Tuesday, May 1, 2018

Buffet Ramadhan 2018 : The Venue Shah Alam Menampilkan Menu Tradisi Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Okay kali nie, aku nak ajak korang berbuka puasa di salah satu tempat, yang tidak asing lagi di Shah Alam nie. Tempat ini terkenal sebagai tempat untuk melangsungkan hari berbahagia pasangan mempelai. Nama tempat ini ialah The Venue Shah Alam. Bersempena bulan Ramadhan yang bakal kunjung tiba, The Venue mengambil kesempatan ini untuk mengadakan promosi buffet Ramadhan. Jom ikuti apa yang menarik ditawarkan oleh The Venue Shah Alam.


Untuk buffet Ramadhan di The Venue Shah Alam ini, mereka menampilkan Chef Nabil Md Salleh sebagai chef utama untuk menyediakan hidangan popular tradisi Malaysia. Tema berbuka puasa di sini ialah Masakan Tradisi Malaysia yang mana ia akan menampilkan pelbagai juadah yang popular di serata negara untuk dinikmati oleh pengunjung di sini.


The Venue Shah Alam nie sebenarnya tempat untuk orang sewa tapak mengadakan event-event. Dan event yang paling popular sekali di sini ialah sebagai tempat bersanding untuk majlis perkahwinan.

Ambil berkat sat

Terdapat 2 dewan di The Venue Shah Alam nie dan setiap dewan boleh memuatkan seramai 250 orang dalam satu masa. Oleh itu, bersempena bulan Ramadhan nanti, kedua-dua dewan ini akan dijadikan lokasi untuk sesi berbuka dan mampu memuatkan lebih kurang 400 orang dalam satu masa.


Menu buffet Ramadhan di sini akan berubah-rubah setiap hari. Terdapat 5 senarai menu dan menu-menu ini akan digilir-gilirkan. Setiap menu mengandungi lebih 40 jenis hidangan yang terdiri daripada jenis nasi, masakan ayam, masakan daging, masakan makanan laut, masakan sayur, kerabu, sambal, sup, pencuci mulut, aneka keropok dan juga air.


1. Nasi

Nasi Putih, Nasi Syamim (Johor), Nasi Tomato (Penang), Nasi Hujan Panas (Kelantan), Nasi Jagung dan Nasi Beriani. Jenis masakan nasi ini akan digilir-gilirkan setiap hari. Manakala nasi putih merupakan nasi tetap setiap hari.

Nasi Syamim tu seriously sangat sedap. Aku ingat nasi butter, rupanya bukan. Pertama kali aku dengar nama nasi syamim dan pertama kali juga aku mencubanya. Aku sangat suka !


2. Masakan Ayam (4 jenis masakan ayam satu hari)

Ayam Masak Merah, Ayam Madu, Ayam Kurma Kentang, Ayam Kampung Berempah, Ayam Kuzi (Johor), Ayam Masak Tomato, Ayam Masak Lemak Cili Padi (N. Sembilan), Ayam Goreng Serai, Ayam Masak Cabai (Kedah), Ayam Masak Masala (Penang), Ayam Masak Pedas (Melaka), Ayam Goreng Pandan, Ayam Butter, Ayam Keliur, Ayam Kurma, Ayam Goreng Daun Karapule (Penang), Ayam Ayam, Ayam Bombay, Ayam Tikka Masala, Ayam Kampung Goreng.


3. Masakan Daging (3 jenis masakan daging satu hari)

Daging Masak Hitam, Daging Kerutup (Terengganu), Daging Masak Lemak Cili Padi (N. Sembilan), Daging Kima (Johor), Daging Rendang Basah, Daging Kong Boh (Nyonya), Daging Beriyani, Daging Semur (Jawa), Daging Lada Hitam (Penang), Daging Beriyani, Daging Lemak Belimbing Buluh (N. Sembilan), Daging Kari Kentang (Penang), Daging Masak Halia (Penang), Daging Hitam.


4. Masakan Makanan Laut (3 jenis masakan makanan laut satu hari)

Lala Goreng Pedas, Fish Fillet 3 Rasa, Kari Ikan Bendi (Penang), Kerang Goreng Lada Hitam, Ikan Cencaru Sumbat Bakar, Udang Serabai (Udang Geragau), Kari Ikan Sembilang (Kedah), Ikan Kacang Goreng Rangup, Sotong Goreng Kunyit, Ikan Patin Masak Tempoyak, Ikan Keli Bakar, Ikan Selayang Bakar, Sambal Sotong Kering, Ikan Goreng Rempah, Asam Pedas Sembilang.


