Monday, May 28, 2018

Ancasa Hotels & Resorts Menganjurkan Majlis Buka Puasa Bersama Anak Yatim & Asnaf

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Ancasa Hotels & Resorts Santuni Anak Yatim & Asnaf - Pada 21 Mei yang lalu, aku sempat turut serta dalam majlis berbuka puasa bersama anak yatim & asnaf anjuran Ancasa Hotel Kuala Lumpur. Di bulan mulia seperti ini, semua insan layak untuk merasai nikmat dan kegembiraan, oleh itu, Ancasa Hotel mengambil peluang ini untuk sama-sama berkongsi rezeki dan sedikit kegembiraan buat adik-adik comel ini. Jom ikuti butirannya.


Sebelum kita terus ke butiran tersebut, suka untuk aku highlightkan agenda pada petang itu sebelum majlis berbuka puasa. Pada belah petang, aku dan kakitangan Ancasa Hotel KL sama-sama mengedarkan bungkusan makanan dan bubur lambuk di tepi jalan besar buat warga kota yang melalui kawasan itu. Diharapkan, bungkusan makanan dan bubur lambuk itu dapat mengalas perut buat mereka yang tersangkut di dalam jammed, tak sempat untuk pulang ke rumah sebelum waktu berbuka.


Program yang dianjurkan oleh pihak Ancasa Hotel KL ini sudah bermula sejak jam 10 pagi lagi. Pada tahun ini, ADABI sudi berkolaborasi bersama mereka untuk menyediakan 5 kawah bubur lambuk serta beberapa keperluan asas untuk anak-anak yatim ini sepanjang di bulan Ramadhan. Turut serta, YBhg Datuk Ahmad Abu Bakar, Pengurusan Kanan Ancasa Hotel dalam mengagihkan bungkusan makanan dan bubur lambuk itu.

ANCASA HOTELS & RESORTS SANTUNI ANAK YATIM & ASNAF - BERGAMBAR BERSAMA JAAFAR ONN

Seramai 35 orang anak-anak yatim telah dibawa membeli baju raya di JAKEL Mall. Setiap seorang daripada mereka menerima sepasang kelengkapan baju raya yang bernilai RM150. Selain itu juga mereka menerima duit raya sebanyak RM50 daripada pihak Ancasa Hotels & Resorts.



Rasa sedih dan sebak melihat anak-anak comel ini. Kecil-kecil lagi sudah diduga ketiadaan mak/ayah. Program ini sedikit sebanyak memberi aku keinsafan supaya aku lebih bersyukur dengan kehidupan yang aku ada dan ibu bapa yang masih bersama dengan aku. Semoga adik-adik ini membesar dengan baik dan diberi kejayaan hidup dunia dan akhirat.


Untuk mereka yang hendak berbuka puasa di Ancasa Hotel Kuala Lumpur nie, sangatlah dialu-alukan. Terdapat pelbagai menu dan juadah yang disediakan. Dengan bertemakan "Kampung Boy", aku pasti, pengunjung akan berasa teruja sebaik melihat pelayan-pelayan restoran mengenakan pakaian "kampung" melayan pengunjung yang hadir.

Antara barisan chef-chef yang bertungkus-lumus menyediakan hidangan buka puasa setiap hari di Ancasa Hotel Kuala Lumpur



My favourite spot sudah pastinya di bahagian makanan laut ini. Ya Allah ! Saiz udang untuk steamboat dia sangat meriah tau. Kelainan di sini, bahan-bahan mentah ini dicelur di dalam kuah kari yang pekat dan lazat. Sangat berbeza dari tempat yang lain. Biasanya dicelur di dalam sup kosong atau tom yam. Tapi di sini, dicelur di dalam kuah kari.



Selain di bahagian seafood, dessert table di setiap buffet-buffet Ramadhan yang aku pergi juga menjadi lokasi kegemaran aku. Sangat berwarna-warni dan buat aku teruja melihat kecomelan pencuci-pencuci mulut nie.


