Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pada dua minggu yang lalu, aku sempat menghadiri satu tasting event di Sunway Pyramid. Tasting event kali ini untuk merasa variasi ais krim dari Fruiti King. Secara am nya, aku memang sangat menggemari ais krim. Dan ais krim dari Fruit King kini dalam senarai kegemaranku. Nak tahu apa yang best sangat pasal ais krim nie, jom ikuti kisahnya !
Fruiti King sebenarnya adalah sebuah jenama baru dalam industri makanan. Flagship store pertamanya adalah di Sunway Pyramid. Dengan pelancaran ais krim ini, rakyat Malaysia kini boleh menikmati ais krim yang rasa dia tak ubah seperti menikmati buah-buahan sebenar.
Sekali lagi aku ulang, ianya adalah 100% daripada buah-buahan asli.
Personally, aku suka sangat ais krim perisa cempedak, durian D24 dan juga musang king. Ketiga-tiga perisa ais krim ini sangat sedap dan tiada beza dengan rasa buah-buahan sebenar. Rasa betul-betul makan buah itu. Tambah-tambah ais krim Musang King tu. Serious rasa macam makan buah durian dalam bentuk ais krim.
Terdapat pelbagai jenis ais krim yang dijual di Fruiti King nie. Ais krim di sini dijual dalam bentuk ais krim potong, ais krim dalam bentuk scoop ataupon ais krim bar. Ketiga-tiga jenis ais krim ini memberikan nikmat yang berbeza dengan rasa yang sama. Paling nikmat, ialah ais krim dalam bentuk bar. Ya Allah sedap sangat !
Nikmat kesedapan ditambah lagi apabila kami mencuba waffle ais krim yang terdapat di sini. On top of my waffle adalah ais krim Musang King. Sekali lagi, memang semuanya aku sapu perisa musang king. Maklumlah, nak makan durian musang king kat luar, harga dia ya ampun. Inilah masanya untuk aku makan sepuas-puasnya durian musang king.
Seterusnya kami diberi minum milkshake nya pula. Ya Allah sedapya milkshake cempedak yang aku order !
Seterusnya kami diberi minum milkshake nya pula. Ya Allah sedapya milkshake cempedak yang aku order !
Harga :
BARS
|
CUPS
|
|||
Musang
King : RM 18.90
|
Musang
King : RM 16.90
|
|||
Durian
: RM 11.90
|
Durian
D24 : RM 10.90
|
|||
Cempedak
: RM 9.90
|
Cempedak
/ Mango / Sweet Corn : RM 8.90
|
|||
POTONG
PREMIUM
|
SCOOPS
|
Single
|
Double
|
|
Musang
King : RM 9.90
|
Musang
King
|
RM
13.90
|
RM
24.80
|
|
Durian
D24 : RM 6.90
|
Durian
D24
|
RM
9.90
|
RM
17.80
|
|
Cempedak
/ Mango /
Sweet
Corn / Soursop
|
RM
5.90
|
Cempedak
/ Mango / Sweet Corn
|
RM
7.90
|
RM
13.80
|
Ais krim bar perisa cempedak juga tidak kurang hebatnya. Rasa dia betul-betul rasa cempedak. Perisa cempedak nie sangat rare. Jarang kita jumpa makanan berperisa cempedak.
Kalau korang perhatikan, warna ais krim tu tak berapa menarik perhatian, betul tak ? Tak betul-betul bewarna mengikut warna buah itu. Okay meyh sini nak bagi tahu, macam yang aku bagi tahu tadi, ais krim Fruiti King 100% daripada buah-buahan sebenar. Jadinya, ia tidak langsung menggunakan pewarna tambahan untuk enhance kecantikan warnanya.
Bergambar bersama Max, founder of Fruiti King
Idea tercetusnya nak menghasilkan ais krim yang diperbuat 100% daripada buah-buahan sebenar apabila beliau mencuba sepotong ais krim potong di sebuah kedai kecil di Ipoh Perak. Ais krim tersebut merupakan ais krim yang dibuat sendiri oleh pemilik kedai itu dan beliau terus jatuh cinta akan rasanya yang asli. Dari situ, tercetusnya idea beliau untuk menghasilkan beberapa perisa buah-buahan dalam bentuk ais krim.
Tambah pula negara kita kaya dengan buah-buahan tempatan yang dilimpahi dengan tanah yang subur untuk pokok-pokok ini hidup dan berbuah mengikut musimnya. Oleh sebab itu, beliau percaya, dengan memperkenalkan 3 perisa yang eksotik seperti Musang King, D24 dan Cempedak, akan memberikan kelainan pada Fruiti King dan sekaligus mempromosikan Malaysia ke mata dunia kerana memiliki buah yang mempunyai rasa yang unik ini.
Max menanamkan azam untuk membuka lebih dari 30 cawangan Fruiti King ke seluruh Malaysia sebelum penghujung tahun 2018 dan beliau juga menanam hasrat untuk membuka cawangannya ke negara jiran seperti Singapore, Hong Kong dan juga China. Aku yakin, Max akan mencapai impiannya kerana aku dapati, Fruiti King adalah sebuah jenama ais krim yang istimewa.
