Saturday, August 11, 2018

Lebaran 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kali nie, aku nak bercerita kemeriahan suasana hari raya tahun ini buat semua pembaca setia jejakakaula. Yang tak setia tu, mohon berubah. Tibahhh ! Raya tahun nie, secara umumnya agak sedikit hambar. Hahahaha. Biasa-biasa je raya tahun nie. Tak ada benda gempak sangat pon nak cerita. Tak seperti kisah raya tahun lepas. Masih ingatkah peristiwa tahun lepas tentang daging rendang basi di pagi raya ? Kalau tak tahu, maksudnya anda tak setia lah tu.



HARI RAYA PERTAMA 

Apa yang menariknya tahun nie, sudah tentulah baju raya aku. Tak lain tak bukan, ia pasti menjadi topik hangat netizen. Tibahhh. Aku agak sedikit extra bila bab-bab baju raya nie, kerana aku tak suka biasa-biasa. Sebab tu aku tak suka beli baju siap untuk baju hari raya pertama. Hihi. Tapi Alhamdulillah ! Rezeki blogging tahun nie agak meriah. Merasalah 4 baju raya sponsor untuk tahun nie. Tu yang banyak baju raya aku. Terima kasih buat para penaja yang sudi menaja saya. Yang masih tak sponsor saya baju raya tu, tak reti-reti nak sponsor untuk baju raya tahun depan ? Kbye.


For the first time in forever, aku hantar baju raya tahun nie pada tailor lain. Bukan lagi Kak Siti yang aku selalu hantar for the past 24 years. Maaf ya Kak Siti, tahun nie saya tukar angin. Tahun nie aku mempertaruhkan kepercayan terhadap seorang tukang jahit muda yang sangat berbakat dan orang ramai patut kenal beliau. Untuk design, memang aku sendiri yang design. Dan Alhamdulillah, tailor nie sangat sabar dengan kepelikkan design-designku. Dan beliau berjaya zahirkan lakaran aku ke dalam sebuah bentuk busana yang indah dipakai oleh aku. Tibahhh


Maka terhasilah baju rayaku ini. Yang paling aku suka adalah kerana ianya slim-fit. Terletak helokk pada tubuh ku yang tulang-temulang ini. Biasanya baju aku akan menggelebeh sana sini. Tapi tidak pada tahun nie. Hihi.


Pagi rayaku bermula di masjid. Wajib ye mention masjid sebabnya Alhamdulillah tahun nie diberi kesempatan dan dipilih oleh Allah untuk aku menunaikan solat sunat hari raya. Bunyinya macam riak, tapi memang sebenarnya agak sedikit riak. Mohon tepukkk.

Aktiviti melawat kubur di pagi raya sudah lama ditinggalkan. Everyone has different opinion on this matter, so do i. So memang tak melawat kubur pada tahun ini. Sebaik sahaja semua ahli keluargaku bersiap, rumahku diserang anai-anai. Eh silap. Bukan anai-anai. Diserang oleh saudara-mara ku. Terima kasih kerana sudi datang ke teratak kami. Seterusnya kami semua bergerak ke rumah adik-beradik sulung belah ibu. Lepastu barulah kami ke rumah sepupu-sepapat yang jauh. Yang 2 pupu, 3 pupu, kupu-kupu, semua yang ada pupu-pupu tulah. Pergi mana yang sempat je. Yang kami tak pergi tu, bukan sebab kami tak suka, bukan sebab kami melupakan anda, tapi kami tak sempat.

Atau mungkin sebab kami memang tak nak singgah. BHAHAHAHAHAHA !

HARI RAYA KEDUA

Kalau selalu, setiap hari raya pertama lepas maghrib selalu kami sekeluarga akan terus bertolak ke kampung ayah di Pahang. Tapi tidak pada tahun ini. Tahun nie penat sangat sebab rumah yang dilawati agak banyak. Sampai ke malam dikk non. Tapi tulah, walaupun beraya sampai ke malam, duit raya satu pon tak dapat. Sedih pula bila memikirkan kesan dan akibat bila umur sudah makin meningkat nie dikk. Satunya sebab duit raya lah. Tak dapat duit raya, orang lain pulak yang hulur mintak duit raya dari kita. Eh choiii !


Hari raya kedua aku memakai set busana dari Jakel. Sepasang baju melayu lengkap dengan sampin tenun pelikat istimewa. Terima kasih ye Jakel di atas baju raya yang super vass dan selesa ini. Ouh ya, aku juga ada dapat dua kain ela daripada Jakel. Tak sempat nak hantar tailor, kita pakai tahun depan jelah yer. Terima kasih tau, tahun depan 5 pasang pulak. Kbai !!


Untuk hari raya kedua, seperti biasa, kami akan menggunakan jalan Kuala Pilah-Jempol untuk balik Pahang. Tak tahu kenapa suka sangat lalu sini untuk balik kampung berbading menggunakan lebuhraya PLUS. Mungkin sebab kami nak singgah ke rumah keluarga angkatku yang berada di Jempol. Memang selalu akan singgah beraya ke sini sebab sehaluan.


