Thursday, December 11, 2025

Know Know Arrived China : DAY 1 & DAY 2 (Beijing)

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sudah tiba masanya aku bercerita percutian Know Know Arrived aku ke China pada tahun lalu. Trip kali nie agak mencabar dan paling lama, lebih kurang dalam 11 hari. Dan yang buatkan ia mencabar ialah, aku angkut satu keluarga pergi. Selalu cuti berdua, senang nak urus. Bawa satu keluarga, banyak benda kena fikir. Perancangan perlu teratur. Bukanlah kena betul-betul teratur ke apa, maksudnya proper sebab aku bawa ibu dan ayah aku. Kalau tak teratur pon tak apa sebab keluarga aku jenis okay je. Kitorang jenis redah dan tak banyak songeh. Ikuti butirannya! 


Mencabar nak bagi satu keluarga pergi sebab nak kena cari the right timing. Masing-masing kerja pelbagai bidang dan tak semua mudah minta cuti. Especially adik lelaki aku, dia kerja bahagian retail masa nie. Nak cuti lama susah betul. Kena minta beberapa bulan lebih awal. Settle bab dia, baru decide tarikh untuk flight. Selesai je beli flight ticket, baru boleh rancang perjalanan.

Booking 16 Nov 2024

Payment on the same day, 16 Nov 24

Booking is in process, belum final. Dia akan confirm kan bila dekat dengan tarikh train kita.

Maka merancanglah kitorang semua. Motif percutian kali ini adalah nak pergi ke Ice Festival dekat Harbin. Tapi flight kami mendarat dekat Beijing. Jadinya kena beli train ticket. Direct flight ke Harbin mahal. Nak beli train ticket pon agak mencabar juga. Harga dia sangat menakutkan sebab transaksi dalam USD. Sedih betul dengan nilai Ringgit Malaysia kita. Bila convert tu rasa macam beli tiket flight lagi.

18 Dec 24, 10 hari sebelum bertolak dia email kata train dah penuh. Kena tukar train lain.

Eiher kau upgrade seat atau downgrade seat. Bergantung pada availability. Kitorang kena upgrade sebab waktu train tu sesuai dengan itinerary kitorang. So kena tambah duit.

23 Dec 2024, baru dia bagi email confirmation dan e-ticket. Yang nie kira korang dah secure train. 5 hari sebelum nak bertolak. Astagha.

Walaupun train ticket kitorang tempah almost 2 bulan lebih awal, tapi dekat-dekat hari kejadian, kena tukar train pulak. Ini sistem train yang aku cukup menyampah dekat China nie. Dorang nak pastikan semua gerabak penuh, jadinya dorang akan paksa pembeli tukar train lain. Sama ada kau kena downgrade seat ataupun upgrade seat. Dahlah harga dalam USD, nak kena tambah duit kalau nak kena upgrade. Nak tak nak, kau kena teruskan sebab beberapa hari je lagi percutian kitorang. Plus, train seat agak limited. Tambah duit pon tambah duit lah. Memang sial sikit sistem train dekat China nie.  Aku warning awal-awal kalau korang pilih untuk naik train.

Seat jadi carca merba bergantung availability. Tapi masih satu gerabak.

Train balik, kami terpaksa downgrade sebab ini je waktu train yang sesuai. Sebab nak kena catch flight balik KL. Dan seat kami adalah seat duduk yang keras. Sumpah sakit gila dan x selesa.

Oleh kerana kami downgrade seat untuk train balik, maka dapat refund, 5 Jan 25.

Nak pergi Harbin, korang kena buat persedian betul-betul dari segi pakaian. Tak boleh main-main erk cuaca sejuk dekat Harbin. Kitorang mula beli barang sikit-sikit untuk dipakai ke Harbin.


