Friday, June 8, 2012

Tidak lagi tanam anggur

Assalamualaikum

Alhamdulillah, aku sekarang tidak lagi bergelar graduan matrik yang menganggur. Aku dah dapat kerja dekat Pizza Hut Banting. Baru je mula kerja 5 Jun haritu. Hihi


Aku sebenarnya malas nak kerja kedai makan lagi. Cukuplah sekali dulu kerja dekat Pak Li Kopitiam. Bukannya apa, kerja kedai makan nie penat tau. Al-maklumlah, kene layan kerenah pelanggan, lari sana lari sini, terkejar sana terkejar sini. Penat ! Tapi nak buat macam mana, mungkin rezeki aku dekat sini. First day kerja 5 Jun hari tu, masuk kerja je terus di-interview. Sebabnya masa aku isi borang, terus manager Pizza Hut tu suruh datang kerja besoknya. Amboi. Hensem sangat ke aku nie ? Kah !

Tapi aku di-interview oleh manager yang lagi satu. Manager lelaki. Aku punyalah cuak sebabnya muka manager lelaki aku tu serious gila. Padahal sebenarnya dia nie jenis yang lawak dan cool je orangnya. Cuma raut wajah dia yang membuatkan orang lain takut.


Setakat nie kerja, Alhamdulillah okey. Cuma masa hari ketiga aku kerja, aku dah jatuhkan satu pizza. Dahlah aku jatuhkan dekat tangga. Jatuh pada anak tangga yang terakhir pula tu. Pergghhh ! Masa pizza tu tersembam mencium lantai, semua customer tengok. Malu weyhh !

Apa yang aku suka kerja dekat Pizza Hut Banting nie ialah kurangnya kamera litar tertutup. Ini sangat ohsem sekali. Kamera hanya letak dekat kaunter cashier SAHAJA. Jikalau ada pizza yang customer tak order tapi budak kitchen terbuat lebih, kitorang yang budak service nie melantak ramai-ramai pizza tu dekat bar. Di situ tiada pengawasan kamera. Hehe

Segala makanan yang tak pernah aku order/beli sebelom nie, aku dah rasa dengan percuma tanpa bayar. Nak beli benda pelik-pelik dekat pizza jauh sekali, memandangkan harganya pon sangatlah menyedihkan tangan yang membayarnya.


Yang pasti, Pak Li kopitiam jauh lebih sistematik berbanding dekat Pizza Hut nie. Dekat Pak Li, teratur je tapi dekat Pizza Hut nie huru-hara. Sampai tahap customer nak menipu pon boleh. Apa-apa pon, aku bersyukur sangat dah dapat kerja. Tengoklah first month nie macam mana. Kalau gaji okey, aku teruskan. Kalau gaji tak okey, bye-bye jelah jawabnya. Hahahaha

First day kerja. Semangat !

Post edited : August 2021

 

19 comments:

  1. hahaha dpd awal entry smpai hbs baca duk gelak je XD btw, keje rajin2, nnty leh blnje! *ehh

    ReplyDelete
  2. perghhh rambur setai. hahaha. tahniah zarep. untunglah tak tanam anggur dah xD

    ReplyDelete
  3. hahaha

    anggur pown dah muak tengok muke kau zarep.. kekekeke


    p/s: eh,aku rase,aku lebih prefer penampilan kau sekarang lah :)
    terguda ai yu nooo..
    hahahahhaa

    psssssssstttt...dapat gaji nnt,ringan2 lah kan tangan tu blnje aku ye..haha

    ReplyDelete
  4. woi~kantoi ko letak pics aq tgh minum air syurga time keje..
    adeyhhh..

    tulaa..spe sruh perasan sgt..
    kn da jatuhh..aq x tergode pon..hahaaa

    ReplyDelete
  5. Kah Kah Kah takleh belah Manager tu dok puji melampau . tah-tah dia sangkut kat hang kot zarep . sapa suruh hensem sangat :D

    Selamat bekerja Zarepppp !

    ReplyDelete
  6. Fatin : werkk xnak blanje =P hahaha

    Kimy : terima kaseh =D

    ReplyDelete
  7. Cik ummi : tergoda ke ? Aww aww =P

    Bella : kantoi curi2 makan dkat bar =D

    ReplyDelete
  8. Aliff : haha xd lah . Puji2 biasa je tu . Hewhew =D

    ReplyDelete
  9. wahh kerja pizza hut. part yg jatuhkan pizza tu takley blah. kah3. eh lg hensem la takdak misai. nampak lg muda gitu. potong rambut pon ok ja, nampak smart. kbai. hahahaa

    ReplyDelete
  10. amboi~ko pon sme ye..ingat x spageti beef meatball bolognaise tuhh..
    mengate org tp dye yg lebihh..lol~

    ReplyDelete
  11. cer, baca entry ni.
    http://fieynaabdmanan.blogspot.com/2012/06/zharif-azis.html

    ReplyDelete
  12. Shamila : ye ke nampak lag muda ? Tp memang muda pun =P huhu

    Bella : shhhh . . Kantoi lah

    ReplyDelete
  13. Fieyna : nant saya tgok ye sbb skang nie onl guna hp je . Laptop rosak . Papepon time kaseh ye =D

    ReplyDelete
  14. klau aku g sana leh dpt pizza free x?hehe

    ReplyDelete
  15. Edy : Pizza tak free , tpy dpt tgok Zharif Azis free of charge =)

    ReplyDelete
  16. haha,keje elok2 ea zhreep.jgn sembang2 pulak,nnt tgn tak jalan


    rambut ohesemm oo. mcm nak tampar je rase, pelik=,=.HAHA

    ReplyDelete
  17. memang keje elok2 pon =P kami nie rajin oke rean =)

    ReplyDelete
  18. hensemlah, si blogger ni haha..ni terklik dlm google, cam nak pollow je haha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Popular Minggu Ini