Wednesday, May 30, 2012

MLM : Merugikan Lagi Menyampahkan

Assalamualaikum 

Awal bulan hari tu, aku telah dikencing oleh kawan sekolah lama aku sendiri. Aku betul-betul tak sangka dan tak dapat hidu benda tu sehinggalah benda tu berlaku. Pada aku, perjumpaan aku dan dia ketika itu hanyalah sekadar perjumpaan seorang kawan lama yang merindukan kawannya yang sudah lama tidak berjumpa dan juga sebab dia nak pulangkan pendrive 2gb yang dipinjam 4 tahun lalu. 


Dia ajak aku berjumpa di McD. Kitorang pon borak-borak macam biasa dan seperti yang dia janji, dia nak pulangkan pendrive aku. Tapi pendrive tu tertinggal dekat pejabat kawan dia. Bunyi seperti pelik, tapi sumpah aku tak hidu apa-apayang pelik masa nie. Aku pon ikut jelah dia pergi ke office kawan dia yang tak berapa jauh dari McD tu. Hanya walking distance je. Agak terkejut masa sampai pejabat tu, sebabnya aku nampak beberapa kawan lama dalam tu. Aku pon rasa gembira dan bertanya khabar mereka. Masih lagi tak rasa pelik masa nie. 


Tapi yang peliknya, semua orang dalam tu gigih pakai suit hitam tengah-tengah malam. Takkan waktu kerja tak habis lagi kot ? Aku tak adalah terfikir nak tanya kenapa dorang berpakaian begitu malam-malam. Sebaik sahaja kawan aku ebritahu, yang akwan dia nak cakap sesuatu dengan aku, masa tu baru aku tahu yang aku dah kena kencing.

SKOR A PENIPU DAN BODOH

Dia kata hanya akan mengambil masa 15 minit sahaja. Baiklah, aku pon dengarlah semua benda bodoh yang dia terangkan pada aku. Terang punya terang, dah 30 minit tak habis lagi. Gila ke apa. Malam semakin lewat kot. Dari sorang kepada sorang yang lain. Bertukar-tukar speaker pulak. Aku memang tak minat benda-benda macam nie. Tapi sebab fikir dorang semua nie kawan lama aku, aku dengar je. 

Tak habis dengan tu, dorang kata nak bawa aku jumpa Big Boss pulak. Big Boss dia nama Encik Naim. Perangai show off dia sangat menjengkelkan. Konon nak meyakinkan aku akan program Score A tu an membuahkan hasil dan membuatkan aku kaya. Duit berkepuk ikat guna getah letak atas meja dengan sengaja. Dia ingat aku rasa wow ke ? Puihhh ! 

Antara kata-kata bangang Encik Naim yang masih terngiang-ngiang dekat telinga aku nie

"Kawan saya cakap, hey Naim , kau jangan offer dekat budak-budak yang masih belajar nie. Dorang tu semua bodoh sombong. Konon dah biasa dengan hidup susah. Dorang takkan join punyalah "

Aku tahu, sebenarnya dia yang nak cakap benda tu dekat aku tapi menggunakan alasan kawan dia yang cakap macam tu dekat dia. Dia ingat aku bodoh ?

"Pendapatan saya sebulan mencecah lebih dari RM20k. Bulan nie je saya dah order Honda Accord baru untuk mak saya. Awak tak nak ke gembirakan hati mak awak dengan membeli kan kereta idaman dia ?"

Elehh, walhal datang situ pakai Waja je. Berlagak belikan Honda Accord untuk mak dia. Puihh ! Kereta sendiri pon tak mewah mana. Puihh puihh !

" Cuba teka nie kereta apa (Sambil tunjuk gambar kereta-kereta mewah). Kalau tak tahu nama kereta nie, tak jantan namanya"

Macam aku hadap sangat dengan kereta-kereta tu semua. Jantan sangat lah kalau tahu nama kereta-kereta tu semua ? Belajar dekat mana si Naim nie ? Bodoh dia pekat betul.

Korang ingat aku diam membisu je jadi tunggul dekat situ ? Tidak ya aku ada perli dia juga.

