Assalamualaikum
Alhamdulillah, i was chosen to participate in this International Student Exchange Programme (ISEP) for one semester. All praise to Allah, Alhamdulillah. Dapat call dari bahagian akademik semasa cuti semester 2 yang lepas. Masa dorang call tu, memang pagi sangatlah. Aku tak bangun lagi masa tu. My mom yang angkat call dan kejutkan aku. Masa angkat call tu, dorang cakap tahniah dan tanya aku confirm ke nak pergi ISEP nie, sebab once dah confirm tak boleh nak patah balik, or else kene bayar denda.
Terus hilang ngantok masa tu, excited punya pasal. Sebab memang aku tak expect langsung akan dapat since my interview sangatlah dahsyat teruknya. Aku call ayah nak bagi tahu benda nie, then dia teruja gila. Aku warning dia awal-awal, jangan cerita dekat sesiapa dulu sebab benda nie masih baru lagi, ayah aku nie kalau benda excited macam nie memang dia suka canang sana sini. So better warning dia awal-awal. And guess what ? He did not keep the secret. Sigh -__-
Masa apply benda alah ISEP nie, banyak benda kena buat. Kena cari dua lecturer yang berpangkat Dr atau Prof untuk reference letter. Then kene pilih university yang kita nak pergi dan setiap university yang kita pilih kene buat essay 120 patah perkataan, bagi reason kenapa nak attend university tu. Kalau 10 university yang kita pilih, maka 10 essay lah kene buat. Aku pilih 9 universiti dari US and 1 dari Canada. Nak pilih universiti nie pon satu hal, kene tengok juga subjek yang ditawarkan dekat sana, boleh setarakan atau tidak dengan universiti sendiri untuk proses transfer credit nanti. Next, kene mengarang essay 500 perkataan untuk menjawab soalan yang ditanya, and the question was "Introduce yourself and explain your academic goals for studying abroad and integrating into the host culture ? What specific situations from past have helped you prepare to accomplish this goal ?"
ISEP interview
Lepas dah submit permohonan, kena tunggu untuk dipanggil interview. Interview nie bertujuan untuk menguji tahap kemampuan English kita. My interview was not like what i expected. My interviewer was Dr C.T, a TESL lecturer.
Nama Dr C.T nie pernah masuk dalam page Upsi Confession mengatakan beliau nie sangat sporting dan kelakar. Aku rasa tenang sikitlah masa nie, but still got butterfly in my stomach. Bila time interview tu berlangsung, perghh ! Memang hancus and musnah segalanya. Goodbye US and goodbye kapal terbang.
Aku dapat interview sesi petang, sesi petang ada 6 orang pelajar semuanya. Aku decide nak jadi orang kelima untuk ditemuduga. Semuanya elok ditemuduga sorang demi sorang dalam bilik lecturer tu, but then bila tiba giliran aku, dia nak interview sekali dua pelajar since tinggal dua pelajar terakhir ketika itu. Aku dan Qasha, my coursemate. Masa nie aku rasa kecewa. Nak kena bersaing dengan Qasha dalam bilik tu. Memang rasa tak adil gilalah. Kenapa kami berdua kena interview sekali walhal orang lain dapat sorang-sorang.
Selingan : Qasha dah pon fly semalam 9 Ogos. She got Trumen University, Missouri.
Me and Qasha at Anugerah Dekan. |
Sebelum interview, kami kena mengarang essay 500 perkataan on the spot. Dia bagi 2 soalan essay, kami kene pilih satu. Then ada kene jawab short answer ala-ala exam gitue. Lepas dah selesai baru pergi interview tu.
Dr C.T : Hello, please introduce yourself.
Me : Bla bla bla.
Aku skip part Qasha punya jawapan tau.
Dr C.T : Why do you want to join this programme ?
Me : It has always been my dream to study abroad and bla bla bla....
With the most annoying way she replied
Dr. C.T : Really ? I don't buy it. Bukan ke you want to have fun and enjoy or something. Kan ?
Sentap.
Dr. C.T : What band you got for MUET ?
Me and Qasha : We got band 3.
Dr. C.T : Band 3 is quite average you know.
Dia suruh kami ambik MUET lagi untuk perbaiki result kami, then baru apply ISEP nie. Sentap untuk kali kedua.
