Friday, May 4, 2018

10 Tempat Menarik Untuk Dilawati Di Sekitar Negeri Kedah

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kali nie aku nak berkongsi pula, tempat-tempat yang penuh dengan informasi dan bersejarah di sekitar negeri Kedah yang aku sempat lawati sewaktu mengikuti Travelogue Kedah pada bulan March yang lalu. Jom ikuti kisahnya !

1. Balai Besar

Dahulunya, Balai Besar ini merupakan Balai Rongseri atau Balai Penghadapan. Lokasi Balai Besar juga terletak di Bandar Alor Setar. Ia juga merupakan sebahagian daripada kompleks Istana Kota Setar yang terletak di bahagian belakangnya. Kira berjiran jelah Balai Besar dan Muzium Diraja nie.


Senasib seperti Muzium Diraja, Balai Besar ini juga pernah musnah akibat diserang oleh Armada Bugis dan Siam. Ia kemudiannya dibaik pulih sempena perkahwinan 5 bersaudara putera-puteri Sultan Abdul Hamid. Di sini juga tempat untuk majlis pertabalan, majlis-majlis rasmi dan macam-macam lagi.



Aku sebenarnya sangat kagum dengan hasil seni arkitek bangunan lama ini. Sangat indah dan begitu unik. Sudah jarang, bangunan sekarang mempunyai reka bentuk seperti Balai Besar ini. Semoga bangunan ini terus dijaga dan dibaikpulih.


Actually, kawasan Balai Besar nie tak boleh dimasuki. Pengunjung hanya boleh menyaksikan keindahan Balai Besar ini daripada luar pagar sahaja. Tapi Alhamdulillah, kami diberi pass masuk khas untuk ke dalam bangunan ini. Satu peluang yang sangat berharga !

Harga tiket : TIDAK PERLU (Hanya boleh disaksikan dari luar pagar)
Waktu lawatan : Bila-bila masa sahaja (Dinasihatkan datang waktu pagi untuk pengcahayaan gambar yang baik)

2. Muzium Diraja

Muzium Diraja yang terletak di bandar Alor Setar, Kedah ini dahulunya, dikenali sebagai Istana Kota Setar. Ia telah dibina oleh Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Muazzam Shah, Sultan Kedah ke-19. Dulu, bangunan nie banyak kali berlaku kerosakkan akibat serangan tentera Bugis dan tentera Siam. Tapi, Alhamdulillah setelah dibaikpulih, ia masih berdiri utuh sehingga kini.




Istana ini juga dikenali sebagai "Istana Pelamin" sebaik sahaja ruang istana ini diperbesarkan untuk dijadikan astaka dan bilik-bilik tambahan apabila Sultan Abdul Hamid hendak melangsungkan perkahwinan lima orang putera-puterinya. Namun, pada tahun 1983, bangunan istana pelamin ini diisytiharkan sebagai Muzium Diraja Kedah. Itulah, sedikit sebanyak sejarah tertubuhnya muzium ini.



Jadi, di dalam muzium ini terdapatnya koleksi-koleksi barang diraja yang disimpan dan dijaga rapi oleh pihak muzium agar barang tersebut terpelihara. Sebagai contoh songkok yang pernah dimiliki dan sentiasa dipakai oleh Sultan Abdul Hamid ini. Songkok ini dihiasi dengan bulu burung cenderawasih yang dihadiahkan kepada baginda sultan ketika menerima pingat Order of The White Elephant First Class pada tahun 1895. Hanya Sultan Abdul Hamid sahaja, satu-satunya sultan yang memakai songkok berbulu burung.



Selain itu, di kawasan sini juga korang boleh dapat lihat rangka kenderaan-kenderaan lama yang diguna pakai oleh sultan-sultan Kedah suatu masa dahulu dan meriam-meriam yang digunakan di medan perang juga ada terdapat di kawasan sekitar sini. Menarik betul koleksi-koleksi barang diraja yang dipamerkan di muzium ini. Sangat nostalgik !



Harga tiket : PERCUMA
Waktu lawatan : Setiap hari (9 pagi - 5 petang)
Ditutup pada Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji

3. Galeri Sultan Abdul Halim Muad'zam Shah

Dahulunya, bangunan ini merupakan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Seksyen Negeri Kedah. Bangunan yang telah dibina pada tahun 1922 ini kemudiannya dijadikan sebagai galeri yang menyimpan barang-barang peribadi yang pernah dipakai atau digunakan oleh bekas sultan negeri Kedah iaitu Almarhum Sultan Abdul Halim Muad'zam Shah.



