Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kejinya gambar pendahuluan bubuh gambar durian. Sangat mengundang, betul tak ? Ya Allah, memang tak kuat betul aku kalau tempat buffet Ramadhan tu ada buffet durian. Jadi, kepada peminat durian di luar sana, ini adalah tempat buffet Ramadhan yang aku nak sarankan kepada korang.
Di mana ? Buffet Ramadhan yang terdapatnya durian besar-besar nie ialah di Hotel Sama-Sama KLIA. Memang menarik sekali hidangan buffet di sini, dan mostly disebabkan adanya buah durian. Durian yang dihidangkan di sini ialah durian D24 dan juga ioi. Aku pon baru first time dengar nama durian ioi. Tapi sumpah, memang sedap sungguh durian D24 tu.
Bukan buah durian sahaja, malah buah-buahan tempatan lain juga ada dihidangkan di Sama-Sama Hotel nie. Jadi, buat mereka yang tak makan durian, jangan berasa hampa okay. Buah lain juga turut ada.
Apa yang menarik untuk buffet Ramadhan di Sama-Sama Hotel KLIA pada tahun ini ialah di sini mereka mengetengahkan konsep bazaar Ramadhan. Bazaar Ramadhan dan rakyat Malaysia berpisah tiada. Saban tahun, kalau kita perhatikan, jumlah manusia berkunjung ke bazaar Ramadhan semakin meningkat pada bulan puasa. Oleh itu, Sama-Sama Hotel mengambil kesempatan ini untuk dijadikan konsep bazar Ramadhannya pada tahun ini.
Kelainan bazaar Ramadhan di Sama-Sama Hotel sudah pastinya ianya jauh lebih selesa dan kurang sesak berbanding ke bazaar-bazaar Ramadhan di luar sana tu. Untuk mereka yang tidak menggemari kesesakan manusia dan ditambah pula kawasan yang dipenuhi asap masakan, buffet Ramadhan di Sama-Sama Hotel adalah pilihan untuk anda.
Bermula 18 Mei, promosi buffet Ramadhan ini akan bermula di ruang legar hotel. Pengunjung boleh memilih sama ada nak duduk di dalam hotel yang berhawa dingin atau hendak duduk di bahagian luar di kawasan terbuka. Kedua-dua pilihan memberikan suasana yang berbeza.
Terdapat lebih daripada 20 buah gerai di "bazaar ramadhan" Sama-Sama Hotel nie. Dan setiap gerai menawarkan hidangan yang berbeza. Konsep yang diketengahkan adalah bazaar ramadhan, manakala tema buffet Ramadhan Sama-Sama Hotel adalah Selera Warisan Nusantara. Oleh itu, pengunjung dapat menyaksikan pelbagai hidangan-hidangan nusantara. Sebagai contoh hidangan daripada negara jiran kita, Indonesia, Thailand, India dan macam-macam lagi selera nusantara yang ada di sini.
Dan yang paling penting, menu hidangan tradisional masyarakat Melayu Malaysia. Bukan itu sahaja, sajian dari negara barat dan juga Jepun turut ada disediakan di sini. Jadi, pengunjung mempunyai lebih banyak pilihan dalam memilih juadah berbuka nanti. Sudah pasti rambang mata tak tahu hidangan mana hendak dimulakan dulu.
Bagi pengunjung yang meminati hidangan barbeque, bolehlah menghadirkan diri ke gerai-gerai yang menyajikan hidangan bakar-bakar secara live ini. Pengunjung berpeluang mendapatkan hidangan ini panas-panas kerana di gerai-gerai ini hanya akan membakar hidangan itu sekiranya terdapat permintaan daripada pengunjung. Antara hidangan bakar-bakar di sini termasuklah ikan bakar, sate, ayam tandoori dan juga daging kambing golek.
Dan yang paling best di "bazaar Ramadhan" Sama-sama Hotel ialah kita boleh customize menu-menu yang kita nak makan. Sebagai contoh rojak buah. Pengunjung berpeluang memilih buah mana yang mereka mahukan. Begitu juga di gerai ABC. Yelah, tak semua bahan di dalam ABC kita gemar, jadi bila diberi pilihan sebegini, nak makan tu lebih syiok !!
Pelbagai pilihan sambal juga ada disajikan di sini
Pelbagai jenis kerabu dan juga ikan masin
Pelbagai jenis keropok
Untuk lauk-pauk pula, setiap gerai menampilkan lauk yang berbeza mengikut dari mana asalnya hidangan itu. Sungguh, setiap lauk-pauk yang disajikan di setiap gerai adalah sangat sedap.
Dan pilihan utama aku sudah pastilah lauk yang berlaukkkan udang. Udang adalah makanan kegemaranku. Jadinya, aku akan serang lauk udang terlebih dahulu berbanding lauk yang lain. Rasa dia memang padu. Boleh didapati di gerai masakan Malaysia.
Dan yang paling istimewa sekali ialah di bahagian pencuci mulut. Sangat berwarna-warni dan sangat menggoda seolah-olah memanggil diri ini untuk mengambilnya. Tapi sayang sekali, hidangan pencuci mulut ketika ini sangat laku keras sehinggakan aku hanya sempat merasa beberapa pencuci mulut sahaja.
Sekiranya korang kalau datang berbuka di sini, pastikan ambil hidangan pencuci mulut awal-awal. Takut nanti habis dikebas orang lain. Dah kempunan. Memang sangat laku di bahagian Pastry Desserts Stall nie.
