Saturday, May 5, 2018

Buffet Ramadhan 2018 : Selera Malaya di KL Journal

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada minggu lalu, aku sempat menghadiri preview buffet Ramadhan The KL Journal yang terletak di Kuala Lumpur. Jemputan preview buffet kali ini sangatlah last minute. By the time kami sampai, makanan semua dah diusik orang. Jadi harap maaflah tiada gambar yang cantik untuk dibekalkan kepada kalian. Aku mengharapkan ihsan official photographer untuk gambar-gambar preview buffet Ramadhan kali ini. Kalau gambar tu tak ada watermark blog aku, maksudnya itu bukanlah gambar yang aku ambil sendiri. Harap maklum.


Bersempena bulan Ramadhan yang bakal tiba nanti, maka KL Journal juga ingin mempromosikan buffet Ramadhannya yang istimewa. Menu yang disajikan sangatlah pelbagai dan berwarna-warni. Meriah betul !


Memilih tema "Selera Malaya" untuk buffet Ramadhannya kali ini, ia menghidangkan hidangan-hidangan klasik dan moden Malaysia. Sebagai contoh, Ikan Pari Asam Pedas, Ayam Kapitan & Percik, Seafood Tom Yam, Soto Ayam, Kambing Masak Kurma, Pasembur, Rojak Buah, Otak-otak Muar dan banyak lagi.

I have to admit, otak-otak Muar yang disediakan pada malam itu sangatlah sedap !


Dan detik yang paling ditunggu-tunggu ialah untuk makan kari kepala ikan nie. Ramai yang kata, kalau datang KL Journal, wajib cuba kari kepala ikan yang dihidangkan. Katanya sedap dan aku sangat setuju. Rasa kari kepala ikan di sini memang sangat terbaik ! Padanlah menjadi bualan hangat.



Selain itu, Lok-lok Stop yang terdapat pelbagai jenis makanan berlidi ini pasti membuatkan pengunjung rambang mata. Pelbagai pilihan diberikan, lebih kurang 30 jenis cucuk makanan. Dan yang paling penting, sos untuk dicicah. Sos dia sangat padu ! Serious ia menambahkan lagi kesedapan makanan tu.


Dessert table juga sangat meriah. Penuh dengan warna-warni. Antara yang dihidangkan ialah kuih-muih tradisional, kek, mousse, tart, ais krim dan banyak lagi. Juga terdapat chocolate fountain untuk cicah marshmellow atau apa-apa buah ke dalamnya. Tak sempat nak merasa pencuci mulut di sini sebabnya dah habis. Kbai.



Nampak tu, dah licin dessert table tu ? Lepas nie kalau nak datang sini, seeloknya ambillah dessert banyak-banyak yer. Takut kempunan pulak nanti. Aku sangat berpuas hati dengan sajian yang ditawarkan. Cuma terkilan tak dapat ambil gambar makanan banyak dan kebanyakkan makanan dah habis. Itu je. Nak kena repeat lagi datang sana nie. Hihi

Buffet Ramadhan di KL Journal : 18 May 2018 - 14 June 2018 (6.30 PM - 10.30 PM)


Harga untuk buffet Ramadhan di sini ialah : 

Dewasa : RM 118 nett/person

Early Bird Promotion (1 - 17 May 2018)
Dewasa : Potongan sebanyak 30%
Kanak-kanak (11 tahun dan kebawah) : Potongan sebanyak 50%

Kanak-kanak (Bawah 5 tahun) : PERCUMA !

Sebarang tempahan, boleh telefon atau hantarkan email anda ke butiran berikut :

Tel : 03-2110 2211
Email : fbm@kljournal.com


Kepada mereka yang nak membawa satu kumpulan besar untuk officemates, 
boleh hubungi pihak KL Journal terlebih dahulu. 

Tel ; 03-2110 2211 
Email : inquiries@kljournal.com

Website KL JOURNAL : www.kljournalhotel.com

20 comments:

  1. Alaaa...rindunya nak pi makan kat sini sagi..last pi Feb lepas dengan The Butterfly Project..bestnya..banyak jugak pikihan makanan sedap tu ha..akak suka ambiance kat sini....kenarik..sesuai untuk Instagramers kan

    ReplyDelete
  2. Tak Pernah sampai dekat KL Jurnal ni, Nampak menu makanan dekat situ semua sedap! Nak tanya pada Zharif yang dah rasa menu-menu dekat situ apa yang Zharif rasa sedap dan nak rekemen dekat akak untuk rasa. Nampak Kari Kepala Ikan tu yang best ishhh kecur lak air liur nih!

