Wednesday, January 30, 2019

Sambung Master di UPM

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Okay hari nie aku nak update mengenai kehidupan aku dan apa yang aku buat untuk beberapa bulan yang lalu selain daripada aktiviti berblogging. Mungkin kebanyakkan daripada kalian sudah tahu yang aku sekarang sedang melanjutkan pelajaran peringkat sarjana di Universiti Putra Malaysia, Serdang.


Bulan September 2018, bermulalah satu fasa baharu dalam kehidupan seorang Zharif. Setelah hampir setahun lapan bulan aku meninggalkan alam universiti, akhirnya aku bersedia untuk kembali ke kehidupan itu semula. Bagi aku, kehidupan universiti sangat memberi tekanan. Jadi perlu bersedia secara mental dan emosi untuk menghadapinya tapi adakah aku benar-benar bersedia ?

Secara jujurnya, aku tidak bersedia. Tapi aku nekad untuk sambung. Mungkin sebab aku rasa susah nak cari kerja pada tahap ijazah. Walaupun sebelum aku sambung belajar aku dah secure job sebagai seorang guru di sebuah sekolah menengah swasta di Banting, tapi aku rasa tak cukup. Dengan itu aku berhenti kerja dan sambung belajar.

Setahun jugaklah aku berkhidmat di situ sebagai seorang guru. Sangat seronok dan suka menjadi seorang guru. Actually aku memang dah lama nak masuk dalam bidang pendidikan dan tak sangka pula aku dapat peluang itu walaupun aku bukan berkelulusan dalam bidang pendidikan. Banyak kenangan manis sepanjang aku berkhidmat di sekolah itu. Nantilah kalau ada masa dan rajin, aku buat satu entri khas untuk itu.

Kenapa pilih Universiti Putra Malaysia (UPM) ?

Mungkin sebab dekat dengan rumah kot. Hahaha.

Offer letter

Aku nak sambung belajar dekat-dekat je. Tak nak jauh-jauh. Jadi ada beberapa universiti yang dekat dengan rumah aku. Antaranya ialah UM, UKM, UPM dan juga UiTM. UM masa tu dah tutup permohonan. UKM pula belajar dalam bahasa Melayu, aku tidak prefer belajar dalam BM sebab dah terbiasa belajar dalam English. UiTM tak ada tawarkan kos yang berkaitan, jadi aku cuma isi permohonan di UPM sahaja sebab ada kos yang aku nak. Walaupun aku cuma mohon satu uni je, tapi aku cukup yakin UPM akan terima permohonan aku. Graduan kelas pertama takkan dorang nak tolak. Eh riak ! Astaghfirullah al-azim 😂

Pendaftaran pengajian sarjana di UPM tak adalah rumit sangat. Hanya perlu lengkapkan beberapa borang, bawa salinan beberapa dokumen dan gambar bersaiz passport ke meja pendaftaran. Tak lupa, kena buat medical check up dan bayar duit yuran pendaftaran. Ambil masa satu hari jugaklah nak selesai. Medical check up tu yang buatkan ianya lama.

Checkpoint ketiga

Lepas dah daftar and bayar, lepastu balik. Rasa macam, eh aku nie sambung belajar ke tidak. Feel tu tak ada langsung. Kalau masa degree dulu, lepas kita daftar, kita stay dekat kolej, kita ada orientasi dan sebagainya. Tapi di peringkat sarjana nie, literally macam tak ada apa-apa berlaku lepas daftar tu. Hahaha.

Ouh ya, bermula semester 1 2018/2019, tiada lagi pengeluaran kad matrik fizikal. UPM tak hasilkan kad matrik untuk pelajar dah. Semuanya menggunakan kad matrik atas talian, dalam applikasi khas UPM. Secara jujurnya, aku berasa sedikit hampa. Bagi aku, kad matrik fizikal adalah satu identiti yang melambangkan kita seorang pelajar sesuatu universiti itu. Ia juga boleh dijadikan sebagai kenang-kenangan bila dah habis belajar nanti. Aku sangat tidak bersetuju kad matrik digital ini dipraktikkan di universiti. Boleh dipraktikkan, tapi kekalkan kad matrik fizikal.

