Assalamualaikum dan salam sejahtera
Le French Festival kembali lagi dan tahun ini sudah masuk tahun ke-18 ia diadakan di Malaysia. Ia bermula sejak tahun 2001 dan semenjak dari itu, Le French Festival semakin mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia.
Kekayaan budaya masyarakat France dapat disaksikan melalui movie-movienya, pameran-pameran seninya, music dan teaternya, dan tidak ketinggalan pada makanannya. Festival ini telah diadakan di 4 bandar utama di Malaysia, termasuklah di Kuala Lumpur, Penang, Johor Bahru dan juga Kota Kinabalu.
Tahun ini merupakan tahun pertama ia dianjurkan oleh G. H. Mumm Champagne, iaitu Grand Maison champagne nombor satu di France dan juga Golden Screen Cinemas (GSC) yang bekerjasama bersama dengan French Film Festival. Festival ini diadakan bersesuaian dengan semua lapisan masyarakat. Tidak kira bangsa, agama, umur dan macam-macam lagi.
Alliance Francaise (AF) bersama-sama kedutaan France di Malaysia juga turut sama-sama menjadi penganjur untuk festival ini kerana mereka bekerjasama dengan KL Shakespeare Players (KLSP) untuk menyumbangkan satu persembahan khas dan istimewa untuk Le France Festival ini. Persembahan tersebut bertajuk "Cyrano de Bergerac (The Story of Cyrano de Bergerac)". Ia merupakan persembahan teater yang sangat terkenal di pementasan teater di France.
Kenapa anda patut pergi ke Le French Festival 2019
- Festival filem France terbesar di Malaysia dengan menampilkan 15 filem terbaik France yang terbaharu (Beserta sarikata Bahasa Inggeris)
- Pelbagai bangsa Malaysia mempersembahkan persembahan muzik France.
- Persembahan teater dan tarian yang diadakan secara live
- Pengunjung berpeluang merasai minuman dan makanan masyarakat France, dan terdapat kelas masakan juga untuk event Art de Vivre
Antara yang menarik sepanjang Le French Festival berlangsung
- FUNAN - Filem animasi French yang memenangi Anugerah Filem Terbaik di Annecy Animated Film Festival 2018. Ditulis dan diarahkan oleh pembuat filem yang cukup berbakat, Denis Do.
- Paris, by Lorant Deutsch - Pementasan teater secara langsung ini anda dapat menyusuri Sungai Seine oleh pelakon dan penulis French yang terkenal, Lorant Deutsch
- Exit - Persembahan hip-hop yang cukup gempak oleh Art Move Concept
- Brand New World - Ia merupakan Pop Art Exhibition. Hasil seni yang dihasilkan khas bersempena Le French Festival 2019 ini. Ia dihasilkan oleh Argadol, contemporary artist yang sangat berbakat.
- PAUL - kelas masakan yang dibawa khas untuk masyarakat pelajari pembuatan roti French. Ia akan diketuai oleh Master Baker, PAUL.
Le French Festival 2019 tahun ini sangat istimewa kerana ia bukan sahaja sekadar pertunjukkan, tetapi ia juga berhasrat supaya masyarakat Malaysia sama-sama turut serta dan ambil bahagian sepanjang festival ini berlangsung.
KUALA LUMPUR : 4 April - 28 April
PENANG : 25 April - 5 May
JOHOR BAHRU : 2 May - 5 May
KOTA KINABALU : 9 May - 12 May
Untuk maklumat lanjut mengenai Le French Festival 2019, boleh lawat laman sesawang berikut :
Website : www.lefrenchfestival.com.my
Facebook : www.facebook.com/lefrenchfestivalmy
Sharifah Amani as duta ke untuk event ni? ermm banyak jugak filem French yang bakal di tayangkan ek. siap ada kelas memasak tuh terbaek la kan
ReplyDeleteOui? Wahhh ada event camni best ni sebab teringin nak gi Perancis cuma belum berkesempatan. Ada kelas masakan Perancis wowww nak masak apa tu Macarons ke?. Tengok citer France ada sarikata in English ok la idak melopong tonton filemnya...hehe
ReplyDeleteOMG as someone yg definitely obsessed with all French things, festival mcm ni lah yg mmg wajib kena pergi nii hehe! Bestnyaa and woww Paul tu definitely my favourite! Yass tak sabarnyaa this April kan, dah siap2 masuk dlm list to go jugak ni hehe.
ReplyDeleteI'm gonna save my date for this especially the French making workshop, learning to make bread the French way sounds amazing.
ReplyDeletewah bagusnya event macam ni, tak perlu kita nak ke france, di malaysia je dah boleh rasa masakan, tengok persembahan teater dan tarian mereka. save the date uols
ReplyDeletepeminat movie france boleh la take action join event ni.. boleh belajar selok belok budaya perancis ni. wallah.. ada siapa nak belanja BBL?
ReplyDeleteLast year pun sis berpeluang tengok slah satu cerita french ni tapi x ingat pulak nama apa..hehehe. macam2 jugak ada masa festival ni kan..inilah peluang kita nak tahu budaya mereka. Sesiapa yg minat tu boleh le terjah masa acara yg dibuat
ReplyDeleteKL 4 april ya. Sempat lagi tu plan nak jalan weekends kan. Fefeeling eiffel in love pulak tapi tu cerita indonesia. Hahaha.
ReplyDeleteWah ada festival french pulak kat Malaysia ni ya. Akak tak berpuang nak datang festival ni .Ada niat juga nak datang festival ni sebab kita boleh kenal dengan lebih dekat negara French ni kan. Macam macam acara yang ditawarkan di festival ni nanti ya .Mesti seronok.
ReplyDeletelama tak nampak sharifah amani.. macam menarik pula festival ni... bolehlah feeling feeling macam di paris.. heeee dapat gak belajar budaya orang perancis... sape nak belanja I pergi sini... zharif nak bawa I tak ke situ nanti hahahaaa
ReplyDeleteWah! Tak pernah tahu pasal ni. This is my first time to know this. Le french french mem teater french ke Malaysia. Sounds great! Cx pon sejenis suka tgk cerita² liar negara sebab they have their own stiry to tell about. So it will be great to know them. Bangak juga ya cerita french ni. Bagus betul
ReplyDeleteFunan..aiming for that animaton movie sbb ada tgk skit dlm you tube.
ReplyDeletewa so fast ya you blog! I like the French movie a lot. interesting and very nice story line. hope to see more of French movies and art in this festival soon
ReplyDeleteFrench movies banyak yang best tau. Nie yang buat Rawlins rasa cam gagah nak cari kawankat kedutaan untuk dapatkan tiket masuk nie. Hahaha.
ReplyDeleteFrançois, je peux avoir un ticket?
tak pernah tgk cerita french kat movie...tapi macam menarik movie ni kan...tengokla kalau rajin ingat nak ajak anak2 join mummy dia gitonton cerita ni hehe
ReplyDeleteWah best I like french movies also, sometimes is good to learn about other culture and languages as well. Hopefully I can visit Paris soon.
ReplyDelete