Assalamualaikum dan salam sejahtera
Juadah Kampung Buffet Dinner, The Federal Hotel KL - 25 Mei yang lalu, aku sempat menghadiri satu majlis buka puasa yang dianjurkan oleh The Federal Hotel Kuala Lumpur dan Hotel Capitol Kuala Lumpur. Majlis buka puasa ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran anak-anak comel dari Rumah Nur Kasih Bestari. Ia telah diadakan di Kontiki Restaurant, Federal Hotel KL. Memang best sangat juadah yang disajikan di restoren ini. Jom ikuti butirannya.
Di dalam Federal Hotel KL memang terdapat banyak restoran-restoran dan Kontiki restoran adalah salah satu daripadanya. Apa yang aku boleh katakan, Kontiki Restaurant mempunyai hiasan dalaman yang minimalis tapi eksklusif. Rona warna klasik memberi satu aura eksklusif itu.
Dan yang lebih menarik lagi, pengunjung yang datang berbuka puasa di sini dapat menikmati juadah berlatarbelakangkan kolam renang dan menara berkembar Kuala Lumpur. Aku percaya, pemandangan di sini pada waktu malam pasti cantik diwarnai lampu-lampu yang terhasil dari menara kebanggan Malaysia itu.
Tanpa berlengah lagi, mari aku sajikan anda semua dengan hidangan-hidangan yang ditawarkan di Kontiki Restaurant buat pengunjung yang menikmati buffet Ramadhan di sini. Mohon jangan terliur ya.
Lebih 100 hidangan kampung asli telah menjadi pilihan buffet Ramadhan di restoran ini. Dilengkapi dengan menu-menu yang lain bagi menambahkan lagi kepelbagaian buffet di sini.
Apa yang menariknya ialah, buffet di sini turut menawarkan juadah-juadah kegemaran perdana menteri Malaysia kita yang pertama, Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al- Haj. Antaranya ialah Ikan Goreng Serai, Daging Kicap dan Kacang Pis, Sambal Udang Petai, Daging Masak Pedas, Itik Golek, Ketam Masak Sos Tomato, Ayam Masak Kuning, Ayam Masak Kicap, Sotong Masak Kuning dengan Ubi Kentang, Ketam Masak Sos Tomato dan Udang Goreng Manis. 8 hidangan lauk akan dipilih dan digilirkan setiap hari.
Lihat sahaja kepelbagaian lauk-pauk yang disajikan di Kontiki Restaurant nie. Pasti membuat pengunjung rambang mata untuk memilih. Yang pasti, kena rasa semua biarpun cuma dalam kuantiti yang sedikit.
BBQ Deep Fries Station merupakan station kegemaran aku. Hal ini kerana, terdapatnya sotong goreng tepung, udang goreng tepung (pelbagai jenis udang), kepak ayam dan peha ayam goreng, ketam goreng, paru-paru ayam, satay ayam dan daging, kambing panggang dan macam-macam lagi. Serangan pertama aku haruslah sotong goreng tepung tu.
Dim sum pon ada tau. Bukan itu sahaja, sushi pon ada disediakan. Penggemar sashimi, anda boleh request sebanyak mana sashimi yang anda nak. Telan selagi boleh. Stesen sushi merupakan antara stesen yang aku kerap datang.
Dan tak lupa, dessert table yang menghimpunkan pelbagai pemanis mulut yang terdiri daripada kuih-muih tradisional, kek-kek berbagai rasa, mousse-mousse, agar-agar, buah-buahan dan macam-macam lagi.
Menarik bukan menu-menu yang ditawarkan di Kontiki Restaurant nie ? Kalau rasa tertarik, apa tunggu lagi, cepat buat tempahan sekarang di nombor dan email yang berikut.
Tel : 03-2148 9166
Email : fnb@federal.com.my
Harga Buffet Ramadhan 2018 di Kontiki Restaurant
Dewasa : RM 138
Kanak-kanak : RM 35
Warga Emas : RM 69
Ouh ya, majlis buka puasa ini juga turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran adik-adik comel dari Rumah Nur Kasih Bestari. Melihat adik-adik nie memberi aku satu keinsafan dan supaya aku terus bersyukur dengan kehidupan yang aku ada. Gembira melihat anak-anak kecik ini diraikan di dalam satu majlis khas untuk mereka.
Sedikit informasi berkenaan Rumah Nur Kasih Bestrai
- Alamat : No. 20 Jalan Prima Pelangi 1, Bukit Prima Pelangi, 51200 Segambut, Kuala Lumpur.
- Ahli rumah : 50 kanak-kanak (6 hingga 16 tahun)
- Terdiri daripada asnaf, anak yatim dan juga kelianan upaya (OKU)
- Ditubuhkan pada bulan December 2009 oleh Puan Nurul (Pelajar lepasan Yarmouk University, Jourdan)
- Kini, rumah iniditadbir oleh Puan Zahrati
Sekiranya anda mempunyai lebihan rezeki dan ingin menghulurkan sumbangan dalam bentuk apa sekalipon, bolehlah berkunjung ke Rumah Nur Kasih Bestari yang terletak di kawasan Segambut itu.