Memang banyak sungguh koleksi-koleksi peribadi Almarhum sultan dan juga bekas permaisuri negeri Kedah. Dan setiap daripadanya, terdapat penceritaan disebaliknya untuk dibaca oleh pengunjung. Penuh informasi di galeri ini.


Galeri ini juga telah dijadikan salah satu produk pelancongan negeri Kedah sebagai "Kedah Heritage Trail". Saban hari, ada sahaja pengunjung dari pelbagai negara akan hadir ke sini untuk melihat sendiri barang-barang dan koleksi peribadi almarhum Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muad'zam Shah.



Harga tiket : PERCUMA
Waktu lawatan : Ahad hingga Khamis (10 pagi - 5 petang)

4. Balai Seni

Ia merupakan bangunan pejabat kerajaan moden terawal dibina di bandar Alor Setar. Pada mulanya ia dibina khas sebagai Mahkamah Besar di negeri Kedah. Namun pada 25 Julai 1983, ia dijadikan sebagai Balai Seni dan dibuka pada umum untuk dilawati. Sehinggalah ke hari ini.


Balai Seni Negeri menghimpunkan koleksi-koleksi hasil seni khasnya anak tempatan Kedah iaitu golongan pelukis veteren dan pelukis yang muda yang diantaranya telah ebrjaya mencipata nama hingga ke peringkat antarabangsa.Selain seni lukis, seni ukiran kayu dan juga seni khat ada juga dipamerkan. Tapi malang sekali, kami tak sempat masuk ke dalam Balai Seni Negeri ini. Hanya bergambar dari luar sahaja.


Harga tiket : PERCUMA
Waktu lawatan : Setiap hari (9 pagi sehingga 5 petang)

5. Balai Nobat

Balai Nobat merupakan tempat simpan segala alat nobat termasuklah serunai nafiri, gendang dan gong yang dimainkan dalam acara-acara tertentu seperti pertabalan, kemangkatan dan lain-lain upacara rasmi diraja. Banyak pantang larang penjagaan dan menggunakan alat muzik nobat. Sebab tak sembarangan orang boleh main alatan muzik nobat diraja.


Harga tiket : Tiada Bayaran (Tak boleh masuk)
Waktu lawatan : Setiap hari (Tiada waktu spesifik)

6. Rumah Seri Banai & Rumah Tok Su

Sekarang kita ke Rumah Seri Banai dan Rumah Tok Su ini merupakan rumah lama yang dibina menggunakan kayu meranti dan temak. Masih utuh sehingga ke hari ini. Dan sebenarnya, kedua-dua rumah ini bukanlah asalnya di sekitar bandar Alor Setar nie. Ia telah dipindahkan ke sini dari tempat yang lain.


Rumah Seri Banai ini dibina asalnya di Kampung Banai di Daerah Kubang Pasu. Manakala Rumah Tok Su berasal di Kampung Permatang Kerat Telunjuk di Bandar Baharu. Lebih kurang 200 km dari bandar Alor Setar. Pemindahan kedua-dua rumah ini dari tempat asal mereka ke pusat bandar Alor Setar mengambil masa kira-kira 4 bulan untuk selesai.



Memang cantik dan klasik sungguh senibina kedua-dua buah rumah ini. Ia dipindahkan ke sini agar pelancong dapat melihat keindahan senibina tradisional negara kita dengan lebih mudah.

Harga tiket : Tiada Bayaran (Tak boleh masuk dalam rumah)
Waktu lawatan : Setiap hari ( 9 pagi sehingga 5 petang )
Ditutup pada Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji

7. Muzium Padi


Kami juga sempat singgah ke Muzium Padi yang berada di tengah-tengah kawasan jelapang padi dan berada di sebalik Gunung Keriang. Lupa nak ambil gambar senibina muzium ini. Senibina muzium ini sangat cantik dan unik. Bermotifkan padi. Tak pasti bentuk apa, tapi nampak macam tempat penyimpanan padi.



