Monday, November 10, 2025

RAPAT Rangers Reunion

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kali nie, aku nak ceritakan trip reunion ke Melaka bersama batchmates UPSI aku pada bulan September 2024 tahun lepas. Last berkumpul ramai-ramai adalah waktu konvokesyen kitorang tahun 2017. Selain daripada tu, cuma jumpa waktu raya ataupun wakttu majlis kahwin je. 


Tapi sesi reunion nie tidaklah semuanya ada. Hanya berapa ketul je. Kalau ikutkan kami semua 13 orang. Batch kitorang antara batch yang tersikit. Dapat kumpul separuh je. Destinasi berkumpul kitorang dekat Melaka. Kenapa Melaka ? Sebab center dan tak nak Kuala Lumpur. Makanya Melaka menjadi pilihan. 


Kami menginap dekat sebuah villa. Aku tak ingat dekat mana sebab yang buat booking semua dorang. Aku tinggal bayar dan datang je. Kitorang menginap cuma 2 hari 1 malam je. 



Basically banyak habiskan masa dekat rumah je sebab just nak catch up dengan semua orang. Tak plan nak berjalan keluar ke apa. Check in je, settle kan apa yang patut then petang tu juga kitorang bermandi-manda dekat pool. Tak boleh bazir masa sebab satu malam je dekat sini.


Aku tak ingatlah malam tu kitorang masak BBQ ke tak. Macam masak BBQ tapi aku tak ada gambar langsung sesi ber-BBQ nie. Jadi aku tak pasti sangat. Hahahaha. Malam tu just aktiviti untuk budak-budak tu. Dorang nie semua anak-anak kepada batchmates aku nie lah. Semua ahli batchmates aku dah kahwin, tinggal kami berdua lelaki je dalam batchmates yang tak kahwin lagi. Umur kitorang dah lah sebaya.



Malam tu kitorang tidur lewat gila. Berborak-borak sampai ke pagi. Yelah, bila lagi dapat berkumpul macam nie. Berapa tahun pulak kitorang tak berjumpa. Kalau dah berkumpul ramai-ramai macam nie, memang tak kot nak tidur awal.


Pagi tu, sarapan apa yang ada, then sambung bermandi-manda dekat pool untuk terakhir kali sebelum bersiap untuk check out. Masing-masing dah siap, kita bergambar dulu buat kenangan. 


Kitorang singgah Melaka Premium Outlet untuk makan tengahari kejap. Singgah makan dekat kedai nasi arab yng ada dalam nie. Masa nie rata-rata restoran semua penuh. Nak accommodate kitorang yang ramai nie, memang tak cukup dan tak ada meja. Kedai nasi arab nie je yang tak ada orang dan boleh accommodate kitorang punya group tanpa perlu berpisah meja.



Sebelum balik ke rumah masing-masing, ambilah gambar buat kenang-kenangan. Bila lagi dapat berjumpa ramai-ramai macam nie. Maka itu sahajalah sesi reunion RAPAT Rangers pada bulan September tahun lalu. Jumpa lagi lain kali !


Okay kita throwback satu kali masa konvokesyen dan juga masa collect jubah dekat UPSI.


 
Okay itu je. Ouh ya, aku tak terus balik Selangor masa tu. Aku menginap untuk satu malam lagi dekat Melaka sebabnya masa nie ibu aku ada dekat Melaka sempena rombongan guru-guru sekolah dia. Sajalah aku nak sibuk dengan rombongan sekolah dia. Tu pasal stay another satu malam dekat Melaka.

No comments:

Post a Comment