"Habis tu kalau boleh dapat 20k hingga 30k sebulan, buat apa belajar tinggi-tinggikan ?"

"Kalau Encik Naim dapat duit 20-30k sebulan, apa kata Encik Naim pinjamkan saya duit tu buat modal saya dalam program score A nie sebab sekarang nie saya tak ad duit"

Bab belajar tinggi-tinggi tu aku saja nak perli kawan-kawan aku yang ada dalam bilik tu. Bila kita minta dia pinjamkan duit dia yang 20-30k tu, tahu pula dia tak nak bagi dengan alasan kata aku akan lepas tangan dan buat sambil lewa sebab dapat duit dengan senang tanpa usaha. Lahhhhh !

Tolonglah, korang janganlah bodoh sangat ditipu dengan benda-benda macam nie. MLM nie hanya merugikan. At the end of the day, korang juga yang akan merana, yang akan menyesal. Percayalah. Nanti duit entah ke mana, pelajaran entah ke mana. Habis semua tergadai. Awal-awal je rasa macam gah dan boleh buat duit, tapi nanti lama-lama kau tegoklah.


Banyak sebab kenapa korang tak patut langsung join MLM.

1-MLM semua tu menipu. Okey first thing, kenapa dorang tak fokus kepada berapa ramai pembeli yang akan membeli produk tu ? Kenapa dorang fokus kepada berapa ramai pengedar yang akan menjual produk tu ? Tak ke pelik dekat situ. Macam bangang pon ada. Second thing, dorang cuma bagi tahu yang baik-baik je dalam MLM nie, risiko-risiko yang bakal ditanggung dorang tak bagi tahu pon. Nampak tak, permainan dia ?

2-MLM suka sorok-sorok. Kalaulah program korang tu tak salah di sisi undang-undang, kenapa mesti menipu tiap kali nak bawa orang join program korang tu ? Dan kenapa korang cakap "Eh jangan sebar kan benda nie dulu yer, nanti akan merosakkan pasaran" ? Kenapa juga buat time malam-malam siap pakai suit hitam bagai ? KENAPA ???

3-MLM janji manis belaka. Semua yang dia cakap pada awal memperkenalkan program tu, semua tu janji-janji manis. Nanti akhirnya, semuanya lesap. Sweet talker pon lari dengan duit-duit kita. Dan masa tu, baru kita sedar betapa bodohnya diri kita. Kita tu bukan aku sebab aku tak terjebak. Kita tu untuk korang yang bodoh join. Termasuklah mereka-mereka yang ada dalam bilik tu masa tu. 

4-MLM tidak tahu halal haramnya lagi. Okey, memang tak ada fatwa yang mengeluarkan kata MLM nie haram. Tapi MLM nie kan bersifat penipuan, so macam mana tu ? Dalam perniagaan kalau ada penipuan, maka perniagaan itu berstatuskan HARAM. Just try baca kat sini okey. KLIK 

5-Sebab MLM, korang akan hilang kawan. Hilang duit. Hilang pelajaran. Hilang kewarasan. Yang korang tahu, duit duit duit. Itu je. Korang sanggup menipu kawan-kawan, sanggup meminjam duit, minat belajar hilang, semua nya hilang. Hilang hanya untuk benda yang bersifat sementara.

Itu antara yang ada dalam kepala aku sekarang nie. Tapi hakikatnya banyak lagi .


Sebagai manusia yang waras, wajar ke dalam sebulan korang boleh dapat 20k-30k sebulan tanpa membuat apa-apa ? Just ajak kawan suruh join. WAJAR ke ?

Kebanyakkan ejen-ejen basi MLM nie, dorang akan cakap macam nie,

"Cuba tengok orang cina, semua kaya-kaya kan ? Sebab apa ? Sebab dorang meniaga. Allah kan dah berfirman dalam Al-Quran bahawa 9/10 rezeki datang dari perniagaan. Orang Melayu kita nie bodoh tak nak ikut apa yang Allah dah bagi tahu"

Sebenarnya orang Melayu tak bodoh. Cuma orang Melayu yang join MLM yang bodoh. Orang cina meniaga, nampak depan mata apa yang dorang niagakan. Orang kita meniaga dengan cara MLM. Itukah cara meniaga ?

