Thursday, December 25, 2025

Know Know Arrived China : DAY 8 & DAY 9 (Harbin)

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah, sampai sudah kita di entri terakhir untuk percutian Know Know Arrived aku di China. untuk hari kelapan nie, masa untuk kami datang ke Ice & Snow Festival. Festival yang dinanti-nantikan dan yang hendak dituju. Wajib datang sini at least sekali seumur hidup untuk rasai pengalaman meneroka kota ais terbesar dunia. Ikuti butirannya!


Ice & Snow Festival tu kami masuk pada jam 2 petang macam tu. Kami nak experience both day and night punya suasana di festival tu. Ramai kata cantik suasana malam dekat Ice Festival tu. Itu yang nak experience juga suasana malam di sana. 

DAY 8


Siangnya tu, kitorang tak bertolak awal pagi sangat. Semuanya ambil masa untuk kemas luggages betul-betul sebabnya dah nak hari terakhir. Kena kemas luggage betul-betul. Dalam jam 10 pagi macam tu, baru kami keluar hotel untuk teroka Harbin untuk hari ketiga. Tak ada banyak tempat pon nak pergi sebab tu kami santai-santai je.



Destinasi untuk hari kelapan nie, hanyalah nak singgah masjid dan pergi Ice & Snow Festival tu je. Terus order Didi menuju ke Daowai Mosque. Boleh naik train untuk ke sini sebab station tu berhenti betul-betul berhadapan masjid nie.



Kawasan belakang Daowai Mosque, komuniti Muslim. Jadinya banyak restoran Halal yang korang boleh pilih untuk makan. Sebelum kitorang bertolak ke festival tu, kita topup perut siap-siap bagi kenyang untuk bertahan sampai malam. Masa nie demam aku makin memburuk, aku sangat-sangat tak larat. Aku rasa nak baring dan rehat je masa nie. Sumpah tak larat. 





Lagi satu, jangan lupa singgah ke kedai roti belakang masjid nie. Kedai roti nie boleh dikatakan sangat famous lah among Muslim yang datang berkunjung ke Harbin. Merata orang post dekat Tiktok pasal kedai roti nie. Beli banyak roti untuk buat stok makanan. Kalau lapar masa dekat festival tu, boleh makan. Kenyanglah sikit kalau makan roti.  



Banyak sungguh pilihan roti dekat dalam nie. Semuanya segar bugar ya. baru keluar oven. Bau kedai nie sumpah sedap. Aku memang suka kedai bakery yang bau pastries dorang baru keluar oven.  Yang bukan Muslim pon ramai je yang borong roti dekat sini. Murah-murah pulak tu. 



Selesai semua benda, kami singgah solat jamak Zohor dan Asar dekat Masjid Daowai tu dan terus order Didi untuk bertolak menuju ke Ice & Snow Festival. Agak jauh juga, dalam 20 minit perjalanan kalau tak silap dan jalan menuju ke festival nie agak jammed. Banyak kereta cuba untuk memasuki kawasan festival tersebut.



Sumpah ramai gila orang dekat Ice & Snow Festival nie. Memang semua orang pakat datang dekat-dekat waktu nak malam nampaknya. Kami ingat nak rasai dua-dua pengalaman, siang dan malam. Sudahnya sampai dekat sini langit dah mula gelap. Dekat Harbin, langit mula gelap agak awal. 



Aku sumpah tak tahan langsung masa nie, memang tak larat sangat-sangat. Aku banyak habiskan masa dengan duduk dan tidur. Sejuk tu memang sejuk, tapi dia menambahkan teruk tu sebab aku demam. Berganda-ganda teruk rasa dia. Tapi aku gagahkan juga keluar-keluar untuk bergambar. Takkanlah nak duduk je kan. 


Tapi memang tak banyak pon gambar aku dalam Ice & Snow Festival nie. Gambar konsep asal ada dan pernah jejak je. Aku tak betul-betul explore kawasan dia sebab tak larat. Family aku bukan main lagi, gambar dorang cantik-cantik. Terutama sekali ibu dan ayah aku. Seronok dorang dapat bergambar dengan replika-replika bangunan seluruh dunia dalam bentuk ais dalam Ice & Snow Festival nie. 