Masakan air tangan Achik Piah memang selalu tidak mengecewakan. Aku suka benor kalau Achik Piah nie masak Sotong masak sambal. Serious sedap gila ! Even my siblings pon selalu tertunggu-tunggu sotong masak sambal dari Achik Piah.

Selalunya hari raya kedua nie, memang tak ada apa sangat pon. Masa banyak dihabiskan dalam kereta dan pergi shopping barang dapur untuk dibawa ke kampung. Beraya pon satu rumah je. Sampai kat kampung pon dah lewat malam. So macam tulah cerita hari raya kedua.

HARI RAYA KETIGA


Hari raya ketiga, ramai tetamu datang ke rumah nenek dan atuk aku. Katanya mereka sedara-mara kepada atuk aku. Since aku sangatlah tak berapa cakna akan salasilah keluarga belah ayah, jadinya memang tak kenal dan tak familiar. Lebih kurang 5 buah kereta masa tu.


Sebaik sahaja mereka balik, kami sekeluarga pon pergi keluar beraya ke rumah sepupu-sepapat belah ayah yang mana selama aku hidup, tak pernah tahu pon ada bau-bau bacang dengan mereka. Plus, ini merupakan pertama kali kami "beraya" rumah-rumah di Pahang. Selama hari ini, kalau balik kampung ayah, memang sekadar duduk rumah sahaja. Tak beraya pon. Tahun nie macam buang tebiat sikit.


Okay guys, untuk hari raya ketiga nie, aku memakai satu set kurta lengkap daripada Butik Haqqi. Memang sangat selesa fabriknya dan sangat suka akan designnya yang bersahaja. Sempatlah beraya 5 buah rumah masa tu. Dari petang sampai ke tengah malam. Fuhhh penat !


HARI RAYA KEEMPAT

Masa untuk pulang semula ke Banting, Selangor. Rasa berat hati betul nak tinggalkan Wek dan Tokki aku nie. Dahlah aku jarang balik Pahang. Aku jelah yang jarang, family aku biasa jugak balik sana. Kekangan kerja membataskan aku untuk pulang ke kampung. Gitueee.



My kesayangan dunia akhirat. Tokki dan Wek ku yang sungguh comel. Semoga mereka berdua terus dikurniakan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur. InsyaAllah bualn nie akan pulang ke kampung lagi. Dengar cerita buah durian dah mula berguguran jatuh. Aduhhhh terasa macam nak ke sana je sekarang nie. Haritu sempatlah merasa sebiji durian jatuh, itupun sebab si monyet yang gugurkan. Tapi rasa dia sedap !


Sekali lagi. Kurta moden slim-fit yang aku pakai di hari raya keempat ini adalah dari Butik Haqqi. Sangat selesa dan suka dengan warnanya yang agak jarang ditemui di pasaran.

Lima Lipa ?

Hari raya keempat tak beraya mana pon. Again, banyak habiskan masa dalam kereta untuk pulang ke kampung. Hari raya keempatku sia-sia begitu sahaja. Tak puas nak menayang baju Haqqi aku nie.

HARI RAYA KELIMA

Penat semalam tak hilang lagi, tapi aktiviti raya harus diteruskan. Untuk hari raya kelima nie, kami sambung ebraya rumah saudara-mara jauh yang kami tak sempat ebraya pada hari pertama yang lalu.



Sekali lagi, aku mengenakan set kurta daripada Butik Haqqi. Sangat mencintai warna peach yang lembut. Fabriknya yang lembut dan senang digosok pasti menjadi pilihan buat remaja seperti ku. Wahhh feeling remaja gituee.



Agak meriah ye aktiviti hari raya kelima nie. Banyak juga rumah yang ebrjaya kami teroka. Makanan pulak sedap-sedap. Setiap rumah menyajikan hidangan yang berbeza. Puas dapat makan itu ini.



HARI RAYA KEENAM

Hari raya keenam merupakan hari menerima tetamu pulak. Pada belah pagi, keluarga besar Faries datang dari Jempol. Tapi kesian masa nie, semuanya tengah tak sedap perut. Makan apa lah tu agaknya sampai semuanya muntah-muntah.


Lepastu Adi Kesumat datang ebraya rumahku seorang diri. Ko mampu ? Lepastu kami pon membalas kunjungan ke rumah Adi. Macam balas-balas pantun pulak kan. Ko datang, aku pon datang. Ko tak datang, aku lagi tak hingin nak datang. Tibahhh !


Malam tu pulak beraya rumah abam polis, kawan aku semasa aku bekerja sementara di airport awal tahun lepas. Kenal dah lama tapi tahun nie baru first time datang rumah dia.


Balik je rumah, rumah penuh dengan tetamu. Lepastu sempat pulak kami beraya satu rumah malam tu. Sangat tak dirancang. Tetibe je ajak raya, terus siap-siap pergi beraya. Ko ghase ?