5. Masakan Sayur (3 jenis masakan sayur satu hari)

Sayur Campur, Taugeh Goreng, Sayur Air Petola, Bunga Kobis & Kentang Masala, Gulai Nangka Muda, Pecal Sayur, Terung Sambal, Peria Goreng, Sup Sayur, Betik Muda Masak Asam, Kobis Panjang Cendawan Hitam, Pucuk Keledek Masak Udang Kering, Kobis Goreng Kunyit, Bunga Kobis & Brokoli Goreng, Dalca Sayur.


6. Kerabu (3 jenis kerabu satu hari)

Kerabu Mangga, Kerabu Daun Selom & Kerang, Kerabu Pucuk Ubi & Rebung, Kerabu Timun, Kerabu Jantung Pisang, Kerabu Taugeh, Kerabu Nangka Muda, Kerabu Pucuk Betik, Kerabu Daun Pegaga, Kerabu Kacang Botol, Kerabu Soon, Acar Timun, Acar Salad, Kerabu Bendi.


7. Sambal (3 jenis sambal satu hari)

Salsa Tomato, Sambal Kicap Ikan, Sambal Belacan, Sambal Tempoyak, Sambal Budu, Sambal Mangga Muda, Sambal Hijau, Cencalok, Air Asam Penang, Sambal Bacang,


8. Sup (2 jenis sup satu hari)

Bihun Sup Utara, Mee Kari, Laksa Penang, Sup Tulang, Bakso (Jawa), Laksa Johor, Sup Ayam Berempah, Mee Bandung, Sup Hor Fan, Mee Kolok (Sarawak).


9. Pencuci Mulut (3 jenis dessert satu hari)

Pengat Pisang Sagu, Bubur Pulut Hitam, Kuih-Muih Tradisional, Bubur Jagung, Bubur Kacang Merah, Bubur Labu, Bubur Cha-Cha, Sagu Gula Melaka, Bubur Gandum, Bubur Kacang Hijau, Bubur Cendol.


10. Aneka Air (5 jenis air satu hari)

Soda Jagung, Blue Cream, Sirap Limau, Fruit Punch, Cincau, Cordial Mango, Cordial Asam Boi, Sirap Selasih, Cordial Tembikai Susu, Sorap Keladi, Cordial Nenas, Cordial Laici, Cordial Jus Tembikai, Sirap Bandung, Cordial Lemon.

Minuman Kopi dan Teh Tarik adalah minuman wajib yang akan dihidangkan setiap hari.


Banyak kan hidangan yang ditawarkan dalam masa satu hari. Aku pasti, pengunjung yang berbuka puasa di sini pasti rambang mata melihat lauk-lauk yang terhidang. Aku personally sangat menyukai menu Lala Masak Pedas dan juga Pengat Pisang Sagu tu. Serious rasa dia sangat terbaik !


Masa berbuka : 6.00 PM - 10.00 PM
Tarikh : 18 May 2018 - 12 June 2018

Dewasa : RM 68 nett per person
Kanak-kanak (4 tahun hingga 12 tahun) : RM 40 nett per person
Warga emas ( 55 tahun dan ke atas) : RM 60 nett per person

Early Bird Promotion (15 April sehingga 10 May 2018)

Dewasa : RM 58 nett per person
Kanak-kanak (4 tahun hingga 12 tahun) : RM 35 nett per person
Warga emas ( 55 tahun dan ke atas) : RM 50 nett per person


Sebarang tempahan boleh dilakukan dengan menghubungi nombor berikut :

Tel : 019-8585 825 / 019-8585 375

Alamat : No. 15, Jalan 15/22, Tiong Nam Park, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor.

Email : thevenueshahalam@gmail.com

Untuk mereka yang nak buat majlis private berbuka puasa, boleh lakukan demikian dengan harga RM 50 nett per person untuk minimum 100 orang. So bolehlah consider The Venue Shah Alam, kot-kot korang nak buat majlis berbuka antara officemates ke kan.


Mari ramai-ramai berbuka puasa di The Venue Shah Alam untuk menikmati hidangan-hidangan tradisi Malaysia yang penuh dengan kepelbagaian. Pasti memberi kelainan pada malam berbuka puasa anda.