Dr C.T : Do you have anything to say before we end our interview ?
Aku pon mention lah pasal blog, aku nak share pengalaman semua and bla bla bla.
And Qasha pon siap mention "He has thousand of followers Dr"
And then Dr. C.T replied dengan annoying nya,
Dr C.T : Do you think I'm impress ?
Perghhhh sentap mak nakk untuk kali ketiga. Memang aku tak nak cakap apa-apa lagi dah. Rasa nak keluar dari bilik tu cepat-cepat. Sentap tak sudah-sudah kami berdua dibuatnya dalam bilik tu. Habis je interview, me and Qasha memang rasa down gila, rasa tak adil tu satu hal, kami rasa macam kenapa kejam sangat Dr tu pada kami. Ke memang dia annoying macam tu ? Seriously kami berdua rasa direndah-rendahkan. Rasa macam dah berakhir kat situ. Memang tak akan dapatlah cerita dia. Tup tup dengan kuasa Allah, kami berdua dapat. Alhamdulillah !!
Aku syak dia sengaja buat macamtu untuk tengok reaksi kami berdua kot.
Placement
Lepas dah dapat call tu, kene tunggu untuk procedure seterusnya. Masuk sem baru masih tak ada khabar berita. Hari-hari cek email, pon tak ada berita langsung pasal ISEP nie. Masa tu mulalah mempersoalkan, dapat ke tidak ISEP nie. Walaupon Kak Nur bahagian akademik UPSI kata, yang dapat call memang confirm dapat, tapi aku still nak yang official mengatakan aku dapat. One fine day, i got an email from ISEP that said, congratulations. Barulah aku rasa lega.
Masa dapat tahu Georgia Consortium tu aku rasa kecewa sedikit sebab first choice aku Alfred University, New York. Tapi dapat pilihan kedua. Okeylah daripada tak dapat. Tak dapat email runsing, dah dapat email complain pula. Haihhhhh
Aku dapat Georgia Consortium. Consortium tu bermaksud cawangan. Lebih kurang macam kalau kau apply masuk UiTM dalam application, tapi lokasinya kau tak pasti dekat mana. Hah lebih kurang macam tulah. Aku pilih salah satu Georgia consortium dekat pilihan kedua dan kelima. Tapi university yang aku dapat, tak ada pon dalam senarai yang aku mohon tu. Ahh sudah. Nak kene buat research balik latar belakang university, tempat-tempat menarik dan subjek yang ditawarkan.
Btw, i got Georgia College & State University (GCSU) yang terletak di Milledgeville Georgia.
Lepas dapat segala jadah packet dari sana, barulah boleh mula buat macam-macam. Banyak step nak kene buat sebelum pergi US rupanya. Aku baru tahu. Banyak benda nak kene isi online. Lepas dah isi, nak kene bayar pula. SEVIS fee dan Visa, total 340 dollar aku kene bayar. Convert duit Malaysia, tak ke banyak nak kene bayar. Tapi tak kisah sangat, sebab boleh claim duit tu balik dengan UPSI. Nama pon disponsor. Tapi koyak jugalah nak dahulukan duit sendiri dulu.
Lepas dah selesai isi apa yang patut dan bayar apa yang patut, barulah boleh set up interview dengan US Embassy secara online. Set up interview nie pon ada masalah. Aku tersilap nombor unique ID pembayaran visa dekat application aku. Terguna kawan aku punya unique ID, sebab masa bayar visa nie aku bayarkan sekali untuk 2 orang kawan aku punya visa. Tu yang aku tertukar tu. Ahh sudah. Dahlah bab-bab US nie leceh sikit. Silap sikit tak boleh nak edit macam tu je, banyak procedure dia. Call pihak sana, dia kata tak apa. Datang je interview then explain dekat customer service tu nanti. Walaupon orang tu dah kata macam tu, hati aku nie tetap rasa tak tenang. Yelah benda penting macam nie aku boleh buat silap. Tak pasal-pasal kang kene bayar lagi 160 dollar untuk visa. Wuuu tak sanggup.
