Assalamualaikum dan salam sejahtera
Percutian ke Pulau Redang nie bertarikh 30 May 2024. Baru sekarang berkesempatan untuk menulis atau lebih tepat baru ada mood untuk menaip. Tak ingat sangat butiran dari segi harga ke apa, jadi tak dapat nak perincikan pakej island hopping atau homestay yang kitorang inap sepanjang 3 hari 2 malam di Pulau Redang nie.
Kitorang mulakan perjalanan pada belah malam dengan menaiki dua kereta. Lama juga nak sampai ke Terengganu sebab kitorang memandu santai dan banyak singgah-singgah. Rehat dekat RnR untuk tidur dan segarkan mata. Sampai Terengganu seawal subuh gajah. Apapun tak buka lagi.
Lepas solat Subuh dekat masjid, terus pergi cari sarapan. Aim nak makan nasi dagang atas tol tapi tak kesampaian. Jadinya gigihkan diri cari juga nasi dagang yang ada. Aku nie memang penggemar nasi dagang Terengganu. Singgah bersarapan dekat SS 99. Tak tahulah nie dekat mana, pandai-pandailah korang Waze sendiri. Rasa dia okay-okay jelah. Lepaslah kempunan nak makan nasi dagang tu.
Hari masih awal dan kami tak boleh nak check in homestay lagi. Makanya dengan baju tidur dari malam tadi, kitorang pergilah menuju Drawbridge Terengganu yang menjadi landmark terkenal Terengganu sejak dibuka kepada umum. Ini bukanlah pertama kali aku sampai ke sini, dah banyak kali juga.
Next, cari tempat makan tengahari pulak sementara menunggu jam 3 petang untuk check in. Kami singgah makan tengahari dekat Singgangbudu. Ramai yang recommend makan tengahari dekat sini. Katanya lauk-lauknya sedap dan pelbagai. Nahhh sekali kami sampai, ramai gila manusia weyhh! Penuh sangat-sangat. Mungkin sebab faktor cuti sekolah. Tapi rasanya kalau bukan cuti sekolah sekalipun, tempat nie memang ramai yang datang. Mujur kami datang just in time sebelum waktu makan tengahari, dapatlah spot untuk parking. Tak jauh pon dari restoran nie.
Puas hati sangat makan dekat sini. Lauk sangat pelbagai jadi rambang mata dibuatnya. Rasa nak makan semua. Meja makan dia berkonsepkan meja panjang, jadinya tak ada istilah meja tu kau punya sorang. Kau guna space mengikut ahli keluarga korang. Tak boleh nak conquer the whole table. Yang datang sini pon kebanyakkannya memang dalam kumpulan. Geng-geng motor macam tu.
Akhirnya masa untuk check in homestay kami. Penat gila sumpah. Bukanlah aku orang yang memandu tapi bergilir-gilir dengan Faries. Homestay kami sangat luas dan selesa ya. Ada 3 bilik tidur dan dua bilik air, Cukuplah untuk memuatkan kami semua. Kami semua total 13 orang. 3 orang tu kecik-kecik. Ouh ya, lupa nak bagi tahu, trip ke Pulau Redang nie kit orang pergi dengan keluarga paman aku sekali a.k.a adik bongsu ibu aku.
Memang ras amalas betul nak keluar rumah bila dah dapat katil. Kitorang rehat lama juga dekat rumah. Belah malam baru keluar semula untuk makan malam. Tapi aku, Faries dan Zahin keluar petang tu pergi singgah pantai nak cari kedai kopi local aesthetic. Kami ambil-ambil gambar dekat tepi pantai lepastu singgah kedai kopi Bayou yang terletak betul-betul sebelah pantai.
Ouh ya, lokasi pantai dan homestay kitorang tak jauh pon. Dalam 3-5 minit memandu. Tak walking distance sebab agak jauh juga nak berjalan kaki. Dalam 1.5km ada rasanya. So memang kena naik kereta untuk ke pantai. Pada belah malam, kitorang semua singgah makan dekat-dekat je. Kitorang singgah makan dekat Rohani Ikan Bakar Celup Tepung.
Hari kedua kami di Terengganu, masa untuk kami BER-island hopping menuju ke Pulau Redang. Kami sewa satu boat terus memandangkan kami ramai. Ambil pakej one day trip. Dalam pakej nie sekali dengan makanan tengahari disediakan. Tak ingat ambil pakej nie dekat mana dan apa je yang ada dalam pakej nie. Kalau tanya harga, lagilah aku aku tak ingat.
