Tuesday, January 22, 2019

Restoran Kantin Asam Pedas Makan Dalam Suasana Klasik

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Mengidam menu asam pedas tapi duduk di luar negeri Melaka ? Jangan gusar, Restoran Kantin Asam Pedas di Ukay Bistari ada. Tak perlu merantau jauh sampai ke negeri Melaka sana, di Kuala Lumpur juga anda boleh menikmati asam pedas kaww persis asam pedas di Melaka. Dan lebih unik lagi, restoran ini meberikan aura klasik yang menggamit nostalgia era 60-an. Ikuti butirannya !

Photo courtesy goes to Dikbee

Siapa sangka restoran klasik yang unik ini terletak di sekitar bandar Kuala Lumpur. Susah dan amat jarang sekali kita dapat menyaksikan restoran yang mempunyai konsep era 60-an seperti di Restoran Kantin Asam Pedas ini. Menurut pemilik restoran, Puan Roslin, cintanya terhadap mengumpul barang-barang lama dan klasik telah menjadi asbab dan inspirasi untuk membina sebuah restoran yang menyajikan sajian kampung dalam suasana klasik.


Melangkah masuk ke restoran ini ibarat melangkah masuk ke dalam Studio Jalan Ampas. Semua barang-barang klasik yang kita dapat saksikan dalam cerita-cerita P. Ramlee, ada di Restoran Kantin Asam Pedas ini. Sangat menggamit nostalgia dan rasa teringin berada di era itu.

Kalau zaman P.Ramlee ada 3 Bujang Lapok, zaman milenia ini kita ada 5 Bujang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas
Photo courtesy goes to Dikbee

Cukup kita bercerita soal konsep restoran ini, mari aku sajikan korang dengan hidangan yang aku nikmati pada waktu itu. Hidangan asam pedas di sini sangat terbaik, masih terngiang-ngiang di lelangit kita wakk.


Terdapat pelbagai hidangan asam pedas di sini. Pengunjung boleh pilih sama ada nak asam pedas daging, mahupon asam pedas ikan. Asam pedas ikan boleh pilih jenis ikan mengikut citarasa anda. Antaranya ikan jenahak, tenggiri, pari, parang, merah dan banyak lagi. Hidangan asam pedas paling istimewa di sini ialah Asam Pedas Telur Ikan Mayong.

Harga : RM30-RM50 (Bergantung harga pasaran)

Asam Pedas Telur Ikan Mayong sangat istimewa. Telur ikan mayong sangat terkenal dan sering dijadikan menu asam pedas. Pengunjung yang berhajat untuk menikmati hidangan ini, dinasihati supaya membuat tempahan terlebih dahulu. Hal ini kerana, telur ikan mayong agak terhad. Bergantung pada musim dan pasaran. Jadi, sebelum anda berputih mata, adalah lebih baik telefon dahulu Puan Roslin untuk bertanyakan mengenai Asam Pedas Telur Ikan Mayong.

Harga : RM18- RM20 (Bergantung jenis ikan dan harga pasaran semasa)

Untuk menu asam pedas, aku lebih memilih Asam Pedas Ikan Pari berbanding asam pedas ikan yang lain. Untuk Asam Pedas Ikan Pari, harganya murah sahaja. Lebih kurang dalam RM14 macam tu.

Asam Pedas Daging Tetel : RM13

Selain Asam Pedas Telur Ikan Mayong, Asam Pedas Daging Tetel juga menjadi kegemaran orang ramai yang berkunjung ke sini. Dagingnya sangat rapuh dimulut ya. Ouh ya, harga yang aku nyatakan itu termasuk sekali dengan nasi putih, telur masin, ikan masin, ulam-ulaman dan juga air sirap orang kahwin tau. Air sirap dan juga ulam-ulaman tu, pengunjung boleh tambah secara percuma.


Dan sebagai menu penutup, pengunjung boleh menempah lempeng kelapa. Aku memang terlampau menggemari lempeng kelapa. Dapat pula cicah dengan gula, memang terbaik ! Harga dia cuma RM2 sekeping.

Lempeng Kelapa : RM2

Puas dapat makan asam pedas di sini. Tak perlu susah-susah nak ke Melaka untuk menikmati hidangan asam pedas kaww. Kat Kuala Lumpur pon ada. Ditambah pula suasana makannya yang unik, memang betul-betul nikmat makan di sini. Rasa bersyukur dipertemukan dengan Restoran Kantin Asam Pedas nie.


Kalau korang penasaran nak mencuba menu asam pedas di sini, butirannya adalah seperti berikut :

RESTORAN KANTIN ASAM PEDAS 
E-G-14 Residensi Bistari, Taman Ukay Bistari, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan

Waktu Operasi : 11.00 Pagi - 4.30 petang (Selasa hingga Ahad, Isnin tutup)
Tel : 03 - 4101 9876 / 012 - 666 5552


Sangat disarankan untuk cuba. Datang bawa ramai-ramai ahli keluarga makan di sini ya.