Muzium ini padat dengan informasi yang berkisarkan pokok padi, beras dan yang sewaktu dengannya. Dari A to Z dipamerkan di sini. Serba lengkap tentang padi. Jangan lupa tawaf satu kawasan nie. Pasti banyak benda yang korang akan belajar.



Ada satu bahagian di Muzium Padi ini yang mana korang kena naik tangga untuk menuju ke "puncak". Dari puncak ini, korang boleh lihat pemandangan sekeliling seperti yang tertera gambar di bawah ini. Sebenarnya, ia hanyalah lukisan yang menggambarkan sekeliling Muzium Padi ini. Memang cantik. Dan tempat ini berputar ya kawan-kawan.



Banyak sangat tarikan terdapat di Muzium Padi ini. Pastikan muzium ini masuk dalam senarai tempat wajib dilawati di Kedah. Banyak informasi berguna pasal padi dan beras yang pasti akan membuatkan korang rasa kagum.


Harga tiket : RM 5 (Dewasa)
Waktu lawatan : Setiap hari (9 pagi hingga 5 petang)

8. Muzium Kota Kuala Kedah

Muzium Kota Kuala Kedah ini merupakan bekas benteng pertahanan Melayu yang tertua di utara Malaysia. Tahu atau tidak, pada asalnya, kota ini dibina menggunakan tanah liat, kayu bakau dan buluh dengan bantuan pihak Portugis. Tapi cukup malang sekali, kota ini pernah musnah akibat serangan dari Armada Acheh untuk menghalau keluar orang Portugis. Setelah diperbaiki, dimusnahkan sekali lagi oleh Armada Bugis. Malang sungguh nasib Kota Kuala Kedah nie. Asyik dimusnahkan sahaja.



Muzium Kota Kuala Kedah kini dijadikan salah satu lokasi untuk pasangan mempelai bergambar. Memang banyak betul pasangan pengantin berada di sini dengan memakai sepasang elngkap baju pengantin beserta photographer masing-masing. Sana-sini korang akan nampak pasangan pengantin posing-posing. Meriah betul !



Harga tiket : PERCUMA 
Waktu lawatan : Sabtu Hingga Khamis (9 pagi hingga 6 petang)
Ditutup pada Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji

9. Muzium Jerai Geopark 

Seterusnya, kami sempat berkunjung ke Muzium Jerai Geopark. Di sini, pengunjung boleh lihat kawasan-kawasan yang telah diisytiharkan sebagai kawan Jerai Geopark. Selain itu, segala informasi berkenaan sumber asli yang terdapat di sekitar sini juga ada diselitkan di dalam muzium ini.



Apa yang lebih menarik ialah, Muzium Jerai Geopark ini dibina di kawasan hutan paya bakau. Siapa sangka kawasan hutan paya bakau ini sangat hampir dengan bandar Sungai Petani.



Harga tiket : PERCUMA 
Waktu lawatan : Setiap hari (9 pagi hingga 5 petang)

10. Istana Anak Bukit

Istana Anak Bukit ini terletak di daerah Kota Setar. Istana ini terdapatnya sungai-sungai kecil yang digali dan tanahnya ditambak menjadi sebuah bukit kecil (anak bukit) sebagai tapak istana tersebut. Istana ini boleh dimasuki oleh orang biasa, terutama sekali orang Kedah. Tapi macam biasalah, urusan untuk masuk ke dalam istana ini agak sedikit rumit. Tapi bila dah dapat masuk, katanya ia sangat cantik dan senibinanya sangat indah.


_____________________________________________________

Banyak juga tempat-tempat yang penuh dengan informasi dan bersejarah di negeri Kedah. Best dapat tahu banyak pasal sejarah negeri Kedah serta beberapa informasi umum berkenaan padi dan juga beras.

Entri ini bersempena familiarisation trip Travelogue Kedah selama 3H3M yang dikelolai oleh borakkita.com
dengan kerjasama Tourism Kedah dan Jerai Geo Park.

Ucapan terima kasih tak terhingga buat En. Zam 
 yang menemani kami dari hari pertama sehingga hari ketiga kami berada di sana.

Terima kasih buat para penaja trip kali ini, Canon Malaysia dan 888TeaCoffee.

