Tuesday, May 15, 2012

Barang-barang asas yang perlu bawa untuk tinggal di asrama

Assalamualaikum 

Memandangkan budak-budak tahun 94 semua bakal melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi tak lama lagi, jadi aku rasa macam nak berkongsi tentang barang-barang yang perlu dibawa ke asrama pada mereka-mereka yang tak pernah duduk asrama macam aku. Jom mulakan dengan barangyang pertama.

1. Kipas Angin


Kita nie manalah tahu tempat belajar kita tu macam mana. Tambah-tambah baru tahun pertama. Mungkin tempat tu sejuk atau mungkin tempat tu panas. Jadi untuk selamat, adah lebih baik kita bawa kipas angin kita sendiri. Sekurang-kurangnya kalau panas kita ada kipas sendiri untuk kurangkan rasa panas itu. Nak harapkan kipas siling ? Boleh lupakan kot. Hahahaha

2. Lampu Meja


Lampu meja juga sangat penting untuk elak ganggu rakan bilik kita. Jadi manusia jangan pentingkan diri. Kalau nak belajar lewat malam, terutama sekali selepas jam 12 pagi, seeloknya gunalah lampu meja dan matikan lampu utama. Rakan sebilik mungkin nak tidur dan tidak selesa untuk tidur dengan lampu bilik terpasang. Silau dan mengganggu mereka. Jadi, jangan lupa beli dan bawa lampu meja okay.

3. Peralatan Makan dan Kudap-kudapan


Ini juga snagat penting. Peralatan untuk makan seperti pinggan, mangkuk, sudu dan juga garfu silalah bawa. Pisau sekali kalau boleh. Kot-kot kau nak makan buah-buahan dalam bilik ke kan, senang sikit. Kudap-kudpan pula jangan lupa. Mee segera, coffee or mio 3-in-1 atau segala makanan yang mudah disediakan tanpa memerlukan dapur gas, sila bawa. Kalau lapar tengah malam, sekurang-kurangnya boleh isi perut kosong. 

Ouh ya, kalau boleh bawalah water heater sendiri. Senang dan amat diperlukan untuk masak maggi dan buat air panas. Macam aku, aku suka buat air sirap dalam bilik sebab aku suka minum air manis. Nanti tinggal beli je ais batu dekat kafe. Jimat duit beli air manis.

4. Alatan Mandian


Ini memang keperluan asas sangat. Takkanlah korang tinggal dekat asrama tak bawa peralatan mandian. Gila ke apa. Jangan lupa okay bawa shampoo rambut dan badan, ubat gigi, berus gigi dan benda lain yang korang pakai ketika mandi.

5. Sabun Untuk Basuh Baju


Ini juga sangat penting untuk dibawa. Takkanlah sepanjang masa kau nak pinjam kawan kau punya pencuci baju dan baldi ? Atau takkanlah kau nak peram baju kotor tu berminggu-minggu untuk dibawa balik dan dibasuh di rumah ? Jangan ya, jangan jadi pengotor. Basuh baju seminggu sekali sekurang-kurannya. Jadi, pastikan sabun basuh baju korang ada dalam senarai barang yang perlu dibawa. Hihi

6. Seterika


Nak pergi ke kelas mestilah kita nak nampak smart dan cantik. Oleh itu, salah satu cara mestilah kena gosok baju supaya baju kita tidak berkedut-kedut. Kalau nak harapkan seterika dekat pantri yang disediakan pihak kolej, alamatnya kenalah beratur. Sebab ramai pelajar lain juga nak guna. Itupun kalau kolej atau asrama korang sediakan seterika. Kalau tak ada ? Tak ke berkedut baju-baju kau nak pergi ke kelas. 

7. Spray Pewangi


Tak adalah wajib pon untuk bawa spray pewangi nie tapi bagi aku ia sangat penting sebagai langkah berjaga-jaga. Kot-ktlah korang dapat rakan sebiik yang jenis merokok, bolehlah spray pewangi dalam bilik dan di baju-baju korang untuk hilangkan bau busuk asap rokok tu atau anything bau-bau yang tidak diingini, tinggal spray je. Terus wangi satu bilik !

Ouh ya, untuk mereka yang hisap rokok di luar sana. Tolonglah ada common sense dan otak yang waras. Janganlah pentingkan diri hisap rokok dekat tempat sidai baju. Habis semua baju-baju yang disidai di situ bau asap rokok korang.

Itu sahaja yang aku rasakan penting untuk dibawa. Harap ia membantu. 

Post edited : August 2021

 

45 comments:

  1. nice entry :) and your mom,she's really cute! :)

    ReplyDelete
  2. terima kasih =) gonna tell her ASAP ^^ hahaha

    ReplyDelete
  3. tak plek ker bawak kipas besa tu tyme registration nanti ? .. o mmg usualnye kebanyakan org akan bawak macam2 barang

    ReplyDelete
  4. sebenarnya beli kipas tu dekat matrik . masa registration ada macam2 barang di jual kat situ =) so takde lah penuh kereta bawak dari jauh .

