Monday, June 4, 2018

Koleksi Baju Raya di BUTIK HAQQI Memang Wow !

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pejam celik-pejam celik, dah masuk 10 Ramadhan yang terakhir. Kurang lagi 10 hari untuk kita sambut lebaran. Rasa sedih nak tinggalkan Ramadhan tapi dalam masa yang sama, rasa teruja untuk berjumpa dengan Syawal. Dah dekat nak raya nie, korang dah cari persiapan raya ke belum ? Dah lengkap semuanya ? Tema warna apa tahun nie ? Banyak pulak soalan yang aku tanya kan. Toksah serabut, meyh membeli-belah kelengkapan hari raya untuk lelaki dan perempuan di Butik Haqqi. Semuanya ada dijual di sini.

Kurta Furkan by Haqqi

Baru-baru ini aku berkesempatan membeli-belah di Butik Haqqi yang terletak di Shah Alam. Ternyata, Butik Haqqi menjual pelbagai koleksi kelengkapan hari raya pelbagai jenama. Termasuklah IzzueXclusive, Al Mukarramah, Zareeth Zehra, Medisole, Zulhijjah, Owl by Nora Danish, Dara by Fathia Latiff, dan banyak lagi. Memang rambang mata dibuatnya.


Untuk si jejaka, mungkin lebih mudah untuk memilih baju raya kerana tidak banyak jenis baju raya untuk lelaki. Paling-paling baju melayu, kurta mahupun jubah. Pusing-pusing tang tu jugak pilihannya. Namun, design seperti apa yang menjadi pilihan si jejaka, itu persoalannya.

Lelaki masa kini, sudah lebih cakna dan sangat mengambil berat pasal fashion dan penampilah. Oleh itu, baju melayu slim-fit menjadi pilihan anak-anak muda sekarang. Hal ini kerana, ianya terletak helok di tubuh si pemakai dan menampakkan struktur badan lebih cantik potongannya. Biarpun si pemakai tidak mempunyai badan yang berotot (muscular), sekiranya mengenakan pakaian yang mempunyai potongan yang tepat, potongan badan akan nampak cantik.

Kurta Qayyim by IzzueExclusive

Oleh itu, aku amat menyarankan pembaca-pembaca Jejakakaula di luar sana untuk memilih baju melayu atau kurta slim-fit yang dijual di Butik Haqqi. Sebenarnya aku tak pasti ianya adalah baju melayu atau kurta. Kebanyakkan kata ianya adalah kurta. Tak kesahlah. Yang penting potongan dia slim-fit dan terletak. Warna peach lembut itu merupakan kurta slim-fit jenama Haqqi, manakala yang berwarna ungu pula kurta slim-fit jenama IzzueXclusive. Design kedua-dua kurta ini hampir sama, namun terdapat beberapa perbezaan.

  • Butang baju. Kurta Haqqi menggunakan butang baju biasa, manakala kurta IzzueXclusive menggunakan zip.
  • Poket kurta Haqqi terdapatnya simbol H, manakala poket kurta IzzueXclusive kosong.
  • Warna pilihan kurta Haqqi terdapat 5 pilihan (Emerald Green, Biru lembut, Merah maroon, Peach, Navy Blue), manakala kurta IzzueXclusive lebih banyak pilihan dan warnanya lebih striking dan vibrant.
  • Fabrik, kurta Haqqi mempunyai fabrik yang agak lembut berbanding kurta IzzueXclusive. Namun kedua-duanya sangat selesa untuk dipakai. Tidak panas dan senang digosok.


Kurta Furkan by Haqqi : RM 199.00 (Promosi RM 159.00)
Kurta Qayyim by IzzueXclusive : RM 159.00 (Promosi RM 100.00)

Harga promosi terdapat di laman sesawang Haqqi. 
Boleh terjah di www.haqqi.com.my

Pilihan warna baju keluaran IzzueXclusive lebih striking dan berani

Kurta-kurta ini juga sesuai digayakan dengan samping. Sebab itu aku agak keliru sama ada baju ini sebenarnya baju kurta ataupun baju melayu. Bila digayakan dengan samping menampakkan ia seperti sepasang baju melayu.


