Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pada 2 Ramadhan hari tu, aku berpeluang berbuka puasa di Warung Makcik Kiah (McK). Pada mulanya aku agak sedikit membawang mengenai nama kedai makan ini. Hal ini kerana, nama kedai makan ini begitu kampung sekali tapi hidangan-hidangan berbuka puasa dia, ya Allah ! Sedap gila. Jom ikuti butirannya.
Ini merupakan kali pertama aku mendengar nama restoran ini. Jadi aku sangat teruja untuk mencuba hidangan-hidangan yang ditawarkan di sini. Nak-nak tengah puasa nie, jadinya rasa lapar dan dahaga tu makin membuak-buak rasa keterujaan aku. Mari aku cerita sedikit akan latar belakang restoran McK nie.
Aku diberitahu Restoran McK ini telah beroperasi sejak lima bulan yang lalu. Kiranya baru lagilah restoran ini kerana belum setahun pon umurnya. Restoran ini dimiliki oleh Y. Bhg. Dato' Paduka Syed Isa Syed Alwi, Pengarah Utusan Premia International Sdn Bhd. Beliau terinspirasi untuk menubuhkan restoran ini daripada arwah ibunya, Cik Kiah, yang dikenali ramai dengan masakannya yang maha enak.
Sekarang, masanya untuk aku tunjukkan menu-menu yang terhidang buat kami pada masa itu. Terdapat pelbagai jenis pilihan. Rambang mata dibuatnya. Mari kita mulakan dengan hidangan sayur-sayuran.
Sayur adalah benda yang wajib ada kalau aku nak makan nasi. Kalau makan sekadar lauk sahaja, tanpa sayur, rasa tak sempurna. Jadi, sayur wajib ada buat seorang Zharif. Sayur yang menjadi pilihan aku ialah Sayur Kangkung Masak Belacan bersama Sotong tu. MasyaAllah dikk, nikmat betul ! Memang segar rasa sotong dia.
Ikan patin masak tempoyak
Dah ada sayur, mestilah wajib ada lauk. Lauk-lauk yang terhidang buat kami sangatlah meriah. Semuanya ada. Nak daging ada, nak ayam ada, nak makanan laut pon ada. Pilihan seorang Zharif ? Haruslah kesemuanya. Hahahaha
Ikan merah masak 3 rasa
Winning dish of the night sudah pastinya Udang masak sambal petai. SubhanaAllah ! Sedap ya ampun. Aku suka sangat menu nie. Udang dia masak dengan sempurna, tak terlebih masak. Aku tak berapa gemar kalau makan udang terlebih masak, walaupun aku nie peminat tegar menu udang. Udang sambal petai Restoran McK nie sangat lembut dan juicy. Memang recommended untuk korang ambil satu tray tu. Eh melampau ! Ingat sikit orang belakang.
Udang Masak Sambal Petai
Untuk pengetahuan semua, makanan laut yang dihidangkan di Restoran McK nie adalah segar-segar belaka. Ia diterbangkan terus dari Sandakan, Sabah. Seperti yang kita sudah sedia maklum, negeri Sabah ialah syurga makanan laut. Saiznya pulak meriah. Restoran McK menerbangkan kesemua makanan laut dari Sandakan setiap hari untuk dimasak segar oleh chef dari dapur McK kepada pelanggan.
Untuk sup pula terdapatnya sup tulang dan juga tom yam campur. Dua-dua sedap. Sup tulang tu memang umphhhhhhhh sangat ! Repeat banyak kali kot. Bermangkuk-mangkuk aku tambah.
Lihat sahaja kemeriahan di pinggan aku. A plate of nikmat orang kata !
Butiran harga adalah seperti yang berikut :
SET
A
|
SET
B
|
Hidangan
: 2 – 3 Orang
|
Hidangan
: 4 – 5 Orang
|
Harga
Pakej : RM 29.90
|
Harga
Pakej : RM 59.90
|
Menu
:
Kurma
Nasi Putih
Daging Paprik
Sayur Campur
Tom Yam Ayam
Sirap
Buah-buahan Potong
|
Menu
:
Kurma
Kuih-muih
Nasi Putih
Ayam Paprik
Sayur Campur
Tom Yam Campur
Telur Dadar
Sirap
Buah-buahan Potong
|
Untuk menu-menu seafood, kena order secara ala carte lah. Ia dikira per gram. Tidak termasuk dalam set yang ditawarkan sempena bulan Ramadhan ini. Apa yang tersenarai di atas, itu sahaja yang terdapat dalam set. Yang lain kena tambah sendiri yer. Huhu
Warung Mak Cik Kiah
No. 15, Jalan Radin Bagus 9, Sri Petaling 57000 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi :
Setiap hari : 11 pagi - 10 malam
Facebook : https://www.facebook.com/warungmck/
Instagram : https://www.instagram.com/warungmck/
Tel : 017-276 7273
Pelanggan juga boleh membuat tempahan online melalui Apps Food Panda dan membayar secara online boleh dilakukan dengan menggunakan apps Fave. Curlasss sungguh Warung makcik Kiah nie yer. Sangat berwawasan 2020. Maju !