Hari semakin lewat, suhu semakin sejuk. Sumpah tak tahan gila. Sampaikan bulu mata pon boleh membeku dan berais tau. Boleh bayangkan tak sejuk dia macam mana ?

Ouh ya, masa nak balik nie pon agak terseksa sebabnya jammed jalan nak menuju keluar dari festival nie. Semua orang order Didi dan semua Didi tersangkut atas jalan untuk pick up penumpang. Kitorang tunggu agak lama untuk Didi sampai di pick up point. Dah lah sejuk gila namampos. Menunggu lama pulak. Masa nie otak aku cuma nak balik dan berehat sahaja. 

DAY 9


Hari kesembilan adalah hari untuk kami pulang semula ke Beijing dan mengambil flight untuk balik ke Malaysia. Tapi perjalanan sangat jauh sebab kami ambil train untuk pulang ke Beijing. Kami punya train menuju ke Beijing bertolak seawall jam 7.10 pagi. Jadinya kami kena berada dekat train station seawal jam 5 pagi. Sebabtu semalam kami tak rush untuk keluar, kami siapkan luggage sebabnya train kami sangatlah pagi. 


Train asal tak pagi macam nie poń tapi sebab dorang last minute suruh tukar train, makanya terpaksalah pilih train seawal subuh gajah. Perjalanan mengambil masa selama 15 jam ya. Dah lah hard seat punya train. Kematu bontot duduk lama-lama dalam train. Dahlah masing-masing tempat duduk terpisah. Tapi masih satu gerabaklah. Cuma jauh-jauh. Sangat dinasihatkan untuk sentiasa memilih untuk sleeper train. Jangan pilih train seat duduk. Sumpah terseksa!



Aku sampai nak pitam weyhh duduk dalam train. Tak tahulah kenapa. Demam aku tak kebah-kebah. Nasib baik semalam kitorang beli roti banyak gila untuk buat stok makanan dalam train nie. 15 jam duduk dalam train, dengan tak ada makanan yang korang boleh beli. Jadinya korang kena siap-siap bawa makanan sendiri. Better kalau ada macam mee segera hot cup tu. Korang tinggal beli air panas je dalam train untuk korang makan. Tapi maggi hot cup kitorang tak ada. Stok dah habis. Ada roti-roti je. Itupun dah cukup je untuk kitorang. 

DAY 10


Flight kami jam 5 pagi pada 6 January 2025. Kami akan transit selama 4 jam di Guangzhou. Then dari Guangzhou terus ke Kuala Lumpur. Masa nie rasa bersyukur sangat sebab akhirnya kami dah keluar dari azab train tu. Rasa macam lama gila duduk dalam train. 


Transit dekat Guangzhou ada restoran Halal. Kitorang menghabiskan duit RMB kitorang dengan beli makanan panas dekat sini sementara menunggu next flight. Sampai je Kuala Lumpur, rasa gembira gila. Penat dan puas hati. Masa nie demam aku dah sedikit okay. Kitorang bertiga je demam sepanjang trip di China nie, aku, Faries dan Haziqah.

Haziqah tu mula demam on our last day dekat Harbin. Kalau awal-awal dia demam, sangat drama nanti. Aku sangat bersyukur sebab ibu dan ayah aku sihat-sihat je sepanjang trip nie. Risaukan dorang berdua je sebenarnya. Aku demam tak apa, jangan dorang yang demam.


Dengan terupdate-nya cerita hari kelapan dan kesembilan aku di Harbin, maka tamatlah trip Know Know Arrived China aku. Alhamdulillah aku berjaya siapkan cerita China aku nie sebelum tahun 2025 melabuhkan tirainya. Kita berjumpa lagi di entri know know arrived trip seterusnya. Mana pula kali nie ? Nantikan.

Boleh baca full story Know Know Arrived China di link berikut : CHINA 

Terima kasih kerana sudi membaca. Bye!

No comments:

Post a Comment