Sunday, May 27, 2018

Buffet Ramadhan 2018 : D'Tahta I-City Shah Alam Berkonsepkan Buka Puasa Di Dalam Taman

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pakej Berbuka Puasa di D'Tahta I-City Shah Alam - Pada 20 May yang lalu, aku berkesempatan berbuka puasa di D'Tahta yang terletak di I-City Shah Alam. Sungguh tak percaya terdapatnya tempat indah seperti D'Tahta nie untuk dijadikan lokasi berbuka puasa. Jom ikuti butirannya !


Aku pasti, ramai orang di luar sana mengidamkan majlis perkahwinan ala-ala taman gitue. Dewan yang dipenuhi dengan kehijauan dan bunga gantung putih. Untuk mereka yang tak tahu, D'Tahta menawarkan anda semua lokasi majlis yang berkonsepkan taman. Lihat sahaja keindahan dewan ditawarkan oleh D'Tahta nie. Sangat indah !

D'Tahta I-City Shah Alam
Terdapat 2 buah dewan yang disediakan oleh D'Tahta. Satu dewan berkonsepkan White Hall yang mana ia berkonsepkan English. Serba putih dengan sentuhan mewah dan glamour. Manakala satu lagi dewan berkonsepkan Garden Hall. Dilengkapi dengan kehijauan dan bunga-bunga gantung persis berada di sebuah taman yang sangat menenangkan.


Untuk menghasilkan dua konsep dewan yang berbeza ini menelan belanja hampir RM 1 juta ringgit. Memang satu pelaburan yang sangat tinggi untuk hasilkan sesuatu yang terbaik. Buktinya, kini D'Tahta dikenali sebagai satu lokasi majlis yang indah dan romantik. Ramai pelanggan telah mengambil servis D'Tahta untuk menjadikan lokasi majlis mereka.


Padahal, D'Tahta nie baru sahaja lagi dibuka. Ia mula beroperasi pada bulan February 2018. Belum setahun pon lagi umurnya. Tapi sudah mendapat tempat di hati oleh orang-orang. Pemilik D'Tahta ini merupakan seorang usahawan wanita yang berjaya dan terkenal bernama Mona Din. Sentuhan beliau ternyata sangat magis.

Okay sekarang, mari aku tunjukkan menu-menu yang telah menjadi santapan aku untuk berbuka pada beberapa hari yang lalu. Mohon sediakan tisu semuanya, takut terliur. Huhu


Set buffet Ramadhan di D’Tahta terdapat 3 set. Antaranya ialah Set MENU KAMPUNG, Set CHINESE CUISINE dan Set ARABIC FOOD. Set untuk menu makanan kampung tradisional disediakan khas oleh Mak Ngah Catering, manakala dua set lagi disediakan oleh EDEN Catering. Jom tengok menu apa yang ditawarkan dalam set buffet MENU KAMPUNG nie.

Lauk pauk yang ditawarkan : 
Ayam Masak Merah, Gulai Daging Campur Kentang, Asam Pedas Ikan Pari Bendi, Daging Goreng Kacang Panjang.


Sayur-sayuran pula :
Buncis Goreng, Brokoli Goreng Carrot, Terung Goreng Berlada, Poy Choy Goreng Sos Tiram


Kerabu dan ulam-ulaman :
Kerabu Mangga, Kerabu Kacang Botol Sotong, Kerabu Tauge Kerang, Kerabu Ayam, 5 Jenis Ulam, Sambal Belacan, Budu, Sambal Cencaluk.

Kerabu Kacang Botol Sotong tu sangat sedap. Mujur ambil banyak masa tu. Cepat betul habis.


Stall khas :
Nasi Lemak Pandan, Nasi Ayam Madu, Rojak Mamak, Pasembor, Kueh Teow Goreng, Mee Goreng, Rojak Buah, Mee Kari, Soto, Laksa, Chicken Boxer, Fish Finger, Min Spring Roll, Sotong Ball, Fried Wantan, Kambing Bakar.

Nasi Lemak Pandan tu sangat unik sekali sebab ini merupakan kali pertama aku menikmati nasi elmak seperti itu. Dan macam biasa, kambing bakar sangat terbaik ! Cukup ummpph dimakan bersama sos blackpepper nya.



Pencuci Mulut :
5 Jenis Kuih-muih tradisional, 3 Jenis Kek, 2 Jenis Bubur, Buah-buahan, Ais Batu Campur (ABC)



D'TAHTA Wedding & Events
Level 1, i-soho, i-city Seksyen 7 Shah Alam, 40000 Selangor.

