Tuesday, May 8, 2018

Buffet Ramadhan 2018 : Jom Iftar Di Hotel Bangi-Putrajaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera

5 May lalu, aku berkesempatan mencuba menu buffet Ramadhan di Restoran Funtasia yang terdapat di dalam Hotel Bangi-Putrajaya. Secara amnya, aku sangat berpuas hati akan menu-menu yang ditawarkan di sini. Jom ikut aku apa yang menarik menu buffet Ramadhan di sini.


Buffet Ramadhan di sini berkonsepkan street food yang mana korang boleh dapat lihat di papan iklan promosi buffet di sini iaitu menggambarkan makanan di food truck. Dan sangat tak sangka, di sepanjang laluan untuk masuk ke Restoran Funtasia ini, terdapatnya banyak food-food truck yang comel dan berwarna-warni. Serious comel sangat dan meriah !!


Isn't it cute ? I meant it for the food truck, not me. LOL

Sebaik sahaja menapak masuk ke Restoran Funtasia, benda pertama yang pengunjung akan dapat lihat ialah sebuah ferris wheel yang berketinggian setinggi 12 kaki. Ferris wheel ini akan berputar dan terdapatnya juadah pembuka selera dan juga dessert di ferris wheel yang berputar itu. Jadi, bolehlah pengunjung sambar juadah mana yang berkenan.



Bukan itu sahaja, malah banyak lagi stesen-stesen yang menghidangkan pelbagai jenis menu. Baik menu barat, mahupun menu timur. Semuanya ada. Dan yang paling unik ialah, di stesen yang menyajikan menu nasi goreng 1 minit. Kenapa dipanggil nasi goreng 1 minit ialah, nasi goreng tersebut akan dimasak secara terus atas permintaan, campak-campak bahan dalam kuali dan akan ada "mesin" yang akan tolong masakkan nasi goreng korang tu dalam masa 1 minit sahaja.



Mari aku sajikan korang dengan gambar-gambar lauk-pauk utama yang ditawarkan di sini. Sangat pelbagai, daging ada, udang ada, sotong ada, ikan ada, cakap je nak apa. InsyaAllah semua ada di sini. Pilihan kegemaran aku dis tesen ini sudah pastinya udang cheese itu. Ya Allah sedap betul !


Sotong masak kunyit pon sedap

Tahun ini, Hotel Bangi-Putrajaya menggabungkan menu-menu jalanan beserta menu-menu 5 bintang di dalam satu buffet. Chef-chef di sini bekerjasama menghasilkan lebih dari 200 jenis menu untuk dihidangkan di buffet Ramadhan kali ini.


The look might not do the justice but the taste will. Love this prawn cheese menu.

Untuk preview buffet Ramadhan kali ini sangat istimewa kerana aku dapat sama-sama menikmati menu-menu di sini bersama beberapa kenalan rapat aku dari bangku sekolah lagi dan juga beberapa muridku. It was a short notice but i managed to bring them all here. Thank you guys for accompanying me for this preview. Hope you guys enjoy !



Sekarang, mari kita lihat menu-menu pencuci mulut. Memang banyak sangat menu pencuci mulut di sini. Daripada buah-buahan tempatan, kek, mousse, ais krim, kuih-muih tradisional Melayu dan banyak lagi.




Aku sangat suka melihat dessert table di setiap buffet Ramadhan yang aku pergi sebabnya ia sangat berwarna-warni dan rasa sayang nak musnahkan kecantikannya. Tapi, siapa yang boleh menolak dessert-dessert ini semua ? Tak kesah betapa cantiknya kalian, aku tetap akan baham kalian semua. Kbai.



Dan jangan lepaskan untuk mencuba ais krim homemade gelato yang sangat fresh di sini. Setiap hari, Hotel Bangi-Putrajaya akan menukar perisa-perisa ais krim gelato ini. Aku sempat merasa gelato coklat dan juga gelato karamel. Caramel gelato is my favourite. Tabur dengan kacang kisar di atasnya, fuhh memang sedap !



Pasti korang tertanya-tanya, berapa agaknya harga buffet Ramadhan di sini. Boleh rujuk harga di bawah :

Dewasa : RM 120 nett per person
Kanak-kanak (4 - 12 years) : RM 60 nett per children

Dan sekiranya pengunjung membayar wang tempahan dan pendahuluan 24 jam sebelum waktu buka puasa, pengunjung berpeluang menikmati harga promosi yang ditawarkan.

Dewasa : RM 90 nett per person
Kanak-kanak (4-12 years) : RM 45 nett per children

Sebarang tempahan, boleh dibuat melalui :

Tel : 03- 8210 2222
Email : fb_reservations@hotelbangi-putrajaya.com

Untuk maklumat lanjut dan promosi, boleh layari laman sesawang Hotel Bangi-Putrajaya



Hotel Bangi-Putrajaya telah menjalinkan kerjasama bersama Islamic Relief Malaysia dan saban tahun akan bekerjasama dalam membantu golongan yang tidak bernasib baik. Tahun ini tidak terkecuali, Hotel Bangi-Putrajaya akan terus memberi sokongan untuk kempen "Care For Hunger" dengan menyumbang RM 3.50 untuk setiap penghunjung dewasa yang datang untuk berbuka puasa di sini. Sekiranya pengunjung ingin menderma lebih banyak lagi, booth Islamic Relief Malaysia akan dibuka sepanjang bulan Ramadhan nanti di tingkat 1 Hotel Bangi-Putrajaya.


