Thursday, May 10, 2018

Wajah Dan Formulasi Baharu Rangkaian Produk Penjagaan Rambut SAFI SHAYLA - Pakar Rambut Wanita Bertudung

Assalamualaikum dan salam sejahtera !

Pada 3 May yang lalu, aku sempat menghadiri majlis pelancaran semula variasi produk penjagaan rambut Safi Shayla yang telah berlangsung di District 21, IOI Mall Putrajaya. Sangat meriah dan agak mencabar majlis pelancaran ini yang mana setiap daripada kami yang hadir telah turut serta dalam aktiviti lasak yang dianjurkan oleh mereka.


Pemilihan tempat iaitu District 21, adalah sangat tepat dengan tagline yang cuba Safi Shayla cuba ketengahkan yang mana rangkaian baharu produk penjagaan rambut Safi Shayla itu ingin memastikan bahawa bertudung bukanlah penghalang untuk wanita kekal aktif.



Hal ini kerana, formulasi baharu Safi Shayla mengandungi 1001 manfaat Habbatus Sauda dan kebaikan Micro Bamboo Charcoal. Dipercayai sejak zaman dahulu lagi, Habbatus Sauda dapat membantu mengurangkan kegatalan kulit kepala dengan cara mencegah penghasilan bakteria. Ia juga dipercayai dapat mengekalkan rambut yang sihat kerana ia dapat menghindari keguguran rambut dan membuat rambut lebih lembap dan bersinar. Manakala Micro Bamboo Charcoal pula mampu menjadikan rambut lebih lebat dan pada masa yang sama dapat mengawal bau rambut.\


Safi Shayla bukan sahaja mengeluarkan rangkaian produk syampu yang berformulasi baru, malah ia juga disertakan dengan pembungkusan baru yang menarik dalam pelbagai saiz dan haruman yang menyegarkan. Dan apa yang lebih menarik, haruman ini bertahan sehingga 48 jam.

SAFI SHAYLA Shampoo - RM 8.35 (160g) dan RM 13.65 (320g)


Prihatin dengan kondisi wanita bertudung di mana mereka sering merasa kurang yakin dengan diri, Safi Shayla juga mengeluarkan bantuan rangkaian penjagaan rambut seperti Mist 2 dalam 1 Rambut & Hijab, Serum Rambut dan juga Minyak Rambut bagi mendapatkan rambut ikal mayang dan kulit kepala yang sihat. Mist 2 dalam 1 Rambut & Hijab boleh disembur terus trambut dan hijab kerana sifatnya yang mudah kering. Dan yang menariknya, ia tidak akan meninggalkan kesan kepada hijab mahupon rambut anda.

SAFI SHAYLA 2 in 1 Hair & Hijab Mist (100ml) - RM 17.90


SAFI SHAYLA Hair Serum (50ml) - RM 17.90

Manakala Serum Rambut pula didatangi dengan 2 variasi iaitu Licin Terurus dan Hitam Menawan. Diformulasikan dengan minyak habbatus sauda, minyak argan moroccan, minyak zaitun tulen dan minyak vtamin E. Minyak Rambut Safi Shayla pula dapat memberikan rambut yang lembut serta licin, dan sekaligus memberikan rambut kelihatan sihat serta memberikan keharuman yang berpanjangan.


SAFI SHAYLA Hair Oil (100ml) - RM 11.90

Kesemua produk ini saling melengkapi antara satu sama lain dan ia sangat sesuai dengan semua lapisan masyarakat, baik yang bertudung mahupun tidak bertudung. Safi Shayla yakin, rangkaian penjagaan rambut yang dikeluarkan ini dapat membantu wanita dalam menghadapi aktiviti seharian yang aktif, di samping mengekalkan kesihatan rambut mereka.