Jom ramai-ramai bawa satu family berbuka puasa di sini. Memang best sangat hidangan seafood dekat Warung Mak Cik Kiah nie. Semuanya fresh dan masak dengan sempurna. Jom !
Wah! Kenapa harganya meruntun jiwa Rawlins untuk pergi weekend ini? Nampak gaya kena pergi la sebab pilihannya menarik dan harganya memang menyebabkan kita tertarik.
ReplyDeleteaduhai menarik sangat makanan dia.. lagi2 udang petai dan ikan patin tu.. boleh try ujung minggu ni.
ReplyDeleteHaha. Sama lah, dengar nama macam nak membawang je. Btw, suka lah set kat kedai ni, untuk set 2 orang pun banyak jugak tu.
ReplyDeleteNice right the food at Warung Makcik Kiah. You get to taste the padprik chicken and also Sup Tulang. And the set price is affordable.
ReplyDeleteMenduga betul tengok lauk kat kdai Makcik Kiah ni..betul cakap Zhariff ingatkan kedai2 biasa nama macam kampung tapi jangan sangka nama x komersil tapi makanan dia kekaboom..Udang tu menjejes ailio akak tgok zhariff oiiii
ReplyDeleteAlamak... Ikan masak tempoyak tu!! Temptingnya ya Allah... Yang lain-lain pun nampak mengancam jugak. Harga pun sangatlah berbaloi. Memang kena pergi dan cuba sendiri ni!
ReplyDeleteto be honest kalau nama dia warung mesti pergi sbab makanan yang disediakan confirm sedap. tempat mcam ni la sebenarnya ramai orang cari,. tengok makanan semua tu alahai sedapnyaa
ReplyDeleteMakan lagi.. Hurmmm... Kecur ailio tau. Rasa macam nak kena terjah warung makcik kiah ni. Hidangan-hidangan tu nampak sedap-sedap. Harga untuk set tu berpatutan juga.
ReplyDeleteada set mcm ni utk berbuka puasa senang juga kn..peminat ikan patin sure rmi dtg sini..ikan merah 3 rasa...sedap nmpknye..biasa tgk ikan siakap or kerapu kn
ReplyDeleteNama pun warung makcik kiah memang jadi persoalan gak lah mula2. Nama dah catchy dah. Makanan pun nampak sedap ke lauk2 tu semua .Semoga business ini berkembang dan berkekalan .
ReplyDeleteNama restoran ni memang rare. tapi tengok ikan patin masak tempoyak dia memang merencis. sedapnya...harga pakej dia pun x mahal...mmg murahla
ReplyDeleteIkan patinnnn..ikan 3 rasaaaa...aduhhh tergugat iman di buatnya..hahaha. Harga yang di tawarkan pun murah, bolehlah nanti sis dengan kengkawan terjah berbuka kat sana pulak.
ReplyDeleteSedapnya patin pasak tempoyak tu. Kita mmg suka makan patin tempoyak.
ReplyDeletesyoknya berbuka puasa macam ni.. berbagai bagai jenis makanan yang enak enak belaka... first time heard of this restaurant anyhow... looks good
ReplyDeleteWow klasik betul nama dia, bukan senang nak jumpa kedai macam ni. Lauk Paul yang disediakan amat menyelerakan. Harga pun murah. Boleh la plan bila2 nak makan kat sini.
ReplyDeleteThis restaurant is really near my house, after reading your recommendation I can't wait to try them out, they food looks good and priced resonably.
ReplyDeletewow meriahnya lauk berbuka jk...nmpk sedapnya yang ikan merah 3 rasa tu..harap jauh je ni..kalau dekat confirm ciktom pergi berbuka ke sana sebab tengok harga pakej giler murah ko!
ReplyDelete