Ejen-ejen basi MLM juga akan tunjuk dekat korang majalah yang menunjukkan jutawan-jutawan yang kononnya telah berjaya dengan hanya join program tu. Perghhh macam tak boleh nak edit reka-reka cerita pulak kan ? Majalah macam nie juga satu contoh tak baik. Dah kaya terus menayang harta sana sini. Konon nak bagi motivasi, puihhh !

Aku tahu, kita nie kalau nampak boleh buat duit memang laju je. Nama pon nafsu kan. Lagipula siapa yang tak suka kalau duit berkepuk-kepuk. Betul tak ? Aku pon nak duit banyak macam tu. Tapi MLM bukanlah caranya. Ingat tu. Cuba baca blog nie, dia lagi telus membicarakan pasal program score A bodoh tu : KLIK

Kejap, sebelum aku tamatkan isu MLM nie, aku nak share satu benda yang aku rasa lawak sangat malam tu. Kawan-kawan aku yang join program score A macam dah kene rasuk. Dah jadi macam robot pon ada. Apa yang si Naim tu cakap, nanti dorang dekat belakang semua tepuk tangan sambil cakap "Heyybat !!". Sumpah macam orang terencat.

Dan buat kau, tolonglah berhenti hantar aku mesej-mesej pasal Score A bangang kau tu.



Dorang akan terus menghantui hidup korang semua sampailah korang join MLM dorang nie. Dorang nie sebenarnya gelabah. Sebabnya, kalau dorang tak dapat cari orang untuk join, duit dorang akan lesap. Tak begitu manusia-manusia yang terlibat dengan MLM ? So just ignore je. Tapi kadang kene maki hamun dorang jugak. Sebabnya dorang nie memang sejenis spesis tak faham bahasa.

Post edited : August 2021

 

46 comments:

  1. All this while, I've been waiting for post about this. I still rmember, you told me tht you dont want to talk about this thing here bcause you pity on them. But now at last, it out here !

    ReplyDelete
  2. dah tak tahan sangat dah nie sebab di ganggu >__< heybatt !

    ReplyDelete
  3. HAHAHA
    sama lah zhrepp. rean kene time dkt matrix tu. dorg pggl msk bilik, kene dgr mcm tu lah
    meyampah kot
    duit dtg tanpa usaha . puihh puih
    nak enjoy pun tak puas kot mcm tu.


    TerimakKasihmmberitahu result dkt rean,hehe
    zhrepp ; gdluck in yr future

    ReplyDelete
  4. tau =) roommate kami pon kene jugak masa kat matrik . huhu

    tahniah rean for your result =) hope to see u in the future =)

    ReplyDelete
  5. entry sentap tangkap maut..haha..jangan pecaya mlm..
    kina SOKONG:)

    ReplyDelete
  6. yeayyy !!
    ini cuma pendapat peribadi . maybe ad yang xdpat terima .

    ReplyDelete
  7. hahha..xp mang betul un..mlm banyak yang x betul..lagipon haram bagi kita makan harta ats angin:)

    ReplyDelete
  8. lupe tadi ; Tahniah jugak zhreep. peningkatan kan result hampa. Bangga dengan Hampa

    InshaAllah:)

    #tengok kami belum berganjak dari blog hampalah, case rindu hampa lah nie, HAHA

    ReplyDelete
  9. kinara : yeahhh =) true that

    rean : terima kasih rean =) kami tau ampa rindu kami =P huhu

    ReplyDelete
  10. werk.perasan lah pulak,tak rindu dah lah,HAHA
    ,gdnite jejakakaula. :)

    ReplyDelete
  11. hehe.. lawak jea.. ampa pnya kwn mcm kwn skolah kmi dlu..pksa ja kmi join depa..last2 kmi kata, 'aku xreti meniaga n xmaw mniaga.' so, MLM tu bnda tarik2 org join dpt dwet mudah la ye? kmi kurang ilmu skit.. leh terangkn MLM tu apa..