Kad matrik digital

Mahal ke tidak yuran pengajian sarjana di UPM ?

Bergantung pada kos yang korang nak ambik. Untuk kos aku nie, total cost adalah sebanyak RM 12,250. Yer, agak banyak. Rasanya universiti lain lebih kurang sama atau mungkin lebih mahal lagi. Tapi sarjana dekat UiTM murah. Sayang sebab tak ada kos yang aku nak ditawarkan di UiTM. Kepada mereka yang merancang untuk melanjutkan pelajaran peringkat sarjana di UPM, boleh cuci mata tengok kursus yang ditawarkan beserta dengan kos pengajian di sini : KLIK

Buat masa nie, aku tidak meminjam mana-mana pinjaman pelajaran. Dah cuba mintak Pinjaman Pelajaran Bank Rakyat tapi gagal pula. Sedih ! Kalau susah sangat, memang aku pinjam PTPTN jelah kot. Seboleh-bolehnya aku tak nak pinjam PTPTN. Tapi nampak gaya macam itu aje yang mudah untuk dapat.

Selesai mendaftarkan diri, tunggu ayah ambik kereta

Masa ijazah dulu aku menggunakan Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor tapi di peringkat sarjana tidak ditawarkan pulak. Alhamdulillah pinjaman pelajaran aku telah ditukarkan kepada biasiswa, jadi sebab itu aku berani untuk ambil PTPTN. Tak adalah terbeban sangat nak bayar nanti. Tapi tak mohon lagi nie, masih difikir-fikir.

Ulang-alik ke dari UPM dengan rumah ?

Gila, hari-hari nak ulang-alik. Jarak dari Banting nak ke Serdang lebih kurang 1 jam 15 minit macam tu. Walaupun tak jauh, tapi makan duit jugaklah nak ulang-alik tu. Makan duit dan juga makan masa.

Jadi aku riki-riki bilik sewa murah kawasan Serdang tu. Sebulan sebelum nak masuk belajar lagi aku dah cari bilik sewa tau. Budget aku sangatlah tipis untuk sewa nie sebab aku tidak bekerja dan hanya mengharapkan duit ibu ayah. Aku cari kadar sewa RM200 dan kebawah. Memang agak susah lah dan of course memang tak dapatlah harga macam tu. Ada tu memang ada tapi bilik kongsi. Aku tak nak. Aku tak nak berkongsi bilik. Stress.

Pendaftaran kenderaan, supaya mudah untuk bergerak. Abaikan cermin kereta kita yang crack itu.

Cari punya cari sampailah aku mulakan semester. Sebulan jugaklah aku ulang-alik Banting-Serdang. Alhamdulillah, aku akhirnya jumpa bilik sewa yang sangat murah dan sesuai dengan bajet dan citarasa aku. Aku punyalah gigih cari bilik sewa di kawasan sekitar, tapi kolej kediaman UPM langsung aku tak cuba tanya. Apoooooo !

Kolej Kediaman UPM

Kawan aku yang sarankan untuk menginap di kolej dalam UPM. Jadi aku pon pergilah tanya dekat pejabat kolej. Kolej kediaman dekat UPM nie ada banyak, sampai ke hari ini aku masih lagi tidak tahu ada berapa kolej kediaman dan tak berapa familiar dengan nama-nama kolej kediaman yang lain. Yang aku tahu hanyalah Kolej Serumpun.

Kolej Serumpun nie terdiri daripada kolej 12, 14 dan 15.

Alhamdulillah, di Kolej Serumpun nie ada menyediakan single room. Ada dua blok lelaki di Kolej Serumpun untuk single room. Aku dapat bilik di tingkat 5 pulak tu sebab by the time aku mohon tu, bilik semua dah penuh. Dahlah tak ada lif, boleh bayangkan tak, hari-hari aku turun naik tangga penat dia macam mana ?


