Tuesday, August 21, 2018

Menang Giveaway Anjuran BroFramestone Dapat Smartphone Neffos C7

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Saja nak berkongsi kegembiraan dengan semua pembaca blog Jejakakaula, bahawasanya diri ini telah memenangi giveaway yang dianjurkan oleh Broframestone. Alhamdulillah, rezeki aku dapat sebuah telefon pintar dari Neffos.


Spesifikasinya boleh tahanlah. Sedikit informasi mengenai smartphone Neffos C7 ini
  • Android 7.0 Nougat
  • Battery 3060 mAh
  • 13 MP main camera and 8MP front camera
  • Skrin HD bersaiz 5.5 inci
  • Pengimbas cap jari yang pantas
  • Dua pilihan warna : Gold dan Grey
  • Harga di pasaran : RM 499 (Sangat mampu milik !!)

Untuk butiran lebih lanjut mengenai telefon pintar Neffos C7 ini, boleh baca di blog Broframestone : NEFFOS C7


Betul-betul tak sangka sebab banyak penyertaan kot. Apa-apapon, Alhamdulillah. Rezeki. Siapa yang nak bagi kan. Terima kasih bro dan terima kasih Neffos Malaysia kerana memilih diri ini sebagai pemenang.


Dalam kotak Neffos C7 terdapatnya satu kepala charger dan juga wayar USB, bersama buku mengenai phone ini dan juga cover screen plastik untuk melindungi skrin telefon. Malang sekali ia tidak menyediakan earphone di dalamnya. Uwaaaa nape tak sediakan sekali erk.

Neffos C7, grey color

Anyway, baru-baru ini jugak aku sempat menghadiri pelancaran 4 model telefon pintar terbaru dari Neffos. 4 model terbaru tersebut adalah Neffos X9, Neffos C9, Neffos C9A, Neffos C7A.


Apa yang menarik berkenaan Neffos ialah, telefon pintar keluaran Neffos berspesifikasi tinggi tapi dijual pada harga sangat mampu milik iaitu bawah RM 1000, bergantung kepada sesuatu model telefon tersebut. Ini adalah berita baik buat semua orang di mana dengan Neffos, kini semua mampu untuk memiliki telefon pintar.


Semasa event tersebut, aku mengambil kesempatan ini untuk mencuba kamera selfie dari telefon pintar Neffos X9. But to be very quite honest, memanglah ia tidak mampu menandingi kamera iphone. Bab kamera, iphone selalu menang. Kamera telefon pintar iphone tiada tandingan. Tapi kamera Neffos X9 nie boleh tahan hebat jugaklah.


Setiap tetamu yang hadir membawa pulang satu set goodies bag dari Neffos. Meriah betul goodies bag Neffos nie tau. Tak macam satu brand telefon tu, media datang launch handphone baru jenama phone tu, satu apa pon dorang tak bagi. Hanya sekadar bagi press release je. Kuss semangat !

Balik terus email pada PR. Kah ! Jenama phone apa ? Yang tu adalah rahsia. Hihi


Untuk maklumat lanjut mengenai telefon pintar Neffos, boleh layarai laman sesawang mereka.


24 comments:

  1. Wah!!! bestnya dapat henpon Neffos dari Broframestone.
    Ada terbaca pasal GA ni tapi ntah kenapa tak join muahahaha.....
    Anyway tahniah rezeki berGA

    ReplyDelete
  2. Tahniah Zharif. Untung murah rezeki :)

    ReplyDelete
  3. Tahniah Zharif... Semoga murah rezeki selalu.

    ReplyDelete
  4. tahniah semoga dengan adanya neffos ni boleh berselfie bebanyak ya hahaha nanti i komen gambar anda muahahhahaaa

    ReplyDelete
  5. wah kemain bahagialah cikgu Zharif dapat hp baru ek, bole buat video bebanyak lagi hehehee

    ReplyDelete
  6. Wahhh tahniah zarif..murah betoi rezeki awak. Sis pun ada join gak tapi rezeki tak berpihak pada sis. Pakai phone tu leklok ya...:)

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum dan selamat pagi tuan zharif, wah tahniah dapat menang give away tu. Murah rezeki. Dapat telefon pintar pulak tu. siapa nak bagi kan

    ReplyDelete
  8. Menarik nya, dapat hadiah handphone untuk give away. Boleh lah join lepas ni. Hehe. Tahniah pada tuan sebab dapat hadiah baru. Brand neffos tu bagus ya?

    ReplyDelete
  9. Wow..congrats. bestnya menang smartphone. Nampak cantik design hp ni. Btw dah follow sini.

    ReplyDelete
  10. Tahniah zharif. Nampak juga announcement dari bro hari tu. Memang cantik phone ni. Harga pun mampu milik. Bertuah zharif menang

    ReplyDelete
  11. Tahniah zharif.rezeki tu menang hp neffos.sparepart utk event akan dtg hehehe

    ReplyDelete
  12. Tahniah Zharif. Murah rezki.
    Cantik headphone tu. Kalau tak berkenan, Rawlins berkenan. hehehe

    ReplyDelete
  13. syok nya... dapat hp baru.. looks great and nice..hp model ni.. kan? how's it? hmm..

    ReplyDelete
  14. Wah Tahniah kepada anda kerana memenangi giveaway ini. Telefon bimbit ini boleh dikatakan boleh tahan dari segi spesifikasi dan kamera. Memang untunglah dapat jadi salah satu pemenang. :)

    ReplyDelete
  15. Waaaaa tahniah... bestnya menang hp baru.. bila la kak liez nak menang boleh jdkan 2nd phone.. . Tp tgk neffos ni pun mcm best je

    ReplyDelete
  16. Wahh bestnya menang hadiah phone lak tu kita tak pernah nak menang tak ada pun orang nak kasi hehehehe tapi phone ni murah tau tapi canggih best untung lah suka selfie....

    ReplyDelete
  17. wah tahniah zharif! bestnya dapat phone free.. saya pun masuk juga contest tu tapi nasib tak sebelahi saya, apapun tahniah pada semua pemenang!

    ReplyDelete
  18. Hari tu pergi launching phone dah jatuh hati and siap ada angan nak beli, tapi dapat hadiah giveaway lagi best. nanti share gambar bebanyak ye

    ReplyDelete
  19. best giler menang phone....memang rezeki sungguh..suka juga dengan brand neffos ni..sebab spesifikasi dia not bad :-)

    ReplyDelete
  20. wahhh best phone ni!!i pun nak beli neffos ni!!

    ReplyDelete
  21. Ok lah tu dapat rezeki telefon pandai kan. makin pandai lah kita lepas ni. Haha. Handphone sampai 2 3 seorang

    ReplyDelete
  22. Wah tahniah menang giveaway .Dapat handphone lagi tu . Memang bertuah kan & bernasib baik . Boleh lah selfie leas ni

    ReplyDelete
  23. Congrats for winning this awesome phone from Neffos. I wish I could one of it too. Love the specification of the phone.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...