Assalamualaikum dan salam sejahtera
Me'nate Steak Hub sememangnya cukup popular kerana pernah tular sewaktu ketika dahulu. Tanpa kejadian itu, nescaya tak ramai mengenali Restoran Me'nate nie. Me'nate Steak Hub menyajikan makanan yang berkonsepkan makanan terbaik yang hanya menggunakan potongan-potongan daging premium dan berkualiti. Ramai yang takut untuk datang ke sini kerana desas-desus mengatakan harga makanan di sini yang agak mahal. Korang silap, harga buffet Ramadhan di Me'nate Steak Hub sangat berpatutan dan mampu milik. Ikuti butirannya !
Sungguh, aku tak tipu. Harga buffet Ramadhan di Me'nate Steak Hub ini jauh lebih murah berbanding tempat-tempat lain. Aku juga agak terkejut pada mulanya tapi ini benar-benar satu kenyataan.
Buffet Ramadhan @ ME'NATE STEAK HUB |
Berikut merupakan butiran harga buffet Ramadhan di Me'nate Steak Hub untuk tahun ini
Buffet Ramadhan Me'nate Steak Hub 2019
Dewasa : RM 79.90
Kanak-kanak : RM 39.90
Pakej ini sangat berpatutan dan berbaloi memandangkan tawaran sajian yang dihidangkan di sini sangat sedap dan pelbagai pilihan. Jom kita lihat apa yang menarik sajian buffet Ramadhan di Me'nate tahun ini.
Buffet Ramadhan @ ME'NATE STEAK HUB |
Buffet Ramadhan @ ME'NATE STEAK HUB |
Kebanyakkan hidangan buffet di sini berkonsepkan makanan barat seperti pelbagai jenis masakan spaghetti, daging-daging, bebola daging, pizza dan macam-macam lagi. Namun, Me'nate Steak Hub juga ada menawarkan beberapa menu tradisional yang lain sebagai contoh Mee Kari, Laksa, Kueh Teow Goreng, Mee Goreng, Nasi Bryani dan banyak lagi.
Buffet Ramadhan @ ME'NATE STEAK HUB |
Buffet Ramadhan @ ME'NATE STEAK HUB |
Untuk hidangan pencuci mulut, Me'nate menyajikan buah-buahan tempatan, kuih-muih tradisional, beberapa jenis kek dan agar-agar. Ais krim dan ABC juga ada disediakan tau !
Buffet Ramadhan @ ME'NATE STEAK HUB |
Buffet Ramadhan @ ME'NATE STEAK HUB |
Setiap menu yang disajikan disediakan oleh chef-chef yang berpengalaman dan pastinya pilihan untuk berbuka puasa di sini satu pilihan yang tepat kerana kepelbagaian menu dan citarasa yang ditawarkan di Me'nate ini. Selain itu, keistimewaan dan kelainan yang Me'nate cuba bawakan bersempena Ramadhan tahun ini ialah dengan memperkenalkan pakej daging premium iaitu hidangan Family Platter. Terdapat 2 pakej untuk set Family Platter nie.
Family Platter Set Ramadhan 2019
Set A : Premium Family Platter (RM450.00)
Set B : Super Premium Family Platter (RM650.00)
SET A
|
SET B
|
Menu
Mushroom Soup & Garlic Bread
Mamamia Beef Carbonara Pasta
Beef Aglio E Olio Pasta
Nachos BBQ Beef
|
|
Mains Plate
Grain Fed Striploin
Grain Fed BBQ Beef Ribs
Lamb Rack or Grass Fed Striploin
Roasted Half Chicken
Oven Roasted Seabass
|
Mains Plate
Wagyu Striploin 6-7
Wagyu Beef Ribs
S.Premium BBQ Lamb Ribs or Grain Fed
Striploin
Roasted Half Chicken
Oven Roasted Seabass
|
Complimentary
Dessert Buffet Section
|
Buffet Ramadhan @ ME'NATE STEAK HUB |
Perbezaan di antara kedua-dua set ini ialah terdapatnya daging wagyu untuk Set B. Seperti yang kita sudah sedia maklum, daging wagyu merupakan potongan daging yang sangat sedap dan premium. Oleh itu, harga dia agak sedikit mahal berbanding jenis daging yang lain. Kedua-dua set ini boleh dinikmati sehingga 5-6 orang. Dan bagi mereka yang emngambil set Family Platter ini, mereka mendapat akses PERCUMA ke hidangan buffet pemanis mulut.
Untuk pelanggan yang tidak dapat menyertai buffet Ramadhan untuk berbuka puasa, tidak mengapa. Anda masih berpeluang menikmati stik dan makanan barat yang lain secara ala carte selepas jam 8.30 malam kerana restoran Me'nate akan meneruskan operasi ala carte seperti biasa.