Masa aku dapat bilik nie, ya Allah memang rasa macam tak nak duduk situ. Yelah, aku expect, bilik dia cantik. Sebab dekat UPSI dulu, kolej kediaman dia cantik dan baru. Katil, tilam, almari dan meja belajar juga baru. Jadinya aku berharap bilik di Kolej Serumpun UPM nie begitu juga. Tapi malang sekali, sebaik sahaja aku buka pintu bilik dan dapati bilik itu seperti sebuah bilik banduan penjara. Hahahaha.


Dengan dinding berconteng, lantai pulak jenis bersimen sahaja (di UPSI dulu lantai bilik di-tile), dengan habuknya, dengan katilnya patah, dengan tilamnya berlobang dan keras. Allahu rasa tak selesa betul. Tapi aku bersyukur, akhirnya dah dapat tempat penginapan. Tak adalah aku ulang-alik lagi dari Banting ke Serdang.

Katil patah, tilam berlobang dan keras

Ouh ya, kawan aku cakap, Kolej Serumpun je yang "buruk" macam nie. Kolej UPM yang lain cantik dan lantai bilik ber-tile.

Alhamdulillah kadar sewa sangatlah berpatutan. Satu malam untuk single room adalah RM6.50. Jadi, sebulan lebih kurang dalam RM200 macam tu. Kolej kediaman di Serumpun ini berkonsepkan kolej asrama yang mana bilik air dikongsi bersama. Bukan jenis apartment di mana satu rumah ada 3 bilik, bukan.



Oleh kerana masa aku masuk nie masa tu sudah di minggu yang kelima, jadi masa untuk menghias bilik agak terbatas sebab aku sudah mula sibuk dengan assignment dan tugasan. Jadi aku hanya hias apa yang perlu dan nak jadikan bilik itu untuk kelihatan kurang buruk. Tapi still buruk jugak. Bhahahaha

Rangka katil yang baru ditukar tapi tilam berlobang yang masih sama

Banyak benda nak kena uruskan awal-awal semester dulu. Aku dah buat aduan pasal katil patah tu dan mereka gantikan dengan katil yang baharu. Tapi tilam tu dorang tak tukar-tukar sampailah aku habis semester. Walhal aku dah buat aduan banyak kali kot pasal tilam tu berlobang.

Sesi mengurangkan keburukkan bilikku

Bilik kena hias bagi cantik, sebab kau akan duduk situ sehinggalah kau putuskan untuk berpindah tempat lain. Bahkan cuti semester pon kau masih boleh tinggal dekat kolej. Selagi kau bayar duit sewa, selagi tu kau boleh duduk situ. Tengah tunggu greenlight dari pihak kolej untuk berpindah bilik. Aku nak duduk tingkat bawah-bawah sikit. Penatlah turun-naik tangga tiap hari. Hopefully dapat pindah sebelum semester baru bermula.

Susah ke belajar di peringkat Sarjana nie ?

Belajar masih macam biasa, cuma caranya lebih advance. Dalam kelas banyak perbincangan instead of lecturer duduk depan and mengajar. Assignment juga lebih susah dan banyak. Satu subjek boleh sampai 3 assignment. Assignment pula bukan jenis biasa-biasa. Untuk peringkat Sarjana, pensyarah expect lebih dari kita.


Semasa belajar di UPSI dulu, aktiviti copy paste assignment sering berlaku sebab tugasan tersebut tidak perlu melalui proses pengesanan plagiarism. Tapi di sini, setiap assignment kena submit dekat Turnitin (website mengesan plagiat) dan kena kepilkan laporan turnitin ini bersama dengan assignment tu. Kalau peratusan melebihi 20%, markah akan ditolak.