Selepas acara pelancaran tamat, maka bermulalah aktiviti yang ditunggu-tunggu. Aktiviti dimulakan dengan acara zumba bagi merenggangkan apa yang patut. Memang havoc gila masa nie. Seterusnya kami didudukkan mengikut kumpulan yang telah ditetapkan semasa pendaftaran masuk. Aku berada di dalam kumpulan warna purple. Memang gempak ahli-ahli kumpulan aku. Semua sporting habis !

Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang kami kena lalui untuk mendapatkan pemarkahan.


1. Power Station.

Dua peserta kena panjat bongkah-bongkah span itu manakala ahli yang lain kena susun dan hulurkan bongkah tersebut untuk disusun. Kumpulan yang dapat capat puncak paling tinggi akan mendapat markah penuh. Agak mencabar aktiviti ini sebab bongkah tu licin dan sering bergerak-gerak.


2. Tubby Ride 

Tubby ride nie paling best aku rasa. Mudah je aktiviti nie, cumanya yang jadi susah, ada masa yang ditetapkan. Dalam masa lebih kurang 6 minit kot kena completekan 10 riders. Apa-apa pon, aktiviti nie sangat best !


3. Trampoline

Aktiviti nie bukan untuk lompat-lompat. Sebaliknya peserta kena imbangkan bola dan bergerak dari hujung ke hujung tanpa menjatuhkan bola. Kalau jatuh, kena buat semula dan tak dapat markah penuh. Alhamdulillah, kumpulan kami berjaya pada cubaan pertama dan bola tak jatuh. Yeay !!


4. Free Fall

Rasa nak gugur jantung bila disuruh terjun. Nampak macam tak ada lah tinggi sangat. Tapi bila dah berada dekat atas tu, ya Allah ! Tuhan saja yang tahu cuak dia macam mana. Walaupun selamat untuk terjun, tapi rasa takut tu tetap ada. Sampai rasa tak nak terjun pon ada. Hahahaa


5. Maze

Okay, untuk aktiviti ini memang sangat-sangat mencabar. Kena melalui ruang-ruang yang sangat sempit dan terhad. Ada satu bahagian tu, memang gelap. Jadi tak nampak sangat jalan. Serious sempit dan aku rasa kalau orang yang berisi, tak sesuai untuk lakukan aktiviti ini. Aktiviti ini sangat memerlukan ketangkasan dan kekurusan untuk melepasi bahagian-bahagian sempit tu. Aku rasa nak pitam kot masa main aktiviti nie. Alhamdulillah, semuanya okay !


Alhamdulillah, kumpulan kami menjadi kumpulan pertama selesaikan semua cabaran. Di samping menunggu kumpulan-kumpulan lain untuk selesai, nampak pula Yuyu Zulaikha yang cukup aku segani ini. Nampak lama dah, tapi masa tengah rehat-rehat nie baru ada keberanian untuk duduk sebelah and berborak. Tak lupa, aktiviti bergambar untuk kenangan. Hihi


Walaupun kami tak dapat markah tertinggi, tapi kumpulan kami menang sebagai "Best Teamwork". Yeayyyy ! Tahniah buat kumpulan aku. You alls memang awesome ! Seronok bekerjasama dengan setiap daripada kamu.



Selesai sudah majlis penyampaian hadiah, maka tamatlah majlis pelancaran semula rangkaian produk penjagaan rambut Safi Shayla. Memang best sangat majlis pelancaran ni. Hopefully akan ada lagi majlis sebegini di waktu akan datang.



Lepas ini, tiada alasan buat wanita berhijab di luar sana untuk tidak kekal aktif dengan adanya rangkaian baharu produk penjagaan rambut Safi Shayla. Ia sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Bahkan lelaki juga sesuai untuk guna. Produk yang tiada keraguan kerana ia dijamin halal dan harganya sangat berpatutan. Jom dapatkan rangkaian produk penjagaan rambut Safi Shayla di pasara-pasaraya berdekatan anda.

Instagram : @safimalaysia

Most pictures are credited to the official photographer for this event. Thank you for taking our pictures during the event.