Buffet Ramadhan @ ME'NATE STEAK HUB |
Untuk Ramadhan kali ini, Me'nate telah memilih Shukri Sahar atau lebih dikenali sebagai Syuk dan Elly Mazlein atau lebih mesra dipanggil Kak Lina PomPom sebagai ikon Me'nate untuk mempromosikan set Family Platter dan Buffet Ramadhan pada tahun ini. Gandingan yang sangat harmoni ini menyebabkan mereka dipilih oleh pihak pengurusan Me'nate.
Buffet Ramadhan @ ME'NATE STEAK HUB |
Me'nate juga sangat menggalakkan syarikat-syarikat besar atau badan-badan korporat, syarikat persendirian dan individu yang ingin bekerjasama dengan pihak Me'nate untuk menganjurkan sebarang bentuk majlis tanggungjawab sosial korporat (CSR) di Me'nate. Sebagai contoh seperti majlis berbuka puasa dengan anak yatim dan sebagainya sepanjang bulan Ramadhan nanti. Diskaun akan diberikan buat mereka yang berminat.
Buffet Ramadhan @ ME'NATE STEAK HUB |
Restoran Me'nate Steak Hub mempunyai 5 cawangan yang terletak di Setapak, Bangi, Ampang, Shah Alam dan juga di selatan negeri iaitu Johor Bahru. Jom ramai-ramai datang dan ambil pakej berbuka puasa di Me'nate bulan Ramadhan nanti di cawangan yang berhampiran dengan tempat tinggal anda. Kesemua cawangan akan menghidangkan pakej dan buffet Ramadhan yang sama.
CAWANGAN
ME’NATE STEAK HUB
|
|
SHAH
ALAM
|
Lot F-36, Vista Alam, Jalan
Ikhtisas, Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor
|
BANGI
|
Jalan Medan Pusat 2D, 3B Curve
Business Park, Seksyen 9,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
|
AMPANG
|
Jalan Kerja Air Lama 1, Taman Shuet
Liang,
68000 Ampang, Selangor
|
SETAPAK
|
C-01-02 & C-01-03 StarParc
Point, Jalan Taman Ibu Kota,
53300 Kuala Lumpur
|
JOHOR
BAHRU
|
No. 113 & 115, Jalan Glasiar,
Taman Tasek Johor Bahru
|
Okaylah, the buffet price is not that bad.
ReplyDeletesedapnya makan daging Me’nate tu..terliur terok tengok semua menu. lagi-lagi daging golek tu. oh boleh tahan harga premium family platter tu..tong2 5-6 orang baru seratus seorang kan
ReplyDeleteMakanan di menate ni tak pernah mengecewakan ya. Semua sesedap! Dekat jugak dengan opis. Kang ada masa bulan puasa ni nak cuba makan dekat sana la.
ReplyDeletelapar balik tengok post ni aduyaiii
ReplyDeleteTeringin sangat nak cuba makan kat Menate ni. Lepas famous viral Azwan Ali dulu kan. Suka tengok semua food dia. Kalau pergi Kl nak singgah makan sini.
ReplyDeleteTak pernah makan dekat sini lago, ramai kata daging dekat sini sedap.. Fuh.. Tengok gambar zharif pun tau mesto sedap.. Kalau ade rezeki boleh p. .Tengok banyak pikihan menu yang ada. .
ReplyDeleteAllah sedapnya menu diaa... Tapi kita yang perut kecik nie mcm rugi plak makan sini hahaha
ReplyDeleteYa Allah.. Nak nangis pulak rasanya..
ReplyDeleteTengah perut lapar baca pulak entri makanan ni.
Rasa nak terjah sekarang je tau.
Nmpk menyelerakan sungguh la.
Pilihan makanan dia semua sedap. Dan berbaloi sgt dengan harga yg ditawarkan. Kalau dapat bawa satu famili lagi best. Fav akak daging syabu tu.. iskhh repeat makan tu saja hr tu hehe
ReplyDeletehuu~ tengok entri ni pada waktu yang salah.. 2.36 pagi.. perut berbunyi.. masalah betul lah !!
ReplyDeleteWah! Family Platter ni nampak saiz portion yang besar dan memang memuaskan untuk makan seisi keluarga. Memang menyelerakan ni!
ReplyDeletePeenah makan kat Menate ni, memang sedap2 menu dia. Harap tahun ni dapat merasa lagi makan kat sana.
ReplyDeleteBagi kita makanan kat Me'nate ni kena makan mereka punya kepakaran iaitu kambing dan juga daging memang terbaik cara masakan dan juga pemilihan daging tu tiada kat tempat lain yang mampu buat macam ni. Bulan puasa ni pulak mereka bagi harga lagi berbaloi kalau nak bawa keluarga ada pakej murah lagi kan..
ReplyDelete