Assalamualaikum dan salam sejahtera
Manusia dan kecuaian berpisah tiada. Tambah-tambah kecuaian dalam menjaga handphone. Dalam kes aku, kecuaianku telah menyebabkan handphone aku terjatuh dan paparan LCD retak seribu. Nak menangis rasanya. Jadi gigihlah aku cuba cari kedai repair phone murah kawasan Bangi dan Kajang. Maka terjumpalah dengan kedai IZMOBILE Kajang yang terletak dekat Reko Sentral Kajang nie. Servis yang cepat dan murah. Ikuti butirannya !
Nak cari kedai repair phone yang menggunakan alat ganti tulen dengan harga yang murah agak susah. Tambah-tambah bila duduk dekat kawasan bandar nie. Nak-nak pulak alat ganti phone iphone, memang payah nak dapat yang murah. Tapi dekat IZMOBILE Kajang nie, harga dia sangat berpatutan kalau nak dibandingkan dengan kedai baiki phone yang lain.
Dan part yang paling best ialah servis baiki phone di sini dilakukan secara berhadapan dengan pelanggan (face-to-face). Sekarang nie, rata-rata semua mencari kedai baiki phone yang dilakukan secara berhadapan. Yelahh, risau kalau-kalau data dalam phone kita tu digodam dan diceroboh masuk. Bila servis baiki phone dilakukan secara berhadapan macam nie, tak adalah kita rasa risau dan cemas data dalam phone diceroboh.
Servis pantas dan murah yang ditawarkan di IZMOBILE KAJANG
- Masalah phone tak boleh cas
- Phone masuk air
- Paparan sangkut pada logo
- Masalah bateri
- Skrin pecah atau retak
- Camera rosak
- Speaker tak bunyi
- GPS tak berfungsi
- Simcard tak dikesan
- Button tak berfungsi
- Masalah iOS atau peranti
Dan yang paling istimewa, di sini juga ada menawarkan custom body untuk iphone
Keistimewaan repair phone di IZMOBILE KAJANG
- Servis secara berhadapan denngan pelanggan (Face-to-face)
- Servis yang pantas, siap dalam 10 - 45 minit (Bergantung pada jenis kerosakkan)
- Ruang menunggu yang luas dan selesa
- Alat ganti tulen dan berkualiti tinggi
- Harga yang berpatutan dan murah berbanding kedai baiki phone lain
- Jaminan alat ganti melebihi 30 hari sehingga 180 hari
- Boleh baikpulih apa juga masalah phone
IZMOBILE KAJANG dipercayai dan diyakini ramai
Sejak penubuhannya tahun 2011, IZMOBILE Kajang semakin mendapat tempat dihati orang ramai. Sambutan yang menggalakkan ini membuatkan pemilik mengambil keputusan untuk membuka cawangan keduanya di Bandar Bukit Mahkota yang terletak dekat Bangi. Orang Bangi boleh pergi cawangan IZMOBILE di Bangi nie.
Pelbagai aksesori phone dijual di IZMOBILE KAJANG
Selain servis baikpulih handphone, IZMOBILE Kajang juga menjual pelbagai aksesori-aksesori phone. Antaranya ialah casing pelbagai jenis phone, pelbagai jenis wayar usb, headphones, earphones, powerbank, dan banyak lagi. Harganya pula dijual pada kadar yang berpatutan.
IZMOBILE KAJANG
No. 4-G Jalan Reko Sentral 4, Reko Sentral 43000 Kajang, Selangor
Waktu operasi : Isnin - Sabtu (10.00 AM - 10.00 PM)
Tel : 018 - 7744 702
Email : izmobileservice@gmail.com
Website : https://izmobileacc.com/
Facebook : https://www.facebook.com/izmobileacc/
IZMOBILE BANGI
No. 28G Jalan Bukit Mahkota 2/1, Seksyen 2,
Bandar Bukit Mahkota, 43000 Kajang, Selangor.
Waktu operasi : Setiap hari (10.00 AM - 10.00 PM)
Tel : 018 - 7744 740
Email : sales@izmobile.my
Website : https://www.izmobile.my/
Facebook : https://www.facebook.com/izmobilebangi/
Sangat puas hati dengan servis baikpulih yang diberi. Dalam masa 20 minit je dah siap ditukar. Boleh saksikan sedikit rakaman yang sempat aku rakam sewaktu menghantar phone untuk dibaikpulih.