Visa Interview
Appointment pada 20 Jun jam 8.50 pagi. Bertolak dari UPSI jam 7 pagi. Driver UPSI yang hantarkan kami pergi ke US Embassy tu. Supposedly, tiga orang sekali yang pergi interview hari tu. Tapi kawan aku sorang tu pon ada tersilap isi application, so kene tunggu 48 jam untuk apply yang baru. I told ya, bab US nie kalau silap memang leceh sikit procedure dia. Better jangan buat silap langsung. So pagi tu cuma berdua jelah pergi visa interview di kedutaan US.
US Embassy. Ambil gambar curi-curi. Tak boleh ambil gambar sebenarnya |
Perjalanan kami ke kedutaan Amerika tu dipermudahkan. Jalan tak berapa nak jammed. Pakcik driver tu cakap mungkin tak sempat sampai. Alhamdulillah, dalam 8.40 pagi kami dah sampai sana. Sampai sana tunjukkan borang apa yang patut dan serahkan kad pengenalan. lepastu dia bagi name tag dan kami kena beratur untuk masuk. Nak masuk sana siap kene screening tau. Kasut dengan tali pinggang pon kena tanggalkan. Nasib baik tak terlondeh seluar iolss. Dahlah longgar. Kuss semangat.
Aku pergi dengan Nor, budak psikologi juga. Dia nie tenang betul orang nya. Dalam keadaan yang mencuakkan tu, dia still boleh borak-borak mesra dengan stranger. |
Selepas segala gadget diambil untuk disimpan, barulah kami boleh masuk sana. Fuhh banyak betul pantang larang nak masuk US Embassy nie ya. Masuk je ambil nombor giliran dan tunggu nombor dipanggil. Memang ramailah manusia masa nie dekat dewan menunggu. Makin meriah rama-rama berjoget-joget dalam perut aku. Perut tak terisi lagi masa nie, macam-macam lagu dah berkeroncong dalam perut aku masa tu meminta untuk diisi.
First dia panggil, dia minta serahkan segala documents dan gambar yang dikehendaki. Lepastu kene duduk balik dan tunggu dipanggil semula. Dia panggil lagi sekali untuk ambil balik segala borang yang dia tak perlukan, lepastu kena menunggu lagi. Then dipanggil sekali lagi, and kali nie untuk di-interview.
Interview tu tak lama pon, dalam 5 minit dah selesai. Mula dia say hello, then dia tanya nak buat apa dekat sana, berapa lama, siapa yang sponsor, ambil subjek apa then taraaaa ! Diluluskan. Sangat cepat. Punyalah runsing malam tu memikirkan apalah yang akan berlaku time interview nie. Rupanya yang ado.
Nasib baik pergi US Embassy nie dengan Nor. Maka tak ada lah krikk krikk bunyi cengkerik dalam kereta. Pandai Nor berborak dengan driver UPSI tu. Kalau iols sorang je, jawabnya tertidur kebosanan lah abang tu agaknya.
Pada 24 Jun, ada orang hantar passport ke rumah. Passport dia tak serahkan balik lepas interview tu. Buka passport tengok isi wahhh visa dah ada. Aku baru tahu visa nie merupakan sticker yang ditampal dalam passport je. Aku ingat dia berbentuk kad macam kad pengenalan tu.
Sebelum cuti sem hari tu, semua pelajar yang terpilih kene datang satu meeting. Meeting nie bertujuan untuk membincangkan masalah apa yang kami hadapi untuk menyiapkan segala persediaan dan arahan yang disuruh oleh host university sebelum enroll dekat university mereka.
Total 10 pelajar semuanya yang dapat ISEP kali ini. 7 pelajar dari kos psikologi, 2 pelajar dari kos sains sukan dan sorang pelajar dari kos geografi. 3 pelajar ke Korea di universiti yang sama, 7 pelajar ke Amerika Syarikat. Hanya dua pelajar yang ke Amerika nie dapat universiti yang sama. Lagi 5 pelajar tu termasuk aku, kami semua dapat universiti yang berbeza. Ayah aku ingat, aku pergi secara berkumpulan, tapi hakikatnya aku pergi sorang je.Terkejut dia masa aku bagi tahu tu.