Pokoknya, memang banyak design terdapat di Haqqi nie. Buat sang jejaka di luar sana, jangan runsing pulak. Biasanya kaum adam nie mudah je. Tinggal pilih warna yang berkenan dan terus beli. Tapi tidak untuk masa kini, banyak elemen sudah dititikberatkan. Tak begitu kaum adam semua ?


Dan buat kaum hawa, tiap tahun pasti runsing dan keliru tidak tahu untuk memilih rekaan yang mana satu. Hal ini kerana, fashion wanita sering berubah-ubah setiap masa. Dan kalau boleh, kaum hawa mahukan fashion yang paling terkini untuk tampil bergaya di pagi raya. Pilihan warna, cutting, design, fabrik, jenama dan banyak lagi. Semua harus dititikberatkan. Susah juga menjadi kaum hawa nie ye.


Sebab tu aku cakap, singgah je butik Haqqi. Sebabnya, rekaan-rekaan terkini yang mengikut arus perdana ada dijual di sini. Memang letop-letop kebabom rekaan koleksi raya yang dijual di Butik Haqqi pada tahun ini. Antara yang menjadi perhatian aku ialah koleksi baju raya keluaran Nur Sajat. Seperti yang kita sudah sedia maklum, Nur Sajat merupakan usahawan berjaya yang amat menitikberatkan rekaan dan potongan badan.

Jadinya, baju raya keluarannya lebih menarik perhatian.



Dari segi pemilihan warna, memang macam-macam warna ada. Cakap je nak warna apa. Pasti ada. Aku pon tak pasti lah trend terkini untuk baju wanita tu macam mana, tapi yang pasti, rekaan-rekaan untuk koleksi raya kali nie memang macam-macam fashion ada. Jadi korang boleh datang sendiri ke Butik Haqqi untuk lihat sendiri baju-baju nie.



Ouh ya, lupa pula nak bagi tahu. Butik Haqqi juga merupakan hub barang kelengkapan haji dan umrah. Jadi, sekiranya anda berhajat untuk menunaikan umrah atau haji dalam masa terdekat nie, boleh dapatkan kelengkapannya di Butik Haqqi. Dari kepala sampai ke kaki ada semuanya terjual di sini.


Nak bagi tahu jugaklah, rekaan-rekaan telekung yang dijual di sini juga cantik-cantik dan pelbagai jenis. Bahkan berwarna-warni pulak tu. Memang cantik-cantiklah pokoknya. Sempat juga sambar satu telekung untuk ibu.

Sambar satu telekung Haqqi untuk ibu

Jadi, buat mereka di luar sana, jom membeli-belah di Butik Haqqi. Serba-serbi lengkap semuanya ada dijual di sini. Terdapat beberapa buah cawangan Butik Haqqi. Bolehlah terjah butik yang berhampiran dengan tempat tinggal anda.

Butik Haqqi Shah Alam
No. 13 & 15, Jalan Plumbum S7/5, Seksyen 7, 40000 Shah Alam Selangor
Tel : 03-5523 4798

Butik Haqqi Bangi Sentral 
8-23-01 Jalan Medan Pusat Bandar, 7A Bangi Sentral, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
Tel : 03-8912 15542

Butik Haqqi TTDI
No. 14, Jalan Wan Kadir 4, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur
Tel : 03-7732 2247

Butik Haqqi Terengganu
PT 35341, Tingkat Bawah, Dataran Austin, Jalan Tembusu 2, Wakaf Tembesu, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu.
Tel : 09-6627 367

Website : www.haqqi.com.my

Untuk pengetahuan korang, Butik Haqqi sedang mengadakan jualan besar-besaran pada harga boss menangis. Menangis boss tu bagi harga tau. Memang murah-murah gila. Baju harga RM200 boleh jadi RM90 pada "Happy Hour". Lelongan seterusnya akan berlangsung pada 9 Jun ini di Butik Haqqi Shah Alam pada jam 10 malam. So jangan lupa datang ramai-ramai, bawak duit banyak-banyak untuk borong di Butik Haqqi pada "Happy Hour" nanti. Terlajak murah uols !

