Sunday, December 14, 2025

Know Know Arrived China : DAY 3 (Tianjin)

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Seawal jam 5.30 pagi, kami dah mula bersiap dan bertolak menuju ke train station. Untuk trip Tianjin, dikelolai oleh Faries. Dia yang atur dari segi perjalanan dan juga tempahan ticket train. Oleh kerana kami pergi dalam group besar, persiapan rapi itu perlu supaya tak kelam kabut.


Train kami ke Tianjin jam 7 pagi, țapi dalam jam 6 pagi macam tu, kami dah dekat train station. Gate tak buka lagi, orang masih tak ramai lagi masa nie. Tapi kedai-kedai dah ada yang buka. Ingat lagi masa nie, kitorang semua solat Subuh dekat tempat menunggu je. Tak ramai orang jadinya tak jadi perhatian sangat. Plus, kami cari tempat menunggu yang tersorok sedikit. 



Bila dekat jam 7 pagi, orang-orang mula beratur. Train station mula dibanjiri dengan manusia. Mungkin ramai nak balik kampung kot masa nie sebab yelah, dekat-dekat nak tahun baru. Sebelum naik train, kita singgah beli kopi dulu dekat Starbucks. Perjalanan mengambil masa lebih kurang dalam 1-2 jam macam tu, tak ingat dah.




Sampai je Tianjin, kami mulakan berjalan menuju ke Ancient Cultural Street. Tapi sebelum tu, kitorang bergambar dulu dekat tepi jalan sebab nampak aesthetic pula bangunan-bangunan dekat sini. Warna dorang seragam. Tak ada warna-warni langsung. Even warna hitam pon tak ada. Semuanya warna-warna simen. Ibarat macam hutan konkrit. 


Masa kami buat research sebelum nak datang tu, Ancient Cultural Street tu walking distance je. Actually memang walking distance tapi untuk mereka yang dah berusia, itu agak jauh untuk mereka. Tapi Alhamdulillah parents aku kuat je cumanya pace agak perlahan. Tak boleh laju-laju.



Dalam tengah berjalan-jalan tu, nampak pula ada jambatan cantik. Nama jambatan nie ialah Jin Tang Bridge. Kami singgah bergambar-gambar dekat atas jambatan nie. Tak ada dalam senarai pon jambatan nie, tapi sebab nampak cantik berlatarbelakangkan hutan konkrit Tianjin, kitorang bergambar dekat sini dulu. Di samping tu, dapatlah parents aku rehat-rehat dulu sebelum sambung berjalan. 


Itinerary kitorang dekat Tianjin nie agak packed. Dan ada tempat yang agak jauh mengambil masa berjam untuk pergi ke sana. Jadinya, masa kena jaga. Namun begitu, kitorang tetap kena akur kita travel bersama warga emas. So  aku santai-santai je. Tapi dalam masa yang sama, set waktu supaya kita dapat at least kalau tak semua, hampir semua tempat yang disenaraikan untuk pergi, kita dapat pergi. 


Ancient Cultural Street nie barulah kau nampak warna dan rasalah seperti berada dalam filem-filem lama yang berkonsepkan kerajaan China lama. Bayangkan erk, dari hutan konkrit yang tiada warna, kepada satu kawasan yang berwarna merah dengan seni binaan masyarakat China lama. Cantik sangat tempat nie berada di tengah-tengah hutan konkrit. 




Dekat sini kitorang ambil-ambil gambar je. Kedai pon tak banyak yang buka lagi sebab kami sampai agak pagi. Kedai-kedai baru nak setting-setting. Tapi dah banyak pakcik makcik dah mula datang dan membuat senaman pagi. Hahahaha. Selesai bergambar, kitorang terus ke lokasi seterusnya, iaitu Porcelain House. 