    ReplyDelete
  3. wahh nampak menyelerakan betul makanan-makanan tu! Suka juga dengan desain dia yang moden tapi dan selesa! Teringin nak rasa otak-otak Muar dia sebab jarang nak jumpa ni. Lagi satu, 30 cucuk-cucuk?! Dahlah favourite tu!

    ReplyDelete
  4. Selalu lepak kat Kl Journal makan kari kepala ikan dia, memang sedap. So nanti berbuka memang teringin juga nak merasa buffet dia sedap ke tak.

    ReplyDelete
  5. Banyak juga makanan yang ada. Otak otak muar tuh memang sedap rasanya lain dari otak otak yang ada dijual. Tapi jauh pula tempat ni nak pergi untuk berbuka nanti tak dapat nak rasa otak otak muar

    ReplyDelete
  6. Pernah makan kat kedai kopi kl juarna ni. Mmg sedapppp.. mesti buffet ramadan ni sedap2 menunya

    ReplyDelete
  7. Pernah makan kat kedai kopi kl juarna ni. Mmg sedapppp.. mesti buffet ramadan ni sedap2 menunya

    ReplyDelete
  8. Hotel kl journal slack dia prking x banyak. Kalau parking byk okla. Pilihan makanan rasanya mcm kat hotel lain. Cuma hotel ni famousnya kari kepala ikan. Yang itu mmg da bomb

    ReplyDelete
  9. Banyaknya bufet buka puasa kita jadi tak tentu arah dah nak pergi mana satu ni yang ni pun tak kurang hebatnya makanan yang menyelerakan dan tempat menarik cantik... Nampaknya habis lah duit nak beli baju raya pergi makan buka puasa sahaja hehehehe...

    ReplyDelete
  10. Pernah dinner buffet dan lunch ala carte kat sini. Memang sedap terangkat. Masa event butterflies dengan traveloka dulu. Menu pun banyak. Nampak sedap semua. Hope ada peluang lagi singgah makan sini

    ReplyDelete
  11. I have stay KL Journal twice and I find their food is unique never know they do serve Ramadhan Buffet. Will share this to my friend and the buffet looks tempting. Variety of traditional kuih.

    ReplyDelete
  12. Banyak juga pilihan makanan yang disediakan namun Harga nampak exclusive. Sure sedap ni. Boleh la kalau hendak datang dengan kawan sepejabat. Bukan selalu makan buffet Ramadhan kan?

    ReplyDelete
  13. Cantik lah KL Journal ni dan banyak baca review2 tentang KL Journal dan restaurant disini. Best jugak Ramadan buffet di Selera Malaya ni. Harga pun berpatutan. Ramadan ni kalau ada masa nak lah ajak family berbuka di sini.

    ReplyDelete
  14. Tak sangka journal.hotel ada sediakan hidangan sedap utk berbuka.puasa nanti.makanan pun byk pilihan dan nampak sedap pulak. Nampak.hipster la tmpt berbuka.nya hihihi

    ReplyDelete
  15. Menu yang ada nampak sedap dan menarik. Tapi tak pernah lagi pergi KL jounal. Next time bolehlah singgah sini try.

    ReplyDelete
  16. Emi suka dia punya skewers tu. Banyak choice. KL Journal ni dia punya bilik pun tiptop. Makanan dia pun best. Paling suka dia punya suasana tu, selesa sangat.

    ReplyDelete
  17. Hahahah janji, masa bulan puasa nanti, tak lambat nak berbuka sudah la.. risau sampai lambat, semua makanan dah habis...

    Eh, pernahkot bro berbuka dekat satu hotel tue... kul 8.15 makanan utama semua dah habis.. tak de topup dah... nangis sat

    ReplyDelete
  18. What an amazing spread, I'll love to try out the food at KL Journal, heard so many good things about them and I've just got to try it out myself.

    ReplyDelete
  19. Tak pernah lagi cuba makan dekat sini. Nampak meriah betul buffet Ramadan dia dan sedap sekali. Tempat pun selesa untuk bawa anak-anak.

    ReplyDelete