ANCASA HOTEL & SPA, KUALA LUMPUR
Jalan Tun Tan Cheng Lock, 50050 Kuala Lumpur

DEWASA : RM 68
KANAK-KANAK : RM 40

Sila telefon nombor berikut untuk tempahan :
03-2026 6060


Apa tunggu lagi ? Aku sudah, anda bila lagi ? Jom ramai-ramai datang berbuka puasa di Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur nie. Bukan senang nak jumpa buffet Ramadhan di bawah harga RM100 di kota raya Kuala Lumpur nie. Jom !

Terima kasih buat pihak Ancasa Hotels & Resorts kerana telah menjemput saya untuk sama-sama meriahkan majlis amal seperti ini. Jumpa lagi di lain waktu ya.

15 comments:

  1. cantiknya baju heheheeheh. Ancasa ni mmg antara feveret place utk ramadhan. sebabnya makanan kat sini semuanya sedap2 dan memang berbaloi kalau datang seisi keluarga...lauk melayu dia mmg terbaik

    ReplyDelete
  2. tahun ni x berkesempatan berbuka kat sini. biasanya tahun tahun lepas memang x pernah miss berbuka kat sini.

    ReplyDelete
  3. Banyaknya hidangan..akak suka majlis berbuka puasa yang melibatkan anak-anak yatim..suka tentok diorang happy makan..semua makanan tu nampak sedap la Zhariff..nanti nak try jugak la makan kat Ancasa..

    ReplyDelete
  4. Bagusnya dapat berbuka puasa dengan anak yatim. Wow warna baju Jaafar Onn dari jauh dah nampak sebab striking pink. Baju Zharif unik lah.

    ReplyDelete
  5. wow the buffet spread looks awesome. yummy

    ReplyDelete
  6. Bufet Ramadan kat AnCasa ni memang terbaik, sajian yang tak pernah mengecewakan dan yang paling best ialah rendang ayam dengan pucuk manman..mmg all time favorite hehe

    ReplyDelete
  7. Tahun ni tak sempat lagi nak berbuka puasa dengan anak yatim macam ni mesti seronok tengok kerenah dan gelagat mereka hehehe bestnya... Harap berkesempatan untuk meraikan mereka yang kurang bernasih baik macam ni..

    ReplyDelete
  8. Wow bestnya.. the food looks so good.. nampak macam sedap je yang gulai gulai nya.. nanti ada rezeki mungkin nak singgah.. hehhehehe

    ReplyDelete
  9. Wow bestnya.. the food looks so good.. nampak macam sedap je yang gulai gulai nya.. nanti ada rezeki mungkin nak singgah.. hehhehehe

    ReplyDelete
  10. Selamat berbuka puasa, the buffet variety looks really good, it's a good to be able to share joy with the less fortunate ones this ramahdan.

    ReplyDelete
  11. Bagus Ancasa buat majlis berbuka puasa meraikan anak yatim dan asnaf ni. Sekurangnya dapat mengembirakan hati diorang berbuka puasa beramai ramai. Hidangan di Ancasa pun nampak menarik dan sedap

    ReplyDelete
  12. Such a meaningful majlis, to berbuka together with orphanages.. Not to forget those underprivileged and be grateful with whatever we hv now..

    ReplyDelete
  13. Sis pun suka hidangan yang di sediakan di sini. Saban tahun tak pernah menghampakan. Tahun ni pun dapat rasa hidangan kat sini..masih sama dan ada peningkatan lagi dari segi rasa. Terbaik Ancasa.
    Saban tahun pun mereka tak pernah lupakan mereka yang kurang bernasib baik...tahniah

    ReplyDelete
  14. Best nyer csr progrem and i hope more and more companies would take initiatve to bright there

    ReplyDelete
  15. Ika suka macam ni. Berbuaka puasa bersama anak yatim. Dalam masa kita berbuk akita boleh beramah mesra dengan kanak-kanak. Terasa diri ini insaf seketika huhuhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...