Aku bukanlah jenis copy paste assignment 100%. Kalau aku nak copy paste bukanlah banyak pon, adalah certain thing and task yang aku copy paste. Terutama sekali bila benda tu last minute punya kerja. Hahahahaa. Tapi di UPM nie, aku belajar untuk tidak copy paste dan surprisingly aku boleh elakkan plagiarism. Tepuk tangan untuk diri sendiri.

Kelas bersama Dr Aniza, best !!

Kalau masa degree dulu, kita boleh ambik sehingga 18 jam kredit. Tapi di peringkat master nie, maximum 12 jam kredit je. Memang tak banyak pon 12 jam kredit tu. Ada 4 kelas je dalam seminggu. Nampak macam banyak masa terluang kan ? Tapi masa yang terluang tulah yang kau perlukan untuk siapkan tugasan-tugasan yang diberi. Tapi aku ambik 15 jam kredit untuk semester pertama nie sebab aku nak habiskan cepat. Hihi.

Ramai cakap, eee banyaknya ambil. Boleh bawak ke ? Pada mulanya, aku rasa macam, 15 jam kredit je kot. Sebab masa degree dulu, aku pernah ambil 23 jam kredit satu semester, 2 semester berturut-turut okay. Setakat 15 jam kredit nie apalah sangat. Tapi bila semester sedang berjalan, baru aku faham kenapa. Kesusahan dia agak sedikit mencabar. Sebab tu dinasihatkan tidak ambil lebih dari 12 jam kredit. But i survived anyway.

Assignment terakhir yang paling mencabar. Tak tidur malam dibuatnya. Fuhhh

Belajar di peringkat Sarjana nie, kau kena disiplin. Disiplin bab masa. Kalau kau tak pandai atur masa, memang akan hanyut dan banyak tugasan tertunggak. Itu yang jadi kerja last minute tu nanti. Awal-awal tak nak buat, bila dah dekat dateline, baru kelam-kabut nak siapkan. Aku lah tu.

Poyo je masa mula-mula rancang, nak belajar sambil buat kerja part-time sebab banyak waktu terluang. Tapi bila dah masuk, rasa nak minta nyawa extra. Hahahaha

Etika Pemakaian 

Antara insan-insan yang mewarnai kehidupan semester pertama aku di UPM

Since aku nie graduan daripada universiti yang serba-serbi "skema" a.k.a formal, jadinya aku agak keliru dengan etika pemakaian untuk ke kelas di UPM nie. Pada awalnya, aku berpakaian seperti apa yang aku pakai untuk ke kelas semasa di UPSI. Namun setelah beberapa minggu, aku dapati pemakaian untuk pelajar sarjana di sini, agak bersahaja dan relax. Bahkan nak pakai seluar jeans pon boleh.

Antara insan-insan yang mewarnai kehidupan semester pertama aku di UPM

Aku sedikit malas ya untuk bercantik-cantik ke kelas. Kalau dulu, rajinlah jugak nak gosok kemeja dan pakai sedikit kemas. Tapi kat UPM nie, aku pakai baju tiada kolar pon boleh tau. Sarung je dengan jacket atau sweater. Sebab dekat kelas agak sedikit sejuk. Jangan dicontohi aku ya, kalau boleh, biarlah bercantik-cantik sedikit untuk ke kelas. Hihi

Me most of the time. Tak cantik kah ? 😂

--------------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah, sudah tamat semester pertama aku sebagai seorang pelajar sarjana di UPM. Keputusan semester pertama baru je keluar Isnin yang lalu. Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja walaupun sedikit terkilan ada B di situ. Subjek tu confident dapat A kot. Hahahaha.


Setakat hari nie, semuanya berjalan dengan baik dan aku mengharapkan ia berterusan sehingga ke semester akhir. Aku cuba habiskan dalam 3 semester dan semoga segalanya dipermudahkan untuk aku dalam menggenggam satu lagi sijil pelajaran. Korang doakan aku ya ! 😉

----------------------------------------------------------------

Hai semua, terima kasih singgah ke blog saya. Alhamdulillah saya dah tamat pengajian di UPM awal Januari 2020 yang lalu. Alang-alang kalian sedang berada di sini, mungkin kalian berminat untuk baca entri-entri lain sewaktu saya di UPM. Jemput baca.


