Friday, May 25, 2018

Pertandingan SUPERMOM Bersempena Hari Ibu di The Mines

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada 19 Mei yang lalu, bersempena dengan hari ibu, The Mines telah mengaturkan satu pertandingan yang diberi nama "SUPERMOM". Pertandingan ini melibatkan ibu dan anak, yang akan bekerjasama dalam menyelesaikan tugasan-tugasan yang diberi. Memang sangat mencabar dan menarik sekali tugasan-tugasan itu. Jom ikuti butirannya !


Terdapat 5 stesen semuanya dan setiap stesen menawarkan cabaran yang berbeza. Aku akan kongsikan satu per satu aktiviti dis etiap stesen. Jom mulakan dengan stesen pertama.

Stesen Pertama : Oliver Gourmet


Di stesen pertama ini, para peserta kena menyediakan satu hidangan mudah dengan menggunakan bahan-bahan yang telah disediakan. Bahan-bahan yang disediakan majority bahan untuk membuat menu-menu yang ringan yang berkhasiat seperti menu sarapan pagi.


Masa yang diberi adalah selama 1 jam. Jadi, peserta kena menghasilkan apa-apa jenis menu yang boleh dibuat dalam masa satu jam. Satu cabaran yang agak sukar, kerana ibu-ibu yang turut serta dalam pertandingan ini sangat hebat sekali dalam masakan. Hasil mereka juga sangat luar biasa !


Tiada dapur masak, hanya oven yang disediakan. Sedikit sebanyak membantutkan idea aku dan juga ibuku untuk menghasilkan satu menu yang berkhasiat dengan menggunakan bahan-bahan yang agak terhad. Makanya, kami membuat keputusan untuk membuat roti sandwich dengan menggunakan ikan sardin tin, keju, lada hitam, sos cili dan juga telur rebus. Dan hasilnya . . . . .


Taraaa ! The taste was not bad tau. Kami tak tahu rasanya bagaimana dan juri pon tidak merasa menu-menu yang dihidangkan, hanya mengadili based on kerjasama, presentation, kekemasan, kebersihan dan juga bahan yang digunakan. Time buka puasa baru aku berpeluang merasa sandwich yang aku dan ibu aku buat nie. Sedap kot !

Stesen Kedua : Natural Health Farm (NHF)


Di stesen ini, peserta hanya perlu menjawab soalan-soalan yang ditanya oleh pengerusi majlis. Soalan-soalan tersebut adalah berkenaan NHF tu sendiri. Antara soalan yang ditanya ialah, apakah produk organic yang dihasilkan NHF, siapakah pengasas NHF, buku apa yang telah diterbitkan oleh pengasas dan banyak lagi. Malang sekali, aku langsung tak berjaya menjawab satu soalan yang diajukan. Hahahaha

Stesen Ketiga : Fun Factory


Aktiviti yang kami perlu lakukan di Fun Factory ini paling mencabar. Hal ini kerana, aku dan kesemua peserta-peserta yang lain tidak punya pengalaman dalam bermain roller blade nie. Tambah-tambah kaum-kaum ibu. Lagilah mereka tak pandai. Muka semua kejang je bila dah pakai kasut roller blade tu sebab nak imbangkan badan daripada terjatuh.


Oleh kerana menghadapi kekangan dari segi waktu dan macam mustahil untuk dilaksanakan, amkanya peraturan permainan ini diubah. Hanya anak-anak sahaja yang perlu pakai kasut roller blade, manakala si ibu hanya memastikan anak-anak mereka tidak terjatuh. Pfftttt, aku terjatuh kat garisan penamat. Hahahaha


Bila wisel dimulakan, memang kelam-kabut jadinya. Ya Allah ! Susah kot. Dahlah hanya 3 peserta sahaja yang akan mendapat markah untuk stesen ketiga nie. Mahu tak menggelupur semua peserta cuba untuk mendapatkan tempat. Alhamdulillah, dapat tempat ketiga masa nie.

Stesen Keempat : MR. D.I.Y


Di sini, kami perlu kreatif menghasilkan satu cenderahati dengan menggunakan bahan-bahan yang disediakan. Bahan-bahannya ialah satu papan bersaiz empat segi tepat yang tebal, paku, hammer, benang kait, benang menjahit dan juga gunting. Masa nampak je bahan-bahan tu, aku terus dapat tangkap apa yang kami perlu buat di stesen ini.


Nampak macam mudah tapi sebenarnya agak susah. Tambah-tambah masa yang diberi hanyalah 30 minit sahaja. Tapi Alhamdulillah, aku dan ibuku berjaya menyiapkan bongkah kayu kami dengan melakarkan simbol hati padanya.


Apa yang best sekali, kesemua peserta boleh membawa pulang kesemua alatan yang dibekalkan. Wehooo ! Balik rumah boleh praktis buat lagi. Ini emrupakan kali pertama aku cuba menghias bongkah kayu dengan paku bebenang nie. Not bad lah kan for first timer ?

Stesen Kelima : Pasaraya Giant


Tugasan yang terakhir kami ialah di pasaraya Giant. Ini merupakan cabaran paling aku suka kerana sudah lama aku ingin menyertai cabaran ambil-ambil barang di pasaraya seperti ini. Kami dibekalkan gambar beserta nama produk. Terdapat 10 barang kesemuanya. Dan kami perlu ambil sebanyak mana yang boleh kami ambil dalam masa 5 minit.