    ReplyDelete
  12. Yupp , lebih kurang macam tu . Perniagaan yang x mementingkan produk yang di jual tetapi memntingkan berapa ramai yang akan jadi pengedar . adakah itu di namakan perniagaan ? huhu

    yang penting MLM nie , mula2 je nampak best sebab dapat duit then at the end of the day , penyesalan tak sudah =)

    that's my personal thought =)

    ReplyDelete
  13. dari yg kmi dgq ampa asyk kata, 'heybat' tu, program score A pnya menda alah yg cm kmus elektronik tu ea..hehe... mmg sah2 dh..

    ReplyDelete
  14. Aku pernah kena teman kawan aku yang terjerat dalam kancah ni . Lamaaaa gilaaaa kot tunggu ! Bosan .. Hampeh !

    ReplyDelete
  15. bosan dan ntah pape kan , dah lah dipaksa dengar

    ReplyDelete
  16. tak paham sgt pasal taktik diorang nih. better kita guna duit yg terang2 dpt kat depan mata nih. huhu

    ReplyDelete
  17. yup setuju ngan kau,zharif.
    MLM ni macam goreng pisang panas,
    bila produk dia tgah up,masa tu mmg kita boleh buat duit,tp lepas dah sejuk hmm hampeh.Baik x payah.

    Yang kita ni pon,cuba pk.manaada kerja yg ko boleh duduk goyang kaki kat umah,tetiba duit masuk ribu-riban dalam bank.ce pk sikit.

    pastu MLM ni sangat suka memaksa dan memandang rendah keadaan hidup kita skrg.

    ReplyDelete
  18. yeah ! 100/100 untuk entry ni..=)
    duit hasil usaha sndiri lg brbaloi kot ..

    ReplyDelete
  19. shamila : yupp betol tu . selamat sikit kan =)

    dari sisi hidupku : ha'ah . tengah panas memang boleh buat duit . dan itu jugak menyebabkan kita lalai dan leka . at the end of the day , semua nya lesap kan =)

    ReplyDelete
  20. faranabyla : setuju tu ^^ duit hasil usaha sendiri buat kita lebih puas hati kan =)

    ReplyDelete
  21. baik masuk ASB...lg selamat..hehe

    ReplyDelete
  22. wahhhh boleh amak law kwn lme ak sorang ney. hakhak. btw, ko ingt ak lagi tak zarep oii. huhu (y)

    ReplyDelete
  23. Menipu menipu ! -.- Score A tak bawak untung pun . babeng !

    ReplyDelete
  24. syahirah atiqah : ya ingat dong ^^ masa sih boleh tak ingat =P

    aliff : kann =) masa kat matrik dulu pon ada benda2 nie . haihh

    ReplyDelete
  25. assalamualaikum..

    bayar rm70 untuk kursus ,sebab kerja parttime.nak tunjuk ajar kononnya
    member dah pergilah ke kursus tu.mula-mula tu memng dia canang pasal produk yg dia jual tu baguslah

    -benda belajar , ibu bapa trpaksa beli produk ni nak bg anak jd pandai(padahal ada je alternatif lain nk bg anak pandai)

    -kalau jual alat make up takkan hari2 (berterusan)org nak kene beli.Kalau produk pendidikan berterusan(bagi saya..benda yang menjadi keperluan dalam hidup kita mestilah berterusan.MAKEUP??eh wanita mana la yg tak suka makeup???)

    pastu dia kata,jgn marah kat kawan yg tipu.sebab kawan ni nak bantu kita jd senang(senang apa macamtu>???)
    nak kene cari orang je keje nya.

    Pastu bila taknak,nak psiko dan marah2. konon b#d# kalau tak join.

    ATAS DASAR KAWAN PERSAHABATAN dia sanggup menganiaya member!..

    apakah?????????

