Friday, April 12, 2019

Buffet Ramadhan 2019 : Citarasa Majmuk di Cyberview Resort & Spa

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Minggu lalu aku sempat menghadiri satu preview buffet Ramadhan di Restoran Verandah yang terletak di Cyberview Resort & Spa. Terdapat lebih 350 juadah disajikan buat pengunjung. Satu pengalaman berbuka puasa yang tak dapat dilupakan. Kenapa tak dapat lupakan ? Jom ikuti butirannya !


Pada tahun ini, konsep berbuka puasa di sini mengetengahkan pelbagai sajian tradisional dari pelbagai bangsa. Ada hidangan tradisional masyarakat Melayu, Chinese, Indian, Japanese, Korean dan macam-macam lagi. Terdapat lebih 30 gerai di sepanjang ruang legar sekitar Restoran Verandah ini.


Di sepanjang ruang ini, pengunjung boleh memilih hidangan apa yang mereka mahukan. Ada yang sudah tersedia dimasak, mahupun dimasak atas permintaan. Seperti di gerai yang menyajikan hidangan masak tempoyak dan asam pedas. Pengunjung boleh memilih protein yang mereka mahukan dan serahkan pada chef untuk dimasak.



Selain satay dan juga kambing golek, mereka juga ada menyajikan hidangan bakar yang lain termasuklah daging bakar, daging kambing bakar dan juga ayam bakar. Ketiga-tiga hidangan ini didatangkan dengan beberapa pilihan sos istimewa dan sos black pepper telah menjadi pilihan aku. Tak lengkap rasanya hidangan bakar tiada sos blackpepper.


Sebagai peminat makanan laut, terutama sekali udang, melihat kedua-dua menu udang ini sangat menggembirakan aku. Saiz udang juga agak meriah ya. Besar-besar. Puas hati makan !



Terdapat satu sudut yang menyajikan hidangan tradisi terkenal masyarakat Jepun, iaitu Sushi. Sushi merupakan makanan kegemaran aku, jadi melihat station ini sangat memberikan kebahagian buat diri aku. Paling best telur ikan warna oren yang ditabur atas nasi yang dibungkus dengan rumpai laut tu. Makan sambil cicah kicap dia memang sedap !

Sushi @ CYBERVIEW RESORT & SPA

Durian Goreng @ CYBERVIEW RESORT & SPA

Aku perhatikan, buffet Ramadhan di Cyberview Resort & Spa ini banyak menyajikan hidangan-hidangan yang pelik, yang aku tak pernah rasa dan jumpa. Antara contohnya ialah Durian Goreng seperti gambar di atas nie. Pada mulanya aku rasa begitu aneh melihat nama menu ini. Bolehkah durian digoreng ? Bagaimana pula dengan rasanya ? Ternyata, rasanya sungguh enak. Serius sedap sangat !!

Aneka pilihan ais krim @ CYBERVIEW RESORT & SPA

Selain Durian Goreng, korang jangan lupa cuba makan ais krim perisa rendang dan nasi lemak. Ye, tak tercapai akal kita untuk membuat ais krim berperisa rendang dan nasi lemak. Kedengaran sangat pelik. Bagaimana pula dengan rasa dia ? Sedap ke ? Hah yang tu korang kena rasa sendiri.

Aneka kuih-muih tradisional Melayu @ CYBERVIEW RESORT & SPA

Aneka hidangan pencuci mulut @ CYBERVIEW RESORT & SPA

Menarik bukan hidangan buffet Ramadhan di sini ? Kalau korang berminat, boleh dapatkan butirannya seperti berikut.

Iftar Warisan Aneka Rasa @ CYBERVIEW RESORT & SPA
Cyberjaya, Malaysia.

6 May 2019 sehingga 2 June 2019

Dewasa : RM 138.00
Kanak-kanak : RM 68.00
Warga Emas : 30% potongan daripada harga pax dewasa

Early Bird voucher (Beli sebelum 6 May 2019)
Dewasa : RM 110.00
Kanak-kanak : RM 55.00

Percuma menaiki belon udara untuk 2 orang apabila membuat tempahan buka puasa sehingga 200 pax

Verandah @ CYBERVIEW RESORT & SPA

Sekiranya ingin mengadakan majlis buka puasa khas untuk syarikat, Cyberview Resort & Spa boleh menunaikan permintaan tersebut dan sekiranya memerlukan caterer untuk majlis buka puasa dan rumah terbuka untuk raya, juga mereka ada menyediakan servis itu.

Sebarang pertanyaan atau tempahan, sila hubungi nombor berikut : 03 - 8312 7042 / 7041

Jom pakat-pakat buka puasa ramai-ramai di Cyberview Resort & Spa !

22 comments:

  1. 30 gerai?tu belum yang tersedia ada kat dlm tu kan..wow banyak giler menu kat Cyberview ni padanlah dengan harga dia tu semua menu dr negar asia smpi eropah..sure x tau nak makan yg mana satu haha..tempat pun cantik

    ReplyDelete
  2. Nampak menarik n sesedap bebenar menu di sini.. Durian goreng tue mmg menu rare n jarang2 org buat.. Nak nak yg hantu durian cam AM.. Mesti nak cuba punya..