20 comments:

  1. Orang Kedah pun tak pernah sampai beberapa tempat dlm list ni, aduhh ruginya rasa T_T

    ReplyDelete
  2. wahhh best ni bawa anak2 tengok tempat mcm ni..banyak sejarahnya

    ReplyDelete
  3. Memang selalu pergi kedah tapi tak habis pusing lagi tempat menarik dekat sana selalu datang nak makan je hahahah

    ReplyDelete
  4. Muzium kota kuala kedah tuh macam menarik..tak pernah lagi singgah sana..tempat lain pernah jgk pergi..kena g kedah nih..haha

    ReplyDelete
  5. Bestnya. Banyak juga tempat-tempat menarik dekat negeri Kedah yer. Suka tengok Rumah Seri Banai & Rumah Tok Su dengan Muzium Kota Kuala Kedah tu. Senibina lama kan. Tapi akak teringin nak pergi Pulau Langkawi ☺

    ReplyDelete
  6. Balik kg suami akak pernah singgah Muzium padi je. Tempat yang lain2 tak pernah. Balik nanti boleh la singgah tempat2 yang Zharif pergi pulak. Hehe.

    ReplyDelete
  7. Banyak rupanya tempat menarik dekat kedah. kal ana dah 2 kali ke kedah tapi semua tempat tu tak pernah jejak lagi. Kena plan sekali lagi nampaknya. Sambil jalan sambil belajar dan kenal sejarah kan.

    ReplyDelete
  8. Kedah merupakan salah satu negeri yang emi suka pergi. Maybe sebab rasa macam negeri kedah ni tak terlalu crowded dengan pembangunan pesat. Tapi tetap ada banyak tarikan tersendiri. Kali terakhir emi pergi kedah rasanya last year. Pergi dengan kawan2

    ReplyDelete
  9. Wah bestnyer bro dapat masuk Balai Besar..kat dalam tak boleh amik gambar ek?
    Banyak rupanya tempat menarik kat kt Kedah ni

    ReplyDelete
  10. Adeh tiga tahun duduk kedah hanya balai besar dengan Istana Anak Bukit je kinah pergi tempat lain tu krik krik je. Rugi pulak la tak pergi semua tempat ni. Takpela ada rezeki boleh pergi tempat lain pulak.

    ReplyDelete
  11. cheq orang kedah tapi kan rumah seri banai tu first time dengar dan tak pernah pergi hahaha sadis!

    ReplyDelete
  12. seronoknya macam2 ada kat kedah ya...lagi best dapat bercuti dengan kawan2..ala2 backpacking pulak hahahaha...next time klu pg kedai blh bawa anak2 ke semua muzium yg ada kat sini la

    ReplyDelete
  13. Banyak nya tempat menarik yang ada kat Kedah. Last pi kedah pun masa konvo dulu kat UUM. Punya lah lama... Masa tu pun rushing tak sempat singgah jalan mana-mana. Rugi nya...

    ReplyDelete
  14. rindunya dkt alor setar.. kebanyak tempat tu kak liez dah pernah pergi masa duduk dkt sana.seronok sebenarnya pergi tempat2 mcm ni utk tahu sejarah. istana anak bukit tu just depan dgn rumah kak liez dulu

    ReplyDelete
  15. Kampung kita kat kedah tapi kita pun tak pergi semua tempat dalam list ni. Nanti balik beraya nak ajak lah saudara teman kan pergi jalan-jalan. Kedah ada daya tarikan tersendiri & yang paling best nak tengok Muzium Padi.

    ReplyDelete
  16. Banyaknya tempat menarik. Tapi kat kedah makanan murah oiii. Akak melawat kakak sedara belajar di politeknik masa tahun 2005. Makanan meriah dan murah. Memang tembam kakak sedara ruby tu. Hahaha. Makan je kejenya. Haha

    ReplyDelete
  17. I never visit Kedah before. Is a good explore to visit history place. At least you get to know the place culture and history better thanks for sharing this informative story.

    ReplyDelete
  18. above all, I would actually really want to visit the Balai Besar, it looks absolutely magnificent. But sadly can't go in right? Haih. Oh and I haven't even been to kedah if i am not mistaken. lol

    ReplyDelete
  19. I paling suka Muzium Padi tu, best! tempat lapang and banyak spot yang awesome for instagram.

    ReplyDelete
  20. banyak ya tempat bersejarah yg boleh kita lawat dekat kedah ni. masa kecik2 dlu penah duduk beberapa tahun dekat kedah tapi memang tak ingt satu ape. haha

    ReplyDelete