Assalamualaikum dan salam sejahtera
We are back to Beijing. Another full day to explore the rest of Beijing. Banyak tempat nak pergi pada hari keempat penjelajahan kami di bumi China. Untuk pengetahuan korang, hari keempat nie bertarikh 31 December 2024 iaitu malam tahun baru. Kami rancang nak tengok bunga api di sekitar Beijing. Ikuti butirannya!
DAY 4
Seawal jam 7 pagi, kami dah keluar hotel untuk pergi ke Tiananmen Square dan Forbidden City. Tapi agak malang sekali, kami tak dapat nak masuk sebabnya kena daftar online untuk korang datang melawat dan hendaklah mendaftar at least 1-2 hari sebelum hari kejadiannya. Makanya, kami tak dapatlah nak masuk ke kawasan Tiananmen Square nie. Dapat bergambar dari jauh je.
Memang ramai betul datang melawat masa nie. Beratur punya panjang. Dah sampai ke kawasan nak masuk barulah kami dimaklumkan tentang pendaftaran online nie. Sia-sia je beratur lama. Tanpa buang masa, kami berjalan kaki ke lokasi seterusnya sebab walking distance je tempat-tempat nie antara satu sama lain.
Seterusnya kami menuju ke Qianmen Main Street. Dekat sini tempat untuk korang membeli-belah. Keadaan masa nie agak sejuk jadi kami banyak berehat dalam Starbucks je. Mana yang dah penat berjalan, dorang duduk di Starbucks. Yang nak membeli-belah, kitorang berjalan-jalan. Dekat sini juga, kitorang belikan baju dalam panas untuk ibu aku untuk menghadapi cuaca sejuk di Harbin nanti. Memang target utama nak cari baju panas untuk ibu je masa nie sebab risau dia jatuh sakit atau tak larat nak berjalan.
Alhamdulillah, jumpa baju panas yang sesuai dengan ibu aku dan ia betul-betul panas. My mom sangat selesa pakai baju panas tu. Harga tak mahal pon sebab mungkin dorang negara musim sejuk kan, jadinya benda tu sangat biasa untuk penduduk beli.
Ouh ya, dekat sini banyak sangat spot menarik untuk korang bergambar. Matahari pon betul-betul terpancar dan beri good lighting. Ambillah gambar sepuas-puasnya. Mana yang penat dan dah malas nak berjalan, duduk dekat Starbucks. Kitorang set timing supaya masa tak drag sangat.
Seterusnya kita menaiki Didi menuju ke Summer Palace. Tak ingat tiket masuk sini berapa tapi tak mahal lah. Dekat sini kita dapatlah melihat Summer Palace dari jauh. Kami tak datang dekat pon dengan Summer Palace tu, kena jalan kaki jauh. Nak masuk sini banyak pintu masuk. Kami masuk dekat gate yang berdekatan dengan jambatan di tasik. Jadinya kami ambil-ambil gambar sekitar sini je.
Hari dah semakin petang, kami singgah makan dekat makanan Arab. Dekat sini, ibu aku makan berselera betul. Ibu aku tak berapa suka makanan Chinese. Ada certain menu je dia boleh telan sebab kebanyakkan rasa tu dia tak boleh nak telan. Tapi dekat sini, kemain berselera dia makan. Banyak kami order.
Memang santai-santai je hari keempat nie. Kami tak padatkan sangat untuk visit banyak tempat. Kami makan dekat sini agak lama. Siap solat jamak Asar dan Zohor dekat sini dan tunggu sampai masuk waktu Maghrib untuk jamak Maghrib dan Isyak sekali. Boleh bayangkanlah lama dia macam mana.
Hari dah gelap, kami keluar untuk pergi ke destinasi seterusnya iaitu Stadium Sangkar Burung. Bird Nest Stadium nie merupakan stadium yang dibina bersempena Olympic Beijing pada tahun 2008. Aku memang dah lama sangat nak datang ke sini untuk melihat sendiri keindahan architecture sarang burung tersebut. Memang cantik stadium nie pada waktu malam sebab ada cahaya-cahaya lampu yang dipasang.
Bergambar sakan kami pada malam tu sementara menunggu detik jam 12 malam. Awal lagi masa nie. DI sekitar sini banyaklah stadium-stadium lain yang dibina khas bersempena Olympic Beijing tu. Tapi kami bergambar dekat dua tempat je, Bird Nest Stadium dan Aquatic Stadium yang terletak betul-betul berhadapan Bird Nest Stadium.
Dalam pada itu, kami bertanyakan juga dekat pengawal-pengawal yang menjaga di kawasan sekitar. Barulah kami dimaklumkan bahawa bunga api dilarang untuk dibakar bersempena menjaga ruangan udara Beijing. Makanya tak dapatlah kami menyaksikan bunga api tahun baru di sekitar Bird Nest Stadium nie. Dorang kata, kalau nak tengok bunga api, kena pergi jauh sikit daripada bandar. Barulah ada bunga api. Kalau dekat bandar-bandar macam nie, kerajaan dorang memang melarang pembakaran bunga api.
DAY 5
Sudah tiba masanya kami check out dari penginapan kami di Beijing sebabnya kami nak menaiki keretapi laju menuju ke Harbin pada belah petang jam 6.15. Pagi-pagi kami dah check out untuk meneroka bumi Beijing. Tapi sebelum tu, kami singgah ke Beijing Railway Station untuk melihat kawasan sekitar. Nak target jam berapa perlu masuk ke tempat nie untuk elak daripada tertinggal train.