20 comments:

  1. wow... mcm sedap je tmpat ni.. and lempeng kelapa tu mmg mcm kene try!

    ReplyDelete
  2. Tak pernah lagi makan telur ikan mayong tu. padahal selalu je nampak kawan kawan duk share dieorang makan ikan mayong. tapi pergh pekat gila die punya asam pedas

    ReplyDelete
  3. Dari hari tu akak duk terliur bila tgok gambar korang...macam best je...macam menarik je je nak lepak sini pekena lauk2 kmpung..dengan interior yg mengembalikan nostalgia...alahai..akak dh sihat nanti akak nak pi makan sini la..

    ReplyDelete
  4. Dekorasi restaurant terasa macam berada di kampung pula, menunya pun nampak sangat sedap, harga pun tak la mahal sangat, berbaloi juga.

    ReplyDelete
  5. Gaya klasik yang menarik kedai ni. Dekat ampang je rupanya. Lepas ni ada masa boleh pergi.

    ReplyDelete
  6. asam pedas favourite akk dulu kini dan selamanya haha..dekat je kat ampang..nak terjah la nnt

    ReplyDelete
  7. Panasaran?....Iya....Bila Zharif dah jadi Pak dari seberang?. Hehe....Ya Allah telur ikan mayong tu menggamit akak datang nak cuba asam pedas tu Zharif. Ikan Mayong ni sendiri akak tak pernah dengar nak makan.

    ReplyDelete
  8. Tq zhariff share entry ni....xsangka plak kt ukay bistari letaknya kedai ni....kira lama jgk laa BC xmenjenguk ke sana...mesti nk bawa family pergi rasa asam pedas terbaik 👍👍👍👍 ni...

    ReplyDelete
  9. Aduh.... Jahatnya entri ni..!! Gambar tu, gambar tu.. Adoi, kecuq ayaq luiq nengoknya, terutama part Telur mayong tu. Nanti nak pi terjah laaa, hati dah tak keruan ni. HAhaa..
    Yang mana nak order dulu ehh nanti?

    ReplyDelete
  10. Hidangan makanan nampak sedap:D

    http://www.imaginasiklasik.com/?m=1

    ReplyDelete
  11. Aduhai menyesal baca malam2 camni. Terus rasa lapar nak makan asam pedas. Terbaiklah restoren ni, macam2 jenis asam pedas ada. memang syok makan kat sini

    ReplyDelete
  12. Cantik dan sedap semua makanan kat sini kita rasa macam nak mengulangi kembali nostalgia makan masakan kampung dengan suasana kampung yang menarik dan unik ini.....

    ReplyDelete
  13. Asam pedas dia tu kenapa menggoda sangat awok weh. Nyesal tak ikut korang makan kat sini ritu. Lagipun time tu baru sampai dari kelantan. so, nak kena rehat. Maybe next time kot pegi.

    ReplyDelete
  14. Restoran ni nampak old school sangat suka syle dan decoration restoran ni, Asam pedas pulak nampak sedap.. Fav Akak tu Asam Pedas terliur akak tgk... nak kena try dekat situ nampaknya!

    ReplyDelete
  15. Astaga. Pepagi tengok macam nie, terus terbuka selera nak mencari asam pedas. Tengok lempeng pun lazat sungguh. Harga pun boleh tahan affordable. Boleh try.

    ReplyDelete
  16. hey harap sangat abam jejaka kaula ni tak ada gelpren ke wife ka ahahhahaha. hahaha... kantin ni nampak nostalgia sangat tau suka tengok nak pula asam pedas tu nampak sedap je especially yang ada telur mayong tu tak pernah lagi makan benda tu.. i should go check out u know hahahaha

    ReplyDelete
  17. Ehhh kat selangor pon Ade kedai asam pedas.. Senanglah nak cari lepas ni kan xpyh nk ke mlka semata2. Sbb wawa penah duduk n9 dan tp rasa asam pedas dia xsma mcm kt mlka & johor buat... Tp tgk asam pedas telur ikan mayong tu mak aii.. My fav tu. Sedapppp!!

    ReplyDelete
  18. Wow...Suasana restoren ini memang klasik kan. Dekorasinya cantik juga. Lauk pauk yang ada di sini memang nampak sedap-sedap belaka terutama sekali telur mayang tersebut. 😃

    ReplyDelete
  19. suka dgn deco kedai ni. nampak oldskol giler, barulah best pekena asam pedas. asam mpedas telur mayong pernah cuba sebelum ini, memang kena dgn selera

    ReplyDelete
  20. Hidangan yang menyelerakan... Dah lama juga tak makan Asam Pedas.. Nak masak sendiri pun bahan-bahan tak cukup dalam peti ais tu. Nak keluar membeli malas.. So..tengok entry ni, memang menarik testoran nye... Ade masa fan peluang boleh singgah dan rasa ni..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...