Thursday, December 25, 2025

Know Know Arrived China : DAY 6 & DAY 7 (Harbin)

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah, kami akhirnya sampai ke Harbin setelah hampir 12 jam perjalanan. Semua baik-baik sahaja, drama dalam train semalam tu habis dekat situ je. That guy berhenti dekat somewhere dan unit kakak and ibu aku tu jadi kosong. Rupanya penumpang orang lagi satu tu his girlfriend. Dorang berhubung melalui telecom instead of bercakap berdepan. Tengah gadoh agaknya. What a drama! Anyway, kami sangat gembira sebab akhirnya kami dah sampai di Kampung Ningning, Harbin !


Trip ke China nie asalnya sebab nak pergi ke Harbin je. Yang lain-lain tu tambahan daripada niat asal sebab takkanlah nak pergi satu tempat je. Jadinya Beijing dan Tianjin came into the picture. Now we are in Harbin. Masa untuk jelajah Harbin pulak. Ya Allah sejuk gila bila dah sampai. Kami sampai waktu subuh gajah jam 5.40 pagi macam tu. Memang sejuk gila!

DAY 6



Ada lagi drama pagi-pagi nie di mana salah satu grab kitorang buat hal. Dia kata luggages kami lebih muatan dan kena order satu lagi grab. Biasa memang kami order 3 grab sekiranya bawa semua luggages. Tapi masa sampai Harbin nie, dia tak nak ambil weyh. Makanya kena order lagi satu grab. So total 4 grab semuanya.


Kitorang memang dah atur siapa dalam grab. Masing-masing kena saling berjaga. Aku satu grab dengan ibu dan ayah. Kakak aku, Faries dan Haziqah satu grab. Nurin dan Zahin satu grab. Grab Nurin dengan Zahin yang bermasalah. Tapi kitorang semua dah bertolak dulu. Makanya, Nurin dan Zahin terpisah grab. Zahin naik grab dulu dan Nurin order grab baru. Fuhh masa nie memang risau sangat sebabnya adik perempuan aku naik grab sorang-sorang waktu subuh gajah. Kitorang semua dah sampai hotel. Kitorang menunggu grab Nurin, tak sampai-sampai. Ya Allah sumpah risau. Kitorang cakap share live location dan sentiasa alert. If anything terus text.


Sangat risau ye masa nie. Setiap saat tu rasa macam lama betul. Alhamdulillah, adik perempuan aku sampai dengan selamat. Sumpah lega bila semua dah ada dekat satu tempat. kitorang semua rehat dalam hotel di ruang reception. Receptionist tengah tidur. 


Bila hari dah mula terang sikit, kami keluar untuk memlakan jelajah Day 1 di Harbin. Masa nie receptionist yang tidur dekat kaunter tu dah bangun. Kami maklumkan dia akan jalan-jalan duu dan check in nanti bila dah balik. Dia benarkan kami letak semua luggages dekat ruang reception tu. Ada tempat khas. Masa nie bilik kami belum vacant lagi, masih ada penghuni. So kami terus keluar dulu tanpa check in lagi.



Tempat pertama kami pergi Songhua River Cableway untuk merentasi Songhua River. Dari dalam cable car nie, korang boleh melihat kerja-kerja mereka membina taman tema di atas air sungai yang mengeras menjadi bongkah ais. Even Ice Festival punya sculpture, bongkah-bongkah ais diambil dari sungai Songhua nie. Tapi masa nie cableway tu tak buka lagi, jadinya kami ambil-ambil gambar dulu dekat kawasan sekitar. Sumpah cantik suasana winter! Semua tempat jadi instagrammable.


Buka je kaunter, kami terus pergi beli tiket untuk naik cable car tu. Kaunter dia dekat luar tau. Bukan dekat dalam. Tercari-cari julah mana kaunter tiket cable car nie. Terpusing-pusing. Rupanya dekat luar. Untuk harga tiket round trip adult ialah 80 RMB. Lebih kurang dalam RM50 lah. Murah je.