    ReplyDelete
  26. tepat sekali , wahh pernah terkena jugak rupa nya .

    kejam kan dorang buat kawan sendiri macm tu , at least aklao dorang jujur okey lah lagi . ini sampai menipu kita .

    betol tu pasal marah2 , bila kita xnk join mula lah dorangh perli2 kita konon nya bodoh sombong . haihh x tau lah manusia macam nie .

    ReplyDelete
  27. pernah jgk kwn ajk join program mcm ni..tp nasib baik x join :)

    ReplyDelete
  28. jangan percaya kata dorang semua tu , menipu kuat MLM nie =)

    ReplyDelete
  29. haha...

    menarik3..

    tp, kenape duit merah je tu zarep weyh? kekekekeke..

    ReplyDelete
  30. ahahaa, nyaris nak masuk dulu, tapi nasib baik tak ada duit langsung, kalau tak, mampuih la. and they started to annoy me bila asyik tanya bila nak bagi duit, bila nak bagi duit, ingat kaya sangat, duit selit kat celah telinga ke, from there i knew that they just want the money =="

    ReplyDelete
  31. cik ummi : sebab duit merah je yang mampu , kah kah kah =P

    dakara : kan , nampak sangat nak duit . menyampah nya lah .

    ReplyDelete
  32. EN zHARIF, saya baru-baru nie ada terkena gak ngan program score A tu..kawan sekerja ajak..katanya ader seminar usahawan....tempatnya nun di celah-celah ofis kat tasik selatan tu...tgk orang reramai pakai kot tgh malam, trus saya confirm, jenis yg nak kaya cepat ngan menipu tu....perrgh..dia punya en Na... tu cakap penuh ngan ego tahap dewa...siap cakap nak beli keter yg femes tu..tapi dia silap..saya tak semudah tu nak ditipu..hampeh tul..kena dengar ceramah bodoh diaorang.....

    ReplyDelete
  33. wahh encik Na... jugakk ke ? huhu

    kann , buang masa berjam-jam dengar ceramah bodoh tu . konon nak kaya cepat . tp nasib bek awak tak terppedaya =D

    ReplyDelete
  34. haritu kan kat kmpp berlambak org masuk MLM. kecoh gak la program skor A tu. kawan sy ada masuk. mula2 dia ajak, saya kata tak nak. pastu, dia ajak dgr ceramah, dia kata dgr je dulu. dgr kat pondok kat tasik. dia kata tanak masuk suka ati, tp saje ajak..


    sekali lepas je dgr, dipaksa sy masuk. gila ! dah la kena kuarkan rm700+ . mana mau cari duit? dipaksa saya, aishh. tension plak kita. tadi kata tak nak masuk takpe, ni dia paksa kita plak.

    mmg nyampah ar. MLM ni sistem yg memaksa.

    ReplyDelete
  35. owwhhh KMPP jugak ke , bru tau .

    memang pon , roommate saya pon ada org ajak masuk benda2 macam nie . siap datang bilik terangkan panjang lebar pasal bende tu .

    saya pon benci gila dengan MLM nie sebab dorang suka memaksa . menyampah sangat >__<

    ReplyDelete
  36. nama cik abg tue en.naim kan? encem2 jer, dia pnh jd jumpe kitaorg kwn2 cume kat kl, poyo gila..mensaympahhhhhhh gila tgok dia..kete pun buruk je lagi nk hadiahkan mak dia kete honda..heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pon nama dia encik NAIM . biar satu malaysia tau nama dia tu . dia tersangatlah poyo bajet banyak duit . MENYAMPAHHHH sangat kan

      sepp kita geng ^__^ anti encik naim dan program score A bodoh =D

      Delete
  37. Skor A Program telah menjahanamkan saya. Yang jutawan2 tu duk kata senang nk cari prospek...bodoh betullah ingat senang ka nk cari prospek....last kali saya x dpt apa2 pun....hanya menggigit jari saja...kata bleh untung sampai 50k...tgok saya hanya dapat 1001k(kecewa)....