Macam mana ? Adakah anda terpanggil untuk datang berbuka di sini ? Kalau ya, boleh rujuk butiran dibawah untuk membuat tempahan awal. Tempahan awal ada diskaun tau.
RM 135/nett per person (HARI BIASA)
RM 99/nett per person (HARI MINGGU)
Promosi early bird :
RM 95/nett per person (TEMPAHAN HENDAKLAH DIBUAT SEBELUM 7 MAY 2018)
Untuk tempahan boleh hubungi bahagian jualan :
Tel : 03-8787 3333
Emel : sales@samasamahotels.com
Jom ramai-ramai berbuka puasa di sini. Pasti ia satu pengalaman berbuka yang tak dapat dilupakan. And mostly disebabkan terdapatnya durian D24 tu. Huhu
Alamat : Jalan CTA 4B, 64000 KLIA, Sepang. Selangor Darul Ehsan
Website : http://www.samasamahotels.com/
wah sama-sama hotel! tak pernah lagi stay or ke sini. sebab selalu dengar je nama dia boleh la try nanti kalau fly
ReplyDeleteMemang mengundang sangat awal-awal dah nampak buah durian. Dah lah kak ana hantu durian. First time juga kak ana dgr nama durian ioi tu.
ReplyDeleteSekarang ramai yang offer konsep bazaar kan sebab dekat sangat dengan kita. Cuma di sini lbih banyak pilihan dan selesa.
ADa lagi rupanya yang buat konsep live bakar-bakar ni. Menarik betul. Nanti boleh cuba makan di Sama Sama Hotel lah.
ReplyDeleteKenapa bila buka aje entry you, tertelan air liur ni. Omg.. The food sangatla menyelerakan. Tambah pula si kacak durian tu mengoda betul.
ReplyDeleteTengok gambar durian tu memang tergoda betul.tu yang paling penting hahahahha.sedap nya semua menu dia.kena masukkan dalam list ni
ReplyDeletefirst time nampak ada durian stall pulak kat hotel ye.. hehe.. unik.. Zharif mesti makan durian tu jugak yea.. haha.. yang bestnya.. menu-menu dia tang dessert tu buat TB rasa nak ngappp aje.. haha.. menu-menu lain pun boleh tahan lazat.. ikan bakar.. satay.. fuh feberet TB tu zharif oii
ReplyDeleteWow! Menarik juga menua juadah dia ye. Nampak gaya Rawlins kena masukkan dalam senarai lokasi berbuka untuk 2018 la nie ye.
ReplyDeleteWelcome hehehehe hotel sama-sama ni yang popular tahun 2014 tu kan ohhhh tapi pernah sampai sini lagi tepi tengok begitu banyak makanan untuk buka puasa ni memang kita boleh pergi nanti satu hari sedapnya menyelerakan...
ReplyDeleteBetul punya mengundang la buah durian tu. Saje kan. Makanan lain pun nampak sedap dan memanggil-manggil. Konsep bazaar memang best la. Banyak pilihan. Rambang mata.
ReplyDeleteWah, meriah tengok makanan.. yang sis suka sebab ada buah durian tu....aduiii, kalau buka sini mahu kenyang makan buah durian jer...
ReplyDeleteFirst gambar durian dh teruja.. kak liez hantu durian pulak.. bila buat konsep bazaar mmg sesuai utk buffet ramdhan thn ni. Dgn ooda choice banyak dan nampak sedap je..uisshhh mengoda bwtul
ReplyDeleteDulu pernah stay sini satu malam tapi sebab nak fly dan tak dapat enjoy Sama-Sama Hotel langsung. Bestnya tengok variety makanan yang ada disana. Kalau bukan orang yang nak fly pun boleh kesana untuk Iftar nanti, berbaloi kebab banian pilihan.
ReplyDeleteHaah la tak pernah stay lagi kat hotel ni.. Boleh tahan jugak menu2 iftar dia boleh try ltak dalam list utk buka puasa nnti .. Sebab tgok menu dia macam pelbagai jugak nmpak pun da sdap ni
ReplyDeletewalawehhh semuanya sedap-sedap belaka. dekat dengan klia kan hotel ni...so kalau org yang baru smpi blhlah booked makan berbuka di sini. byk pilihan makanan dan menarik pulak tu
ReplyDeleteMemang mengundang betul intro durian dulu dah lah favorite lak tu. Eh asal harga weekend lagi murah weekday? Kalau singgah KLIA bulan puasa ni, sebelum takeoff iftar kat sini dulu. Paling suka BBQ stall tu.
ReplyDeleteyES!! Mengundang betul kalau masa buffet ada doyan dan kambing golek..dua dua barang panas tu..konfem beratur panjang masa nak iftar nanti..
ReplyDeletebest kan..part durian tu mmg rindu..hahha durian dia best
ReplyDeletePertama kali sis dengar nama hotel ni..perlukan marketing lebih ni..hehehe. Tengok makanan dia kemain banyak lagi..nampak menarik je, tapi jauh kot kalau nak berbuka kat sana. Kalau lalu atau ada hal kat sana mayb lah kot boleh singgah
ReplyDeleteBanyak sekali ya buffet ramadhan di KL dan wilayah lainnya di Malaysia saat ramadhan nanti. Ramailah nanti para pengunnung untuk menikmati hidangan yang disajikan dengan menu nusantara
ReplyDelete