Pergi island hopping nie sebabnya kitorang tahu si Dondeng dengan Ondeng nie suka main air. Jadinya kitorang bawa bercuti tempat main air. Masa nie Ondeng kecik lagi. Jalan poń masih jatuh-jatuh. Ingat lagi, dorang gembira betul dapat main air dengan dapat naik boat laju.
Alhamdulillah cuaca cukup baik pagi tu. Dapatlah kami meneruskan aktiviti island hopping nie. Kalau tak, island hopping tak dapat dilaksanakan kalau cuaca memburuk. Pagi tu pon agak gerimis juga mulanya tapi sekejap je. Lokasi pertama kami ialah beting pasir. Correct me if I'm wrong, beting pasir nie korang dapat jejak dan nikmati untuk seketika je sebelum air pasang. Bila air pasang, beting pasir nie akan tenggelam dengan air laut. Jadinya, ada waktu spesifik untuk korang datang ke kawasan beting pasir.
Memang cantik sangat dapat bergambar dekat kawasan beting pasir nie. Cahaya pon cantik. Sesuai sangat untuk bergambar-gambar. Tak lama dekat beting pasir nie, rasanya dalam 20 minit macam tu. Jadinya, pastikan korang cepat-cepat bergambar. Makin korang lengah-lengah, makin ramai yang akan datang dekat beting pasir nie. Jadinya nak ambil gambar pon tak cantik sebabnya orang semakin ramai.
Kami menaiki lagi boat untuk ke destinasi seterusnya. Kali nie kita akan buat aktiviti snorkeling. Snorkeling diberi masa selama 1 jam. Seronok aktiviti island hopping kali nie sebabnya dalam baot tu ktiorang-kitorang je. Tak ada orang luar. Jadinya semua orang boleh terjun dalam laut tak perlu nak tengok-tengok bag sangat.
Selalunya, aktiviti air macam nie, imbu aku tak akan ikut terjun dalam air. Dia akan duduk je dalam boat. Tapi trip kali nie, dia ikut terjun sekali. Mungkin sebab ada mak sedara aku sekali, jadinya nak bagi peneman sebabnya Acik Lin aku nie pon takut-takut juga dengan laut. Bila ibu aku join terjun, terus dia ada kekuatan tu untuk terjun sekali. Plus, kitorang-kitorang je dekat boat, jadinya tak malu snagat.
Memang seronok sangat. Lagi-lagi dua ketul budak kecik tu. Tak ingat dunia ya bila dapat main air. Tak nak balik dibuatnya. Panas terik pon panaslah. Dorang tak kesah. Asalkan dapat main air.
Lepastu, kami diberhentikan dekat sebuah pulau untuk lebih kurang satu jam. Masa dekat sini, kami diberi makanan tengahari yang telah dibungkus untuk kami makan. Makanan dia okay-okay jelah buat alas perut. Nasi dan lauk-lauk. Tak ada fancy apa pon tapi kenyanglah dapat makan berat. Budak kecik dua orang tu makan sikit terus main air lagi. Pantang tau dorang nie.
Selesai kami di pulau tu, terus boat bawa kami pulang semula ke jeti. Aktiviti island hopping kami selesai dalam jam 2 petang macam tu. Dekat jam 3 petang jugalah. Sumpah penat. Balik homestay terus semua melepet tidur. Tak pergi mana-mana pon petang tu. Rehat dalam rumah dan masak dekat rumah je malam tu. Tak keluar.
Besok paginya, selepas masak sarapan, kitorang terus bersiap-siap untuk check out. Masa untuk balik. Kami cuma 3 hari 2 malam je dekat Terengganu nie. Tapi sebelum balik tu, tak lengkaplah kalau tak singgah makan celup tepung di tepi pantai. So kita bawa semua makan celup tepung dekat tepi pantai.
Lepastu kitorang singgah Pasar Payang ? Eh ye ke Pasar Payang namanya ? Aku tak tahulah. Rasa macam betul. Sebelum balik Selangor, kami singgah borang makanan dekat sini untuk dibawa balik. Rasa tak seronok pula kalau pulang tak bawa oleh-ole. Kata acik-acik kalau pergi rombongan.
Lepastu barulah sambung perjalanan untuk balik Selangor. Sebelum tu, dah memang niat nak singgah satu kedai kopi yang cukup terkenal dekat Tiktok. Selalu video dorang lalu je dekat timeline. Kedai Kopi nie terletak dekat Terengganu. Nama kedai kopi tu ialah Sini Roadside. Jauh juga nak sampai ke sini. Kami sampai pada waktu malam. Memang betul-betul santai kitorang memandu. Tak rush pon. Lagipula tengah cuti sekolah.