Masa nie agak kelaparan sebabnya tak makan apa-apa lagi. Sampai Harbin terus pergi ke hotel. Lepastu terus gerak naik cable car nie. Tak ada kedai makan yang dekat-dekat sini yang boleh dimakan. So kami cuma minum kopi panas je buat alas perut masa nie. Ada lah bawa sikit kudapan untuk ibu dan ayah aku isi perut sementara tunggu waktu makan. Kitorang minum Luckin Coffee. Dekat sini Luckin Coffee bersepah ya. Dekat Malaysia sekarang Luckin Coffee muncul bagai cendawan tumbuh selepas hujan.


Tak sanggup sebenarnya nak keluar sebabnyaa sejuk gila namampos. Sumpahlah tak tahan gila. Tapi kena hadap juga untuk manfaatkan masa yang ada dan demi sekeping gambar buat tatapan penduduk kampung. Gembira sangat masa nie sebabnya keadaan sekeliling sangat cantik dilitupi salji.




Selesai je bergambar, kami naik semula cable car untuk kembali ke tempat kami naik tadi. Masa untuk kami balik ke hotel, check in, rehat dan bermandi-manda. Badan berlengas sebab satu malam tidur dalam train, tak mandi pagi, tak bersiap apa, terus keluar berjalan. 



Penginapan kami di Harbin sangat selesa. Lebih luas berbanding penginapan kami di Beijing. Cumanya bilik air dekat sini agaklah seksi ya. Sebabnya glass door dan bahagian tities kebawah je ditutupi dengan pelindung cermin. Tapi still boleh nampak sekiranya datang menghampiri bilik air. Nasib kau lah labu.



Tapi sangat selesa sebab luas. Penginapan kitorang dekat Beijing ruang dia sangat sempit. Nak solat pon berhimpit-himpit dengan luggage. Dekat sini, luas sangat-sangat. Kitorang adik-beradik bilik dekat tingkat dua. Bilik ibu dengan ayah je dekat ground floor berhampiran receptionist. Bilik dorang lagilah luas. Senang sebab dorang tak perlu turun naik tangga. 


Rehat tak lama sebab nak manfaatkan masa yang ada untuk at least cover banyak tempat yang ada dalam senarai nak pergi. Tapi sebelum tu, kita cari makanan Halal dulu. Sumpah lapar gila! Ada satu restoran berhampiran dengan hotel kitorang tapi makanan dia agak meyhh. Jenis skewers-skewers macam tu je. Jadilah buat alas perut. Tastewise not bad, cumanya tak kenyang.



Kami terus bergerak menuju ke Saint Sophia Cathedral. Ramai gila manusia dekat kawasan cathedral nie. Semuanya berpakaian seperti anime dan bawa photographers dan lighting masing-masing. Tak tahulah bersempena apa atau ada festival apa. Dorang siap boleh berphotoshoot pakai seperti anime dan princess-princess gitu dalam suasana yang sangat-sangat sejuk. Kitorang punyalah mencari tempat berteduh untuk dapatkan heater. Tak sanggup stay lama-lama dekat luar. Sejuk gila!


St Sophia Cathedral nie merupakan cathedral bersejarah yang mempunyai ciri binaan masyarakat dan budaya Russia. Cathedral nie juga merupakan landmark iconic Harbin. Jadi, kalau datang Harbin, make sure korang datang ke sini okay.



Haziqah si kaki pau kopi dekat abang-abang dan kakak-kakak dia. Dasar budak tak bawa satu sen duit pon. Semuanya abang-abang dan kakak-kakak dia belanja. Untung jadi bongsu. Ouh ya lagi satu, masa nie juga kami kehilangan jejak Pakcik Azis ya. Dah lah tak dapat nak dihubungi sebabnya phone dia tak connect dengan internet. Jadi kami tak tahu nak cari dia macam mana. Puaslah kehulu-kehilir sekitar cathedral mencari Pakcik Azis.


Rupanya dia dok berdiri dekat traffic light menunggu kitorang semua. Kitorang semua nak tunggu sesiapa sekalipun, kita pilih untuk duduk dalam bangunan. Dia boleh berdiri tegak dekat trafiic light sorang-sorang dengan harapan ada yang nampak dia. Astagha Pakcik Azis oi! Sejuk tahu tak dekat luar tu. 


Seterusnya, kami pergi ke Zhongyang Street. Tak jauh sangat daripada Sophia Square nie. Jalan kaki je. Dekat sini, tempat orang-orang beli cenderamata untuk dibawa pulang. Kami tengok-tengok je apa yang ada, ada yang berkenan terus beli sebab takut tak sempat nak beli.