BTW, lepas dapat packet dari sana, banyak benda aku kene buat. Mula tu kene daftar kolej kediaman. Time isi application kolej kediaman nie, aku tertarik dengan satu perkara. Dalam application tu, dorang siap ada bagi personality test nak tengok kita nie jenis manusia macam mana. So that pihak kolej tu akan cuba mendapatkan roommate yang sejiwa dengan kita. I wish Kolej Abang Harun ada benda nie. So that kita tak adalah tension dengan roommate yang kita dapat. Tak ada lah orang update tak puas hati dengan roommate dekat page UPSI Confession tu kan.
Selain dari soalan di atas, dia ada tanya kita nie jenis yang macam mana, outgoing or reserved, suka menerima tetamu dalam bilik ke tidak, jenis bangun awal or bangun lewat, tidur awal ke tidur lewat. Aku pilih, aku nie jenis yang reserved, tak suka sangat terima tetamu dalam bilik, bangun awal or tidur awal tu semua aku letak dekat average. Actually aku tak adalah kisah sangat bab-bab nie semua, yang aku kesah tu tang merokok. Seboleh-bolehnya aku tak nak roommate yang merokok. Tu je. Selang beberapa hari lepas application residence hall dihantar, i got an email from stranger.
Zahrif pon boleh |
It was from my future roommate rupanya. How sweet. Entah macam mana dia tahu aku roommate dia pon aku tak tahu. Teringinlah nak tengok muka dia dengan meminta link FB dia, tapi aku rasa, better aku tak tahu. Biarlah sampai sana baru aku tahu. Tak surprise lah kan kalau tahu awal-awal. Aku harap aku tak terkejut sangatlah bila jumpa nanti. Tolonglah dapat yang handsome please. Hahahahaha
Food
Soal makanan semua dah tersedia. I got full meal plan. Memandangkan aku nie Muslim, jadi status halal makanan tu menjadi tanda tanya. But now, aku tengah cuba bincang dengan ketua chef dekat sana untuk sediakan makanan halal untuk aku. Chef tu kata dia tak ada masalah nak sediakan makanan halal. So hopefully dapatlah. Risau aku fikir pasal makanan nie.
Hopefully aku tak kene keluarkan duit untuk makanan. Membazirlah kan, makanan dah tersedia tapi aku tak boleh makan. Tak apa, benda boleh bincang, kita bincang. Ceyhh.
Flight
Tarikh flight pon dah dapat 3 minggu yang lalu. Aku akan menaiki Korean Air. My flight will be tomorrow, 11 Ogos jam 11.20 malam waktu tempatan dan dijangka sampai di Georgia 12 Ogos, 10.20 pagi. Kalau waktu Malaysia, aku akan sampai sana 12 Ogos 10.20 malam. KLIA ke Incheon, perjalanan mengambil masa lebih kurang 6 jam. Transit di Incheon selama 3 jam. Then baru naik flight lagi dari Incheon ke Atlanta Georgia.. Perjalanan mengambil masa 14 jam. Fuhhh ! Kebas lah bontot aku dalam tu. Aku ghisau bab-bab naik kapal terbang nie, memandangkan village people yang sorang nie tak pernah keluar Malaysia, apatah lagi naik kapal terbang. Ghisau sangat.
Pelajar dari kos geografi tu, flight dia masa hari raya kedua. Ko ghase ? Nasib baik lah flight aku 2 minggu lepas raya. Kalau tak, memang feeling habis kalau dengar lagu Air Mata Syawal.
Imunisasi
Banyak suntikan nak kene ambil in order to enroll in Georgia College. Tapi kebanyakkan suntikan tu, aku dah ambil masa aku kecil. Tapi yang problem tu, aku tak dapat nak lampirkan bukti yang aku dah ambil semua suntikan tu. Kad yang biru merah time baby tu dah hilang. Puas cari tak jumpa. Bila bincang dengan coordinator sana, dorang kata tak apa. It won't affect since i'm only one semester dekat sana. Lega sikit dengar. Kalau tak, nak kene suntik lagi. Memang tak arr, dah lah bab suntik-menyuntik nie aku takut sikit.
Jumaat lepas pergi ambik suntikan untuk Meningitis pon dah menggigil-gigil tengok jarum. Imunisasi semua tanggungan sendirian berhad. No sponsor-sponsor. Satu suntikan pon dah habis ratus-ratus, inikan pula dua tiga suntikan. Boleh koyak poket weyhh.