Ouh ya, surau ada disediakan di ruang khas beserta tempat wudhuk dan terdapatnya parking space yang agak banyak di kawasan sekitar The Venue Shah Alam. Jadi tak perlu risau untuk dua benda nie okay.

16 comments:

  1. Masakan lala tu yang jadi daya penarik tu tak semua bufet ramadhan yang buat masakan lala dan nasi syamin johor tu. menarik dan sedap!

    ReplyDelete
  2. fuyyo nampak eksklusif sangat tempat ni. selesa pun selesa. makanan macam kenduri kahwin ni selalunya memang jarang sekali menghampakan. harga pun kira boleh tahanlah!

    ReplyDelete
  3. Laa murah aje. Ingatkan mahal tadi. Hmm semua lauk ni memang selera kinah. Dalam banyak-banyak nasi tu nasi syamim johor tu paling unik. Tak pernah jumpa lagi nasi tu

    ReplyDelete
  4. Okay juga harga buffet Ramadhan The Venue ni. Tak mahal. Lauk dari semua negeri ada ni. Tengok gambar bubur, terus rasa nak buat bubur petang ni.

    ReplyDelete
  5. First time dengar tempat The Venue, seksyen 15. Ni yang dekat iDCC tu ke? Boleh la tambah port untuk berbuka nanti. Selalu berbuka kat padang shah alam tu je, harga pun berpatutan.

    ReplyDelete
  6. Fantastic photos! The food looks very inviting. It's been so long since I've had Bakso. Must visit and try out the dishes

    ReplyDelete
  7. First time dengar pasal The Venue ni masa cari tempat untuk majlis wedding awal tahun ni. Tapi tak jadi kesini sebeb kat Shah Alam and Bella tinggal kat Kajang (rasa jauh). Tapi venue dan makanan yang disediakan menarik sangat. So, Bella rasa sure makanan nutuk Ramadan ni pun best2 belaka dan pasti tak rugi kalau berbuka disini Ramadan nanti.

    ReplyDelete
  8. Ala siannya duduk sorang-sorang atas pelamin tu mana pengantin wanitanya tak sampia lagi lauk pauk dah banyak menyelerakan sangat hehehehe. Tapi ini untuk buka puasakan memang makanan chef sini sedap kita suka..

    ReplyDelete
  9. Eh, not bad juga harga dia. Sure yang datang tu nanti ramai up gambar duduk atas pelamin sebab deko tempat tu lelawanya.

    ReplyDelete
  10. perghhh... nyaman bah lauk semua
    lauk kampung semua jadi. janji
    ada pedas secukup rasa. memang bertambah
    nasi kalau makan.. aduhaii lapar plam kita
    sure nak tey usha sana.. thanks

    ReplyDelete
  11. saya jarang ke shah alam , jauh kot nak berbuka puasa kat sana.. tapi boleh tahan juga the venue shah alam pun buat buffet ramadhan review bulan puasa nanti eh. Berapa lah agaknye. Hihi kot lah murah kan, sanggup dtg klu murah ! Menuu berbuka ni tak ada beza dengan hotel lain. Mostly hotel hidang masakan melayu. Hehe tapi kalau rasa ke shah alam nanti boleh singgah..

    ReplyDelete
  12. Fuhhh menduga. Rasa nak makan sekarang. Hahaha Belum bulan Ramadan dah terlioq. Camana lah nanti. Hahaha. Masakan melayu ni memang paling sedap. Kalau tiada. Memang tak kenyang. Kena berbuka puasa dengan nasi, barulah kenyang. Hahaha

    ReplyDelete
  13. Best!!! Food choice pun banyak and the price also reasonable below RM100. Sesuia for my department buka puasa gathering.

    ReplyDelete
  14. paling suka daging hitam dia..apatah makan dengan nasi ala nasi minyak.. trhe way buffet ni hidangkan pun menarik. sangat tersusun..dewan pun cantik

    ReplyDelete
  15. tak sabar nak tunggu bulan puasa. Banyak tempat buffet ramadhan yang orang rekemen. Yang ni pun nampak best. Harga pun murah. Dapat makan macam-maacm jenis makanan. Masakan melayu memnag sedap makan, mesti menambah punya. Bubur tu nampak sedap

    ReplyDelete
  16. dekat je the avenue ni dengan rumah. murah pulak yu harga promo dia - below rm60 je. menu pun nampak sedap semuanya tau. pandai amik gambar sampai rasa lapar balik dah ni. tq sharing nanti boleh rujuk time carik tempat berbuka.

    ReplyDelete