Di samping itu juga, adik-adik dari Rumah Nur Kasih Bestari juga menerima duit raya daripada pihak pengurusan Federal Hotels International. Seronok dorang dapat duit raya yer. Mengimbau kembali zaman-zaman masih kecil innocent dulu. Tak rasa malu pon nak hulur tangan. Bahkan nak minta pon tak segan. Hahaha
Terima kasih The Federal Hotel Kuala Lumpur kerana telah menjemput saya untuk bersama-sama dalam majlis seperti ini. Rasa insecure tengok keliling semua blogger-blogger hebat. Semoga berjumpa lagi di lain event ya semua.
THE FEDERAL KUALA LUMPUR
35, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
Website : www.fhihotels.com
Banyaknya hidangan menarik perhatian akak.. Suka dengan suasana macam ni. Barulah rasa tenang je nak berbuka.Harga tu kira berbaloi dengan makanan yang disediakan
ReplyDeleteTerbaik betul hidangan buffet nya tu, menjejes tau air liur tengok pagi2 di bulan puasa ni, hahaha.. Makanan sure sedap kan. Berbaloi pergi especially untuk siapa yang boleh makan banyak tu hihi. Kalau saya rugi sikitlah sebab spesies tangki kecik hehe
ReplyDeleteWah banyaknya pilihan makanan melayu tradisional dan nampak sedap =D Pilihan dessert pon pelbagai. Semuanya nampak menyelerakan !! Thanks for sharing
ReplyDeleteseronok adik-adik tu di jamu di hotel best macam ni..dah la macam2 menu ada..betul, time kita kecik2 dulu, tak segan pun hulur tangan, nak mintak pun tak segan..haha..raya kan..wajib ada duit raya...
ReplyDeleteWow the food superb. Meleleh air liur tgk di siang hari ni
ReplyDeleteBuffet kat kontiki restaurant ni memang salah satu yg emi suka la tiap2 tahun. Pilihan makanan banyak. Lagipun suasana kat situ sesuai klu nak makan dengan family. Susun atur kerusi meja tak crowded, tak rimas nak bergerak.
ReplyDeleteAdoiiii kol 10.38 pagi dah tengok gegambar Zharif ni. Akak scroll laju2. Banyaknya hidangan. Tempat pon nampak cosy sangat. Baguslah meraikan sekali anak2 rumah Nur Kasih Bistari. Happy nampaknya anak2 ini.
ReplyDeleteAkak suka makan kat sini sebab environment dia, pas tu semua makanan kat sini sedap especially grill station dan goreng2 station..seafood dia fresh sangat2 kan..lamb grill dan tenderloin grill dia pun terbaik..dan inisiatif diornag menjemput anak- anak yatim tu sangat - sangat bagus dan patut dicontohi..
ReplyDeletecantiknya tempat ni...boleh nampak klcc..dan nampak kolam mandi lagi heheheh..tapi pilihan makanan dia mmg banyak..best best..akk suka tempat yang banyak sajian melayu...so ni banyak..mmg menarikla
ReplyDeleteWow..meriah sungguh tgk menu juadah yg disediakan.. Lg2 masakan kg mmg kita xleh tgk..sbb kecur air liur dgn sambal belacan pe semua tu.. Hahaha.. Menu lain pon tgk sedap2 juga.. Harga boleh tahan mahal tp ssuai la dgn suasana dia dan menu2 yg turut ada tu... Mau makan bertambah2 macamni kan..
ReplyDeletesebut je nak makan apa, semua ada kat sini. pilihan dessert pun banayk sampai tak tahu nak pilih. betul la, lawa interior design kat sini
ReplyDeleteomg may still ada sana! dorang ni baik2 semua kenal habis satu management ofis sebab dulu banyak kali review sini. memang sedap dan historic! banyak sejarah sebenarnya dekat hotel ni yang ramai tak tau
ReplyDeletemacam-macam juadah ada, dimsum tu tak pernah makan lagi..sedapnya..uish rasa ni yang lain dari yang lain..harga berapa ni..macam nak berbuka dekat sini je
ReplyDeleteAishhh banyak sangat makanan yang ada. Semua nampak sedap sedap belaka. Kalau akak dah rambang mata nak makan yang mana satu. Tapi macam berminat nka cuba gado gado tuh. Nampak menarik!
ReplyDeleteTengok gambar-gambar kat atas ni terasa rugi pulak tak dapat join sebab masalah allery. Tengok sedap-sedap menu yg di hidangkan, dengar kata makanan di sini memang sedap, harap-harap bolehlah sis pergi sana satu hari nanti
ReplyDeleteI love the decorations of this restaurants, it's so cozy and it feels like they've transported us back into time, the food looks great as well, looks like you've enjoyed yourself very much.
ReplyDeleteRuby suka Kelainan di Restoran Kontiki ni. Hari tu makan asam pedas kepah. Perghhhh mengidam terus. Sebab selama hari ni kalau orang buat kepah masak asam pedas mesti hanyir. Haha. Tp kat sini memang very sedap. Kemudian pakaian pekerja mereka. Comel kain batik Ikat kat pinggang.
ReplyDeletekontiki makanan dia memang x pernah mengecewakan. makanan sedap, banyak pilihan dan seafood dia memang jadi kegemaran kita. tiap tahun datang berbuka disini
ReplyDeleteDah baca post ni sebelum ni tapi bila baca kali ni baru perasan yang the hotel serve bread pudding. Bestnyaaa! :D
ReplyDelete