    ReplyDelete
  3. wow bestnya buffet macam ni. nampak dalam gambar pun macam dah sedap je. semoga ada rezeki untuk menjamu selera dekat Cyberview Resort ni

    ReplyDelete
  4. Bahagia la penggemar durian sebab Durian Goreng tu ye tak? Yang pasti, ramai kot penggemar live stations dia - asam pedas, seafood dan gorengan tu jadi tumpuan ramai kan.

    ReplyDelete
  5. wah banyaknya menu dia! setiap tahun dapat jemputan tapi takde kesempatan untuk kesini sebab selalu clash. hahaha so far zharif suka apa kat situ? kongsikan lah hehe

    ReplyDelete
  6. Ini betul-betul majmuk ini. macam macam jenis makan ada. Konfem semua pun rasa nak try kalau mcm ni. durian goreng tu menu rare jugak tu hehe

    ReplyDelete
  7. Amboi.. banyaknya menu buffet dia.. samapi 30 gerai tu.. jenuh nak try semua.. hihi.. TB ni jenis suka try semua jenis makanan yang ada.. hahaha.. best la kalau dapat menjamu selera dengan keluarga kat sini

    ReplyDelete
  8. Nampak udang dengan ketam! Fav Iza tu. Alahai. Nape la sini pun nampak menu dia semua sedap-sedap ni? Aiskrim dia pun nape tempting sangat? Bestnya kalau dpat bukak puasa dekat sini dmegan family.

    ReplyDelete
  9. Wahh pitam tengok menu.hahaha.. penah makan durian goreng. Memang sedaplah.. tapi yang ni rupa dia pelik pulak.hehe.. sedap la tu.tapi aiskrim tu curious plak rasanya camne.. burger biasalah dengar.

    ReplyDelete
  10. zul dah try ais krim yang special tu, cuma ice cream teh tarik je sedap, yang lain tak kene tekak zul, Makanan dekat sini pun sedap-sedap belaka.

    ReplyDelete
  11. Banyak ooo juadah yang disediakan. Kita tinggal pilih je nak makan mana satu kan. Nampak menyelerakan betul semua makanan tu. Teringin pulak nak cuba durian goreng heee

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  12. Perghhhh.... Banyaknya menu! Pelbagai hidangan ada, memang majmuk seyh..
    Terliur kita nengoknya. Belum pernah berbuka kat sini, dengan harga dan menu memang berbaloi

    ReplyDelete
  13. Tahun lepas berpeluang iftar kat sini. Makanannya memang banyak dan jadi rambang nak piluh yang mana satu .Tapi serius sedap makanan kat sini .Akak ingat lagi akak makan ikan salmon tempoyaknya. Memang sedap tau.

    ReplyDelete
  14. Ya Ampun semua nampak sedap sekali.... terliur Akak tengok makanan dia, setiap tahun tak pernah tak buka puasa dekat sini dengan kawan office harapnye tahun ni dapat rasa pakej buffet Ramadhan ni nanti. Fav tempoyak IKan Patin dekat sini :)

    ReplyDelete
  15. Weyh, udang tuuu. Kenapa nampak sedap sangat nii. Kecur air liur dibuatnya. dah la kat cyber, jauh pulak kalau emi nak pi berbuka kat sana.

    ReplyDelete
  16. Yummy. Semua menu nampak sedap. Aduh menyelerakan betul. Kena cuba nanti. Harga berpatutan

    ReplyDelete
  17. Meriah tengok makanan di buffet ni. Nampak sedap2. And hotel ni mmg famous setiap kali ramadhan. sbb makanan dia mmg sedap. Berbaloi dgn harga yg ditawarkan

    ReplyDelete
  18. Durian goreng? First time seeing this dish, looks and sounds interesting, makes me want to try out the buffet at Cyberview Resort and Spa

    ReplyDelete
  19. Tiap tahun tgk menu-menu dekat sini memang terliur je..ada je tarilan menu yang buat org ramai nak dtg.. gsurian goreng tu xpernah cuba lagi.. gerai menu pun banyak.. memang berselera la mkan macam ni..

    ReplyDelete
  20. Fuh! 350 hidangan eh? Mmg tk sempat nak merasa semua. Dah bila berbuka, nampak itu nak, ini nak. Satu pinggan penuh tp masih byk lg yg blm ambil. Hihhi. Cx dok perati je makanan dia. Kemain sedap lagi. Aiskrim tu. So yummy! Dengan dessert² yg pelbagai. Wallah habis! Boleh try ni nanti

    ReplyDelete
  21. Huntung la bleh makan kat resort jauh ni. Seronok bila bulan Ramadan di kawasan Sepang dan Cyberjaya. Bufet Ramadan tinggal pilih je nak pi mana. Hehehe

    ReplyDelete
  22. Wow banyak juga dishes yang disediakan dalam buffet ni, tempat pun macam tenang and santai. I like their seafood corner, the prawns are so huge.

    ReplyDelete