20 comments:

  1. Yakin dan sihat dengan produk baru Safi Shayla. Cantik juga packaging baru dia tuh... Apa² pun tahniah Zharif. Berjaya menyelesaikan aktiviti lasak itu. Hee..

    ReplyDelete
  2. zharif pakai tak shampu ni? hehe. lelaki pun boleh pakai je

    ReplyDelete
  3. keamin rancak mase tgh zumba tu hahaha..deabak! hehe

    ReplyDelete
  4. Ehhh...Zharif ada eh amsa ni..apesal akak tak nampak zharif pun erk..ke Zharif sampai time akak dah balik..kebetulan akak tak sihat masa tu..tahniah ye sebab berjaya settlekan task aktiviti lasak..

    ReplyDelete
  5. Bestnya jumpa yuyu zulaikha hahaha minat betul baca blog dia.airah tak berkesempatan nak join event ni haritu memang suka sangat dengan produk safi shayla ni.syampu dia wangi.tak sabar nak beli hair mist dengan collection baru dia

    ReplyDelete
  6. Safi shayla dh byk products skarang.. Akak mmg pakai shampoo safi Shayla.. Nanti bole try product yg terbaru ni plak

    ReplyDelete
  7. Bestnya aktiviti macam ni, dapat pulak produk Safi berganda ganda best kan..hehehe. Kalau sis pergi pun sure tak dapat join aktiviti lasak coz lutut sis tak mengizinkan bergerak bebas.
    Nanti nak cuba jugak lah produk Safi ni..cam best je

    ReplyDelete
  8. Memang oengguna Safi Shayla pun. Baunya memnag wangi kan. Tapi bestlah Zharif dapat join games. Kita time games dah balik. Tak boleh join aktiviti lasak.tapi event hari tuh memang best dan happening

    ReplyDelete
  9. its so happening this event, love the active lifestyle. Wanna try this range of shampoo too :D

    ReplyDelete
  10. More new products from Safi? Love the packaging! Good to have to keep hair healthy especially for those yang pakai tudung.

    ReplyDelete
  11. Seronok kan sesekali join games mcm ni? Kak liez mmg xdpt join coz kekangan masa.
    Safi shayla mmg one of my fav shampoo. Ada pulak hair mist ni mmg seronok la nak guna. Ni siap berebut dgn anak dara kak liez lg..

    ReplyDelete
  12. Bestnya aktiviti pelancaran sebegini - enjoyable dan juga bersesuaian dengan objektif produk kan.

    ReplyDelete
  13. Suka tengok packaging rangkaian produk Safi Shayla ni berwarna warni menarik minat untuk membeli . Sekarang dah terbukti wanita bertudung boleh aktif melakukan aktiviti sihat tanpa memikirkn dn merisaukan maslah rambut Dan kulit kepala .

    ReplyDelete
  14. Paling suka Mist dia. Wangi dan lembut. Begitu juga dengan rangkaian shampu dia juga sedap bau dan mampu memberi kesegaran sepanjang hari.

    ReplyDelete
  15. Syok yer banyak betul aktiviti best time event Safi. Rugi tak dapat nak bagi komitment untuk join time tu. Suka la dengan packaging baru Safi ni, nampak trendy.

    ReplyDelete
  16. wahhhh banyaknya produk hahaha .lelaki boleh pakai ke ? yer la lelaki pun nak juga produk sendiri kan? anyway baru perasan blog dah wajah baru eh? nice!

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh mana ada wajah baru, dah lama tak edit blog. hahahaa
      Anyway, thanks !

      Delete
  17. Wah best juga event macam ni, ada activity instead of just product launching.

    ReplyDelete
  18. Syok nya event ni... rasa nak try activiti semua tu.. haha~ Safi Shayla nampak macam produk yang bagus ya~~~

    ReplyDelete
  19. smart pakaging dia. nampak elegent n cool gitu. kalau tgok dari jauh pon dh nampak ni

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...