Saturday, August 16, 2014

First Time Naik Kapal Terbang

Assalamualaikum

Alhamdulillah, aku dah pon sampai di Milledgeville, Georgia dengan selamat pada 12 Ogos yang lalu waktu Amerika. Jadi kali nie, aku nak cerita pengalaman pertama kali naik kapal terbang. Memang bunyi macam jakun gila. Tapi tak kesahlah, aku nak share jugak buat kenangan. Penerbangan pertama aku menuju ke Incheon Airport, Seoul Korea. Aku transit di sini selama 3 jam sebelum bertolak menuju ke Atlanta Georgia.


Sebelum naik kapal terbang tu, mestilah kena ada detik-detik nak berpisah dengan keluarga. My mom masa nie memang dah menangis habis. Aku maintain steady je, segan nak menangis depan ramai orang. Dah sampai dekat ruang menunggu untuk boarding, barulah aku mula menangis. Motif sangat kan.




Pagi-pagi bertolak pergi ambil adik lelaki dan adik perempuan aku dekat asrama. Nasib baik lah dapat kebenaran nak keluar adik lelaki aku tu, dahlah sekolah dia jenis susah nak bagi kebenaran keluar asrama.


First, kita check in tiket dulu. Orang kaunter tu tanya aku nak duduk dekat mana. Aku cepat-cepat cakap nak duduk tepi tingkap dan aku dapat sebab flight aku tu agak kosong tiada penumpang. Lepastu cek luggage pula. Thank god my luggage does not exceed the limit. Alhamdulillah lah aku naik Korean Air. Penumpang dibenarkan bawa 2 bagasi, dan setiap bagasi tidak boleh melebihi 23kg. Kira banyak jugalah, total 46kg. Untuk hand carry, aku ingat tak boleh lebih 7kg, tapi Korean Air tak kesah pon berapa berat hand carry korang. Tak cek pon. Aku punya lah bawa beg hand carry sekecik alam kalau nak dibandingkan dengan penumpang lain. Maklumlah pertama kali, jadi kita ikutlah peraturan. Kalau korang tengok beg yang dorang bawa masuk kapal terbang, memang seram. Semuanya berat-berat.

Nak pergi ke kapal tu, memang agak noob sikitlah. Cari gates, naik train dia lagi, lepastu kene tunggu pula. Siap berlari-lari anak lagi takut terlambat. Just in case. Takut kena tinggal kapal terbang. Walhal lama lagi kot Habis becak ketiak aku berlari-lari anak dalam airport.

Bila masuk kapal terbang tu, memang jakunlah sikit. Usha sana, usha sini. Yelahh first time kan. Harus lah batak sikit. Dapat pula tempat duduk tepi tingkap. Haruslah selfie dua tiga empat puluh lima kali kan. Tak ramai pon penumpang masa nie. Tempat duduk sebelah aku kosong. Banyak lah tempat duduk kosong.


And all the stewardess were very beautiful. Kalah artis korea tau, seriously. They were very sweet and friendly. Tinggi-tinggi pulak tu. Yang kelakarnya, aku asyik dengar dorang sebut "shemida". Tak tahu lah ejaan aku tu betul ke tak, aku eja mengikut apa yang aku dengar. For example like "nyeknyok nyeknyok shemida" , "do you want coffe or tea shemida".


Yang nie kalau tengok real, macam Song Ji Hyo pon ada

Masa untuk bertolak, masa yang ditunggu-tunggu buat diri ini. Buckle up, we are about to get aboard. Seriously excited gila masa nie. Bila dah sampai dekat runway tu, hati berdebar-debar. Lepastu dia pecut fuhh laju gila. Dalam 1 minit macam tu then terasa dia dah naik. Rasa sebak sangat sebab akhirnya aku dapat terbang. Terus nyanyi I believe i can fly.

First flight aku tu, tak banyak benda pon berlaku. Yelahh, penerbangan waktu malam. Lagipula 6 jam 25 minit je perjalanan dia. Lepas dah fly di udara tu, dok tergodek-godek lah benda alah dekat tempat duduk tu. Orang sebelah tengok movie macam best je, aku pulak tengok movie tak ada suara. Then tanya lah dia kenapa aku punya tak ada suara, sekali headphone aku salah cucuk daa. Aku cucuk dekat tempat duduk yang kosong tu. Aiseymann, patutlah tak dengar sepatah haram pon. Dekat 10 minit jugaklah tengok cerita tak ada suara akibat malu nak bertanya. Lepastu dah tak malu dah, nak kebelakangkan seat pon tanya dia tau. Ko ghase ?


