Friday, March 8, 2019

Menu Sizzling Steak Combos Kembali Lagi Di NY Steak Shack

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Lama betul tak makan steak. Jadi, baru-baru nie aku singgah ke NY Steak Shack yang terletak dekat Subang Parade. Tak sangka pulak, NYSS sekarang nie tengah ada promosi set sizzling steak baru.



Korang pernah makan sizzling steak dekat NYSS nie ? Kalau korang pernah makan sizzling steak di NYSS, pasti korang jatuh cinta. Dan sekarang nie, dorang membawa semula Sizzling Steak Combos menu untuk kali kedua. Yeay !


Kali nie sedikit berbeza kerana, setiap sizzling steak didatangi dengan beberapa jenis daging yang lain. Antaranya ialah bebola daging, daging salai, ayam dan juga daging kambing. Jadinya portion dia agak besar yer. Steak tu sahaja saiznya agak besar, bayangkan ditrambah pula dengan hdiangan sampingan yang lain. Boleh kongsi dua orang untuk satu portion nie. Puas dapat makan !

NY Striploin  & Southwest Chicken : RM 52.80

NY Striploin & Smoked Beef : RM 52.80

Kalau diberi pilihan untuk pilih yang mana satu paling aku suka di antara empat hidangan ini, sangat susah ya untuk pilih. Sebab kesemuanya mempunyai rasa dan keunikkannya yang tersendiri. Jadinya korang kena rasa sendiri setiap satu combo sizzling steak nie. Boleh dikatakan semuanya sedap !

NY Striploin & Beef Meatballs : RM 48.80

NY Striploin & Lamb Noisette : RM 58.80

Bukan itu sahaja, NYSS juga memperkenalkan variasi minuman mocktails yang baharu. Minuman sparkling ini terhasil bersempena kerjasama yang diadakan bersama 7Up, Mug Sarsaparilla dan juga Nestle Ice Cream. Maka terhasillah Mug Sarsaparilla Splash, Strawberry Lemonade, Cranberry Cooler, Pina Coco dan juga Summer Fizz.

Setiap satunya berharga : RM8.80

Untuk pengetahuan korang, NY Steak Shack ini bukanlah milik orang luar, tetapi brand ini dimiliki dan dihasilkan oleh orang kita, Malaysia. Sewaktu diberitahu akan fakta ini, aku agak sedikit terkejut ya. Hal ini kerana, aku sangka ia ada kaitan dengan orang di New York, America. Tetapi tidak. Ia milik orang Malaysia dan sudah semestinya Halal.

Muhammad Adam Mah, Pengurus Besar jenama NYSS, sedang menerangkan bahagian-bahagian daging

Rupa-rupanya, ia hanya sekadar nama yang diambil kerana bandar New York merupakan simbol kepada kepelbagaian budaya dari seluruh negara. Di bandaraya New York terdapatnya pelbagai jenis restoran-restoran yang mewakili hampir setiap budaya di seluruh dunia. Bersempena dengan faktor itu, Nama New York diambil sebagai jenama restoran yang berkonsepkan menu barat ini.


Jom pakat-pakat datang ke NYSS yang berdekatan dengan tempat anda untuk menikmati hidangan combo baharu ini. Promosi ini berlangsung bermula 4 March sehingga 28 April 2019. Cepat datang sebelum melepas. Nanti kempunan.

Info lanjut, layari : http://www.facebook.com/nysteakshackmy/

17 comments:

  1. NY Steak Shack memang terbaik.. Xpernah mengecewakan

    ReplyDelete
  2. Terbaiklah ! Cx tak pernah lagi makan tapi nampak kemain sedap lagi haaa. Menarik sungguh. Kena cuba ni supaya tak terlepas juga rasa makanan sedap macam ginj. Hebat orang Malaysia kita kan? Cx pon ingatkan orang luar punya tapi Alhamdulillah makin ramai usahawan Malaysia yang berjaya dan hebat² belaka

    ReplyDelete
  3. Makanya, menelan air liur je la waktu aku baca post ni. Mana nak cari halal steak dekat sini TT

    ReplyDelete
  4. Alamak sedapnya steak ni. Dah lama tak makan kat NY stack shack. Pernah pergi sekali je. Lepas tu tak berkesampatam nak pergi dah. Tapi makanan dia memang sedap.

    ReplyDelete
  5. bestnya dapat makan kat NY Steak Shack ...selama ni tengok jer dan samalah tak sangka inaya brand Malaysia bukan brand luar macam namanya...bertambah yakinlah nak makan ....pasni macam nak ajak pulak asben makan kat sini sekali celeb birthday..dah baca ni dah tahuulah nak order apa yang best...

    ReplyDelete
  6. Wah nampak sedap semuanya. Tapi bagi aku New York Steak Shack ni memang berbaloi untuk kunjungi. Aku selalu makan set lunch diorang, RM13 dah boleh dapat set dengan air sekali.

    ReplyDelete
  7. Sedapnya la hidangan steak tu. Kalau dapat makan dengan rakan-rakan best kan. So, bila Zharif nak ajak Rawlins makan sekali nie?

    ReplyDelete
  8. Nampaknya macam sangat best lar makanan nya. RM13 dah boleh dapat minuman lagi memang worth it lar. :)

    ReplyDelete
  9. Wowww nampak sedaplah Zaeif, harga pun tak lah mahal mana kan, bila lah sis dapat merasa makan steak kat sana. Next time kalau ke sana lagi ajak lah sis ekk..:D

    ReplyDelete
  10. Wah! this is steak heaven for meat lovers. The portion looks generous and menang banyak pilihan juga la.

    ReplyDelete
  11. Emi dah agak lama dah tak makan kat ny steak shack ni. Tengok la bila dah gaji nanti nak pi makan sini la. Teringin pulak bila tengok gambar2 ni.

    ReplyDelete
  12. No one says no to a good steak! Adoi laaa nangis tengok korang gi makan steak ni tau. siapa nak belanja I ni?

    ReplyDelete
  13. Ya ampun nampak sedap giler steak kat ny ni. Tak pernah cuba tapi steak kat sini ramai dah yang rekomen. Sedap dan berbaloi katanya. Nanti nak try makan kat sini sekali la hehe

    ReplyDelete
  14. Wahhh awas makan banyak yer awak heheheh sedap semua makanan kat sini bagi kita secara peribadi makanan dengan harga kat sini sangat berbaloi dengan harga dan juga cara bagaimana ia disediakan bukan calang-calang steak ok...

    ReplyDelete
  15. Best dpt mkn kat NY Steak mmg sedap sangat, kak xdpt pg sbb ada hal dah lama xmkn NT Steak yg mmg terrain.

    ReplyDelete
  16. wa so many nice food there. looks like you have enjoyed to max. I wish to bring my family there one day. My hubby love meats haha

    ReplyDelete