Sumpah ramai gila dekat kawasan Porcelain House nie. Jalan jammed dan ramai pelancong. Mungkin istimewa lah kot tempat nie. Tapi bila tengok harga tiket masuk, tak jadi nak masuk. Sebab macam tak berbaloi untuk kami satu keluarga masuk. Rasa macam tak ada apa sangat pon. Just rumah yang dipenuhi dengan porcelain dan hampir semua benda diperbuat daripada porcelain. Jadinya kami pilih hanya sekadar bergambar di depan Porcelain House ini sahaja. 


Kami dah berjalan lama dan pergi few tempat, masa untuk bawa keluarga aku makan. Kitorang dah set, at least satu hari tu, kitorang akan makan besar satu kali. Restoran Halal agak limited, jadinya tak bolehlah tiap masa nak makan besar. Kalau dapat makan besar dua kali dalam satu hari tu, kira bonus lah. Dekat Tianjin nie ada satu restoran Halal yang ramai recommend iaitu Li Deshun Xiaolao Restaurant. 


Sumpah sedap ya dan kenyang sangat. Cumanya kami ter-order lebih pulak. Tak dapat nak habiskan semua. Korang kena ingat, portion makanan dekat China nie semua besar-besar. Satu menu je dah boleh share ramai-ramai dan tak perlu berebut pon sebab portion dia memang besar.


Selesai makan, kitorang order Didi (Grab) untuk pergi ke lokasi seterusnya. Lokasi seterusnya nie agak sedikit jauh sebab tu kena bajet masa. Kitorang dekat Tianjin cuma satu hari je. Train laju untuk balik ke Beijing jam 9.30 malam. Jadinya kena peka bab waktu dan rancang perjalanan betul-betul.


Lokasi seterusnya ialah Binhai Library. Cantik sangat library nie. Memang esthetic untuk bergambar. Datang sini bukan nak membaca atau beli buku pon. Hanya sekadar untuk bergambar. Ramai pengunjung yang datang ke sini memang hanya untuk bergambar, Banyak gila spot cantik untuk bergambar. 



Kitorang ambil gambar tak ingat dunia. Tapi tetap peka dengan waktu. Ouh lagi satu, sepanjang trip dekat China nie, kitorang sebolehnya tak nak sampai hilang waktu solat dan qada solat dekat hotel. Kalau trip pergi sendiri tu, biasanya kalau susah nak solat, memang aku qada dekat bilik hotel je bila dah balik. Tapi aku tak nak ayah dan ibu aku tertinggal solat. Makanya kitorang semua sempat solat jamak dekat dalam library nie di sudut-sudut yang tak ada orang. Ada je banyak sudut tersembunyi.


Walaupun solat sembunyi-sembunyi, ada je yang nampak dan datang tegur untuk bertanya. Dorang curious dan ada je yang faham. Especially pelancong-pelancong luar. Selesai je semua solat, sambung balik bergambar.


Ouh ya, dari Binhai Library nie, korang boleh nampak Tianjin CTF Finance Centre. Bangunan kedua tertinggi di Tianjin. Tapi yang lagi satu tu tak siap lagi, cuma pembinaan dia dah melepasi Tianjin CTF Finance Centre nie. Tower nie merupakan bangunan ke-8 tertinggi di dunia. 


Tak perlu datang dekat, dari Ziyun Park berdekatan Binhai Library nie pon dah boleh nampak dengan jelas bangunan tinggi tu. Memang cantik sangat untuk bergambar dekat sini berlatar-belakangkan Tianjin CTF Finance Centre. Tak banyak masa untuk bergambar-gambar, dalam 30 minit masa yang kitorang set untuk selesaikan bergambar dekat sini sebab nak pergi satu lagi tempat yang terakhir dalam list sebelum kena naik train balik ke Beijing.


At this time, aku dah mula rasa anxious sebab takut tak sempat dan terburu-buru. Aku takut tertinggal train balik ke Beijing je. Alhamdulillah sampai ke destinasi terakhir kitorang di Tianjin iaitu Eye of Tianjin. Masih banyak masa cuma takut jalan jammed menuju ke train station. Aku siap tanya dekat kaunter kot berapa lama masa yang diambil untuk gerabak Eye of Tianjin nie buat satu pusingan. Dorang kata dalam 30 minit macam tu. Kedengaran seperti not a big deal tapi korang kena fikir masa yang diambil untuk beratur menunggu giliran naik gonndola dan juga perjalanan menuju ke train station. 


