Assalamualaikum dan salam sejahtera
Aku nie berperangai mak-mak sikit yang mana aku suka beli barang dapur. Bagi aku, pergi ke bahagian barang-barang basah, di bahagian ikan contohnya, memberikan aku satu ketengangan dan kebahagiaan. Aku suka banding-bandingkan harga antara pasaraya. Memang perangai mak-mak sangat kan. Hahahaha
Baru-baru nie aku singgah ke pasaraya Segi Fresh untuk beli barang dapur. Maklumlah, stok dekat peti ais tu dah semakin berkurang dekat-dekat nak hujung bulan nie. Tambah-tambah pulak lagi beberapa hari kita nak berpuasa, jadi kena penuhkan stok cepat-cepat. Pasaraya Segi Fresh memang menjadi pilihan aku sebab harga dia yang murah dan barang-barang basah yang segar.
1) Pasaraya Segi Fresh : Harga bahan mentah yang murah
Ye, sebab paling utama kenapa aku sering memilih pasaraya Segi Fresh ialah kerana harga bahan mentahnya yang sangat murah berbanding pasaraya yang lain. Bahkan pasar pagi pon lagi mahal tau.
2) Pasaraya Segi Fresh : Bahan mentah yang segar
Selain harganya yang murah, Segi Fresh juga hanya menjual barang mentah yang segar. Demi untuk memastikan kesegarannya, bahan-bahan mentah di sini diisi semula dengan yang baru pada setiap hari.
3) Pasaraya Segi Fresh : Pelbagai jenis bahan mentah
Pelbagai pilihan sayuran dan buah-buhan dijual disini. Malah pilihan ikan yang dijual juga sangat pelbagai tau. Yang paling mendapat perhatian aku sudah pastinya ikan siakap dan juga ikan salmon kerana kedua-dua makanan laut ini sangat popular dan sering menjadi pilihan. Ouh ya, harga udang dan sotong di sini jugak sangat murah. Saiznya meriah !
4) Pasaraya Segi Fresh : Pelbagai promosi ditawarkan setiap hari
Setiap hari akan ada promosi yang dijalankan. Sebagai contoh promosi bersempena Bulan puasa nk tiba nie. Macam-macam promosi diadakan. Rasa macam boleh meroyan shopping dalam Segi Fresh nie. Semua benda nak beli.
5) Pasaraya Segi Fresh : 100% menjual barangan mentah yang HALAL
Inilah yang paling penting dalam semua aspek. Barangan mentah di sini semuanya adalah HALAL. Jadi jangan khuatir dan gusar, beli-belah tanpa risau. Dijamin Halal 100%.
-----------------------------------------------------------------------------
Sebab tulah aku lebih memilih untuk beli barang dekat sini. Nak pergi pasar pagi, tak bangun seawal pagi itu untuk ke sana. Jadinya, borong barang mentah dekat Pasaraya Segi Fresh jelah. Dekat pon dekat, murah dia toksah cerita. Memang murah ! Sangat menjimatkan.
Pasaraya Segi Fresh kini sudah memiliki 32 cawangan termasuk di kawasan luar lembah Klang, sejak penubuhannya 20 tahun yang lalu. Semoga lebih banyak lagi cawangan Segi Fresh dibuka supaya boleh dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia. Kalau dulu, aku nak pergi ke Segi Fresh nie mengambil masa 40 minit, tapi sekarang dekat Banting dah buka satu cawangan Segi Fresh. Sangat dekat dengan rumah. Mudahlah nak ke sana nanti. Kalau dekat Serdang nie, Segi Fresh cawangan Balakong paling dekat. Lebih kurang dalam 15 minit perjalanan gitu.
Sangat disarankan buat mereka yang meniaga kedai makan atau apa-apa yang melibatkan bahan mentah untuk borong bahan mentah di sini sebab harganya yang sangat murah. Tak dapat harga macam nie dekat tempat lain. Butiran lanjut mengenai pasaraya Segi Fresh boleh layari pautan berikut :
Website : http://segifresh.com/
Facebook : https://www.facebook.com/Segifresh/
Instagram : https://www.instagram.com/segifreshmarket/
banyaknya shopping barang dapur. stok untuk bulan puasa ke apa? kena rajin masak la kalu dah beli banyak tu.. pm location rumah nak makan ikan salmon tu
ReplyDeletesuka jugak pergi pasaraya segi untuk shopping barang dapur sebab barangnya murah ..berbaloi beli borong juga if nak buat kenduri kendara
ReplyDeleteakak pernah menyopping kat segi fresh ni, banyak barang dapur yang harga berpatutan, nasib husband follow, risau dah masuk dalam tak jumpa jalan keluar haha
ReplyDeletekan, kalau shopping barang basah barang dapur ni satu kebahagaiaan tau..suka pilih , rasa nak ambil semua..hhahaa..bgusla kalau dekat sini murha..boleh pergi nanti
ReplyDeleteWooow meriah punya shopping. Saya pun suka grocery shopping macam satu terapi gitu
ReplyDeleteSayur.. ikan.. dan telur semua nampak fresh gitu.. kalau macam ni punya cantik mesti ramai yang serbu sebab susah nak jumpa barang mentah n barang basah yang fresh
ReplyDeleteAmboi Zharif sakan shopping barang dapur nampak .Dah lah semua nampak segar bugar lepas tu murah plak tu. Nasib baik lah jauh dari rumah akak tau. Kalau dekat memang akak dah terjah sebab murah sangay. Berbaloi belanja barang dapur kat sini.
ReplyDeleteboleh meroyan tau duduk sini ..semuanya fresh dan murah...banyak pilihan pulak tu..sekarang tak payah dah bersusah payah pergi pasar borong pepagi buta..datang sini jer hehe
ReplyDeleteMemang mak2 hehe.. tapi baguslah untung wife nanti sebab husband pandai cari barang dapur. Murah plus segar susah taw nak cari. Biasa murah tula dah tak fresh. Bila la nak ada cawangan di Muar. Huhu
ReplyDeleteSelalu lalu je depan Segi Fresh yang dekat TPG tu tapi tak pernah singgah. Selalu nampak ramai gila orang shopping kat situ.
ReplyDeleteI tak pernah pergi ke sana lagi, nanti boleh singgah kalau i nak borong barang dapur or barang basah. Thanks for the info.
ReplyDelete