Wednesday, August 27, 2014

Bobcat Card, GCSU

Assalamualaikum

Seperti yang telah dijanjikan, kali ini aku nak cerita tentang kad matrik aku di Georgia College. Ia dipanggil Bobcat Card. Nak buat Bobcat Card nie tak ambil masa yang lama pun. Ambil gambar, lepastu terus dia cetak. Dalam 1 minit kad siap dan terus bagi pada pelajar. Buat kad nie masa minggu orientasi dulu. Dia dah sediakan waktu spesifik untuk para pelajar datang dan buat kad nie. Tapi aku tak ikut jadual tu, aku buat sehari lebih awal untuk elakkan kesesakkan di pejabat itu.


Masa aku buat nie, kitorang tengah buat sesi tour campus dengan pelajar antarabangsa yang dah belajar lama dekat sini. Mereka tulah yang ajak pergi buat kad. Aku pon okay jelah, kenapa tidak walaupun bukan waktu yang ditetapkan untuk buat. Masa tu, aku berdua je dengan pelajar baru dari Spain. Pelajar yang dah lama belajar sini tu berasal dari negara China. Sangat peramah ya dia nie. Serba serbi dia tahu selok-belok dan life hacks hidup di Amerika nie.


Masa aku punya giliran untuk bergambar, aku boleh request kot untuk ambil beberapa shots. Sampailah aku rasa aku dapat muka yang agak "decent", barulah aku puas hati. Tiada muka yang spesifik pon untuk gmbar kad matrik nie. Kau nak make up atau posing over pon boleh. Bobcat Card sangat penting sebab dia banyak kegunaan untuk digunakan di sekitar kampus. Tak bawa kad nie, consider kau kena patah balik bilik dan ambil. Apa yang Bobcat Card boleh buat ?

1st : Makanan

Sebelum nak masuk dining hall, kene swipe card nie dekat kaunter sebelum masuk. Or else, you can't enter the dining hall. Tak pon kene bayarlah kalau nak makan dekat situ. Setiap pelajar ada Meal Plan masing-masing. Apa itu Meal Plan ? Bab nie, insyaAllah lepas entri nie aku akan cerita.

2nd : The Dorm

Selain kad dorm yang aku tunjuk seperti dalam entri nie, KLIK , Bobcat Card ini jugak mempunyai fungsi yang sama. Di mana ia juga boleh digunakan untuk swipe dekat pintu masuk untuk membuka pintu utama. Sebenarnya, aku baru tahu benda nie lebih kurang seminggu yang lalu. Kad dorm aku tak berfungsi. Asyik reject je bila aku touch dengan scanner. Aku punya noob tu, punyalah dok tunggu orang buka pintu masuk untuk masuk.

The dorm

Fed up jugalah masa tu sebab setiap kali nak masuk, kena tunggu orang lain. Aku laporkan pada ketua aras untuk bertanyakan soal replacement card. Dialah yang bagi tahu, aku boleh gunakan Bobcat Card untuk buka pintu.

3rd : The Wellnes Centre

Nak masuk Wellnes centre kena tunjuk kad dekat kaunter then dia akan scan dan baru boleh masuk. Tanpa Bobcat Card, bagilah alasan macam mana sekalipon, kau tetap tidak boleh masuk tanpa membawa kad itu. Contoh kau ada kelas dalam tu, tapi kau lupa bawa kad. Kau tetap tidak dibenarkan masuk.

The Wellness Centre

Dalam Wellness Centre ada macam-macam kemudahan untuk pelajar. Dekat situlah terletaknya Gym, track untuk berlari, tempat nak swimming, climbing rock, court bola keranjang, court futsal, klinik kesihatan universiti, pusat kaunseling dan jugak kelas-kelas fitness.


4th : Mail Box

Kena tunjuk Bobcat Card untuk ambil bungkusan yang diterima. Aku nak bercerita juga soal mail box dalam satu entri khas. Yang nie pon aku rasa sistem mereka sangat sistematik dan efisien. Kolej kediman di Malaysia patut aplikasikan sistem yang sama untuk memudahkan bungkusan yang sampai di pejabat kolej diuruskan secara sistematik.

