Saturday, May 5, 2012

Ronda-ronda Kuala Lumpur

Assalamualaikum 

Balik je dari menghadiri majlis kahwin Kak Dena, aku tak terus balik ke Selangor. Aku sempat ronda-ronda Kuala Lumpur dan bermalam di kolej kawan aku di Universiti Malaya. 


Ouh yaa, aku tidak berseorangan. Aku pergi sama-sama dengan Faries nie hah. Senang bawa dia sebab dia mahir sikit selok-belok Kuala Lumpur dan penggunaan pengangkutan awam. Kalau nak harapkan aku, alamatnya sesatlah. 


Namun begitu, kitorang cukup bertuah sebab mempunyai kawan yang emmang tinggal di KL untuk suatu tempoh yang agak lama. Jadi dia lebih pakar bab-bab KL nie. Nama dia Fathi. Dia merupaka seorang pelajar Universiti Malaya. Dia bawa kami ronda-ronda KL satu hari t. Kami mulakan sesi rondaan di KLCC. Masuk dalam kawasan Suria KLCC tu untuk makan. Entah kenapa perut masih lagi lapar. Walhal dah melantak banyak masa dekat kenduri kahwin Kak Dena tu. Bahkan masa nak tunggu Fathi nie pon kami berdua dah melantak burger dekat McD.



Lepas dah kenyang, kami terus menuju ke Petrosains. Dah lama tak datang ke sini, tak ingat bila last masuk sini. Malang sekali, masa sampai tu, tiket dah habis. Tak tahu macam mana boleh habis. Tak tahu pula tiket masuk boleh habis. Mungkin dorang gunakan sistem kuota kot. Tak tahulah. Apa-apa pun, selamatlah duit aku sebabnya nak masuk sini pon harga tiket boleh tahan juga.

Walaupun tak dapat masuk Petrosains, di kawasan sekeliling Petrosains ada beberapa tarikan tak tahulah apa nama tempat nie. Yang pasti, masuk sini adalah percuma. Nama pon percuma, wajiblah kami masuk dan tengok-tengok.




Dalam tempat tu semua berkaitan jalan raya. Banyaklah permainan yang best-best dan yang menyakitkan hati disediakan dalam nie. Datang dengan kawan-kawan mesti best. Sebab sangat menguji kesabaran ya permainan dalam tempat nie. Lama juga kami dalam tu, dekat waktu nak maghrib kami beransur pulang ke Universiti Malaya. 

Kami berdua tumpang bermalam dekat kolej Fathi secara haram malam tu. Mujur tidak dihidu oleh pengawal. Takut juga pada mulanya sebab tak pernah buat. Kami pon tak naklah si Fathi nie hadapi masalah bila kantoi nanti. Tapi dia yakinkan kitorang sebelum nak datang tu bahawa ia selamat dan boleh je bermalam. Jadi kami pon bermalamlah di sini.



Mujurlah Fathi nie memang dapat duduk bilik tu sorang. Tak ada roommates. Sebabtu boleh tumpangkan kami bermalam dalam bilik dia. Walaupun selamat, tapi nak pergi mandi ke bilik air tetap takut juga. Tetap kena sorok muka sebab takut pelajar-pelajar situ hairan dan pelik sebab tak pernah nampak muka kami berdua. Takut pula dorang report ke apa. Jadi kami kena sentiasa waspada dan hati-hati. Walhal tak ada apa-apa pon.

Besok paginya, Fathi ada kelas. Kitorang bangun-bangun je tengok dia dah tak ada. Tapi dia siap dah belikan kami nasi lemak untuk sarapan. siap tinggalkan pesanan penaja sekali. Baik betullah si Fathi nie. Kitorang dah maklum pon dia ada kelas pagi tu. 


Balik je dia dari kelas, kami dah bersiap-siap untuk jalan-jalan sekitar KL lagi. Tapi malang sekali ya sebab masa nie KL hujan lebat. Ngam-ngam masa kitorang nak keluar berjalan. Macam tak kasi kitorang berjalan je. Hahahaha


Tapi kami tetap keluar masa tu lepas hujan dah mula sedikit reda. Kami pergi berjalan dekat kawasan Masjid India, Sogo dan banyak lagilah. Tak ingat apa nama tempat-tempat tu. Hujan masa nie tak berhenti lagi. Malah makin turun dengan lebat sampai terpaksa beli payung. Sempat singgah solat dekat Masjid India tu, aku dan Faries kena marah dengan satu pakcik tua nie sebab kitorang salah letak tempat kasut. Manalah kitorang berdua tahu. Masalahnya pakcik tu tengking-tengking kot. Chill lah pakcik, tegurlah elok-elok. Bukan kitorang mencuri pon. Grrr geram je hati masa tu.


Masa untuk pulang semula ke Selangor. Terima kasih Fathi sebab sudi bawa kami berdua jalan-jalan tengok KL, sudi riskokan diri seludup kitorang bermalam dekat UM dan terima kasihlah untuk segalanya. Ada rezeki jumpa lagi nanti !


Kaki lenguh sangat-sangat sebab penat dua hari berjalan sekitar Kuala Lumpur. Balik sampai Banting dah penat, tapi keluar juga malam tu sebab kawan sekolah lama aku ajak jumpa dekat McD. Aku pon pergi je sebab dah lama tak jumpa kawan aku nie, plus dia nak pulangkan pendrive 2GB aku yang dah lama dia pinjam tak pulang-pulang. Sekali aku kena tipu daa, ada agenda lain rupanya. Tunggulah entri seterusnya, nanti aku cerita. Kbye.

Post edited : August 2021

 

20 comments:

  1. aku yg duk kl ni pun ldh lme x g klcc... aishh... kalo dtg mid, bgtau eik.. hahahaha

    ReplyDelete
  2. nak kena bg tau pak gurd UM ada penceroboh huahuahuha

    ReplyDelete
  3. mana gmbr aq yg mcm gmbr first 2..err

    ReplyDelete
  4. Aku nmpak gmbar shahrul Izzat tu. Ingat ada cerita psl scoreA. Bila nk cerita? Cpt lah cpt lah

    ReplyDelete
  5. hahaha tak cerita kat sini kot . kesian =)

    ReplyDelete
  6. weii jeles jeles jeles !! takde takde jeles jugak ! waaaaaaaaaaaaa waaaaaaaaaaa k jeles gilaaaaaaaaa .

    trip best , fathi hensem , zharif kacak , faries comel . nanti nak jumpa ajak lah aku sekali :(

    jeles k jeles . haha

    *keluar dengan hati yang jeles

    ReplyDelete
  7. hahahaha . aliff jauhh . boleh ke mai KL ? hahahahaha

    ReplyDelete
  8. haah kan , korang bertiga officially budak selangor . Kira dekat . Cek duk johor . Haha . Tapi boleh je kalau nak datang KL , ada duit boleh lah :)

    ReplyDelete
  9. baki duit elaun maatrik ada , so habis kan je =) hahagaa

    ReplyDelete
  10. romantik sngt sharing makanan..haha

    ReplyDelete
  11. hahahaa kan jimat nama nya tu =P

    ReplyDelete
  12. wahhh! pi KL pulak dah. ish entri hang semua best2..banyak tempat hang pi..hohoho :D

    ReplyDelete
  13. hahaha =P terima kasihh =)
    xde lah banyak sangat pon , sikit2 je =)

    ReplyDelete