    ReplyDelete
  38. Assalamualaikum...

    sy just nak share pengalaman sy yg dh pernah terjerat dlm MLM pada mulanya,(kwn time matrik yg ajak), then..(paksa rela) buat apa yg diorg suruh tu (cari downline 4 org)sbb gara-gara nak tolong kwn matrik yg ajk sy tu... time tu sy rasa kesian kt dy. jadi, sy teruskn la ikut rentak diorg walaupun dlm hati ni berbolak balik dgn decision ni..

    sy mengaku yg b4 sy kne cari 4 org tu, diorg de bgi 1 kursus utk train ahli2 ni mcm ne nak jalankan kerja. apa steps2 nya, taktik, dialog nak ajak kwn dsb.. DAN,.. sy prnah membawa 3 org coursemate sy dm masa dan minggu yg berbeza...

    jujur sy katakan yg sepanjang sy mengikuti kerja2 skor A ni dgn bawa 3 org kwn sy tu, sungguh tersangat2 la TERPAKSA!! org yg pantau tu akn selalu call dan mesej sy utk selalu ingtkn sy matlamat, janji itu ini, bla..bla..bla

    TERTEKAN kot...sampaikan sy prnah ckp kt diri sy ni, 'sampai bila aku nak jadi mcm ni.. duit dh la bnyk habis, trpksa tipu kwn. silap2 hari bulan kne d'pulaukn 1 coursemate ni..'

    Jadi, nak dipendekkan cerita, sy br'bincang dgn rakan baik sy yg prnah sy ajak dy g score A tu. huhuhu.. sedih kot bila mengenangkn balik mcm ne sy tr'pksa tipu dy.
    Tapi, alhamdulillah, kami x prnah br'musuh selepas sy menceritakan mcm ne sy tr'perangkap dlm MLM score A ni..

    Akhirnya, sy tr'paksa reka 1 reason yg sngt2 kukuh utk sy keluar dari keahlian MLM dan selepas tu, org2 MLM ni dah x kacau sy ag. syukur alhamdulillah..

    Apa yg cuba sy nak smpaikan kt sni dari pengalaman sy ni la sy dpt bnyk pngjaran sbnarnya. 1st, sy dah tau taktik dan mcm ne gerak kerja org MLM2 ni dan mengajar sy utk lebih berhati2 dgn org sekeliling even dgn kwn sndri. 2nd, sy dpt melihat betapa manusia tu mudah m'jadi gelap mata,hati bila tr'lalu mengejar kekayaan. sbb tu sy tgk org2 dlm score A tu mcm dah 'histeria' je time sebut 'hebat heyy!!' geleng kepala je la...

    and lastly,..pada pndapt sy, x salah pun kalau seseorg tu nak join MLM ni. Tapi, fikir2 kan la balik berkat ke x duit yg dpt dri menipu org ni.. nnt kt akhirat Allah akn tnya segala amal perbuatan kita dan akan ditnya tentang harta yg diperoleh tu. semakin bnyk harta yg ada, semakin lama la tempoh masa perbicaraan kt padang mahsyar nnt.

    sorry la kalau panjang berjela cerita sy ni. harap perkara ni dpt bermanfaat utk semua. terima kasih.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. my roommate pon pernah kene. ada satu malam tu tetibe ada budak nie datang bawak jadah menda ntah mcm katalog masuk bilik. panjang lebar dia terang kan dekat roommate. and sy senyap2 mcg roommate sy jgn percaya dengan semua tu. and then dia reply, dia saja je layan, konon nampak mcm berminat lah tp sebenarnya dia tau semua benda tu menipu. hahahhaha lawak je roommate sy nie =)

      memang dorg akan kacau hidup kita, selagi kita tak join selagi tu dorg kacau. lepas saya updated blog nie and post dekat facebook, baru dorg tak kacau. baru dorg sentap. hahahahaha

      and now, tak tau lah apa jadi dengan mereka2 tu, dah jadi jutawan dah ke ? tengok senyap je. yang kata nak berhenti belajar sbb nk fokus ber skor A nie pon yok yok o je. dah bankrup letewwww. hahahahahahha

      ishh ishh ishh, tak baiknya ketawa kan orang len. for me they deserve to be laugh for.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Popular Minggu Ini