Untuk makanan dalam, apa yang aku boleh cakap ialah aku tak berapa suka. I was like, euuu apa benda nie. Meal penumpang lain mungkin sedaplah kot, meal aku rasa dia yang ado. Mungkin sebab aku meal untuk Muslim kot. So there were not a lot of choices, or no choice at all.

Sebelum nak terbang tu, sorang pramugari cantik nie datang dekat aku dan tanya nama aku, "Are you Muhammad Zharif, yes ?". And then dia lekatkan sticker kuning dekat tempat duduk aku. Dia tag mereka-mereka yang request untuk Muslim meal dekat tempat duduk so that bila masa untuk edarkan makanan nanti dorang tak tersilap. Satu kemudahan yang baguslah untuk para muslim yang nak naik kapal terbang. Rasa kagum.


So, apa yang aku makan sepanjang naik kapal terbang ?


Flight pertama, makan satu kali je. Dihidangkan dalam jam 4 pagi macam tu. Tak awal sangat ke ko ghase ? Then flight kedua pulak dapat dua meal. Yelah, perjalanan 14 jam kan. Takkan bagi satu meal je. Haruslah dua. Lagi banyak lagi bagu sebab berada dalam kapal terbang buat perut aku lapar.

Rasa dia macam nasi briyani. Ke memang nasi briyani ?

Makan pizza tengah-tengah malam

Hidangan nie paling sedap. Sedap sangat ! Nasi dia unik bentuknya.

Di samping itu juga, mereka beri kudap-kudapan untuk dikunyah dalam kapal terbang. Which i like it very much and keep asking for it. Tiga sekali dia bagi lepas aku mintak. Perli ke apa ? Hahahaa. Tak lah, dorang memang bagi. Whatever we want, they will serve. Thank you pramugari-pramugari cantik.


Masa mendarat ialah detik paling seram. Terutama sekali bila tayar kapal terbang tu nak cecah jalan. Kusss semangat. Banyak-banyaklah mengucap waktu nie. Ada sorang budak kecik nie sampai menjerit kot masak hentakkan tayar tu dekat jalan. Unforgettable experience.

Oleh kerana aku tidak pernah menjejakkan kaki ke luar negara, jadi aku rasa sebak sikitlah bila jejakkan kaki ke Korea for the first time. Eventho cuma duduk dekat ruangan menunggu je. But still, akhirnya aku jejakkan kaki ke negara orang. Secara percuma pulak tu.

Langit di bumi Korea



Transit sema 3 jam dekat Incheon Airport. Tak lama pon sebab lepastu dah kene naik balik kapal terbang untuk ke Atlanta pula.

Kali nie tak dapat duduk tepi tingkap

Di sini, aku lampirkan video yang aku sempat rakam ketika detik-detik nak terbang tu.


Selepas hampir 14 jam, maka sampailah aku dekat Atlanta, Georgia. Sampai dalam jam 10 pagi waktu America, waktu Malaysia ketika itu jam 10 malam. Cepat 12 jam. Sejuk weyh bila sampai tu. Dari tempat aku turun kapal terbang nak ke tempat imegresen sangat jauh. 14 minit berjalan kaki kot. Ko ghase ?


And the police officer who checked my passport and all my documents was not very nice. So strict and so serious. Not even a smile. Sangat gerun dan stress tengok muka dia. Kita nie dahlah pertama kali ke negara orang, sorang-sorang pula tu. Jadi rasa takut tu makin membuak-buak.


Dah lepas semua dekat imegresen, it was time to collect my luggages. I was a little bit worry at this time since my friend, Qasha, lost her luggages. But Alhamdulillah, it did not happen to me. Seronok melihat bagasi aku berjoget-joget dekat atas papan bergerak tu. Kira macam sesi jejak kasihlah masa nie. Berpisah di Malaysia dan bertemu kembali di America. Anyonyo kan sweet tu.


