Saturday, May 12, 2018

Buffet Ramadhan 2018 : Buffet Hidangan Western Bawah RM30 Di Blue Cafe, Bandar Mahkota Cheras

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Teruja tak baca tajuk di atas ? Ye, aku tahu korang semua teruja. Nie nak cerita lah nie pasal cafe yang terlajak murah nie. Jadi, baru-baru ini aku berkesempatan ke preview buffet Ramadhan yang diadakan oleh Blue Cafe yang terletak di Bandar Mahkota Cheras. Memang terbaik lah. Jom ikuti butirannya !


Blue Cafe nie sebenarnya baru diubahsuai dan melalui penjenamaan semula. Sebelum nie, cafe nie nama dia Grey N Blue Cafe. Lepastu sekarang bertukar kepada Blue Cafe sahaja. Padanlah aku dok mencari dekat internet pasal cafe nie, tak banyak. Yang ada, Grey N Blue Cafe. Rupanya bertukar nama. Jadi, bilanya berlaku penjenamaan semula nie, maka banyaklah menu-menu baru yang diperkenalkan.


Blue Cafe mengetengahkan menu-menu barat. Walaubagaimanapon, menu-menu tradisional Malaysia juga ada dihidangkan. Jadi, pengunjung boleh memilih nak makan menu barat ataupon tradisional. Tapi mestilah korang nak pilih menu barat kan ? Yelah, alang-alang datang ke cafe western, mestilah nak makan makanan barat. Oleh kerana restoran ini diberi nafas baru, jadinya ia ambil masa sedikit untuk JAKIM keluarkan sijil halal. Tapi tak perlu risau, kerana ia adalah pork free dan selamat untuk dinikmati oleh Muslim. So jangan ragu-ragu okay.

Jom aku bawakan korang tinjau-tinjau menu buka puasa yang dihidangkan di sini.

Karipap goreng, popia goreng, fries dan juga chicken chop goreng

Chicken chop grill yang maha enak. Kalau dipadankan dengan sos blackpepper, umpphhhhh rasanya !

Rendang ayam pon ada. Ko ghase ? Tak ke feeling nak raya terus. Sedap rendang ayamnya. Rasa dia tak pedas.

Aglio Olio Spaghetti. A bit salty but i love it ! Kalau tabur cheese atas dia lagi best rasanya

Carbonara Spaghetti. 

I am not a big fan of carbonara spaghetti but this one is an exception. Sedap gila weyhhh !! Sangat creamy dan berkeju. Bertambah pinggan aku dibuatnya. Sampaikan satu mangkuk besar nie dorang terpaksa refill lagi sekali. Memang sedap sungguh Creamy Carbonara Spaghetti di Blue Cafe nie. Recommended !

Maggi goreng yang tak sempat untuk aku rasa akibat dek kekenyangan. Hahaha

Burger-burger gebu untuk santapan semua. Anyone ?


Juga terdapat pelbagai pilihan pizza untuk pengunjung rasa. Pizza-pizza di sini agak unik kerana perisa dia tak jumpa di restoran-restoran makanan segera yang menghidangkan menu rangkaian pizza. Antara perisa pizza yang unik di sini ialah pizza rendang. First time aku dengar nama pizza rendang. Dan aku difahamkan, pizza rendang ini merupakan salah satu signature dish cafe ini. Jadinya korang kena cuba !

The Rendang Pizza

Pizza kegemaran ramai, The Fruit Pizza

Selain itu, turut disajikan menu pencuci mulut seperti pelbagai jenis kek-kek dan buah-buahan tempatan. Air juga ada disediakan dalam bentuk tong besar. So boleh lah nak refill banyak-banyak kali. Kesemua hidangan ini ditawarkan dengan harga di bawah RM 30 kot. Sangat murah !

Harga buffet :

Dewasa : RM 28 + 6% GST
Kanak-kanak : RM 18 + 6% GST

Sepanjang bulan Ramadhan dari 12 May sehingga 14 June 2018 ( 7PM - 10 PM )

Menu-menu yang dihidangkan pada setiap hari akan berubah-rubah dan digilir-gilirkan. 
Tapi tetap mengekalkan konsep hidangan barat. 


Sebarang tempahan bolehlah lakukan dengan menghubungi nombor berikut :

Tel : 03-9011 3891

Untuk maklumat lanjut, bolehlah layari media sosial berikut :

Facebook : BLUE CAFE

Alamat : 

BLUE CAFE 
No 7-2, Jalan Temenggung 25/9, Seksyen 9 Bandar Mahkota Cheras
43200 Cheras, Selangor Darul Ehsan.

Kalau datang dan nak menu ala carte pon boleh. Harga sangat berpatutan. Jom ajak kawan-kawan makan di Blue Cafe !

