Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sabtu lalu, aku berkesempatan ke KLCC untuk menyaksikan Cher Sherson live cooking session di restoran Svago. Siapa peminat rancangan 5 Rencah 5 Rasa, pasti kenal akan chef Sherson nie. Aku kerap juga mengikuti rancangan 5 Rencah 5 Rasa, dan bagi aku ianya best sebab bahan-bahan yang digunakan oleh Chef Sherson dalam rancangan tu mudah untuk didapatkan dan resepi dia sangat ringkas.
Menurut Chef Sherson, minat beliau dalam memasak banyak dipengaruhi oleh ibunya. Beliau sudah berkecimpung dalam bidang masakan sudah agak lama. Dan banyak tips-tips memasak, beliau kongsikan dalam demonstrasi tersebut.
Semasa Chef Sherson in action, beliau telah menunjukkan cara memasak ikan bakar masak lemak cili api. Ya, masak lemak cili api adalah satu resepi yang kita sudah biasa dengar dan masak. Tapi versi Chef Sherson nie agak berbeza sedikit. Bahan-bahan yang digunakan tetap sama macam nak masak lemak cili padi yang biasa kita masak tu. Cuma cara memasaknya sahaja yang berbeza. Berikut adalah resepi untuk resepi Chef Sherson nie.
Ikan Bakar Masak Lemak Cili Padi
- Bawang merah
- Kunyit hidup
- Serai
- Daun kunyit
- Cili padi (Any chili will do)
- Ikan (Any fish will do)
- Santan pekat
- Tomato ceri
- Asam keping
- Air
- Garam
Bahan untuk dikisar
Bawang merah, kunyit hidup, serai, cili padi, sedikit air
Penyediaan ikan
Letakkan sedikit minyak, serbuk kunyit, garam secukup rasa. Gaul hingga sebati dan rata.
Salaikan di atas tempat pemanggang.
Tips : Pastikan ia betul-betul masak baru diterbalikkan.
Macam mana nak tahu ikan dah masak ? Kulit ikan takkan melekat dekat pemanggang.
Cara memasak
- Tumiskan bahan yang dikisar tadi bersama sedikit minyak. Tumiskan sampai berketul-ketul. Bukan garing tau.
- Sebaik selesai, tambahkan sedikit air, masukkan asam keping, daun kunyit yang diracik halus.
- Santan pekat ditambahkan sedikit air dan gaul sebati. Baru masukkan kedalam periuk.
- Setelah sebati, masukkan ikan yang telah dipanggang tadi.
- Masukkan hirisan tomato ceri dan garam secukup rasa.
Mujur bulan pausa dikk. Kalau tak, memang akulah orang pertama yang lahap air tangan Chef Sherson nie. Nampak menyelerakan betul. Kuahnya pekat dan likat. Macam mana lah agaknya rasa Ikan bakar masak lemak cili padi by Chef Sherson nie yer. Pasti sedap !
Sesi bergambar bersama Chef Sherson |
Seterusnya, kami dibawa ke Restoran Chinoz On The Park untuk sesi berbuka puasa. Di sini, kami akan mencuba Nasi Dulang yang diilhamkan oleh Chef Sherson untuk menu Ramadhan di restoran ini.
Ini merupakan kali pertama aku menikmati hidangan di Chinoz On The Park. Restoran dia agak have-have ya, takut nak masuk. Hiasan dalaman restoran ini sangat cozy dan again, have-have.
Inilah dia Nasi Dulang yang diilhamkan oleh Chef Sherson tu. Sepanjang bulan Ramadhan, memang menu ini menjadi pilihan pengunjung-pengunjung yang datang ke sini.
Apa yang terdapat di dalam set Nasi Dulang ini ialah nasi, rendang daging kambing, telur puyuh masak sambal bilis (mungkin?), udang masak masam manis, kerabu sayur dan juga kangkung goreng bersalut telur masin. Pada mulanya, aku rasa portion dia agak kecil untuk seseorang yang berselera besar seperti aku. Tapi bila menikmati hidangan ini, surprisingly portion itu betul-betul just nice. Kenyang dan tiada pembaziran berlaku.