Hari yang dinanti-nanti akhirnya tiba, kami bertolak ke KLIA dibantu oleh keluarga pakcik sedara aku. Alhamdulillah semua nampak macam teratur dan okay. Dah masuk flight, dapat khabar flight kitorang delay. Kitorang dah dalam kapal terbang nie, tunggu masa untuk berlepas je. Tiba-tiba dorang announce flight delay sejam lebih. Aku dah mula risau sebab transit kitorang 2-3 jam je. Ada connecting flight untuk ke Beijing. Dalam otak aku masa nie, arghhh duit lagi kena keluar sebab kena beli flight ticket baru. Memang redha sangat masa nie. Benda nak jadi, kau kena teruskan jugak sebab semua benda dah tempah dan rancang. Duit boleh dicari. Awalnya begitulah. 



Kami naik China Southern Airlines. Astagha, pramugari tak faham bahasa English sangat. Sangat susah untuk berkomunikasi. Kitorang nak tanya macam mana dengan connecting flight kitorang sebab flight dari KL nie delay. Dia cubalah untuk bantu, dia kata kena contact ground staff dekat counter. Itu je. 

DAY 1



Maka setelah hampir dua jam, kami pon berlepas. Sampailah kami ke lapangan terbang di Shenzhen Baoan International airport. Kami pergilah ke kaunter dan agak terkejut, kitorang punya new flight free je. Tukar next available flight. Semudah itu. Betul lah apa yang pramugari tu cakap, pergi ke kaunter je dan ground staff akan uruskan. Hebat hebat. Yang nie aku salute gila sistem dorang! Sebab dorang yang menyebabkan the delay, so kenalah bagi alternatif yang mudah untuk penumpang. Maka kami naik lagi satu flight menuju ke Beijing. 



Datang je kaunter dan inform staff mengenai flight korang. Dorang terus akan letakkan korang dekat next available flight. Masa nie kami sampai airport dalam jam 8 pagi macam tu. Next available flight dalam jam 12.30 tengahari. Okaylah, tak rush sangat. Sempatlah kami rehat dekat airport tu. Makan apa yang boleh dimakan je. Tak banyak pilihan asalkan yakin Halal dan kenyang. Dapatlah isi perut. Arrangement meal Halal dah tak ada sebab flight dah bertukar flight. Arrangement meal Halal flight kitorang yang terlepas tu.


Sumpah cantik airport dekat sini, besar gila dan luas sangat-sangat. Ramai gila orang. Architecture dia berkonsepkaan honeycomb. Cantik ! Natural light masuk di setiap sudut. Okay masa untuk berlepas. Perjalan mengambil masa lebih kurang 3 jam untuk sampai ke Airport Beijing. Sangat tak sabar untuk sampai sebabnya penat dan rasa selunjr kaki untuk berehat. 


Sampai Beijing hampir jam 4 petang. Collect luggage dan immigration semua, kami keluar airport dalam jam 5 petang jugalah. Terus cari teksi untuk hantar kami ke hotel. Masa nie baru sampai, ramai gila ulat teksi dekat airport. Alhamdulillah lah dapat van yang okay untuk memuatkan kami berlapan dan juga luggage-luggage kami. Luggage kitorang banyak yang rosak dan pecah. Sumpah ganas betul staff airport yang uruskan luggage nie. 


Rasa bersyukur sangat bila dah sampai dan check in dekat hotel. Dapatlah parents aku berehat. Kami berehat sekejap lepastu bersiap untuk keluar cari makan malam. Lapar gila masa nie. Parents kitorang tak ikut sebab penat dan doraang nak berehat je dalam bilik. Kitorang belikan makanan sikit bungkus bawa balik untuk dorang makan. Kami singgah ke restoran Halal yang berhampiran dengan menaiki teksi. Teksi dekat China nie murah. Plus kau bahagi kepada 6 orang, jadinya tak mahal pon.



Mujur kami sampai tepat-tepat sebelum restoran nak tutup. Kami merupakan customer dorang yang terakhir  pada malam tu. Kenyang dan sedap betul makanan dekat sini. Bab harga tak kesah dah, asalkan kenyang. Restoran nie agak sedikit atas, tapi harga masih lagi munasabah. Sumpah sedap dan kenyang. Kami betul-betul kelaparan masa tu. 

DAY 2


Masa untuk mulakan penjelajahan di bumi Beijing. Technically ini merupakan hari kedua tapi since semalam tak sempat buat apa-apa, yelah sampai hotel pon hari dah gelap. So kira nie hari pertama kami mulakan trip know know arrived China kami. Destinasi pertama kami ialah nak melawat Great Wall of China. Kami naik dekat Mutianyu Great Wall.

