Friday, October 31, 2025

Rombongan Acik-Acik ke Jogjakarta, Indonesia - PART 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Okay mari kita sambung Part 2 pula untuk rombongan acik-acik ke Jogjakarta pada bulan September tahun lalu. Untuk hari ketiga kitorang pergi beberapa tempat, manakala untuk hari keempat, hanya sekadar pergi ke airport untuk pulang ke Malaysia. Ikuti butirannya!


DAY 3

Merapi Lava Tour

Seawal subuh gajah kami dah bangun dan bertolak menuju ke kawasan Gunung Merapi. Bukanlah di Gunung Merapi tu sendiri. GGila agaknya kalau nak pergi ke situ sebabnya Gunung Merapi tu masih lagi diklasifikasikan sebagai gunung berapi yang masih aktif. 



Untuk Merapi Lava Tour nie, kami sekali lagi akan menaiki jeep. Sepanjang aku dekat Jogja nie memang naik jeep jelah kerja aku. Setiap hari naik jeep weyh. So basically Merapi Lava Tour nie akan bawa korang ke kawasan viewpoint yang selamat untuk view Gunung Merapi. Sekaligus akan bawa korang ke muzium yang menempatkan tinggalan kesan letusan Gunung Merapi yang berlaku pada tahun 2010 



Pertama-tama, mereka akan bawa kita ke Bunker Kali Adem. Dekat sini korang boleh view Gunung Merapi yang masih mengeluarkan asap menandakan gunung berapi itu masih aktif. Dekat sini juga banyak spot-spot photo yang menarik. View memang cantik sangaat dan kebetulan masa kami datang nie, kami antara group terawal dan hanya kami yang berada di situ. So tak ada lah berebut-rebut nak bergambar. 





Seteerusnya barulah dorang akan bawa korang ke Muzium Mini Sisa Hartaku. Muzium ini menempatkan barang-barang tinggalan selepas berlakunya letusan gunung berapi pada tahun 2010 yang amat dahsyat ketika itu. Pemandu jeep korang tu juga akan bertindak selaku tourist uide yang mana beliau akan menceritakan peristiwa hitam masyarakat Jogja pada tahun 2010. 



Rasa seronok datang ke sini tapi cerita di sebalik Merapi Lava Tour nie bukanlah satu benda yang menyeronokkan untuk dirai. Tetapi untuk dikenang bahawasanya Jogjakarta pernah mengalami detik hitam yaang mengorbankan banyak nyawa dan ramai masyarakat hilang tempat tinggal dan barang berharga akibat erupsi Gunung Merapi.



Dah berdukacita mendengar cerita Erupsi Gunung Merapi, sesi penutup tour ini dengan bermain air. Korang akan dibawa ke satu kawasan yang mana, pemandu-pemandu jeep ini akan bawa korang "berlumba" dekat trek yang mempunyai lopak-lopak air. Pengunjung pasti akan basah. Jadinya, kita akan dibekalkan dengan baju plastik.



Pengunjung boleh request sama ada nak basah kuyup atau tak nak basah. Pemandu tu akan memandu mengikut permintaan korang. Kitorang sudah pastinya mahu basah-basah. Lagi lencun lagi kitorang suka ! Sila bawa baju ekstra just in case korang basah lencun selepas bermain aktiviti ini. Tak adalah basah mana pon actually, minimal je. Tapi yang pasti sangat seronok !!



Selepas habis je dari Merapi Lava Tour tu, pemandu kami bawa kami makan di Warung Eyup. Ya Allah sumpah sedap gila makanan-makanan dekat sini. Salah satu faktor mungkin sebab kami lapar sangat. Tapi serius, makanan dekat sini sedap-sedap. Berselera kitorang semua makan. Suka pilihan lauk-lauk dorang, semua kena dengan tekak Melayu kita.


Hutan Pinus Mangunan


Seterusnya, kami pergi ke Hutan Pinus Mangunan. Aku ingat lagi, dari Merapi Lava Tour nak ke Hutan Pinus Mangunan nie, ambil masa yang cukup lama. Memang semua bantai tidur dalam van. Maklumlah, subuh-subuh gajah dah bangun bersiap untuk ke Merapi tu, makanya semua qada tidur dalam van semasa on the way ke sini.



Kami sampai masa nie panas terik ya. Memang panas sungguh. Tak larat rasanya nak berjalan-jalan. Tapi gigihkan juga sebab dah bayar dan dah sampai pon. Dekat sini memang cantik sangat-sangat untuk bergambar. Hutan yang dikelilingi dengan pokok pinus yang tinggi-tinggi.


Agak lama juga kami di Hutan Pinus Mangunan tu. Selesai je bergambar kami pulang semula ke hotel. Secara rasminya habislah jelajah kami di bumi Jogja dengan pak supir kami. Last tugasan dia cuma akan hantar kitorang ke airport, itu je. 


Kami balik hotel, rehat sekejap, then petang tu keluar sekali lagi. Tapi kali nie kami naik kereta kuda pulak. Banyak ya kerta kuda dekat pekan Jogja nie. Korang nego lah harga. Pandai-pandailah korang deal. Hati-hati kadang dorang ketuk harga lebih. 

Pasar Sore Malloboro



Meriah betul suasana malam dekat sini. Inilah masanya untuk kami shopping sebab besok nak balik dah. Kami betul-betul shopping masa nie. Sampai lewat malam baru kami balik hotel. Tapi sebelum balik, kita makan malam dulu. Sumpah rindu makanan-makanan dekat Indonesia nie. Sedap-sedap dan murah pulak tu!



DAY 4

Okay itu sahajalah, kami sampai airport 3 jam awal. Alhamdulillah tak ada isu bag masa nie. Semua well prepared. Cumanya ada drama sedikit dekat imegresen Malaysia sebab makcik aku pergi dok bawa buah salak balik Malaysia pula. Ikutkan dorang memang akan rampas tapi ikut budi bicara pegawai yang periksa tu juga. Asalkan korang jujur je cakap korang bawa apa.




Okay itu sahajalah cerita rombongan acik-acik ke bumi Jogjakarta Indonesia pada tahun lalu. Terima kasih sudi membaca. Jumpa lagi di entri lain. Bye!

No comments:

Post a Comment