Kalau ikut pengiraan aku, sempat je tapi memang akan terburu-buru. Aku dah cek map, dari Eye of Tianjin menuju ke train station dalam few minutes. So insyaAllah sempat kalau jalan tak berapa nak jammed. Alhamdulillah, beratur tak lama pon untuk kami naik dalam gondola. Muat satu gondola untuk kami berlapan. Tak perlu kongsi dengan pengunjung lain. 


Dapat tengok bandar Tianjin. Cantik sangat ! Lepastu, sebelum kami tempah Didi, kami bergambar sekejap berlatar-belakangkan Eye of Tianjin. Selesai je dapat footage untuk video dan gambar, terus order Didi.


Alhamdulillah Didi tak ambil masa yang lama untuk sampai dan pick up kitorang. Kitorang berjaya sampai ke train station 30 minit sebelum waktu train kitorang berlepas. Tapi seriously memang berlari masa nak sampai ke sini. Even my parents pon bergegas sebab dorang tahu bab-bab train nie, kena pay extra attention.


You have no idea how relief I was bila kitorang semua dah beratur untuk naik train. Paling best, kitorang dapat pergi ke semua tempat yang ada dalam senarai. Malah dapat tambah few places yang tak ada dalam senarai pon secara kebetulan.

Kitorang sampai Beijing dengan selamat. Satu hari yang panjang dan memenatkan. Tapi boleh pulak ada drama masa nak balik ke hotel sebabnya dekat sini Didi tak boleh masuk, kena naik taxi yang dah beratur dekat station. Taxi dorang beratur panjang untuk ambil penumpang. Jadi bila dah tiba giliran dorang, dorang kena ambil penumpang yang ada. Dorang tak ada pilihan untuk pilih penumpang mana yang dorang nak.


What happened was, oleh kerana dorang dah beratur panjang dan lama menunggu giliran untuk ambil penumpang, dapat pulak penumpang yang hanya nak pergi ke lokasi yang dekat. Jadinya tak berbaloi untuk dorang hantar sebab dorang dah tunggu giliran lama. Harapan dorang untuk dapat penumpang yang pergi ke lokasi yang jauh. Semua tak nak ambil kitorang. 

Tukang jaga aliran teksi nie, mengamok. Sebab semua pemandu teksi yang dah berada dekat depan tak nak ambil kitorang. Dia suruh keluar barisan terus teksi-teksi tu. Ada yang sudi ambil kitorang tapi dorang nak cas lebih dan suruh kitorang faham situasi dorang. Eh ? Kitorang pulak nak kena faham korang. Cuba faham sikit situasi kitorang nie.


Tapi serious cakap, tukang jaga aliran teksi nie memang aku respect. Kitorang guna google translate sound untuk fahamkan apa yang dia cakap. Dia mengamok cakap dekat pemandu-pemandu tu, yang ini ada orang tua dan korang semua tak nak ambil dorang. Korang tak rasa kesian ke ? Rasa terharu dibuatnya. 

Kitorang kena paww lebih sikit dari rate biasa. Tak kesah pon sebabnya kitorang dah penat dan nak balik rehat je. Ibu ayah aku pon dah penat. Bayar jelah berapa yang dorang nak. Tak adalah dorang paww teruk-teruk cumanya harganya tu agak mahal daripada rate biasa. Walaupun begitu, aku tetap strict. Aku tak akan biarkan dorang paww sewenangnya. Aku ada toleransi tapi aku takkan menurut. So jangan naik kepala. Berpada-pada. 

Okay jumpa lagi di entri yang lain, semoga seorang Zharif terus rajn menaip.

No comments:

Post a Comment