Jadi kalau korang tercari-cari kedai membaiki phone yang murah, cepat dan dibetulkan secara berhadapan, aku sangat sarankan untuk datang ke IZMOBILE Kajang nie. Nak pergi yang di cawangan Bangi pon boleh. Sama je. Semoga lepas nie aku lebih berhati-hati dalam mengendalikan phone. Rasa macam mati hidup semula bila phone dah dibetulkan 😂
Memang bagus kalau ada kedai reper henpon yang tip top camnikan, they should also open one cawangan in JB tau, senang sikit untuk akak dan yang lain2 diJB ni
ReplyDeleteWah.. best ni.. yang penting servis bagus kan.. nak tengok address sat.. Alaa.. awat jauh sangat.. yang dekat dengan kl ada tak.. huhu.. Kalau dekat mau je pi sekarang.. tengah mencari gak tempat-tempat yang dekat nak repair fon dengan tablet ni.. huhuhu..
ReplyDeleteBagusnya ada kedai repair fon macam ni. Akak suka sangat kalau dapt repair fon depan2 kita. Jadi kita boleh tengok sendiri apa mereka buat. Almaklum fon kita tu kesayangan kita tau..takde fon sehari rasa tak lengkap hidup..ehehehe
ReplyDeleteAdoiii. Memang jenuh kalau screen phone retak ni. Nak repair bukannya murah, takut kena tipu lagi. Nasib baik Nad kalau retak cuma screen protector je ehehe. Tapi kalau nak repair apape memang lagi prefer yang diorang buat depan mata kita camni..
ReplyDeleteAah la, emi langsung tak terfikir pasal data dalam phone kita mungkin boleh diceroboh dan digodam dengan sangat senang oleh org yang baiki phone tu. Bila baca perkongsian zharif ni, baru terfikir ada betulnya jugak. So lepas ni kena hati2. Kalau baiki phone, mesti cari yang face to face.
ReplyDeletebagusnya ada servis macam ni..tak payah kena set up appointment terus boleh walk in & repair terus! senang la hati datang kedai macam ni.. balik rumah boleh terus guna telefon macam biasa!
ReplyDeleteKajang jauh pulak. Dah lah phone Fadzi memang tengah rosak sekarang. Skrin hitam. Sedih ohhh. Nasib baik sempat transfer file semua
ReplyDeleteBagusnya ada kedai membaiki phone, untuk penduduk situ oklah..kita ni duk jauh..blh bgtau kwn2 yg duk area sana
ReplyDeleteKita pernah lalu siniiii~ tapi lalu je lah. Tak tau dorg punya servis ada fix handphone murah. Rasanya S4 lama dapat fix ke tak ye. Sayang sangat phone tu sbb byk gambar.
ReplyDeleteBestnya kat sini dengar citer boleh repair depan kita semua peralatan yang diganti original dan terbaik dengan harga yang berpatutan. Macam ni baru ok senang dan yakin sikit ni tak kalau nak repair phone jer kena tunggu 2 3 jam pastu suruh kita pergi tempat lain dulu bila dah siap baru datang ambil. Tak tahu barang yang di gantikan tu bagus atau original entah2 luar nampak indah dalam siapa tahu... Bagus cara macam kat sini...
ReplyDeleteBagusla kalau ade tempat repair telefon yang murah dan pantas.. Kita ni dengan telefon tak boleh dipisahkan. Hntr kedai lain terbang gak la duit banyak. .
ReplyDeleteHandphone rosak memang nangis la. sebab semua benda penting dalam tu. Memang prefer untuk face to face. zaman sekarang zaman canggih zaman semua benda hujung jari. rasa tak selamat je.
ReplyDeleteHandphone rosak memang menyedihkan. Yelah handphone ni satu keperluan sekarang ni. Beruntung orang kajang bangi ada kedai Repair handphone bagus macam ni. Kita nak pegi lak jauh. Tapi lalu area sini nanti nak singgah. Moga izmobile terus maju jaya
ReplyDeletetak pernah sampai kedai ni... tapi senang org yang berdekatan kajang kalau nak hantar repair phone sebab dekat jer dengan kedai...caj harga berpatutanmesti ramai pelanggan
ReplyDeleteJauh pulak dengan tempat sis di pj ni. Nanti kalau ada kwn2 duduk area sana bolehlah sis gitau depa ya..:). Sis swlalu kalau ada masalah phone..buat dekat gan rumah sis ni je, jalan kaki je..hehehe
ReplyDeleteoh wow, thanks for sharing the information. It is so good to know because nowadays hard to find handphone fixing shop. Handphone ni expensive betul so it's good that we can get it repaired not to change a new one.
ReplyDeleteAlaaa.. Lambat bgtau. Aritu AM punya hp skrin retak n bateri problem.. Kalu tahu awal leh la terjah ke sana.. Xper.. Simpan dulu nnti ke sana leh la jengah kot kot ada aksesori yg berkenan d hati kan??
ReplyDeleteWah... I like this kind of workshop... But they are kinda far from me. However I will share this to my friends as I know they are searching a few workshop to get there mobile repair
ReplyDelete