Preparation
Preparation dah 95% lengkap. Cuma masih ada lagi beberapa barang nak kena beli. Maybe by tomorrow, semua dah complete. Duit dollar pon dah tukar. Rasa macam banyak sangat 1000 ringgit yang aku bawa pergi tukar tu. Usha kiri kanan nak keluarkan duit. iols nie takut sikit bawa duit cash banyak-banyak. Memang time nie, makcik muka innocent pon jadi suspek untuk mencuri tau. Sangat berhati-hati punya pasal. Sekali tukar cuma dapat 311 USD je. Terus rasa miskin.
I will be holding this sign at Hartsfield-Jackson Atlanta International Airport on 12 August 2014. It's tomorrow guys !!!! Rasa teruja sangat. Berbaloi rasa penat dari permulaan perjalanan bermula dari permohonan sehinggalah ke tarikh untuk terbang. Doakan semoga perjalanan aku di bumi orang dipermudahkan ya.
Pffttt : Kita dahulukan entri nie ya. Entri hari raya aku, nanti aku sambung mengarang. Entri nie dah tersimpan 2 bulan lamanya. Hari nie baru siap mengarang semuanya.
Good luck ! :)
ReplyDeletethank you =)
Deletegood luck yer.......new experience study kat tempat mat salleh......
ReplyDeleteyeah, thank you =)
DeleteTahniah Zharif! Panjang berjela-jela gitu~
ReplyDeleteKau applied university apa yang dekat Canada ni? Curious pula.
By the way, tak patut oh lecturer perangai macam tu. Tak membantu langsung.
And ku sangat jealous sebab kau transit dekat Korea. hihi
Regina University. but tak dapat..
Deletekann, supposedly, she gives support and encouragement, ini malah down kan kita.. but whatever it is, now im here.. so alhamdulillah, percaya dgn rezeki Allah =)
Semoga selamat pergi dan balik dan selamat menimba ilmu di negara orang. Rajin-rajin ler update blog ye.
ReplyDeleteaminnn, terima kasih ye =)
DeleteCongrats zharif!
ReplyDeleteAnyway, duit 1000 yg zharif tukar tu mmg dah disponsor atau sendirian berhad jugak?
duit perbelanjaan sendiri.
Deletepassport, visa, tuition fees, housing fee, health insurans, meal plan, flight ticket dan yg sekutu dengannya, semua di tanggung..
Assalamualaikum dik, wahh panjang benor kaedah2 nak kena buat untuk pergi belajar oversea. heee hastag tu takleh belah dik. hihi jaga diri baik2 kat sana. Jangan lupa belikan fridge magnet seketul. hihiii ;p
ReplyDeletewaalaikumsalam kak sheila =)
Deletehihi haruslah banyak procedure, org nak sponsor kan..
insyaAllah, thank you kak sheila =D
jelesnya... btw baca doa bebanyak naik flight tu.. naik flight mas ke? kekekeke.. hati2
ReplyDeletenie mesti tak baca nie.. hihi ..
Deletethank by the way =D
ohooo... first time singgah blog ni.. btw godd luck. selamat menimba ilmu tempat orang :)
ReplyDeletewelcome to my blog =)
Deletethank you yea..
nak tanya ni..exchange student tu terbuka utk semua pljar upsi ke???
ReplyDeleteyupp, more info kene tanya dekat bahagian akademik =D
DeleteNanti update apa aktiviti kat sana.. update pasal roomate, pasal makanan pasal tempat menarik pasal semualah. aku excited nak baca lol..
ReplyDeletewill do ! just wait and see okay. akan cuba merajinkan dri utk update. hihi
DeleteThanks ! =)
tahniah bro...
ReplyDeleteterima kasih Aufa =)
Deleteahhh...
ReplyDeletea late congratulations btw.
im a semester 1 student at upsi.
from maths department, and faculty of science adn mathematics.
hoping for a few helps from you in order to apply this after semester 1 final exam result announced. .
so interesting read your post.
sure ! you can contact me through facebook. good luck on that ! =D
Deletememang tak sia-sia tau join program pertukaran pelajar nie. golden opportunity for an UPSI student. better grab it before it's too late =)
congrats .. gud luck zharif ! :)
ReplyDeleteterima kasih fara =)
Deletesalam.nak tanya.2 org kwn yg dpt exchange ke korea,diorg ambik course apa ya?tq in advance ^^
ReplyDeletewaalaikumsalam. 3 org ke Korea, pelajar psikologi semuanya.