5th : The Library

Sama macam sistem perpustakaan universiti lain bila nak pinjam buku. Kena serahkan kad matrik dan swipe untuk meminjam. Cumanya beza dekat sini, pelajar atau sesiapa yang nak masuk perpustakaan tidak perlu scan kad matrik pelajar pon. Boleh terus masuk. Free access untuk sesiapa. 


Library nie ada banyak bahagian-bahagian dia tau. Dorang ada tempat untuk dapatkan inspirasi untuk assignment atau project dari mereka yang pakar, tempat untuk belajar menggunakan software seperti software words, excel dan banyak lagi. Juga terdapat tempat untuk tolong ajar buat assignment kalau assignment tu susah sangat untuk dibuat daripada tutor-tutor yang dilantik, nak sewa dvd atau nak sewa gadget seperti ipad atau camera DSLR pon ada.


Besar perpustakaan di Georgia College nie. Sangat-sangat besar. Malah, Starbucks pon ada tau dalam nie.

6th : Printing

Yang nie aku rasa terkesima sangat. Sangat sistematik gila sistem dorang dekat sini. Nak print, masukkan nombor yang tertera dekat Bobcat Card, yang aku hitamkan dekat Bobcat Card tu, meupakan nombornya. Pergi dekat mesin printer, swipe card dekat komputer tu, lepastu dia akan keluar document yang korang nak print. Boleh terus print.

Sangat wow okay sistem ini. Sistematik gila. Setiap print di cas 0.10$. Oh lupa nak bagi tahu, kad nie juga bertindak sebagai kad debit yang mana dalam tu korang boleh topup duit. Jadinya bolehlah swipe dekat mana-mana kedai sekitar kampus yang terima pembayaran melalui Bobcat Card. Dalam kad aku tu memang ada duit sebabnya meal plan yang aku dapat, adalah meal plan unlimited. Meal plan unlimited, dapat 150 dollar Dining dash dan 50 Dollar Cat Cash. Bab Dining Dash aku akan terangkan dengan panjang lebar dalam satu entri khas bab makanan. Cat cash tu ialah ibarat duit tunai yang ada dalam Bobcat Card. Tiap kali ko swipe untuk bayar, dia akan tolak duit dalam tu. Kira macam kad debit bank. Faham tak ?

7th : Washing Machine

Nak guna washing machine pon kene swipe kad matrik tau. Acano tu ? Macam yang aku bagi tahu, dalam kad nie ada duit, jadi boleh gunakan Cat Cash tu untuk basuh baju.


They even have this apps where we can see sama ada, ada mesin basuh available ke tidak. If someone are using the washing machine, the apps will tell you berapa minit lagi mesin basuh tu akan selesai dan sedia untuk diguna oleh orang lain. Isn't that cool ? We can monitor our own laundry from our room without having to go downstairs and check. Advanced gila kot. Universiti di Malaysia ptut aplikasikan juga benda nie.

GC apps ini juga banyak fungsi dia untuk menyenangkan kehidupan kau dalam Georgia College nie. Kalau cerita dengan lebih terperinci dekat sini, jawapnya sampai tahun depan pon tak habislah aku menulis. Hahahaa.

-----------------------------------------------------------------------------------------

Okay, itu sahaja yang aku baru discover, mungkin banyak lagi fungsinya. Apa-apapun aku rasa terkesima sebab banyak fungsi dan benda yang melibatkan penggunaan kad matrik pelajar. Dekat UPSI, i take matric card for granted, yang mana kalau tak bawa pon tak apa. Bukannya guna pon. Unless nak masuk perpustakaan, barulah terhegeh bawa gantung dekat leher. Tapi dekat sini, i will never ever go out from my room without my Bobcat Card. Kau tinggalkan dekat bilik consider kene patah balik pergi ambil. Begitu sekali tahap pentingnya kad ini.

PESANAN PENAJA


4 comments:

  1. Assalamualaikum dik, fuyohhh berguna sangat kad metrik ni. hehehe you cannot live without it. sila sentiasa keep it near you. hihi jaga diri dik. cepat2 update next entry okey ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam kak sheila =)
      saya nie bab nak mengupdate yg tak rajin tu. insyaAllah sy cuba istiqamah ye kak sheila ^__^
      terima kasih kak Sheila =)

      Delete
  2. Replies
    1. sangat. rasanya kat Canada lagi up to date kan Farah ? hihi

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Popular Minggu Ini