Sunday, May 27, 2018

Majlis Pelancaran OPPO R15 Pro

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Majlis Pelancaran OPPO R15 Pro - 24 May yang lalu, aku sempat menghadiri satu majlis pelancaran smartphone keluaran Oppo terbaru. Ia bertempat di Restoran Ruyi & Lyn Bangsar South Centre, Kuala Lumpur. Jom tengok apa yang menarik smartphone baharu Oppo nie.


Siapa tidak kenal dengan jenama OPPO, salah satu jenama smartphone terkemuka di dunia. Kini OPPO mengeluarkan lagi satu flagship smartphone nya, yang diebri nama OPPO R15 Pro. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif OPPO Malaysia, William Fang, Oppo R15 Pro merupakan kombinasi antara reka bentuk telefon yang lebih menarik dan bergaya, beserta kamera belakang yang berkualiti tinggi.


Bagi aku, apa yang menarik OPPO R15 Pro yang terbaru ini ialah saiz skrin dan juga dual cameranya. Memang trend sekarang untuk semua jenama telefon gergasi dunia mengeluarkan telefon pintar yang memiliki dua kamera belakang. Dan aku sangat menggemari feature fast charging itu. Ini merupakan aspek paling penting di abad ini.

Berikut adalah spesifikasi umum akan telefon pintar ini :

SPESIFIKASI OPPO R15 PRO

Saiz peranti
Tinggi - 156.5 mm
Lebar – 75.2 mm
Tebal – 8.0 mm
Berat – 180g
Saiz Skrin
6.28 inch Super Full Screen
Procesor
Qualcomm SDM660
Operasi Peranti
Andriod 8.1 (Oreo)
Kamera
Dual-kamera 20MP + 16MP
Memori
RAM 6GB + 128GB internal
Bateri
3430mAh, Fast charging support
Warna
Cosmic Puprle, Ruby Red


Kali ini, OPPO memperkenalkan dua warna terbaru iaitu Cosmic Purple dan juga Ruby Red. Kedua-dua warna ini nampak begitu classy dan elegan sekali. Warna pilihanku sudah pasti warna Cosmic Purple. Memang kalau ada rezeki, aku nak sambar OPPO R16 Pro yang berwarna Cosmic Purple tu. Serious cantik !


Pasti ramai tertanya-tanya harga di pasaran smartphone OPPO R15 Pro ini. Okay bertenang semua, bertenang. Nie aku nak bagi tahu lah nie. Harga OPPO R15 Pro di pasaran adalah :

RM 2399.00

Walaupun sesetengah menganggap ia agak sedikit mahal, namun buat pencinta telefon pintar pasti mengatakan ia harga yang berbaloi dan munasabah untuk spesifikasi yang ditawarkan. Secara peribadinya, ya aku rasa agak sedikit mahal.


Jom buat tempahan sekarang sementara stok masih di pasaran :

Senarai cawangan kedai OPPO : https://www.oppo.com/my/shops/

20 comments:

  1. perghhh
    dapat telefon lah nih?
    terbaikk

    ReplyDelete
  2. kalau nak beli phone selalunya tengok camera jer..macam best kot 20mp. Design dia pon nampak cantik. kalau dapat nih confirm asyik amek gambar jer..hehe

    ReplyDelete
  3. Woww not bad. Harga pun not bad jugak haha. Gambar last takleh blah, kemain posing korang eh haha

    ReplyDelete
  4. The specs is ok. the price comes affordable too.

    ReplyDelete
  5. ala if nama nya android mmg hilma x berkenan huhu bkn sebab ape sbb aplication dia ssh Sikit compare to ios..lps tu byk application yg x support or byk bugs..harga dia ermmm agak mahal kot..so hilma prefer apple lahi 🙊

    ReplyDelete
  6. menarik jugak tgk spesifikasi OPPO ni.. besttnye kalau dapat sebijik.. memudahkan keje keje sis nak berblogging.. ok masa utk kumpul duit..hehehe..

    ReplyDelete
  7. wow rajinnya turun event sekarang .hhaah dulu selalu gak turun sekarang dah tak larat hahaa. anyway fon tu cantikk! mesti berbaloi kan?

    ReplyDelete
  8. Boleh tahan ye harga telefon?. Tapi berbaloi la dengan kecanggihan yang Oppo R15 Pro ni ada. Kena bayar lebih la untuk phone yang lebih canggih. Kalau ada warna merah sure cantik!.

    ReplyDelete
  9. Mak oiiiii...macma berlawan- lawan dah syarikat phone kat Malaysia ni..lepas satu..satu hp baru kuar..baru ni Huawei P20 dan satu lagi yg terbaru akak lupa nama dia..ni Oppo plak...up to date betul..nasib akak bukan pencinta gadjet

    ReplyDelete
  10. banyyak sangat design phone sekarang sampai tak tau nak pilih yang mana..hahahha..rambang mata..oppo pun best..huhu..kita berkenan dengan huawei..kihkih..haritu pergi kedai oppo, dia tunjukkan fungsi nya..berkenan pulak..haishh

    ReplyDelete
  11. bestnya spec dia..tapi oppo ni gambar dari bidikan phone ni not bad..mmg cantik2..harga dengan kualiti setanding rasanya..(tp agak pricy maybe its for better quality)

    ReplyDelete
  12. Ishhh keluar lagi handphone baru Oppo ni. Rasa baru je keluarkan hanphone kan. Nampaknya persaingan semakin sengit antara syarikat handphone yang ada. Masing masing ada kelebihan tersendiri

    ReplyDelete
  13. tengok majlis dia macam gebom je. Oppo skang dah tak macam dulu, banyak model yang dah okay dan berbaloi untuk dimiliki

    ReplyDelete
  14. Selamat atas pelancaran OPPO R15 Pro. Keren ya, banyak oilihan warnanya. Fitur yang dimiliki juga sangat bagus dan menunjang aktivitas kerja. Apalaginyang sukan Selfie pasti pilih OPPO R15 Pro. Keren

    ReplyDelete
  15. Bestnya Zharif dapat Oppo tu. No wonder la pics makin menarik dan vavavoom now. Nak satu please! Kalau boleh, nak yang Cosmic Purple tu ye.

    ReplyDelete
  16. Perghhhhhhhh! Internal storage dia 128 gb...terbaik ah! beruntung awak dapat menghadiri majlis ni. Dapat menjadi orang pertama untuk lihat model oppo yang baru ni :D

    ReplyDelete
  17. Oppo is one of my favorite brand too and used a few models previously. R15 is one of the interesting spec to try on.

    ReplyDelete
  18. I am Oppo user. Seriously, oppo dah keluarkan model baru lagi? Wo, pantas betul sampai tak sempat nak catch up

    ReplyDelete
  19. Oh yes i have tried their previous model and its quite on par at its price range. For this latest model i yet to test it but the spec looks cool.

    ReplyDelete
  20. wow, oppo phones seems to be trending lately i would need to check out the new model soon because my phone starting to slow down already

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...