan sambil menikmati keindahan alam semulajadi. Tambah lagi dengan adanya deruan air sungai mengalir . Asyiknya
ReplyDeleteEermmm..... jeles laaa orang tu dapat makan daging tulang rusuk. Sedap tuh....!!
Bestnya zharif. Teringin nak berbuka kat sini. Kemensah ingat kat Pahang nuh. Rupanya area zoo negara je. Dekat la jugakkan. Nanti nak ajak family p sini la. Thank you awak share kat sini.
ReplyDeleteDah lama teringin nak gi tempat ni. Tapi, belum sampai-sampai lagi. InshaAllah, panjang umur murah rezeki akan gi sini.
ReplyDeleteKambing tu nampak sedap. Seafood pun not bad. Huwarghhh. Terliur bhai
Jealousnya tengok ramai update makan kat sini . Dah lah kambing tu favorite. Seronoknya makan smbil duduk tepi sungai macam tu. Tenangny fikiran.
ReplyDeleteCompletely agree! The best and only was to savor grilled lamb is eating with your hands. Lovely place too, I have yet to chance on making a trip there
ReplyDeleteBestnya tempat ni...cantik dan nyaman..mesti time makan tu syiok ja. Patut la eamai orang sampai kena book kan
ReplyDeleteSerius mmg sedap sgt makanan dia walaupun just grilled. Especially smoked duck.. event nasi heb pun sedap. Jus buah xsah ckp la mmg menarik time2 puasa kan.. xrugi mkn dkt sini
ReplyDelete