Kami naik bas lepastu tukar naik teksi untuk ke Mutianyu Great Wall. Naik bas 916 Express dari Dongzhimen menuju ke Huairu North Avenue. Lepastu baru naik teksi. 



Dekat Beijing masa nie musim winter ya. Memang sejuk betul, tapi masih boleh tahan lagi kalau buka jacket sekalipon. Pemandangan sekeliling memang cantik kalau musim winter. Suka tengok.


Nak ke Mutianyu Great Wall China nie ada beberapa option. Paling pantas sudah tentunya naik cable car. Boleh je kalau korang nak mendaki. Tapi tidaklah, kitorang bawa orang tua kot. So naiklah kami semua menggunakan cable car. Masa dekat kanter, korang boleh pilih sama ada naik dan turun menggunakan cable car ataupun switch. Turun korang naik coaster. Kitorang pilih naik menggunakan cable car, turun menggunakan coaster. Sumpah best !!



Tak sangka finally aku sampai juga dekat Great Wall of China nie. Salah satu Wishlist places untuk aku visit. One of the seven wonders of the world. Even my mom pon rasa seronok sangat sampai sini sebab teringin sangat jejak Great Wall China. Kami gunakan masa yang da untuk bergambar. Dah puas bergambar, baru kitorang turun. 



Korang boleh berjalan menyusuri tembok nie kalau ada kudrat dan larat. never ending tau sebab panjang Great Wall of China nie beratus-ratus kilometer. Sebab tu tersenarai antara Seven Wonders of The World dan tak pernah keluar carta. Hebat !


Kami turun menggunakan coaster dan aku tak dengar arahan orang yang jaga tempat permulaan nak turun tu. Dia suruh semua zip jacket winter supaya tak tersangkut dekat atyar ataupun terseret dekat laluan. Aku tak dengar makanya jacket winter aku yang baru beli nie kotor kena minyak hitam. Sebab laluan tu berminyak untuk bagi coaster tu meluncur laju. Dah turun bawah baru perasan jacket aku kotor. Spoil mood terus bila jacket kotor. 



Masa untuk balik. Dekat area sini susah sikit nak dapat makanan Halal. Kami tahan je perut, makan apa yang ada. Malam tu, sebelum kami balik hotel, kitorang cari makanan Halal dulu. Jalan agak jauh ya, tapi tak jumpa-jumpa. Sekali salah jalan. Nak dijadikan cerita, Alhamdulillah rezeki, tiba-tiba terjumpa makanan Halal tepi jalan. Seronok gila masa tu. Si Hajid gemok dah lapar, so kitorang beli lah apa yang boleh untuk alas perut. Sumpah sedap!


Seronok betul dapat makan makanan yang kenyang sikit. Bagi makan secukupnya then terus sambung berjalan menuju ke restoran yang hendak di pergi. Agak jauh juga tapi Alhamdulillah semua masih larat. Kitorang banyak je rehat-rehat tepi jalan. Lepastu sambung lagi berjalan. 


Akhirnya sampai dan jumpa juga restoran yang dicari. Actually ini pon on the spot mencari sebab mulanya salah jalan dan restoran yang kitorang nak tuju tu macam tak jumpa dan sampai tersesat-sesat entah ke mana. Kesian parents aku, dah lah satu hari tak makan. Kitorang semua memang betul-betul lapar. 


Makan besar kitorang malam tu. Puas hati dan sedap sangat !! Harga pon not bad. Jangan tanya dekat mana sebab tak tahulah dekat mana. Dah tak ingat. 





Selesai makan, book taxi dan terus balik hotel. Besok pagi nak kena bangun pagi untuk ke bandar lain. Masa nie awal lagi, tak ada lah lewat malam pon. Hari kedua hanya dapat pergi ke satu tempat je. Kitorang sangat laid back dan tak rush pon. Tapi besok, agak padat sedikit sebab cuma satu hari je untuk teroka bandar tersebut. Nantikan entri seterusnya.

No comments:

Post a Comment