Malam tu, dekat bilik hotel kitorang berbincang semula tempat yang hendak dituju pada hari esok dan esoknya. Untuk pengetahuan korang, kitorang memang dah rancang tempat mana yang nak dipergi tapi tak finalise kan hari apa hari apa. Semua benda decide either sehari sebelum atau malam tu juga atur itinerary. Masa nie dekat bilik hotel barulah kitorang semua beli tiket untuk masuk ke Ice & Snow Festival tu. Ticket masuk ke Ice & Snow Festival nie jangan risau, insyaAllah banyak je dan tak akan sold out. Tapi janganlah beli last minute sangat. Selain tu, kitorang beli tiket untuk ke Volga Manor juga. Dan malam tu jugalah baru aku mula rasa nak demam. Adoiii inilah detik-detik permulaan yang spoil kan percutian aku dekat Harbin.

DAY 7


Kami keluar pagi-pagi untuk pergi ke Volga Manor. Volga Manor nie agak jauh sedikit daripada Harbin. Lebih kurang dalam 1 jam perjalanan. Kami ke sana dengan menaiki Didi. Dua buah Didi. Tapi sebelum tu, kami singgah makan sarapan + lunch dekat sebuah restoran di Harbin. Tak tahulah apa nama restoran nie, kami google je restoran halal Harbin dan restoran nie keluar. Korang carilah dalam google ya.


Untuk pengetahuan korang, dekat Volga Manor tiada makanan Halal. Paling-paling pon cuma kudap-kudapan je yang korang boleh beli. Jadinya, dinasihatkan supaya isi perut dulu penuh-penuh sebelum bertolak ke sana. Sumpahlah makanan dekat sini sedap gila dan murah. Sangat recommended untuk datang dan makan dekat sini. Even balik dari Volga Manor, kitorang singgah makan malam dekat sini lagi.



Sangat puas hati dan mengenyangkan. Owner restaurant pon sangat baik. Restoran nie bagi vibe-vibe orang kampung yang sengaja hidang makanan buat mereka yang memerlukan that particular food. Rasa hommy sangat. 


Sepanjang perjalanan semuanya tidur. Agak jauh nak ke sini, jadinya tidur lah yang terbaik. Sebabnya kitorang pagi-pagi dah keluar untuk explore hari kedua di Harbin. Tak boleh nak tidur sangat sebabnya kena tengok-tengok jalan jugak. Alhamdulillah, selepas lebih kurang sejam, kami sampai di Volga Manor.


Sumpah cantik sangat keadaan sekeliling. Semua dilitupi dengan salji. Even air tasik mengeras menjadi bongkah ais. Masa nie aku tak larat sangat sebab first day demam. Dengan sejuknya ya ampun. Aku sangat-sangat tak larat. Kitorang banyak habiskan waktu dalam premis je sebab sejuk sangat dekat luar.



Eventually kena keluar juga untuk teroka dan bergambar di kawasan sekitar. Dah bayar kot masuk sini, jadinya membazir kalau tak explore. Sejuk pon sejuklah. Demam semua kena letak tepi. Masalahnya sejuk dia tu, sampaikan nak buka glove tangan pon tak sanggup.


The highlight of visiting Volga Manor adalah kitorang naik Giant Slide. Tapi maaflah tak ada gambar semasa naik slide tu, tapi sumpah seronok gila. Masuk sini, banyak pakej yang ditawarkan. Korang pilihlah poke mana yang korang nak untuk explore kawasan Volga Manor nie. Kami cuma bayar untuk tiket masuk dan giant tube slide tu je. Harga pakej sangat murah okay. Jadi jangan risau. 


Maaf tak dapat nak sertakan banyak gambar semasa dekat Volga Manor nie sebabnya aku tak bergambar sangat. Dan masa main giant tube slide tu pon cuma ada video je. Korang boleh tengok dekat instagram aku ya video tu. Baliknya tu, kami singgah lagi restaurant yang kami datang pagi tu untuk makan malam sebelum pulang ke hotel. Itu sahajalah yang berlaku untuk hari kedua di Harbin nie. 

Okaylah, itu sahaja yang dapat aku cerita, jumpa lagi di entri seterusnya and that will be the last entri untuk percutian know know arrived China kami. 

No comments:

Post a Comment