Menarik kan ? Makan sedap-sedap sambil membantu golongan yang tidak bernasib baik. Buat baik dalam bulan Ramadhan, berganda-ganda pahala kita dapat. Jom ramai-ramai berbuka puasa di Hotel Bangi-Putrajaya !

21 comments:

  1. Memang meriah kan hidangan makanan yang disediakan. Punya excited makan, habis semua ditelannya. Balik² perut meragam. Hehehe..

    ReplyDelete
  2. Putting aside the food available for this buffet, I just wanna say, "Untungyaaaaaa yang dapat ikut! :D"

    ReplyDelete
  3. syok nya dapat berbuka puasa dan makan di putrajaya.. nampak banyak makanan, boleh makan sampai puas puas!

    ReplyDelete
  4. Meriah betul menu-menu yang ada dekat Hotel Bangi Putrajaya ni yea.. Kalau bulan ramadhan tengok gambar2 ni mau terliur giler ni.. huhuh.. desert2 pun nampak sedap.. hemm ada kempen care for hunger.. bagusnya... sambil makan tu boleh menderma untuk golongan yang tidak berkemampuan.. bagusnyaa

    ReplyDelete
  5. wow buffet is what I like as can choose to eat. This place no go before, shall find a day to go dine.

    ReplyDelete
  6. Aww that's nice. Bella selalu juga kesini Ramadan yang lepas untuk iftar sebab dah dekat (Bella tinggal di Kajang). Menu untuk Ramadan tahun ni nampak best dan beraneka jenis. Dah ya, set-up macam foodtruck tu comel sangat bewarna warni macam tu. InsyaAllah boleh kesini lagi lah Ramadan ni dan berbuka dengan keluarga!

    ReplyDelete
  7. Ya ampun sedap2nya makanan. Besar dan lus tempat. Inkan. Kira takdelah bersesak sangat. Hope puasa ni blh berbuka kat sini sekali

    ReplyDelete
  8. Antara hotel yang kak ana suka bufet ramadan dia. Lauk pauk semua sedap. Family kak ana semua puji. Sup kambing dia memang terbaik. Pekat kaw kaw. Serawa durian pun sama. Tempat selesa dan luas, kemudahan semua ada. Harga early bird memang berbaloi. Sambil makan sambil menderma.

    ReplyDelete
  9. Banyak choice kat sini. Kalau nak solat terawih pun dekat je kat masjid hijau tu. Harga pon berbaloi juga sebab bagi akak harga ni dengan hotel 5 bintang dan seleksi makanan memang berbaloi lah.

    ReplyDelete
  10. Nasib baik akak baru lepas makan tengahari masa baca entry Zhariff ni..dari tahun lepas hotel ni memang sangat bagus anjurkan program berbuka puasa disamping membantu golongan kurang bernasib baik...perlu di teruskan konsep macam ni...deco pun menarik tu ha...sayangnya tahun ni akak x join preview diorang..

    ReplyDelete
  11. amboiiii bawa bala tentera nampak hahaha. tak dpaat pergi haritu sebab jauh hahah tapi dengar cerita menu dekat sana sedap dan nampak best!

    ReplyDelete
  12. Memang sedap-sedap makanan yang di hidangkan. Berbaloi betul lah kalau datang masa Ramadhan nanti. Kalaulah sis dok dekat, sure sis berbuka puasa lagi kat sana.

    ReplyDelete
  13. Untunglah dapat makan buffer ramadhan yang banyak sepanjang bulan ni hehehe mesti kenyang setiap hari kan. Sini kita pernah pergi tahun lepas memang banyak makanan best juga..

    ReplyDelete
  14. Dekorasi setiap booth menarik minat orang nak mencuba makanan yang disediakan. Harga yang berbaloi dengan pilihan makanan yang banyak dan sedap. Patut syorkan dengan family ataupun kawan-kawan berbuka di sini ramadan nanti.

    ReplyDelete
  15. Wahh bestnya..konsep dia lain dari yang lain. comel jer tengok foodtruck yang ada..makanan pon byk pilihan! terbaiklah..

    ReplyDelete
  16. Tahun lepas emi pergi. Tahun ni tak pergi pun sebab ada hal lain. Btw kemain dia bawak bala tentera hahha. Suasana kat hotel ni best, sesuai nak berbuka bersama family.

    ReplyDelete
  17. Pernah ke sini tahin lepas. Chef dia pun dari dapur Bangi Golf Resort juga. So air tangan samalah.

    ReplyDelete
  18. adoi... baca2 ni terus lapar pula. i have not been there yet and i wish to be there with my Muslim clients to buka puasa bersama with them... not bad i see the price... and the food... aduh.. lapar lagi.. hahahha

    ReplyDelete
  19. Comel la dia buat konsep ala-ala foodtruck gite. Memang tengah trend sekarang ni,bisnes foodstreet pakai foodtruck ni.

    ReplyDelete
  20. Lawanya dia punya booths. Menarik! Kena dengan tema fantasia.
    Menu pun nampak sedap-sedap. Yummeh

    Btw, selamat berpuasa Zharif

    ReplyDelete