Dewasa : RM 59
Kanak-kanak (4-11 tahun) : RM 35

Untuk tempahan :
Whatsapp : +6011-1146 7669
Tel : +6011-1667 4021

Email : Dtahtawedding@gmail.com


Informasi tambahan mengenai D'Tahta :

1- Surau berada di Tingkat 2
2- Ruang parkir kereta yang banyak dan murah (3000 lot parkir berbumbung)
3- Dewan yang berhawa dingin
4- Suasana malam yang cantik di mana kawasan sekitar diterangi dengan cahaya neon yang berwarna-warni

I-Soho, I-City Seksyen 7 Shah Alam


Jom pakat-pakat bawa satu family berbuka puasa di D'Tahta yang terletak di I-city Seksyen 7 Shah Alam nie.

18 comments:

  1. Buka puasa di taman? Wah ini beda nih ma yang lain. Yang jelas suasananya pasti bikin nyaman ya. Bunganya banyak tuh, apa itu bunga asli atau bunga hidup?

    Menu sajian makanan juga bervariasi. Best best... nya buka puasa di taman.

    ReplyDelete
  2. oh dalam kawasan i-city shah alam ye, menu goreng-goreng tuh nampak cam menarik je sebab kak lily peminat mee goreng panas-panas ni

    ReplyDelete
  3. Menarik juga menu yang ditawarkan pada kali ni. Harga pun berbaloi juga. Boleh la datang weekend dengan keluarga sambil luangkan masa berkualiti dengan berbuka puasa di sini.

    ReplyDelete
  4. Menarik juga tempat nie... Harga pun ok.. Tp tue la... kanak2 umur 4 tahun dah kena cas RM35... Anak bro yang umur 5 tahun nie pun, kalau g tempat macam nie, nasi sepingan pun tak habis, menu lain pun dia tak sentuh

    ReplyDelete
  5. Wow..cantiknya..best konsep dlm garden ni...
    Best gila...terung berlado tu fav sangat kot...
    Uiiii sedapnya

    ReplyDelete
  6. Wow tempat perfect sangat untuk buat wedding. Boleh terbayang cantiknya waktu malam bila cahaya lampu berkerlipan. Akak paling suka bunga yang berjurai turun dari kanopi tu. Lawa sangat ala taman inggeris. Wow...Mona Din? Dulu pengasas produk Leesa Formula dan butik pakaian muslimah Hajaba. Beliau juga jiran kepada kawan akak. Hehe.

    ReplyDelete
  7. bestnya dpt makan dalam dewan berhawa dingin dan cantik macam ni...dah la menu byk giler smpi 300..wow sgt...

    ReplyDelete
  8. Cantiknya decor dia! Ni kalau pergi mesti rasa macam nak bersanding sekali lagi. Rare tempat berbuka buat design dan dekorasi macam ni.

    ReplyDelete
  9. cantiknya bunga-bunga tu..macam makan dekat taman pulak..menu pun menarik..ajak kawan-kawanatau keluarga ke sini memnag best ni..bahagian kerabu tu yang sedap

    ReplyDelete
  10. wow grabdnya dan serious nampak cantik betul decoration hall dia tuu! Sukanya tema Garden Hall tuu! And those lauk-lauk tu nampak sedap dan menyelerakan sungguh! Bestnya! Nanti kalau pergi area sana nak try laa berbuka kat situu 😁

    ReplyDelete
  11. Ya Allah sukanya kita buka puasa kat tempat macam ni tengok dekorasi dalam tu dah majlis kahwin heheheh menarik lah harga pun berpatutan sangat untuk orang biasa macam kita ni..

    ReplyDelete
  12. PerghhhhhhhH!lawa oiiiiii dekorasi dia....Lepas buka boleh lajak terus ke i-city la kan....main game, layan lampu segala tu,hehehe

    ReplyDelete
  13. Cantiknya tempat ni. Sis kalau gi berbuka puasa kat sini sure sis akan berangan jadik pengantin..hahaha. lauk pauk berbuka pun nampak sedap2. Kalau ada rezeki, bolehlah nanti sis cuba berbuka kat sana

    ReplyDelete
  14. Masa datang makan dekat sini, macam tak lalu nak makan sebab terpegun dengan enggeris garden, disebabkan puasa try jugalah menu ramadhan dekat situ, memang sedap=sedap menu dia dan selesa sekali makan dekat situ.

    ReplyDelete
  15. This is not a traditional wedding in the garden right? We bring the garden to the wedding kan. I love the concept and deco there.

    ReplyDelete
  16. Seriously berbuka kat sini. Gila cantik punya tempat. Makanan pun semua nampak sedap sedap. Bestnya kalau dapat berbuka di sini. Nak ambil gambar pun cantik

    ReplyDelete
  17. Dekorasi Dtahta ni memang lah cantik & mesti pompuan suka sangat bunga-bunga macam ni. Harga buffet kat sini berpatutan dan mampu milik. Makanan pun nampak sedap dan menyelerakan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...