Nasi Dulang By Chef Sherson |
Harga Set Nasi Dulang : RM 58
Untuk set Ramadhan di Chinoz On The Park nie juga didatangkan dengan dessert seperti kek-kek pelbagai rasa, kuih-kuih raya, buah-buahan, ais batu campur, agar-agar dan macam-macam lagi. Juga didatangkan dengan dua jenis air.
Untuk mereka yang berminat untuk menikmati Nasi Dulang yang diilhamkan oleh Chef Sherson nie, boleh lah datang ke Chinoz On The Park. Berikut adalah butiran restoran ini :
CHINOZ ON THE PARK
Lot No G47, Ground Floor, Suria KLCC, Kuala Lumpur
Tel : 03-2166 8277
Bergambar kenangan depan Restoran Chinoz On The Park |
Jom ramai-ramai singgah ke Chinoz On The Park untuk mencuba Nasi Dulang Chef Sherson nie.
wah set nasi dulang, nampak kemain sedap ek portion pun boleh tahan jugak. chef sherson tuh fames dengan 5 rencah 5 rasa, kak lily pun suka tengok rancangan tuh
ReplyDeleteMemang best bila memasak dengan Chef Sherson and now Rawlins teringin nak try Nasi Dulang tu plak. Zharif buat Rawlins teringin hehehe
ReplyDeleteChef tu nampak dah berisi sikit lah. Pernah tengok chef masak kat TV siaran 5 rencah. Tak pernah makan kat sini. Tenpat orang have have ni dik. Hehe.
ReplyDeletenasi dulang ni rasanya dah macam trend. dulu pernah try dekat melur and thyme . yang ni tak pernah try lagi. selalu gak lepak chinoz sebab ambience dia best!
ReplyDeleteWah meriah. Yup suka tgk chef ni memasak coz simple. Menu lemak cili padi memang faberet dan mudah disediakan. Cuma kali ni ikan dipanggang lah. Boleh kak bell mencuba resepi ni pula. Ada kesempatan boleh pergi ke Chinoz pula.
ReplyDeleteBest je tgok chef sherson ni memasak..nampak mudah je n simple. Sayang bulan puasa kan..kalau tak boleh rasa masak lemak cili api tu..sure s3dap sb nampak pekat n kuning..ummm sedapnya
ReplyDeleteSioknya ada celebrity chef masak untuk Zharif. I also watch Chef Sherson on TV tapi belun ada chance tengok demo masakan dia live, let alone try food that he personally prepared!
ReplyDeleteChef Sherson tu nampak gemuk sangat dah sekarang ni hehehe dulu lain sikit nampak saiz badan dia masak sedap kot tu hari-hari makan. Cikgu bila lak nak besar hehehe nampak kena tukar kerja jagi chef lak lepas ni wakakkakaka..
ReplyDeleteTeringin nak makan Ikan bakar masak Lemak. Apa lah rasanya kan. Selalu daging salai masak Lemak, ayam masak Lemak. Memang masak Lemak ni boleh je di pelbagai kan. Nanti nak cuba rezeki tu. Ruby pun nak cari bekas pembakar macam chef guna tu. Haha
ReplyDeletewahhh bestnya dapat jumpa chef ni! Selalu tengok rancangan dia sebab masak yang simple & sedap. Singgah sini & follow :D
ReplyDeleteOh wow! that's nice and i have attended his cooking class before its really fun and we learnt many cooking tips too.
ReplyDeleteAkak mmg suka tengok chef sheraon ni masak...
ReplyDeleteSimple n senang2 ja...
Yg penting apa yg dia masak memang kena ngn taste tekak melayu kita
Teringin nak cuba Set Nasi Dulang tu sebab tengok gambar pun nampak sedap dan menyelerakan. Tengok dekorasi pun cantiknya. Memang betul2 cozy dan selesa lah,
ReplyDelete