Website : www.fruitiking.com
Facebook & Instagram : fruitiking
Bolehlah aku cuba bila aku balik nanti. Tapi harga dia agak err sikit ya especially yang durian. But I guess it is justifiable as they are made from real fruits.
ReplyDeleteSetuju. Harga dia agak hurmmm tp the taste sangat lah terbaik gila ! Especially yg Musang King dan juga Cempedak tu. Cuba tau jangan tak cuba
DeleteYup betul tuh.. Aiskrim dari Fruiti King ni memang perisa buah-buahan asli. LeYa pun suka perisa durian dan cempedaknya. Memang puas betul makan.
ReplyDeletebetul ! puas kan dapat makan. Macam makan buah sebenar je bila nikmati ais krim Fruiti King nie.
Deletebestnya eskrem ni...banyak pilihan flavour..kalau akak dapat ni sure kena beli 2, makan satu tak cukup rasanya...nanti nak cari perisa durian la..perisa cempedak tu macam rare je..x pernah jumpa lagi
ReplyDeletePergghhh... Sedap nya dapat makan ice cream. Ada macam-macam perisa pulak tu. Perisa yang lain pernah rasa. Tapi jenama lain lah... hehehe... Tapi yang perisa cempedak ni tak pernah rasa lagi. Macam sedap jer. Boleh lah try nanti ni.
ReplyDeleteSyok nya dapat makan ice cream yang bermacam macam.. especially fruity flavour.. must be very yummy and nice...
ReplyDeletefuhh musang king tu! kalau pure rasanya memang heaven la harga pun tak kisah kalau betul rasa macam buah sebenar. so far ada kat sunway je ke? malasnya nak menapak kat sana hahah
ReplyDelete100% real fruit?! Wah got to try this for sure. The cempedak and musang king ice creams look so divine.
ReplyDeleteAlamakkkkk bulan puasa nampak aiskrim ni rasa nyummmmm....hehe....memang suka aiskrim ni. Uniknya aiskrim dengan perisa buah buahan tempatan ye Zharif. Untunglah dapat merasai kehebatan rasa aiskrim sebenar.
ReplyDeleteFirst time dengar aiskrim perisa cempedak. Curious nak tahu kesedapannya. Bagus keluarkan produk berasaskan buah2an tempatan sperti cenpedak n durian. So boleh menaikkan lagi jenama mlysia.
ReplyDeleteSuka aiskrim durian. Sebab taste dia lg sedap dari makan durian seulas. Hahaha. Aiskrim ni tekstur dia macam aiskrim kedai runcit tu ke? Yang ada kacang merah, cendol dan durian tu. Sebab aiskrim kedai runcit tu dah takda dah. Kena cari di Fruiti King.
ReplyDeleteWowww harga dia..terbeliak tengok. Tapi sesekali tak apa lah kan, kalau selalu mahu robek poket seluar ku...hahaha. Sis kalau nak rasa, seharusnya ambik perisa durian..cempedak tu kira bolehlah kalau nak mencuba.Nak jugak tunggu Zarif belanja sepotong..hehehe
ReplyDeleteArggggghhhh stress baca entry ni...Aiskrim sesaja. Dah lah kita minat dan suka aiskrim. Kalau orang cakap mahal tak kisah sebab berbaloi dengan rasa dan bahan yang digunakan. Guna musang king kot so berbaloilah harga mahal kan. Hope dibuka di Seremban
ReplyDeleteSedapnya dapat makan buah sebenar: ais krim pulak tu. Kalau akk makan sekali mesti x puas. Kena repeat banyak kali hehehe
ReplyDeletePhewwwww, boleh tahan gak harga 1 scoop eh...Sedap sangat ke? Adoiiii, ni yang buat rasa nak try jugak ni,ishhh.. Biasa makan aiskrim G***** je.. Nak cuba la pulak aiskrim jenama yang ni, sedap ke dok....
ReplyDeletewah menariknya! lagi-lagi dengan menggunakan buah-buahan tempatan. inisiatif yang bagus! hopefully selain buka cawangan dengan lebih banyak, mereka akan jual juga produk ni di kedai-kedai serbaneka macam 7E ke supaya lebih senang nak dapat. Saya pun berminat ni nak rasa!
ReplyDeleteBestnya aiskrim. Untuk penggemar buah-buahan macam emi ni lagi la suka makan aiskrim buah macam ni. Sejuk2 je rasanya.
ReplyDeleteI wanna try this!!! So happy to see our local fruits ade into ice cream, I love all of them, thank god I live nearby, can't wait to buy some for myself this weekend.
ReplyDeleteYummssss.... I love durian ice cream. I wish i can try all of the too. Going to check it out more.
ReplyDeleteKalau ke sunway nanti boleh la cuba ais krim nie... lama x makan ais krim durian nie... Ais krim cempedak pun ada ek?
ReplyDeletePernah rasa juga sebelum ni. Paling suka dengan cempedak dia. Durian dia pun ok, tapi rasa berkrim sangat.
ReplyDeletecraving for cempedak now, too bad in Japan you cant find this fruit! Must try when i get back
ReplyDelete