26 comments:

  1. Tahniah Zharif kerana berjaya melanjutkan satu lagi tangga untuk pendidikan. Semoga zharif berjaya hendaknya. Sangat seronok sebenarnya time belajar ni. Jadi, study smart ye..

    ReplyDelete
  2. Sedih gila tengok biliknya. Kalau aku, mahu menangis. By the way Zharif, kau ambil course based ke, mixed mode ke or research based? Aku macam teringin juga nak sambung Master's tapi kalau boleh nak buat course based je. Tengah buat research untuk tengok universities mana dekat Malaysia yang offer course based Master's degree.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn, memang sedih sangat rasa nak nangis.
      Aku course based. majoriti universiti kat Malaysia offer course based. Nak sambung mana tu ?

      Delete
    2. Tak tahu lagi. Cadang je dulu. Kena fikir betul-betul lagi ni. Mak aku suruh pergi UKM tapi bak kata kau UKM belajar in Malay, so mungkin tak ke UKM la kot sebab my proper Malay dah berkarat kot. Right now I'm leaning more to UPM as per my dad's suggestion tapi fees dia mahal gila T_T

      Delete
  3. Congrats bro. Semoga dapat habiskan Master dengan cemerlang inshaAllah :")

    ReplyDelete
  4. Masih dalam dilemma nak sambung master di UPM. Saya dapat offer. Boleh huraikan langkah2 untuk mohon penginapan di kolej serumpun? Apa saja syarat untuk menetap kat situ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. selagi ada kekosongan selagi tu boleh mohon. Even pertengahan semester pon masih boleh mohon. tiada syarat, asalkan anda seorang pelajar UPM =)

      Delete
  5. tahniah zharif, dan terima kasih sbb ada gmbr akak dlm tu...

    ReplyDelete
  6. salam zharif, ill be moving in soon and was wondering if you could give me the brief measurements of the room. thanks !

    ReplyDelete
    Replies
    1. i'm afraid i dont know the exact measurement of the room. But it is quite spacious. you might interested to see more about my room on my KOLEJ SERUMPUN entry. i put many of my room's pictures there.

      Delete
  7. Goodluck abg zharif.Rabia masuk sem 4 dh diploma pendidikan awal kanak2. Dlu prnh jd cikgu jugak . Tp cikgu tadika je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh tahniah. jangans erik belajar okay. Good luck ! =)

      Delete
  8. Hai, nak tanya. Kelas Master di UPM siang sahaja atau ada malam juga?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, malam pon ada kelas. Untuk kelas master pada hari biasa 3-6 petang dan 6-9 malam

      Delete
  9. HI..saya nak tnya macam mna step awak apply master tu?

    ReplyDelete
  10. woah very informative post, i was interested to do my masters in Corp Comm dekat UPM, but they require 1 year working experience.. also yuran mahal. Nanti buat lah tips belajar pulak :) hehe

    ReplyDelete
  11. Hai, Just nak tnya yang medical screening tu kene buat di UPM health centre ye ? ke boleh buat dekat klinik mana mana yang ada screening macam tu? and the screening kene buat on the registration day itself atau boleh buat before the registration day ?

    ReplyDelete
  12. Hi! Nk tanya. Is it possible to completed the master program (40 credit) in one year? Will UPM allowed it? Or depends on faculty? Tq in advance.

    ReplyDelete
  13. saya baca blog saudara.sangat2 la hebat hampir straight A... ada tips tak ingat benda yang dipelajari.saya tahun akhir di USM (degree)..... adakah master lebih mudah lagi. share2 la tip ke email saya ye...
    mattforever85@yahoo.com

    ReplyDelete
  14. Sangat berinfomatif, can i know the class timing held? For full time, is it in working hours or out of it?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...