Delete2 org pelajar sains sukan di indiana US (satu universiti), sorang pelajar geografi di kansas (kalau xsilap), sorang pelajar psikologi di Missouri, sorang lagi pelajar psikologi di new york. 2 orang pelajar psikologi termasuk saya di Georgia (tapi lain-lain universiti)
cuma pelajar sains sukan dengan yang dekat korea tu je yang dapat satu universiti. kira ada aprtner lah. yang lain semuanya sorang2. harap jelas =)
Hi Zarif, if you don't mind I'd like to know your total expenses sepanjang Zarif di Georgia. Thanks bro
ReplyDeletei guess you're the one who asked me on fb yesterday, right ?
DeleteZharif Azis, I accidentally found your entry and what make me love to read (even it's such a long essay) is because "Exchange Students Program (ESP)". Zharif, I didn't know much about you as I only read and accidentally read this entry, and I hope you aren't mad if I ask a lot. First of all are you Uitm student or Upsi student ? I got confused huhu (hope you don't mind)... Secondly, I bet your pointer must be outrageous isn't ? CGPA above 3.8 ??? Please let me know Please ! Thirdly, is there any briefing about ESP at your university to all students so they'll know about ESP or you apply EPS and also 9 university all by your own ? Thank you Zharif :)
ReplyDeletei missed your comment. I am so sorry. I just notice this.
Delete1-I am an UPSI student who is currently doing internship at UiTM Puncak Alam.
2-minimum CGPA for apply is just 3.0 and above, but of course, to "be safe", you have to have a good CGPA. Because there are a lot of people apply this exchange student program. So the competition is quite high. You need to compete with others.
3-There's briefing about this for first year student. But to have more details about it, you have to come to the office who's in charge for the program.
After the briefing from the officer in charge, i applied on my own. Everything is on our own. They will not do it for you.
May i know which university you're in ?
assalammualaikum zharif.. btw actually my name is zarifah.. hahaha..
ReplyDeletemaybe version you of a girl..
nak tanyer.. how to apply ISEP ? From our university ke just through online?
kalau nak apply ISEP .. cgpa perlu tinggi ke?
waalaikumsalam Zarifah =)
DeleteWhich university you are in ?
If other than UPSI, saya tak tahulah. Sebab ISEP nie yang join cuma UPSI sahaja buat masa sekarang nie. Jadinya universiti lain tak ada ISEP nie. Tapi dorang still ada program pertukaran pelajar cuma nama program pertukaran pelajar tu bukan ISEP lah.
Kalau you belajar dekat UPSI, kena pergi Canselori bahagian kademik utnuk briefing dan cara untuk apply. Then baru boleh apply online. Sebabnya, procedure dia banyak and confuse sikit. So kena pergi briefing dulu untuk faham.
CGPA minimum untuk apply hanyalah 3.0 je, tapi oleh kerana saingan tinggi, jadi CGPA tinggi merupakan bonus untuk diri anda lah. Walaubagaimanapon, jangan putus asa. Mana lah tahu rezeki kita kan, as long as atas 3.0 dah boleh apply. But to be secure, better ada CGPA tinggi lah.
Again, it's all about rezeki. So good luck ! =)
can i know your FB Account?
ReplyDeleteyou may get it at my profile, on top of the page =)
Deletethank you ^^
Assalamualaikum zharif. Sblum ni sy ade terbaca ur blog pasal pengalaman interview di upsi. Now, skrg ni sy memang tgh suka2 baca blog pasal exchange students. Tup2 ive met ur blog again. Awk ni mmg best student ke kat upsi dulu? Mcm ni sy mungkin akan smbung degree in upsi bulan depan & sy baru tahu yg upsi pun ada buat ESP. Semua yg awak pegi under upsi ni fully sponsored ke ? Atau separuh2 means kita tampung separuh & tajaan universiti separuh ?
ReplyDelete