Entahlah dik nonn raya ke berapa ni. Hilang pertimbangan dah


Malam tu aku sempat beraya ke rumah Fadzilah, Zuhair dan sekali lagi, rumah Adi kesumat. Kenyang betul malam tu dapat makan banyak benda.


Dah kata hilang pertimbangan. So jangan tanya hari raya ke berapa ni

Singgah open house di rumah kawan kepada kawan baik aku nie. Tak ingat pulak dekat mana nie. Anyway thanks jemput dan menjamu kami dengan makanan-makanan yang dihidangkan.


Oleh kerana baju daripada butik Haqqi nie aku tak puas menayang pada khalayak ramai, jadinya aku gunakan sekali lagi untuk aktiviti rayaku kali ini. Siap ber-OOTD berlatarbelakangkan PKNS Shah Alam. Adik ghase ?

On tak on ?

Malam tu pulak, pergi memenuhi jemputan open house di Putrajaya. Open house tu sangat sedih dik non. Allahu sedih sangatlah. Tak sanggup rasanya nak cerita. Gambar pon tak ada untuk dijadikan sajian.

Hari Raya entah keberapa


Aku juga berkesempatan untuk menghadiri rumah terbuka Gaya Travel yang diadakan di Kuala Lumpur. Memang meriah sungguh rumah terbuka Gaya masa nie. Dan yang paling best, terdapat banyak cabutan bertuah dan hadiah lumayan yang disediakan buat tetamu yang hadir.
Sempat bermain game Charades dan kumpulan lawan kami ialah Yasmin Hani dan pelakon muda yang sedang meningkat naik namanya, Raja Shahiran. Malang sekali, team aku kalah. Semua salah si Faries !! Puas aku buat gaya suruh dia tekat nama movie "The Hunger Game". Dia boleh tak dapat. Aishhhhh.


Walaupun dapat saguhati je tapi hadiah boleh tahan tau. Setiap kami dapat 4 tiket masuk ke Bangi Wonderland dan 5 Starbucks voucher. Tapi bila bukak sampul tu, ada extra satu tiket lah pulak untuk ke Bangi Wonderland. Faries pon dapat extra satu. Wahh ! Voucher Starbucks ada lagi, yang Bangi Wonderland tu entah bila lah nak pergi.


Lepastu ada sesi menari-nari pulak. Ahh sudah. Maka menari-narilah aku di atas pentas lagu Lavida Raya dengan ewahnya. Videonya ada aku attach kat bawah tu. Boleh tonton beramai-ramai.




Itu sahaja untuk rumah terbuka Gaya Travel pada tahun ini. Tahun depan jemput lagi yer. Hihi

Pon tak ingat dah raya ke berapa

Kali nie, sambutan raya di sekolah aku pulak. Agak meriah juga lah. Dan yang paling penting makanan best-best. Cumanya lagu-lagu yang berkumandang semasa majlis berlangsung agak tak sedap. HAHAHA. Bukan tak sedap tapi tiada kepelbagaian. Manjang lagu Maher Zain. Untuk satu dua tiga kali dengar, mungkin okay lah kot. Tapi kalau lagu tu dok berulang 88 kali lagu yang sama, adik ghase ??


Terutama lagu yang Ramadhan tu. Ramadhannnn ramadhannnn ramadhannnn ya habibbb. Allahu dikk. Majlis yang sepatutnya disambut dengan kegembiraan, lagunya syahdu lah pulak. Berulang-ulang pulak tu. Ingatkan bila kata nak seragamkan lagu tu, banyaklah pilihan lagu rayanya. Rupanya Maher Zain sajo. Hahaha. Apa-apa pun, tak apa lah. Bestlah dapat experience beraya di sekolah sekali lagi.












Mengimbau semula kenangan-kenangan beraya di sekolah sewaktu ketika dahulu. Maklumlah, aku dah lama tinggalkan sekolah. Di universiti mana ada rasa sambutan raya-raya nie. Tiap kali time raya je cuti semester. Time kat matrik dulu lah merasa. Itupon 6 tahun yang lalu. Lama dahhh.

Raya dah habis, tapi kami beraya lagi


Serious weyhh, raya dah habis masa nie. Dengan berkonsepkan pot luck dan pakai terjah, maka dapatlah kami hadir ke rumah ustazah yang mengajar kami dulu. Ustazah juga merupakan guru kelas kami untuk dua tahun berturut-turut. Tahun nie sempat beraya satu rumah guru je. Ini pon very the tiba-tiba tau. Raya dah habis pulak tu. Hihi



-------------------------------------------------------------------------------------------

Okay cukup setakat ini sahaja cerita raya untuk tahun 2018. Semoga bertemu lagi syawal tahun hadapan. Till then, bye.



1 comment:

  1. Sedih sebab tak dapat join pergi rumah Ustazah. Mampu tengok gambar korang dekat Whatsapp je.

    ReplyDelete