    ReplyDelete
  5. Gambar pesanan penaja tu memang style!!

    ReplyDelete
  6. siap bawak kipas? huhu, semangat betol :)

    ReplyDelete
  7. alaa beli masa register sebenarnya =) hahahaha

    ReplyDelete
  8. kipas one of the penting punya barang kena bwk. tk pyh la nak kata malu la, org kata smngt la sbb you guys mesti bli punya nnt. haha. paling kurg pun pinjam budak bilik sebelah :p

    ReplyDelete
  9. gambar dkt atas pose pakai kain pelekat ke zhrepp. hHAHAA
    rindu pulak nak jumpa hampa berkain pelikat:DDDDDD

    ReplyDelete
  10. dekat matriks tade sterika ke????

    ReplyDelete
  11. faiz : kann =) buat pa nak malu . semangat ^^ hahahhaa

    rean : itu seluar pendek kotak2 sebenarnya =P hahaha . alaa kami tau rean rindu kami =D

    ReplyDelete
  12. nadia : KMPP takde menyediakan perkhidmatan seterika =) matrik lain mungkin ada . huhu

    ReplyDelete
  13. kipas pun beli kah? ayaaaa!! kipas matrik x cukup ke.? hehe
    btw, matrik gmbang de bez!! *saje promote.. jgn mara.. :)

    ReplyDelete
  14. kipas matrik ada cuma masih lag panas sebab kipas terlampau tinggi kat atas . hahaha .

    eceh matrik pahang =P dekat dengan waterpark tu kan . seronok ^^

    tp KMPP lagi best =P hahaha

    ReplyDelete
  15. jarep, awi baca post ni gelak guling2 kot. sumpah lawak :)

    ReplyDelete
  16. hey there. like seriously, is it really necessary to bring table fan, table lamp and iron? cuz im going to KMPP next week. so now im in the middle of preparing things to bring there.

    ReplyDelete
  17. Kat kmp takyah kot nak bawak kipas dan lampu belajar tu :p hahahahaa tapi kat KMPP benda tu wajib loike seriouslyy haha

    comel nye mama zarep . cewahh

    ReplyDelete
  18. awie : sampai macam tu sekali O,O dahsyat nya . hahaha =D

    ummi aqilah : definitely yes . kene bawak . sebab nya kmpp punya kipas tinggi . so panas sangat .

    lampu meja tu perlu kot rasa nya . sebab nya mne lah tau nak kene study sampai lewat malam kan =)

    wahh dapat masuk KMPP , bagos bagos =) gudluck ^^

    ReplyDelete
  19. aliff : KMP kipas dia rendah kot . so boleh terasa lagi angin nya . huhu =)

    terima kasih aliff =D

    ReplyDelete
  20. fuiyooo. hehe. mak awak sgt sporting la.

    ReplyDelete
  21. dahsyaaatt nye zarepp! :p lepas ni kalau orang tnye , terus kata "nah, baca blog ni" fuhhh, takyah explain dh.hikhik

    ReplyDelete
  22. haiyoo , na kena tmbh beg ah ni -__- kalo lappy bole bwk an gy kmpp ? btw , tq coz bnyk info psl matrik . x) ~

    ReplyDelete
  23. boleh je bwak =) tp kne pandai jaga yerr ^^

    most welcome =)

    ReplyDelete
  24. Knp kmpk x boleh bawak kipas n iron..sadis betul.. Tpi if kmpk bwk kipas lagi alamat beku atas bukit tu nanti.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kmpk kolej mana erk ? perak ke ?

      yang tu kne tanya pengarah nya , hehe

      Delete
  25. Nice entry ! Cara penyampaian yang kelakar :D

    ReplyDelete
  26. Ada orang cakap, dekat KMPP tak boleh bawak barangan elektronik mcm seterika, flask air, kipas and etc.. Komen?

    ReplyDelete
  27. hahaa itu semua dusta =P boleh je bawak

    ReplyDelete
  28. zarep, klu dok upnm camna plak?? dy warning takleh bwk brgn letrik.

    pics bwh tu sweet. really

    ReplyDelete
  29. serious ? ermm kene pikir2 sendiri lah . hahahahaha =D

    ReplyDelete
  30. haa , tahun depan tak payah dh la ssah2 pkir nk bwak apa bila msuk u :)

    ReplyDelete
  31. haa , tahun depan tak payah dh la ssah2 pkir nk bwak apa bila msuk u :)

    ReplyDelete
  32. heeee~comel je dia dgn mal dia..btw,sy x pernah bawa kipas n lampu meja..heee

    ReplyDelete
  33. huahuahuha... TAK TAHAN KIPAS KAT DEPAN MUKE tuuuuu... huahuahuahuha... boleh jadi SUPER MODEL erkkkk...

    ReplyDelete
  34. feeling jennifer lopez sat . muahahhaha =P

    ReplyDelete