20 comments:

  1. Konsep di Blue Cafe ni menarik..dengan harga haring murah setakat ni..pilihan makanan wetern pun pelbagai dengan suasana yang cozy sangat..akak akan masukan dalam senarai terjahan nanti..nampak sedap semua hidangan tu..

    ReplyDelete
  2. Murah gila buffet dia. That chicken chop! :D

    ReplyDelete
  3. The pizza looks delicious and the price is affordable. Will bring my family here to enjoy the buffet ramadhan soon.

    ReplyDelete
  4. Murah nya harga bufet ramadan dekat situ. Dengan pilihan makanan yang pelbagai memang sangat berbaloi.
    Carbonara tu favorite syafi. Kalau dia dapat tu mesti tak pandang lain dah. Kalau kak ana pula tertarik nak cuba pizza rendang tu. Nampak menarik sangat

    ReplyDelete
  5. Harga memang murah untuk buffet macam ni. Kalau kita beli ala carte pun boleh dapat satu dua jenis je..tapi dengan harga ni boleh makan sampai lebam gitu..hahaha. Ni ada voucher ni bolehlah sis repeat ke sana lagi Ramadhan ni, sesekali western pulak

    ReplyDelete
  6. Harga buffet ramadan sangat berbaloi. Maggi goreng tu akak terjah dulu. Hehe. Peminat hidangan barat boleh la ke sini. Normally kalau akak bulan puasa ni cari makanan melayu. Maklumlah tekak melayu. Kalau mereka sediakan kuih tradisional pun menarik jugak tu.

    ReplyDelete
  7. Kalau buka puasa asyik Nasi je boring jugakan. Apakata try makan pizza ni. Sesekali mengancam juga. Rendang pizza macam lazat je.. Sedap tak?

    ReplyDelete
  8. Wow murah yer buffet ramadan ni. Berbaloi sangat-sangat. Semua menu nampak sedap! Huda memang suka makan spagetti berbanding nasi time buka puasa. Menarik sangat ni nak try datang sini time Ramadan nanti

    ReplyDelete
  9. Kita pernah makan kat sini dan kita paling suka adalah Rendang Pizza memang unik tak ada kat tempat lain sini jer kita baru jumpa. Harga pun sangat berpatutan boleh makan buka puasa untuk penjimatankan..

    ReplyDelete
  10. Blue Cafe ada dekat Mahkota Cheras seronoknyalah dapat makan makanan western tu... tengok pizza dengan spagehti terus jadi lapar perut ni, ada masa nanti bolehlah Akak terjah Blue Cafe dengan family. Thank Zhariff share info senang nak cari nanti

    ReplyDelete
  11. murahkan harga mereka. just below RM30 i can get to eat buffet ramadan wei... nampak sangat homey food. comfort food lah tu.

    ReplyDelete
  12. wah bawah rm30 dah boleh makan macam ni..bestnya..masakan western fusion kat restoran ni agak menarik dan ada setengahnya cam agak rare

    ReplyDelete
  13. I was in the area yesterday wondering what to eat at Bandar Mahkota Cheras, next visit I'll give.Blue Cafe a try their food look good, I've got my eye on the rendang pizza.

    ReplyDelete
  14. Uihhh murahnya. Memang tak dapat la kat tempat lain harga buffet macam ni. Paling murah pun atas 50 jugak dah sekarang ni. Nak dapat yg bawah 50 memang masak sendiri jela kat rumah nampaknya hahah. By the way masakan tu semua dihidang dalam keadaan panas tak? Sebab macam pizza tu kan kalau dah sejuk mesti tak syok nak makan.

    ReplyDelete
  15. Ni pling murah lah antara semua . Bolah pergi dua tiga kali cmni . Berbaloi sangat kan .Lagi murh kalau gst xde . Heheh suka tengok spageti tu sedapnya .

    ReplyDelete
  16. Serius harga dia ??? Nanti nak cubalah. Dah x jauh dari rumah

    ReplyDelete
  17. Buffet under RM30? Walaupun belum pernah jumpa tempat buffet murah macam ni, tapi harap2 makanan yang disajikan sedap juga. That Spaghetti Carbonara looks pretty good. Which kalau boleh makan 2,3 kali pun Bella tak kisah. Hehe..

    ReplyDelete
  18. I baru pergi makan blue cafe ni.. sedapnya makanan nya.. especially spaghetti.. drooling!

    ReplyDelete
  19. Holy moly! All of that for only less than RM30!!?? Gila weh! I will drag my sis there because the two of us love carbonara spaghetti! Oh and of course, why would I not want to stuff myself with the rendang ayam and the pizzas... Super ons!

    ReplyDelete
  20. Ok, dah masuk list sebab duduk denat dengan Mahkota Cheras. Menu pun nampak macam sedap, since you dah recommend spaghetti carbonara tu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...