Rasa macam lama sangat 5 minit tu, tapi bila dah mula, sekejap je rasa. Alhamdulillah, aku dan ibuku berjaya mengambil 7 barang daripada dalam list yang diberi pada peserta. Yeay ! Kesian ibu aku penat berlari-lari dalam pasaraya.

----------------------------------------------------------------------------------------


Pememang pertama membawa pulang wang tunai sebanyak RM 500 beserta hamper dan produk dari penaja. Manakala pemenang tempat kedua membawa pulang wang tunai RM 300 beserta hamper dan produk penaja. Dan pemenang ketiga membawa pulang wang tunai RM 200 beserta hamper dan juga bproduk dari penaja. Hadiah saguhati pula, peserta membawa pulang wang tunai RM 50 beserta produk dari penaja. Aku dan ibuku tak berjaya mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga. Dapat tempat keempat, hadiah saguhati. Apa-apa pon Alhamdulillah.


Yang penting kami semua dapat meluangkan masa yang berkualiti dan melakukan aktiviti ini bersama dan saling bekerjasama antara ibu dan anak di dalam menyelesaikan setiap tugasan. Sangat suka menyertai pertandingan-pertandingan seperti ini. Terim kasih di atas peluang ini.


Tahniah buat para pemenang, Kak Ayu, Miera dan juga Kylie. You guys deserve it ! Buat yang lain, you guys memang awesome. Semoga jumpa lagi di event yang lain. Selamat hari ibu buat kesemua ibu-ibu di dunia !

Buat my ibu, thank you coz willingly to participate this competition with me. Love you !

16 comments:

  1. Tahniah buat semua pemenang..seronok bila tengok semua enjoy..Ayu memang buat bersungguh -sungguh sebab tu selalu menang contest..apapun memang terbaik la program menghargai mak- mak ni..kena buat selalu ni..

    ReplyDelete
  2. OMG! Roller blade! Dah lama tak main T_T

    By the way, nasib penganjur ubah rules. Kalau tak, kesian para ibu kalau jatuh sebab dah tua, kalau jatuh, bahaya. By the way, tahniah Zharif sebab menanglah juga :D

    ReplyDelete
  3. Comelnya main masak-masak ngan Ibu. My mum is always my superhero too.

    ReplyDelete
  4. wah bestnyer, memang tak hadiah?

    ReplyDelete
  5. Aww so cute and sweet sangat dapat having a day out with mom doing all of those activities kan. Semua nampak fun sangat tau! Cool sangat your mom melayan join hehe. Congrats berjaya dapat tempat ke 4 & sagu hati tu yea. Looks like such a great and fun day out!

    ReplyDelete
  6. Menariknya dapat menghabiskan masa dengan ratu hati. Akak dah takde mama. Bestnyer aktiviti yang dijalankan. Ada bonding time diantara ibu dan anak. Bukan selalu boleh macam ni kan lantara kesibukan si anak dengan kerja. Mesti ibu Zharif happy ni.

    ReplyDelete
  7. Amboi manjanya cikgu dengan mak dia hehehe jelous kita tak sebab mak kita jauh hehehe rindu kat mak kalau balik dapatlah sekali sekala tolong mak masak kat dapur tu hehehehe

    ReplyDelete
  8. Wahh best tu ada pertandinf supermom gitu..seronok para ibu bila dihargai macam tu..

    ReplyDelete
  9. Heheheh. Biarpun berpuasa gegeh berlari ke sana sini. Tapi mmg fun. Lepas abis baru rasa penatnyaaaa.. tahniah buat zharif dan ibu.. moga ke temu di acara lain yg akan datang

    ReplyDelete
  10. Meriah pertandingan ni. Ada macam macam aktiviti yang dibuat. Selain daripada merapatkan ukhwah antara peserta hubungan dengan ibu pun mesti bertambah erat kan. Suka juga join pertandingan macam nih

    ReplyDelete
  11. Senang ya para ibu ibu di manjakan dengan demo masak dan beberapa permainan lainnya. Oh ya selamat hari ibu untuk semua ibu ibu di Malaysia semoga makin sukses perannya sebagai seorang ibu.

    ReplyDelete
  12. Sportingnya mak zharif join sekali anak utk event macam ni, hehe. Tahniah untuk yg menang. Yg tak menang pun takpe, at least dapat luang masa beraktiviti dengan emak.

    ReplyDelete
  13. Menarik aktiviti macam ni sempena hari ibu yang telahpun berlalu , aktiviti ni bukan je sekadar have fun tapi waktu ni lah kita nak makin rapat dengan mak kita.. Boleh juga belajar macam2 benda , banyak ilmu baru pastinya .. Terbaik!

    ReplyDelete
  14. Wah so many activities! Looks so fun and lively too. Your mum must be really happy and proud of you. It's great that you spend the time to put a huge smile on her face

    ReplyDelete
  15. oh my.. your sandwiches really looks beautiful and creative!!!! so great can see this kind of mom and children bonding relationship...

    ReplyDelete
  16. bestnya dapat join akiviti macam ni. memang menarik betullah. tahniah buat Zharif dan ibu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...