And that's Jason, who picked us up at the airport. Semua tujuh orang yang dia pick up. Dua pelajar dari China, dua dari Taiwan, satu dari Argentina dan satu lagi dari Japan.  Tapi yang budak Jepun tu, dia tersangkut dekat imegresen sebab tertinggal document dia. Goshh, 4 jam tunggu dia punya urusan dekat airport. Dah lah sejuk gila dalam airport tu. End up kitorang blah je. Dia akan diambil kemudian. Jam 10 sampai, jam 2 petang baru bertolak. Then i fall asleep in the car. Sangat penat ya. Perjalanan dari Atlanta Airport menuju ke Milledgeville Georgia mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk sampai.

Dalam jam 4 petang macam tu, barulah kami semua sampai di Milledgeville, Georgia. My first impression was, what a beautiful city. Semua rekabentuk bangunan ala-ala Greek style. Cantik-cantik. Will tell you more about Milledgeville pada entri berikutnya.

Hasil kutipan yang aku berjaya dapat ketika berada dalam dua penerbangan Korean Air

Kawan Korea aku cakap, dia tak pernah gunakan perkhidmatan Korean Air untuk ke luar negara, sebab harga tiket terlampau mahal katanya. Dia lebih prefer guna servis airline lain untuk ke luar negara. Maksudnya aku nie naik kapal terbang mahal erk ? Hahahaha. Terima kasih UPSI sebab bagi aku naik Korean Air. Hopefully balik nanti pon gunakan perkhidmatan Korean Air lagi. Ahaks ~

Okay itu je, jumpa lagi di entri seterusnya.

15 comments:

  1. 'Seumnida' laa..tu laa..aq suh ko blaja korea ngn aq ko tak nak..aq selalu nyamyi lagu korea ko kate x best..hahahahaaa..

    Btw, goodluck la zarep study kt georgia college walaupon satu sem je..sorry le x dpt wish ko ritu sbb line fon aq sewel..

    ReplyDelete
  2. Suka baca entri yang ni sebab teringat pengalaman sendiri. And, best gila ada kawan hantar pergi airport. Wan drive sendiri ke?

    Teringin nak naik Korean Air juga tapi memang mahal gila. Terus tak jadi nak beli ticket dekat Korean Air

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, wan drive sendiri. he did told me that insyaAllah he will come. i thought he's just kiddin. when i was about to check in, he was there. tekezut aku >__<

      he came to the airport lebih awal dari aku, acano tu ...

      i didnt know the price.. my university book the flight ticket for me.. they support everything.. so yeah, i think i'm pretty lucky =D hihi

      Delete
  3. Assalamualaikum zharif. wah bestnya penngalaman pertama tu. dikenan sampai bila2. best best baca nitah bila akak nak sampai korea dengan amerika tu. ahhaha be safe adik ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam kak sheila=)
      insyaAllah kak, ada rezeki akak sampai lah korea n amerika tu =)
      thank you kak sheila =)

      Delete
  4. Teringat zaman first time fly..dulu fikir sedih sbb tinggalkan family tp terus piki nak buat ape sedih2 sbb kite pgi sana utk belaja kan..nnt lama2 biasa la mase nak check utk immigration..kitorg selalu travel dlm group ngan kwan2..siap compete sape lepas immigration paling mudah. Good luck!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. best nya travel dlm group, me iz alone. acano tu, nak tak nak kne berdikari sendiri lah.. =)

      Delete
  5. Wahhhhh!!! Tahniah..selamat belajar di tempat baru...

    ReplyDelete
  6. Hi. Seronok betul baca entry awak ni (: Belajar bidang apa and university mana ya? Semoga sukses!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Course Psychology at Georgia College And State University, Milledgeville Georgia.
      Thanks, keep on reading =)

      Delete
  7. salam. tumpang tnya tn.tn mohon biasiswa mana ya? teringin juga nak balajar di sana.

    ReplyDelete
  8. Heya i am for the first time here. I came across
    this board and I in finding It realoly useful & iit helped
    me out much. I amm hoping to offer something back and help others
    such as yoou helped me.

    ReplyDelete
  9. My brother suggested I would possibly like this web site.
    He was totally right. This submit truly made my day. You can not imagine simply how a lot time I had
    sent for this info! Thank you!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Popular Minggu Ini