Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pada 12 Ogos yang lalu, aku telah sama-sama turut memeriahkan larian marathon yang dianjurkan oleh IJM Land. Larian ini merupakan larian tahunan yang dianjurkan tiap-tiap tahun dan tahun ini merukan tahun ke-7 penganjurannya. Penyertaan tahun ini amat luar biasa sekali. Seramai 9,000 peserta menyertai larian ini dan di kalangan peserta ada dari Australia, Hong Kong, China, Indonesia, Korea, Jepun, Singapura, Taiwan dan juga Thailand.
Penyertaan tahun ini meningkat sebanyak 1500. Dengan ber-tagline-kan "Run Together, Bond Stronger", ternyata mendatangkan kesan yang positif di mana penyertaan meningkat setiap tahun dan sekaligus mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat setempat.
Terdapat 3 jarak larian yang dipertandingkan, 5KM, 12KM dan 21KM. Larian bermula di Dataran Centrio Seremban 2. Setiap peserta yang menyertai larian ini menerima satu medal penghargaan dan juga goodies bag. Kesemua peserta juga layak menyertai cabutan bertuah yang dianjurkan. Meriah betul hadiah-hadiah cabutan bertuah yang disediakan.
Apa yang lebih memeranjatkan lagi ialah di mana peserta berusia hampir 90 tahun, menyertai acara larian ini. Sangat salute pada pakcik itu. Jarang-jarang nampak penglibatan usia sebegitu terutama sekali dalam acara larian seperti ini.
Pengunjung yang hadir bagi menyokong dan memeriahkan acara marathon ini berpeluang untuk menikmati makanan-makanan ringan yang disediakan oleh penaja-penaja utama untuk acara IJM Land Half Marathon 2018 ini. Antaranya ialah Yakult, Nestle Milo, Nestle Fitnesse, Fruit 10 dan macam-macam lagi.
Kepada mereka yang amat meminati untuk menyertai acara larian seperti ini, jumpa lagi di IJM Land Half Marathon pada tahun hadapan. Ia akan berlangsung pada tarikh 4 August 2019.
Untuk butiran lebih lanjut, boleh layari : www.ijmlandrun.com
Suka dengan IJM ni, deorang pilih lokasi rare dan jarang orang buat macam kat Seremban. Barulah orang sana pun dapat ikut kan.
ReplyDeleteTahniah pada uncle 90 tahun tu. Rawlins suka yang fun run je yakni 5 km hahaha... kalau zumba memang laju je Rawlins masuk.
ReplyDeleteaktifnya dia join larian ni..jaga kesihatan ke dik..bagus sangat ni..jarang tgk anak remaja join run mcm ni..good job :)
ReplyDeleteRamai nya orang berlari! Pakcik pun steady eh join marathon macamni. Siap dah keluar date untuk next year, wow one year advance!
ReplyDeleteI wish boleh join acara macam ni. Ramai betul peserta tahun ni ye. Mesti meriah giler. Positive aktiviti for any age.
ReplyDeletePergghhh! Rajinnya join larian macam nie. Bagus bagus! Bagus untuk stamina diri
ReplyDeletewah hebatnya umur dah 90 tahun pun masih boleh join aktiviti macam ni. salute! Jeles juga tengok kawan2 yang selalu join event mcm ni. Jenis stamina tak kuat mampu tengok jer la. haha (alasan)
ReplyDeleteIka pernah dengar tentang IJM marathon. dengarnya penganjur sgt bertanggungkawab dan hadih pun sangat menarik.Hopefully next year boleh join.
ReplyDeletelama betul tak masuk run macam ni.rindu pulak bila tengok gambar orang lari.nak aktif balik nak join boleh kumpul medal.
ReplyDeleteRamai jug ayang masuk larian yang bagus untuk kesihatan ni. Baguslah tu, sebab rakyat Malaysia ni pun banyak yang obes kan.
ReplyDeleteLama dah x join marathon rindu giler. Tapi marathon ijm ni mmg aktif kan setiap tahun ada. Peserta pun setiap tahun makin bertambah
ReplyDeleteIni lomba lari ya... ramai sekali orang ikut. Aduh banyak juga minuman sehati ini di sajikan di arena lomba lari. Apa itu free?
ReplyDeleteMarathons are really fun! Happy to see there are so many now in Malaysia!
ReplyDeleteBanyak peningkatan berbanding sebelum ni..siap daripada luar negara tu..dah jadi macam international run la macam ni..
ReplyDeletebest yer dapat join event larian camni. Sihatkan badan dalam masa yang sama enjoy!
ReplyDeleteSaya ni dah lama tak lari, kalau lari mahu tercabut lutut agaknya. Maklumlah usia dah meningkat
ReplyDeleteRamainya rakyat Malaysia yang join acara yang menyihatkan macam ni kan tuan. Bagus juga dari buat benda tak bermanfaat
ReplyDeleteRajinnya you join aktiviti gini, bagus Tu Mak pelbagai aktiviti larian.
ReplyDeleteBagus join aktiviti yang menyihatkan badan macam ni. Boleh keluar peluh dan kaeal berat badan. Sakit pun lari
ReplyDeletebestnya. i selalu teringin nk join marathon macam ni tp in the end rasa malas. hahaha
ReplyDelete