Train kami ke Harbin pada lewat petang, jadi kami ada banyak masa untuk dihabiskan dan sambung meneroka bumi Beijing for the last time. Tak ada banyak tempat dah dalam itinerary yang kami rancang. Jadi sempatlah untuk ke semua tempat. But first, kita kena cari tempat untuk simpan semua luggages kitorang. Takkan nak usung kehulu kehilir. Dahlah banyak luggages kitorang rosak disebabkan staff airport yang ganas. Balik memang kami kena claim luggages damage.
Berhampiran Beijing Railway Station nie ada satu tempat menyimpan luggages. Korang boleh tanya orang sekeliling untuk direction. Literally sebelah bangunan station tu. Ada kedai macam jual grocery, tapi part of the kedai menyediakan perkhidmatan simpan luggage. Not bad pon harga simpan, tak mahal.
Lokasi pertama kami ialah Temple of Heaven. Nak masuk ke Temple of heaven kena bayar dan kami tak adalah nak visit sangat pon, jadinya kami hanya sekadar berjalan-jalan di taman sekitar Temple of heaven tu. Dapat lah juga bergambar berlatarbelakangkan Temple of Heaven.
Taman di kawasan sekitar pon sangat instagrammable. Bolehlah korang just bergambar dekat sini kalau tak nak habiskan duit masuk dalam temple. Kitorang konsep asal singgah je. Tak adalah nak meneroka dan menerapi selusuri sejarah sangat.
Seterusnya, kami singgah solat jamak Zohor dan Asar di Niujie Mosque. Ngam-ngam kami sampai, azan zohor masuk. Dapatlah kami melihat bagaimana masyarakat Muslim di sini mengerjakan dan melaungkan azan. Agak berbeza in term of cara, tapi azan masihlah sama.
Masjid dia tak besar pon, terpisah ruang solat lelaki dan wanita. Konsep binaan sangat menggambarkan kebudayaan masyarakat Cina. Cantik struktur dia dan warna dia. Masjid nie telah lama dibina sejak tahun 996 sebelum masihi lagi. Kira salah satu bangunan bersejarah yang masih dijaga. Dekat Beijing nie, boleh dikatakan masyarakat Muslim di Beijing boleh dikatakan lebih kurang 10 ribu.
Seronoklah ayah aku dapat lihat bagaimana masyarakat Muslim di China menunaikan solat fardhu Zohor. Agak lama juga kami dalam masjid nie, sambil berehat-rehat sebabnya kami tak ada tempat sangat pon hendak dituju. Masjid nie merupakan lokasi terakhir kami di Beijing sebelum kami gerak ke train station untuk ke Harbin.
Di sekitar kawasan masjid, memang banyaklah kedai-kedai Muslim yang menjual daging Halal dan juga restoran-restoran yang menyajikan makanan Halal. Kami singgah makan tengahari di restoran pertama yang kami pergi masa hari pertama sampai di Beijing. Tapi masa tu, ibu dan ayah tak ikut sebab dah penat sangat. Kali nie, dorang boleh rasa sendiri masakan yang disajikan di restoran nie.
Again, kami sangat santai. Agak lama kami habiskan waktu dekat sini sebelum bergerak ke train station. Upload-upload gambar dan edit-edit video. Restoran nie pluck tutup pada certain jam untuk staff berehat dan kami dibenarkan untuk stay dalam tu cumanya kalau nak order tak dapatlah sebab di luar waktu order which is fine je for us sebabnya kitorang just nak duduk to kill the time.
Masa nie dah hampir jam 3 lebih macam tu, kami pon mula bergerak ke Beijing Railway Station untuk bersiap sedia menaiki train. Kami ambil kembali luggages di kedai yang kami tinggalkan tu dan terus masuk ke dalam station.
Masa nie masuk waktu Maghrib, kami terus solat sebab malas nak solat dalam train, takut tak ada ruang. Kami pon solatlah di station. Orang-orang sana ada je yang tengok tapi sebabkan ramai orang dekat station dan semua orang buat hal masing-masing. So tak ada apa pon.
Masa telah tiba, waktu nielah paling mencabar sebabnya kami tidak dalam satu unit yang sama. Kami berpisah-pisah unit tapi masih dalam satu gerabak. Agak payah sebabnya luggages kami banyak dan berat-berat. kebanyakkan seat kami adalah di ruang atas. Jadinya payah sikit nak angkat luggage berat-berat ke ruangan atas.
Risau sebab semua orang terpisah-pisah. Jadi dah pesan sesama sendiri kena jaga masing-masing punya barang. Unit kami semua sangat okay je orang-orangnya, cuma unit my mom dengan my kakak je masalah sikit. Dorang sahaja yang dapat unit satu katil di bawah. Sesuailah untuk my mom so that dia tak perlu panjat-panjat. Tapi orang dalam unit tu memang masalah.
Jenis kesumat yang tak reti hormat orang. Dia macam tengah putus cinta. Lelaki tau bukan perempuan. Menjerit-jerit dan menangis-nangis. Lepastu siap boleh hisap rokok dalam kabin tu. Gila! Aku memang naik hangin. Aku terus report dekat police officer yang jaga setiap gerabak. Polis datang cek dan marah lelaki tu. Tapi, lelaki tu tetap buat masalah lain. Lantak kau, asalkan kau jangan kacau family aku sudah. Memang ada yang mendapat dari aku nanti.
The sleeper train was not bad. Sangat selesa. Lagi best kalau semua orang dapat berada dalam satu unit. Tapi nak buat macam mana, terima jelah. Ada compartment untuk simpan all your luggages so jangan risau. Sangat disarankan untuk ambil sleeper train kalau perjalanan jauh. Seat train sangatlah tak selesa dan terseksa. Sumpah cakap. Yang nie nanti aku cerita di lain entri sebab train kitorang balik adalah seat train.



No comments:
Post a Comment