22 comments:

  1. Memang menarik shopping di Haqqi ni. Macam-macam ada. Yang bestnya boleh dapatkan koleksi untuk raya ni. Yeay!!!

    ReplyDelete
  2. i tengok kain dia macam banyak jenis licin licin kan, rekaan ada yang menarik tapi tak ada yang macam i berkenan.. mungkin i tengok dulu sebab dalam entri ni tak nampak keseluruhan.. baju yang wanita yang besar ala ala borea tu i suka juga heee

    ReplyDelete
  3. Cantik cantik baju raya yang dijual kat Haqqi nih ye. Berkenan plak tengok. Nasib baik dah beli baju raya. Kalau tak memang shopping dekat haqqi nih dah. Aishh rambang mata dibuatnya

    ReplyDelete
  4. Mak ooiiii..dh posing2 dh haaa...wah..cantik kan..akak pun teruja dengan baju2 kat Haqqi ji..rambang mata dibuatnya..Jubah akak pilih tu cantik sangat2..x sabar nak pakai di hari raya...berseri la zharif zagi raya nanti..siap ada baju baru dh..

    ReplyDelete
  5. memang syok shopping kat Haqqi ni sampai rambang mata dengan koleksi jubah dan baju kurung dan potongan harga yang dibagi pun mmg sangat berbaloo-baloiii

    ReplyDelete
  6. kann butik haqqi ni memacam baju ada, then cantik-cantik pulak tuh. kak lily pun banyak berkenan baju kat sini

    ReplyDelete
  7. memang cantiknya baju raya ni. love the colours and textures

    ReplyDelete
  8. sekarang ni ramai yang nak pakai kurta. sebab nampak smart. maka banyaklah butik2 yang jual kurta dengan pelbagai style. semua lawa lawa.

    ReplyDelete
  9. Wowww beli terus fotoshoot tue... Erm tahun nie, kitar semula baju2 raya tahun-tahun lepas.. Cuma baju raya anak-anak je perlu beli

    ReplyDelete
  10. Bergaya nya.. berbaju raya sekarang? Banyak pilihan nya.. boleh beli banyak baju baju raya...

    ReplyDelete
  11. Cantiknya gambar photoshoot tu! Ya, memang puas hati sangat dengan kualiti pakaian di Haqqi ni. Saya pun dah dapatkan kurta terbaru dia. Suka sangat!

    ReplyDelete
  12. wah ada promo! boleh la try survey nanti. cantik tengok zharif pakai. kena dengan tona kulit~

    ReplyDelete
  13. Ada gaya model sungguh la Zharif ni. Tempat yang posing posing tu lawa pulak nengoknya. Dah tengok banyak koleksi Haqqi ni masa Zharif live kat fb. Banyak nau pilihan. Kalau pegi Haqqi ni mesti tak tau nak pilih yang mana.

    ReplyDelete
  14. Wow.. kacak tu bro. Nampak smart dan segak dengan baju melayu Haqqi.

    ReplyDelete
  15. Baju dia banyak kain jenis licin eh?

    ReplyDelete
  16. Dah macam model pulak dah sis tengok Zarif ni. Raya ni bergaya dengan baju dr haqqi lah ekk..leh kita satu group pakai baju haqqi..hehehe

    ReplyDelete
  17. smart kurta dia.. nampak simple tp tetap ada style kalau dipakai.. harga dia berapa tu? knplah haqqi jauh sgt dgn tmpt saya... kalau tak dah terjah lama dah... nak beli on9 tkut xsmpt sampai...

    ReplyDelete
  18. Cantik baju cikgu ni hehehehe warna kat Butik Haqqi ni memang kita dah suka sebab ada saiz dan juga design kegemaran kita....

    ReplyDelete
  19. Banyaknya warna untuk dipilih. The material and cutting of the apparel look top notch as well. Would love to have a look at Butik Haqqi myself. I may not be Muslim but some of the fashions are suitable for non-Muslims as well.

    ReplyDelete
  20. jauh posing tu sampai kat hutan paya bakau..nanti boleh la butik haqqi amik JK jadi model diorg plk..hihi..smart2 baju raya kat sini ye..ada kat terengganu jugak..minggu depan blk kmpg blh pergi ajak suami singgah..tq

    ReplyDelete
  21. Wahhh... Look at those colors. So much choices and looks vibrant too. Feels like buying a few for my self too so that I can wear during any occasion event.

    ReplyDelete
  22. banyaknya pilihan dekat haqqi! Harga pun murah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...