Dapat jumpa owner Kopi Sini Roadside yang mukanya ala-ala macam pelakon Korea terkenal. Maaflah tak tahu siapa nama pelakon tu tapi kedai kopi nie terkenal pon sebab ownernya hensem. Aku pon tak naklah melepaskan peluang untuk bergambar dengan owner. Takkan perempuan je yang boleh menggeletis nak bergambar dengan owner. Aku pon nak juga. HAHAHAHA
Lepastu sambung semula memandu untuk pulang dan sampailah kami di Kuantan. Masa nie semua dah penat dan dekat Kuantan masa nie ada macam satu acara tahunan yang terkenal. Tak ingat apa. Something to do with TUDM ke TLDM. Dorang ada pertunjukkan dekat base camp mereka. Maka ramailah rakyat Malaysia datang ke Kuantan bersempena acara ini. Kami datang impromptu. Last-last decide untuk turut tengok juga acara tu. Acara tu pada besok harinya. Maka kami kena bermalam di Kuantan lah malam tu.
Oleh kerana memang Kuantan masa nie menjadi lokasi percutian semua rakyat Malaysia disebabkan acara tersebut, makanya hotel sana sini penuh. Tak ada kosong langsung. Homestay semua full. Minta maaflah sapa yang datang last minute macam kami nie. Tapi ada satu hotel budget yang masih kosong. Sumpahlah hotel nie memang hotel budget betul. Hotel melepaskan nafsu je kata orang tu. Kotor dan sangatlah tak selesa. Hotel konsep asal ada.
Kitorang dah terjah semua hotel yanga da sekitar Kuantan nie, dan semuanya penuh. Tinggal hotel nie je yang masih ada kosong. Ngam-ngam pulak dua bilik besar kosong. Harga dalam 40-50 ringgit satu malam. Which is sangat mruah. Tapi apa yang kau dapat tu, setimpallah dengan apa yang kau bayar. Agak kotor dan berhabuk to be honest. Kalau tak terdesak, kami tak akan menginap dekat sini. Ini sebab terdesak je. Semua orang pon dah penat and nak tidur je.
Hotel tu nama Hotel Meng Lee. Dekat dengan menara Kuantan yang tinggi tu. Lokasi strategik tapi azab dikk non. Subuh-subuh gajah kami dah keluar. Tak mandi pon dekat hotel. Kitorang mandi dekat masjid. Jauh lebih selesa. Semua bersiap-siap dekat masjid. Hahaha.
Maka pagi tu kami terus menuju ke perkarangan TLDM atau TUDM untuk menyaksikan pertunjukan udara yang diadakan. Dapat tengok dari jauh je sebabnya ramai gila manusia yang datang lebih awal daripada kami. Dari jauh pon okay je. Asalkan dapat tengok. Tak adalah rasa ralat pon tak dapat tengok dekat-dekat.
Selesai je acara pertunjukan udara tu, kami pon berjalanlah sekitar Kuantan nie alang-alang dah ada dekat sini kan. Kami singgah makan dekat kedai kopi dan beli kek Kula Cakes. Tak lengkaplah kalau datang Kuantan, tapi tak beli mango cake dari Kula Cakes.
Seterusnya, kami singgah Teluk Cempedak untuk celup-celup kaki. Tapi sebelum tu, kitorang beli donut dekat Sedo nie. Ramai yang recommend beli donut dekat sini. Kitorang pon belilah buat kudap-kudapan dalam kereta dan untuk dimakan tepi pantai nanti.
Dah sampai pantai, tak ada konsep celup-celup kaki untuk dua ketul nie. Terus tanggal baju yang si kecik tu. Dengan pampersnya berat terkena air. Berlari-lari sepanjang pesisir pantai tu tak nak berhenti. Bila diangkat, terus menangis. Dah cakap, budak dua nie memang pantang nampak air.
Selesai budak dua tu mandi dan salin baju, barulah kitorang memandu semula untuk balik ke Selangor.
Itu sahajalah percutian yang singkat ke Pulau Redang dan impromptu singah Kuantan bersempena cuti sekolah masa tu. Seronoklah budak-budak nie dapat jalan-jalan daripada duduk dekat rumah je kan. Terima kasih sudi baca! Jumpa lagi di entri seterusnya.


No comments:
Post a Comment